Cikgu SKS dalam memori...



Tanggal 24 December 2012... pemergian allahyarhamah Cikgu Manisah... AL-FATIHAH untuk arwah.. moga arwah cikgu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Berita arwah cikgu sakit akibat stroke dan dimasukkan ke Hospital Selayang telah lama kami ketahui. Malah, awal-awal lagi, anak arwah Cikgu, Irwan Abd.Latif telah memaklumkan kepada kami bekas anak didik arwah cikgu tentang kemasukan arwah cikgu ke hospital ... siap bagi no ward lagi. 
Entah mengapa.. segala perancangan yang diatur.. ada saja halangannya untuk pergi melawat arwah Cikgu. Last-last... kawan sekolah dulu, Zailani & Mariani yang bertuah dan berkesempatan melawat arwah... Frust betul masa tuhh...! :-(
Tak puas hati..dan sedikit kesal.. aku minta sampaikan salamku pada arwah Cikgu melalui anaknya, Irwan. Cuba baca petikan FB message antara aku dan Irwan:
Irwan Abdul Latif... sampaikn salam kami ex- SKS pd cikgu Manisah. Doa kami agar cikgu kembali sembuh..
Like · 
Ya Allah... begitu sekali ingatan arwah Cikgu pada bekas anak-anak muridnya walaupun setelah lebih 30 tahun lamanya!! Padahal.. punyalah ramai bekas anak muridnya yang mempunyai tocang dua macam aku masa sekolah-sekolah dulu..! Just mention my name and she can remember everything plus my description lagi! Hebat... Cikgu Manisah memang superb !!! Agak-agak, ada tak anak murid yang betul-betul mengingati karektor atau penampilan bekas cikgunya until to that level??
Yang aku ingat sampai sekarang... kerana arwah Cikgu Manisah lah aku begitu berkeyakinan tinggi dalam matapelajaran Bahasa Malaysia especially bab KARANGAN. Sebab... setiap karangan tulisan aku.. tak pernah gagal dari ditampal untuk bacaan umum samada di papan tanda kelas mahupun di papan tanda sekolah. Punyalah bangga!! And... because her positive courage, dari darjah satu hingga ke tingkatan lima.. subject BM aku sentiasa mendapat markah "A"... Dan salah satu pemangkin terbesar mengapa aku kini bergelar novelis adalah kerana arwah cikgu Manisah.. TERIMA KASIH CIKGU!!
Satu lagi yang aku ingat sampai sekarang... kerana arwah Cikgu Manisah lah.. aku... yg mempunyai sifat malu-malu yang amat ni.. berani tampil ke hadapan dan menari di khalyak ramai. Hehhee... geng SKS..!Ingat lagi tak..kita buat persembahan tarian hawai masa darjah satu?? Kahkahkah... yg aku ingat.. tarian hawai kita mendapat tepukan gemuruh di dewan sekolah. Maklumlah... time tuhh gila seksi betul masing2...! Tak cukup kat sekolah, kita "dijemput khas" buat persembahan masa Hari Tentera Darat anjuran BAKAT.. (kebetulan arwah Cikgu Manisah isteri pegawai tentera). hahh.. gamat sungguh masa tuhhh..  Yang bestnya... aku "hanyut" dengan puji2an dari isteri2 pegawai tentera kat situ.. Semua cakap; "Alahai.. comelnya adik yang kat depan sebelah kanan tuhh...!" kihkihkih.... perasan habis!! Memang aku tak boleh lupakan.. Dari takut2.. malu2.. last2.. lupa diri! Penyudahnya.. setiap tahun.. without fail mesti amik bahagian buat persembahan. Lawak sungguh!! :-D
Hmmm... besar betul peranan arwah Cikgu Manisah dalam perkembangan zaman kanak-kanakku hingga kini! Sedar tak sedar... cikgu-cikgu SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGALA (SKS) yang banyak memberi impak pada diriku atau pun mungkin pada segelintir kawan2 di SKS dulu... semuanya telah pergi meninggalkan dunia ini. Ya ALLAH... mengapalah di saat2 begini.. rindu sungguh pada mereka semua..? Bukan tidak mengingati mereka sebelum ini tetapi bersama arus masa dan kesibukan masing-masing... kita terpisah dengan kehidupan kita sendiri. Dan memang benarlah kata orang... kita akan terus mengingati dan merindui seseorang bila orang itu sudah tiada lagi di dunia ini....
Cikgu Teh.. Cikgu Khatijah...dan Cikgu Manisah.... budi dan jasa Cikgu-Cikgu semua tetap dalam ingatan.. Sesungguhnya didikan cikgu-cikgu amat berharga dalam hidup saya. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala jasa Cikgu! Tenanglah Cikgu di sana.. Moga roh Cikgu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. AL-FATIHAH.... (buat cikgu Khatijah & cikgu Manisah)...
Kenangan bersama arwah Cikgu Khatijah
Kenangan bersama mendiang Cikgu Teh
Kenangan bersama arwah Cikgu Manisah



My Goal Book 2013...


Pernah tak korang dengar tentang  Goal Book atau Vision Board??

Hehehe..aku baru tau pasal benda ni.. Itu pun masa gi training kat Public Mutual Bangsar di mana mereka-mereka yang Berjaya begitu baik hati berkongsi tentang tips2 kejayaan mereka. Antaranya ialah dengan menyenaraikan impian atau target yang perlu kita capai utk tahun mendatang dalam bentuk visual.

Untuk merealisasikan impian ataupun target yang ingin kita capai itu, kita perlu melihat senarai yang disimpan (visualisedkannya) berulang-ulang kali setiap hari!
This isn't just so that your conscious mind sees it, but also your subconscious mind sees it. You need to convince yourself, on all levels, that your dream goal will become a reality!!

Bak kata salah sorang dari mereka yang Berjaya di training tu… “tak kisahlah.. orang gelakkan kita tentang apa yang kita buat atau impikan.. janji apa yang kita senaraikan dlm Goal Book kita tu.. akan kita capai berdasarkan kemampuan diri kita. Jika kita letakkan impian kita  di luar kemampuan diri kita beerti kita mencabar diri kita untuk terus berusaha walaubagaimana susah sekalipun. Itu adalah bagus sebenarnya.!”

Dan aku memang tabik spring laa kat sesiapa yang dapat achieve SEMUA impian/goal yang disenaraikan tuhh… Fuuhhh… itu memang memerlukan focus dan daya semangat yang kental dan tahan diuji..  Cayalaaa..!!!

Alaa… rasanya korang mesti tahu pasal S.M.A.R.T. concept…! Haa… nak create and setting benda ni pun memang kena follow this concept gak.. iaitu, Specific, Measurable, Attainable, Relevant and Time Bound..

Actually, selain buku atau album, goal setting yang kita nak visualized ni pun boleh gak dibuat dlm bentuk board. Janji ada something that you can look at to remind you of your goal, and why you are working toward it.Dan yg penting..to keep track of our thoughts and  ideas, and also to track our progress, we have to look through it once a day, in the morning soon after solatSubuh atau bangun dari tidur..  J

So… dek semangat masih membara, aku pun create laa satu buku for my own.. Dan..untuk memeriahkan lagi suasana.. aku ajak anak2 aku joint sekali. Its very exciting and interesting activities. In fact, anak sulungaku yg akan menduduki exam SPM tahun 2013 pun agak teruja jugak buat benda nihh..Begitu juga anak ketigaaku yang bakal mengambil peperiksaan UPKK tahun 2013. Memang fun & enjoy..!

Semoga apa yang aku senaraikan dalam GOAL BOOK 2013 bisa tercapai.. In shaa’ Allah..!! Aku mohon padaMU ya ALLAH.. KAU permudahkan segalanya...

My Goal Book 2013
Visi Akhirat

Target si Kak Long..
Si Adik pun turut joint..Ada visinya yg tersendiri
Anak-anak yang excited nak menolong..

Berita kehilangan lagi...

Ya ALLAH... dalam bulan November 2012 ini.. aku menerima dua berita pemergian kawan sekolahku kerahmatullah... Sangat-sangat mengejutkan kerana kedua-duanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
 
Tidak hilang lagi rasa terkejut dan tidak percaya dengan pemergian sahabatku, Norita Zainun... baru petang tadi aku dikejutkan pula dengan berita pemergian teman sekolah rendahku dahulu (Sekolah Kebangsaan Sungala, Port Dickson) iaitu Rozehan. Bezanya, kami menerima berita pemergiannya agak lewat iaitu setelah 8 hari pemergiannya.
 
Rozehan meninggal dunia pada 28 November 2012 bersamaan hari Rabu pada pukul 3.30 petang. Beliau dikatakan telah dilanggar oleh sebuah kereta yang ketika itu beliau sedang menunggang motosikal, tidak jauh dari kedai emas kepunyaannya di Kota Sarang Semut, Kedah. Beliau meninggal dunia di hospital akibat pendarahan dalaman.
 
Aku dapat juga berbual sekejap dengan isteri arwah iaitu Mardihah. Terima kasih kepada Mardihah kerana sudi berkongsi cerita saat-saat terakhir beliau bersama arwah. Ya.. aku sangat-sangat mengerti dan faham perasaannya ketika itu. Teramat sukar menerima sebuah kenyataan bahawa orang yang kita sayang dan harapkan telah hilang dalam sekelip mata untuk selama-lamanya. Kehilangan yang secara tiba-tiba apatah lagi tiada tanda-tanda dia sakit mahupun berperangai pelik memang amat sukar dipercayai atau diterima. 
 
Namun... sesukar manapun sekali kenyataan yang terbentang di depan mata.. kehidupan harus diteruskan. Mardihah sangat beruntung kerana arwah Rozehan pergi dengan meninggalkan dua harta yang amat berharga iaitu perniagaan kedai emasnya dan empat orang permata hati mereka. Sekurang-kurangnya Mardihah tidak ditinggalkan terkapar-kapar sendirian tanpa jaminan untuk meneruskan kehidupan... Untuk itu.. Mardihah patut bersyukur...
 
 
 
Allahyarham Rozehan bersama familynya.
 
Masyaallah... dari dua berita sedih ini... sesungguhnya ianya banyak menginsafkan aku tentang hakikat kehidupan. Allah berhak mengambil nyawa hambaNYA bila-bila masa sahaja yang DIA kehendaki. Samada kita sebagai hambaNYA ini.. sudah bersedia ataupun belum ataupun baru mula nak bersedia... KEMATIAN itu pasti! Persoalannya.. memang mati itu pasti.. tapi..yang aku belum sepenuhnya pasti.. adakah aku benar-benar cukup bersedia untuk mengadap ALLAH nanti? Adakah bekalan yang aku persiapkan ini benar-benar lengkap dan menepati piawaian ALLAH?? Ya ALLAH... makin banyak aku renungkan makin aku rasakan yang aku sebenarnya belum benar-benar bersedia ya ALLAH...! Banyaknya kekurangan bekalan ku ini... Banyaknya persediaan yang aku perlu lengkapkan.. Sedangkan umur 40 tahun semakin menghampiri.. Sempatkah aku betul-betul bersedia sebelum usiaku mencecah 40 tahun nanti??
 
Ya ALLAH... ampunkan dosa-dosaku ya ALLAH... Aku ingin menjadi hambaMU yang bertakwa dan menemuiMU dalam keadaan yang benar-benar bersedia dan cukup bekalanku untuk kehidupanku di akhirat nanti..
 
Buat Mardihah dan juga untuk renungan semua...
 
Jangan takut untuk berhadapan dengan ujian dan cabaran yang diturunkan Allah S.W.T. kerana dalam kepahitan itu sudah tentu ada manisnya... :)

Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan.

Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. Bukankah indahnya pelangi yang kita rasakan setelah turunnya hujan??
AL-FATIHAH buat arwah Rozehan. Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman & soleh... AMIN....

Kalau bukan jodohnya...

Hehehe.. nape ekk.. tetiba nak nulis pasal jodoh-jodoh ni?? Hmm... ye laa kann.. skrg kan musim cuti sekolah.. so ramai laa time2 nie.. pasangan2 bertemu jodoh kann... Alhamdulillah... perkara yang baik dan mulia.. eloklah disegerakan.. Bila dah sampai masanya dan memang pasti.. itu jodoh kita.. janganlah ditangguh-tangguh lagi. Kepada pasangan yang sedang menuju ke alam bahagia perkahwinan.. TAHNIAH diiucapkan, moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. Ingat.. sentiasa redha dalam apa jua dugaan yang mendatang.. In Shaa Allah.. hidup kita sentiasa diberkati olehNYA..
 
Bagi yang sedang dan maybe masih kecewa tidak dapat berkahwin dengan pilihan hati seperti yang diangankan.. jangan bersedih...  Setiap yang berlaku.. ada hikmahnya..Mungkin dia bukan jodoh yang terbaik untuk kita. Mungkin juga Allah ingin gantikan dengan jodoh yang lebih baik daripada sebelum ini. Memang pahit untuk menerima kenyataan kann.. Ya laa..  Mungkin sudah bertahun-tahun menyulam kasih dan rasa bersama-sama..bercinta bagai nak rak.. berangan-angan setinggi langit.. tup..tup.. kahwin dengan orang lain! huhuhu... memang haruuu...
 
Suka atau tidak... itulah HAKIKAT yang harus kita terima.. buka hati.. tenangkan jiwa.. In Shaa Allah.. kita akan dapat menerima kebenaran dan hikmahnya.
 
Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Tak perlu lah dicanangkan kepada dunia siapakah dia.. Tapi aku rasa perlu dicanangkan kepada yang sudi menerima tentang bagaimana mendidik jiwa di kala dikecewakan..
 
Yaa.. siapa boleh lupakan kenangan cinta dulu.. Ianya bukan perkataan2 yang boleh didelete begitu sahaja. Ianya tetap terpahat di hati dan kenangannya akan abadi sehingga mati... Cehwaahhh... !!! Itu kata-kata sewaktu aku belum menemui cinta hatiku yang sebenarnya.. :p
 
Tapi.. bila dah berjumpa... hehehe... perkara pertama adalah.. BERSYUKUR... kerana baruku tahu hikmahnya.. kekecewaan yang lalu digantikan dengan kebahagiaan.. Barulah nampak jelas.. mengapa jodohku bukan dengan yang dulu.. Mengapa Allah jodohkan aku dengan yang ini..
 
So.. uols.. bagi yang sedang 'terkiciwa' tuhh... jangan sesedih sesangat... Ini bukan pengakhirannya.. Allah sentiasa "ADA PERANCANGANNYA" tersendiri terhadap takdir kita.. Hanya kita perlu redha atas apa yang terjadi...
 
Di sini.. aku ingin mengingatkan diriku juga serta kepada para suami2.. dan isteri2... jika ada kenangan cinta lalu.. kuburkan sahaja kenangan itu.. jangan sesekali simpan gambar kekasih lama a.k.a sesiapa yang pernah bertakhta di hati anda....hahaha... Jangan cuba bermain emosi...
 
Sebabnya... bukan semua pasangan kita yang boleh menerima kisah silam kita walaupun kenyataannya.. masing-masing sudah bertemu dengan jodoh masing-masing dan hidup bahagia. Walaupun niat kita hanyalah sekadar kawan dan hanya menghubungi bila perlu (contohnya..kematian rakan2, perkahwinan anak dsb.)
 
Bagi pasangan pula.. (termasuk aku!) janganlah sempitkan pemikiran sehingga membawa kepada suatu sikap yang meluatkan iaitu "cemburu buta"..! Selagi hubungan itu tidak berpanjangan dan kita ikhlas menerima pasangan kita seadanya.. In Shaa Allah.. hati kita tetap tenang dan tiada rasa "sakit" di hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan..
 
Firman Allah s.w.t bermaksud:

“Dan Tuhanmu menciptakan apa saja sesuai dengan kehendak dan pilihanNya. Tidak ada pada diri mereka (hak) untuk memilih.”
 

Sungguh, janji-Nya adalah benar dan Allah tidak akan sesekali memungkiri janji. DIA pasti tidak akan mensia-siakan hamba yang sentiasa menyakini dan berpegang teguh kepadaNya. Yakin dan percayalah, andai dirimu soleh, pastinya sang solehah yang akan menjadi bidadari hidupmu. Begitu jugalah sebaliknya. Hayati dan yakinilah janjiNya yang seringkali kita tadabbur dalam surah An-Nur ayat 26.

Mengenali daun bidara..

 
Hehehe... saper kenal cam ner rupa daun bidara.. angkat tagan!! Hmm.. buat lawak lah plak ekk... :-)
Well.. tak usah nak tanya generasi muda sekarang camner rupa daun tu.. aku yg nak masuk title generasi matang.. (cehwahh.. nak jugak buat ayat berlapis tuhh!) ni punnn... tak kona camno ghoman daun tuhh!!
 
First respon yg aku bagitau ialah.. daun bidara tuh ialah daun dari pokok buah mata kucing.. Ehh..bukan ke selain nama buah mata kucing.. ianya dikenali sebagai buah bidara..?? Aku pun naik confuse.
 
Sehinggalah.. aku dan family aku dikehendaki mencari daun bidara untuk tujuan perubatan... Hahh.. tercengang-cengang sekejap. Tapi.. doktor perubatan Islam yang merawat kami sekeluarga tu memberi sedikit gambaran tentang daun bidara nii..
 
Mai sini.. kita belajar skit tentang apakah itu daun bidara dan mengapa daunnya itu yang selama ini tidak dihiraukan oleh manusia tetapi menjadi elemen penting dalam perubatan Islam.. Moga-moga ilmu yang aku tahu ni.. sedikit sebanyak dapat dikongsikan bersama dgn kengkawan semua...
 
Dalam perubatan Islam, daun bidara ni selalu digunakan sebagai bahan dalam perubatan sihir. Biasanya... kalau kita terkena buatan orang seperti sihir, daun bidara nie lah yang akan digunakan. Di antara bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan Islam ialah daun bidara yang ditumbuk halus kemudian dicampurkan dengan air doa lalu diminumkan sebahagian, dan sebahagian lagi untuk mandi. Kalau kat kampung-kampung, orang tua2 mesti bagitau.. daun bidara tu digunakan untuk memandikan mayat..!
 
Okey... mesti korang tertanya-tanyakan.. pe kena-mengena aku sibuk2 nak carik daun bidara ni?? Jawapan yg logik mestilah aku kena menjalani rawatan sebagini disebabkan sihir ye tak??  Hmm... rasanya, bukan masa yg sesuai utk aku menceritakan apa yg berlaku. In shaa Allah... jika aku dan family sudah sembuh, akan ku ceritakan pengalaman kami sekeluarga menjalani rawatan perubatan Islam ini, Tapi yang pastinya... huhuhu... memang MISTIK!!
 
Okey.. rawatan sebegini bukan syirik tau..! Di bawah nie.. aku share kan dalil dari al-Quran sendiri tentang rahsia daun bidara nie..
 
Ibnu Kathir menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa Al-Qurthubi menceritakan dari Wahab bahawa dia mengatakan,
“Ambillah 7 helai daun bidara lalu tumbuk di antara 2 batu kemudian dicampurkan dengan air dan dibacakan Ayat Kursi kemudian diminumkan kepada orang yang terkena sihir sebanyak 3 kali tegukan lalu dimandikan dengan air sisanya maka ia akan menghilangkan sihirnya. Terutama bagi suami yang terhalang menggauli isterinya.”
Ibnu Kathir mengatakan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada RasulNya untuk menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan.

Haa... so.. perkara yang dilakukan ni bukanlah amalan syirik.. pernah dilakukan pada zaman Rasul-Rasul dulu. Malah ramai pengamal perubatan Islam di Malaysia nie menggunakan kaedah yang sama. Contohnya, pengamal perubatan Islam di Darul Shifa' dan juga di tempat aku sekeluarga menjalani terapi perubatan iaitu di Pusat Rawatan Aura Metafizik, Tmn Megan Sri Rampai, K.Lumpur di mana pengasasnya ialah Dr.Jamaludin.

Dengar khabarnya..Dari sejarah yang tertulis buah Bidara ini merupakan buah yang pertama kali dimakan Nabi Adam Alaihi salam. Dalam Al-Quran buah bidara dinamakan Shidr. Entahlah.. wallahu'alam.. itu cerita yang aku dengar lah. Untuk mengesahkannya, aku bukanlah orangnya.. maybe boleh rujuk kat ustaz2 ker bila ada kelapangan.

Kat mana nak dapatkan daun bidara ni?.. huh.. kalau citer bab kat mana nak cari, dah macam cite "amazing race" dahh... hahaha.. Actually, daun/pokok bidara tuhh selalu terdapat kat tepi-tepi jalan, dalam hutan, kat kampung-kampung and bagi rakyat jelata yang tinggal di bandar-bandar.. jganlah risau.. daun/pokok bidara ni memang ada kat masjid-masjid. Hah.. percaya tak? Ye laa.. mana lagi akses yg paling mudah dan cepat utk warga bandar utk memandikan mayat.. Mestilah ditanam kat masjid-masjid jer.. Senang.. petik jer..!

Nak kenal pokok bidara ni senang jer.. Ranting dia berduri macam pokok ros. Buah dia pun ada, kecik2 je.. Daun dia pun kecik2..Bila tengok sendiri.. ek eleh... rupanya kita memang pernah nengok kat semak-samun kat tepi jalan tuhh... Jom.. kita check-it out gambar2 pokok/daun bidara ni..






Okey laa.. diharap perkongsian aku ni sedikit sebanyak dpt kita manafaatkan bersama.. Actually korang pun boleh buat research sendiri dgn Mr.Google tuhh.. Apa yang aku paparkan ni adalah berdasarkan pengalaman aku. Kalau tak kerana aku menjalani rawatan ini.. sampai bila-bila.. aku tak kenal daun/buah bidara ni... hehhehe...

Macam yang aku katakan tadi.. In Shaa Allah.. jika ada ruang.. aku akan kongsikan detik-detik ketika aku sekeluarga menjalani rawatan perubatan islamik ini..  Mungkin ceritanya ada sedikit persamaan dengan orang2 yg pernah melaluinya tapi.. ini adalah perkongsian ikhlas ku sendiri. Moga2 kita dapat mempelajari sesuatu yg luar biasa yg kita sendiri tak dapat nak jangkakan selama ini.. So... Tunggguuuu...!!

Sape yg termakan cili ekk..???

 
Petang tadi...dapat kiriman sms dari seorang kawan.. "...Minta maaf sbb sms ni. Cuma nak nasihatkan awak supaya hati2 bila menulis dlm blog awak ttg Allahyarhamah Norita. Ramai yg tak berapa suka awak bercerita ttg kisah silam arwah di mana ada kaitan dgn yg masih hidup. Saya cuma menyampaikan jer.. Maaf skali lagi..."
 
Well... first time dpt sms ni.. aku bersyukur sebab... ada gak orang yg sudi baca blog aku ni. Kedua... aku terus ucapkan TERIMA KASIH kepada sipenyampai itu atas nasihatnya dan berjanji insyaallah.. next time aku akan extra carefull and extra alert dalam bab-bab sensitivity ni. Kalau boleh.. biaralah aku fikirkan POSITIFnya akan perkara ini..
 
BUT... comes to the NEGATIVE side... aku terus ulang baca tulisan aku yg bertajuk SALAM HIJRAH 1434.. yg aku masukkan citer arwah sahabatku Norita Zainun.. Bukan sekali tapi lebih 10 kali untuk mencari di mana ayat2 yg mungkin menimbulkan atau menyentuh cerita yg bukan2 ttg "dgn yg masih hidup" seperti yg dikatakan itu.
 
Hmm... mungkinkah bab citer pasal kisah percintaan remaja kami semasa di sekolah dahulu ke?? Ehh... aku ada sebut nama penuh orang-orang yang terlibat ke?? Seingat aku.. aku hanya menyebut huruf awal sahaja nama-nama yg terlibat. Takkan satu dunia boleh tahu siapakah orangnya kecuali orang yg terlibat itu sendiri ataupun rakan2 rapat kami. Dan aku tidak menceritakan terperinci kisah remaja kami...
 
Apa yang aku maksudkan dan niatkan adalah... bagaimana sifat positifnya arwah tentang menghadapi segala masalah yg dihadapi. Sifat keterbukaannya dan berani menempuh segala risiko walau dia sendiri tidak tahu rintangan yg menunggu di hadapannya. Aku menggambarkan tentang seorang gadis belasan tahun yg baru sahaja lepas menduduki peperiksaan SPM sanggup menerima dan bersedia memikul peranan sebagai seorang isteri tanpa rasa gentar kerana dia percaya pilihan ibubapanya adalah yang terbaik. Buktinya, selepas berkahwin, arwah telah melanjutkan pelajarannya ke UITM atas kebenaran dan sifat keterbukaan suaminya..
 
Di mana ayat2 yg menyentuh ataupun mengaibkan mahupun mengungkit kisah2 silam orang lain yg hidup tu??  And comes to the comments "ramai yg tak berapa suka"... aku siap tanya kengkawan aku YANG TAHU TENTANG KEWUJUDAN BLOG aku ni.. tentang komen mereka pasal tulisan aku tu. And all of them comments "GOOD.. OK!" Ehh... berapa ramai yang tak berapa suka tu ekk?? Nak gak aku tau bilangannya dan how close they are with arwah..!
 
And talk about HOW CLOSE WITH ARWAH.. setakat ini, aku yang menjadi orang tengah tak rasmi sentiasa mendapat message, sms and call dari kawan2 arwah yg aku tak kenal bertanyakan tentang arwah, tentang family arwah serta kejadian yg menimpa arwah. Walhal.. aku bukanlah org pertama yg mengetahui tentang kematiannya. Even, kakak arwah juga (yg baru aku kenali) still keep in touch dengan aku dan akan berkongsi apa2 berita tentang family arwah in future. Dan satu lagi feedback yg aku terima... SEMUA rakan2 arwah (yg aku tak kenali), kesemuanya mengaku yang arwah memang rapat dengan mereka.. And kesemua mereka itu tidak mengenali aku dan tidak tahu tentang blog aku ini..! 
 
Well... aku tak kisah pun apa anggapan orang tentang tulisan aku tu.. Mungkin orang yang membaca itu terlalu sensitif... or maybe.. dia termakan cili dan tersedak sendiri kot!... heehehe.. 
 
Apa-apa pun... Hanya ALLAH sahaja yang tahu niat aku ni.. But at the same time.. aku patut gak berterima kasih kepada si penyampai itu..kerana menyampaikan pesanan dan nasihat ini.. Ya.. aku akan lebih extra careful dalam menulis blog ini tapi... sukalah aku ingin memberitahu kepada yang berkenaan.. blog ini adalah luahan peribadi aku serta perkongsian pengalaman yang aku lalui untuk aku kongsikan bersama rakan-rakan yang sudi "mendengar" walaupun tiada sebarang feedback. Sekiranya.. selepas ini tiada berkenan di hati untuk membacanya.. ianya tidak mengapa dan tiada isu pun yang timbul. Jika ada tulisan yang seakan-akan menyindir mahupun mengutuk.. itu adalah antara luahan hati aku dengan orang-orang yang berkenaan sahaja. Tiada kena-mengena dengan "orang-orang luar" yg mungkin jauh pertaliannya dengan aku. Sekiranya masih ada "TERASA" ataupun mungkin "TERSENTAP" dengan tulisan aku walhal ianya tiada kaitan dengan niat dan maksud aku.. aku MOHON MAAF dan aku menganggapnya adalah sebagai... "TERMAKAN CILI... DIALAH YG TERSEDAK SENDIRI"..
 
Sekian.
TERIMA KASIH.
Wallahualam.. 

Salam MAAL HIJRAH 1434...

Tirai Hijrah 1433 sudah pun berlabuh... Baru pulang dari surau kerana sambutan Maal Hijrah 1434...  Macam-macam perasaan bertapak di hati atas sambutan maal hijrah kali ini... Entah mengapa kali ini pengakhiran Hijrah 1433 begitu sayu sekali..
 
Mungkin masih lagi terkejut dengan pemergian sahabat baikku NORITA binti ZAINUN pada 10 November 2012 yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Pemergian yang tidak disangka-sangka dan mengejut begini sememaangnya sukar untuk dipercayai dan lama untuk menerima hakikat pemergiannya. Sama seperti pemergian ayahandaku yg tercinta, HARON IBRAHIM.. Memang terasa kehilangannya dan amat sukar untuk menerima hakikat pemergiannya...
 
NORITA atau lebih mesra dengan panggilan NEETA.. Siapa yang tak kenal dia..Maksud aku.. kami rakan-rakan SDASA memang menyenangi sikap periang, ramah dan baik hatinya itu. Mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Mungkin kami lebih close attach together sebab kami berdua sememangnya banyak berkongsi rahsia sejak dari zaman persekolahan dahulu. Kerana Neeta laa... aku dipertemukan buat pertama kali dengan... hmm... maybe my first love, M...! Dia banyak memainkan peranan dalam hubungan cinta remajaku dengan M.. Yang menariknya, ketika dating pertama kali dengan M.. Neeta dating sekali dengan couplenya; S yang juga teman baik M.. Hehehe... indahnya saat cinta remaja dahulu..
 
Tapi... cinta pertama tak semestinya berakhir dengan perkahwinan.. Neeta telah bertemu jodoh seawal usia baru memasuki 18 tahun walaupun ketika itu aku rasa perasaan sayangnya pada S masih ada. Tapi.. aku kagum dengan sikapnya yang menurut sahaja pilihan ibubapanya. Aku pasti.. Neeta percaya pilihan ibubapanya adalah lebih tepat dan berkat. Aku tidak pernah berjumpa dengan manusia yang sentiasa happy dan berserah pada ketentuanNYA.. Buktinya, di hari pernikahan Neeta yang aku hadiri.. dia seperti biasa dan sentiasa happy..! Dan... ianya terbukti.. sehingga akhir hayatnya, Neeta benar-benar bahagia hidup bersama suami tercintanya dan 3 orang anak lelakinya...
 
Mungkin aku tak boleh jadi seperti Neeta.. percintaanku dengan M tidak berakhir dengan perkahwinan.. Malah.. aku susah mahu menerima hakikatnya.. sehingga aku bertemu dengan suamiku sekarang ini...
Benar kata orang... bila seseorang telah pergi dari hidup kita.. semua yg indah dan baik akan muncul dalam ingatan kita. Tidak ada satupun perkara yg buruk ditunjukkan. Itulah dugaan orang yg tinggal agar kita akan sentiasa mengenanginya dan merinduinya...
 
Masih terngiang2 gelak tawanya..  Kami sentiasa berhubungan dari dulu hingga kini... Neeta merupakan seorang sahabat yang sentiasa memberi sokongan padu padaku.. Malah.. dialah sahabat pertama yang "booking" kedua-dua novelku. Tidak cukup dia membeli dari kedai buku di Kajang. Dia pesan lagi dariku dan minta aku poskan ke alamat rumahnya beserta tandanganku sekali. Katanya, dia ingin menghadiahkan novel karyaku itu kpd anak buahnya. Pesannya lagi.. aku perlu menulis kata2 semangat utk anak buahnya itu.
 
Ya Allah... mungkin ini sudah tertulis ketentuannya.. Seminggu sebelum pemergiannya, Neeta sentiasa mengupdate segala aktivitinya di dlm FB semasa percutiannya ke utara. Sampaikan nak makan KFC di Kangar pun ditulisnya. Dan kami rakan2 FB.. melayan juga tulisannya tanpa menyedari keterujaannya bercuti itu adalah yg terakhir... Update terakhir yg di pst di FB bertarikh 9NOV12 :
Mkan tengah hari di kfc kangar...plan nak pi padang besar...tapi malas nak bawa si kecik...susah nak sopping....
Terdetik di hatiku pd 10NOV12 tiada lagi update dari Neeta tapi aku tidak pula mengesyaki apa2. Mungkin dia happy sangat jumpa family husband di sana. Sampailah aku menerima message FB dari Jamila pada 12NOV12 yg bertanyakan samada aku dengar cerita pasal Neeta atau tak. Bila Jamila mengatakan Neeta telah meninggal dunia... aku terkejut yg amat sangat!! Jamila menyuruh aku telefon Aida Ramly untuk kepastian. Setelah mendengar penerangan dari Aida Ramly, dalam keadaan menggigil aku terus update kat dlm FB. Respon dari kawan2.. semuanya TERKEJUT..
Dan..bermula dari itu.. phone aku tak henti2 berdering.. ramai kengkwn bertanyakan ttg Neeta walaupun aku bukanlah org pertama yg tahu ttgnya. Mgkin... Allah nak gerakkan hati aku utk lakukan sesuatu utk Neeta. Maka... aku usahakan juga mencari contact number keluarga Neeta. Akhirnya berjaya dpt contact no kakak Neeta, Kak Nurmaliza. Tak banyak yg kami bualkan sebab dia masih sedih dan sebak.
Dan inilah yg aku post kan kat FB utk tatapan kengkawan yg lain..
berita dr kakak arwah; Nurmaliza Zainun:
Family
Neeta Zainun telah mnglami kemlangan di utara dlm pukul 10 pagi pd hari SABTU (10 NOV 2012)(maaf,x pasti di kws mana).Malangnya Neeta Zainun tidak dpt diselmatkn. Manakala fmly lain selamat. Arwah telah dikebumikan di Yan kedah, malam itu juga.

Hajat suami isteri hadir kenduri tidak kesampaian

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JITRA: Hasrat suami isteri pulang menghadiri majlis kenduri di kampung mereka di Yan tidak kesampaian apabila seorang daripada mereka terbunuh selepas BMW yang mereka naiki merempuh sebuah lori membawa muatan kayu getah, di Kampung Titi Kerbau, Kodiang, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi, mangsa, Norita Zainun, 39, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala manakala suaminya, Adnan Md Isa, 52, yang memandu kereta itu mengalami cedera ringan.





Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/11
 
Hmmm... sesungguhnya Neeta tetap dalam ingatan....! AL-FATIHAH untk arwah.. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan sejahtera di sana....


Allahyarhamah Norita Zainun dalam ingatan..

Sempena tahun Hijrah 1434 ini.. kedatanganmu tetap ku sambut dgn hati yang terbuka.. Semoga di permulaan harimu ini.. aku berharap.. akan terus menjadi hamba Allah yang istiqamah dalam memperbaiki diri menjadi yang lebih baik dari sebelum ini..sementara ruang dan kesempatan masih ada..

Moga rezekiku di dalam bidang penulisan menjadi semakin bersinar.. dan Allah meluaskan lagi ruang rezeki yang ada untukku serta keluargaku... Aminnn....

 

Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan...

 

4,000 HSBC staff face the axe

by DARREN BEHAR, Daily Mail
HSBC branch
Cuts: HSBC to transfer jobs HSBC is to axe 4,000 jobs in Britain and switch them to Asia, it announced yesterday. The self-styled "world's local bank" will transfer the jobs to India, Malaysia and China over the next two and a half years. Around 1,400 of the jobs will be lost in HSBC call centres. Most of the remaining cuts will be in administration.
The decision is part of a trend sweeping British industry, with firms in the finance, airline and phone directory sectors shifting administrative and call centre jobs to low-wage nations.

Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-200069/4-000-HSBC-staff-face-axe.html#ixzz2BYJgofeY
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook
 
Huhuhu... sangat sangat menggerunkan bila baca article nie...! Apasal plak ehh?? Ye laa.. dah aku adalah staff HSBC Malaysia Berhad yang telah berkhidmat selama 18 tahun di HQ Leboh Ampang nun...
Hmmm... saper yg tak cemas beb ... bila tiba-tiba kita dapat surat dari management yang kita adalah antara staff yang "terpilih" dalam scheme downsizing nihh.. Lebih-lebih lagi kalau kita sendiri belum ada apa2 contingency plan ie. plan B, plan C dan seterusnya..
Sekarang nie.. kat ofice, sejak diumumkan department aku antara department yg akan terlibat dalam restructure management nie.. semua dah cemas semacam. Ya laa... ibarat menunggu keputusan SPM kuar laa... Pass ker..Fail..?? Semua dah gabra dahh..
Kalau difikirkan logik, mungkin aku antara staff yg berpotensi akan dikeluarkan. Hmmm.. entahlah.. Buat masa sekarang.. aku dah tak tahu nak katagorikan perasaan aku nihh.. Cemas, takut, risau, ehhh... macam-macam laahh! Sekarang nie.. management saje carik point and observe semua staff. Boleh laa aku katakan.. sekarang nie.. bergantung pada nasib dan rezeki masing2..
Pada waktu nie.. management dah tak pandang apa yg kita pernah buat untuk bank. Fokus mereka sekarang.. sape yg sepatutnya menjadi "perhatian" mereka untuk mencapai matlamat management. Huhh.. kejam betul..!!
Teringat aku kisah colleagueku, Christine Lim yg baru-baru ini sudah pun bersara awal. Memang sedih kes dia ni... Dahlah dia ni pesakit breast kanser.. Mintak VRS, management tak approve. So.. dia mintak early retirement (setelah berkhidmat selama 27 tahun). Hantar tender resignation awal Oct. Dapat reply dari management on 30 Oct dgn isikandungan surat; "... your resignation will be effectived on 31 Oct!.." Gila tak??? Dah lah dpt surat pukul 6 ptg. So.. the next day will be her last day...?? Tak kejam ke tu beb?? After 27 years services, and end up like this? huhh.... menangis kawan kita tuhhh... "WTF!!" (sorry.. this is the word that she used special to HSBC!)
Moral of the story.. we learn something..."staff who is highly usage medication treatment is a liabilities to the bank!" Boleh gitu???
For you C..be strong... I know you can handle this. May you happy outsite there and all the best in your future undertaking..! 
Hmmm... si Christine tu..dah tentu ada plan tersendiri sebelum dia decide nak resign. Aku ni??? Dah bersedia ke kalau nama aku "naik" lepas ni??
Okeyy... terlanjur bercerita keresahan dan kebimbangan aku nihh... meh aku share what are my contingencies plan....
Kalau aku resign.. aku boleh buat  :-
1)  Menulis novel - masih diteruskan. Sekarang dah masuk novel yg ke-4. Dua buah dah publish, satu tengah editing, satu lagi dalam process. Ini plan berterusan. Hasilnya punn... sangatlaa.. lambat... sedangkan aku perlukan cash... okey... go to the next plan;
2) Unit trus consultant - dah dapat lesen. Memang tengah buat part-time pun. Sekarang ni pun, bulan2 boleh dapat RM500. Itu baru part time. Kalau full-time, rajin buat sales.. should be okay lah tuhh.. Sekurang2nya boleh lepas bayar duit rumah & pinjaman KOBANK.  Bidang Unit trust pun semakin maju & berjaya sekarang nihh... 
Hmmm... at the same time... go to the next plan;
3) Apply laa mana2 local bank kat Malaysia nihh.. Maybe umur nak masuk 40 tahun agak susah skit kot nak masuk market tapi.... belum cuba belum tahu.. Takkan semua local bank kat Malaysia nihh nak reject orang yg ada pengalaman banking & finance selama 20 thn and amik budak grad yg zero experience?? Mustahil...   Okey... kalau tak dapat gak... go to the next plan;
4) Apply mana2 legal firm. Ada legal firm boleh offer temporary staff utk handle administration work. Siap boleh buat dari rumah. Yg penting ada komputer dan email. Satu fail/kes, dia bagi RM50. Hah... tu boleh buat side income. Setakat eperience dlm banking area and ada knowledge dlm documentation dan credit admin.. takkan diorang reject lak kannn...
okeyy.. itu income tambahan, nak tambah duit lagi... go to the next plan...;
5) Jual goreng pisang, burger, bakso & kuih-muih kat depan rumah atau kilang-kilang atau sekolah-sekolah;
6) Buat ceramah/bengkel penulisan di sekolah-sekolah;
7) Teruskan buat business MLM utk brand ELKEN yang sekarang nie hanya jadik business partner lelap jer.. Setakat nie masih berpangakta "Saphire Manager"..
8) Jaga anak orang...
Ehhh.... banyak jgak plan aku ekkkk? Hmmm... pendek kata.. tak lah "mati" kalau tetiba nama aku naik nanti. ALhamdulillah... benar kata kengkawan aku yg dah lama keluar dari "comfort zone" bekerja kat bank nie.. "Rezeki ALLAH tu sentiasa ada... kau janganlah takut atau risau.. ALLAH takkan menduga kita di luar dari kemampuan kita sendiri.. ALLAH tu sayangkan hambaNYA.. Cuma kita sebagai hambaNYA yg tak pandai nak menghargai kasih sayang DIA..."
Terdiam aku sekejap dgn kata2 kawan aku tuhh... Hmmm... ya ALLAH... ampunkan aku ya ALLAH...
Aku redha ya ALLAH... Jika sudah sampai masanya.. dan hanya setakat ini sahaja rezeki aku di HSBC ini.. aku redha ya ALLAH... Mungkin ada hikmahnya yg KAU beri yg aku tidak sedari.. Moga KAU gantikan "kehilangan" ini dengan rezeki yg lebih baik dan berkat dari sebelum ini ya ALLAH.. AMINNN...

Cinta Monyet dulu vs sekarang...

 
CINTA MONYET..??? Agak-agak sesuai tak istilah tu digunakan sekarang? Hehe.. rasa-rasanya.. bebudak sekarang confirm akan soal balik apasal guna monyet sebagai perbandingan. apasal tak guna binatang lain? Nape.. monyet jer yang pandai bercinta? Macamana dengan ayam, itik dan lain-lain binatang? Dan beribu-ribu persoalan yang akan ditanya. Budak-budak generasi sekarang, mana boleh duduk diam.. tak pun.. mana boleh terima bulat-bulat apa yang kita bagitau. Pasti akan ada Q&A session.. selagi tak puas hati kat dorang ni.. selagi tu dorang akan tanya. I'm sure.. parents kat luar sana.. pasti akan bersedia mental dan maybe fizikal dalam melayani kerenah anak-anak zaman sekarang. :-p
 
Hehe... dah keluar topik lak.. nie nak citer pasal cinta monyet sebenarnya...
 
Apa yang korang tau pasal cinta monyet? Hmm... apa yang aku faham, setiap remaja pasti akan melalui fasa ini.. Kalau tak sepenuhnya.. pasti ada sedikit "rasa" itu.. Well.. samada ianya berkekalan hingga membawa ke jinjang pelamin (mak cakap itu namanya cinta sejati..!) ataupun hanya sementara.. terpulang pada jodoh dan ketentuan... Tapi yang pastinya.. setiap yang merasai mahupun melaluinya pasti akan merasa BAHAGIA...!! Aduhh... indahnya dirasakan waktu itu kann..?
 
Kalau zaman aku dulu.. (chehh..macam dah tua sangat sekarang!).. bila minat kat seseorang tu.. hehhe.. cuma simpan dalam hati jer.. Dah tu.. perasan sendiri-sendiri.. Punyalah rasa bangga dan bahagia bila orang yang diminati tu selalu tersenyum bila terserempak ngan kita..!  Tapi.. bila orang yang kita minat tu rupanya minat kat orang lain.. mulalah hati rasa sedih..:-(  ... tiba-tiba rasa frust menonggeng... kahkahkah... teruk betul..! Nak berterus-terang.. huh.. time tu.. ada ke pompuan yang jenis berani mati gi bagitau straight to the point kat lelaki yang dia suka?? Kalau ada pun.. maybe..golongan minority laa kott..!
 
Cuba.. korang bandingkan bebudak remaja zaman sekarang? Hmm... tak per laa.. ambik contoh anak bujang aku yang baru berusia 13 tahun tuhh...  Kat sekolah rendah dulu.. jangan kata kawan-kawan dia, cikgu-cikgu dan termasuk guru besar dia sekali tahu siapa "girlfrriend" dia.! Amboii.. aku sendiri naik pelik.. Fenomena ni dah macam biasa jer bagi dorang.. And of coz laa.. aku tak berdiam diri hanya mendengar saje citer-citer dari kengkawan dia.. Terpaksalah aku jadik penyiasat ala-ala james bond.. gi check segala sms dan surat-surat cinta dia..! Surprisingly.. yang terlebih advance ialah si awek tu.. Nota: bukan sorang awek saje yee.. ada dua tiga orang awek yang berbeza at the same time! Hah.. ko ada??
 
Aku sampai dah naik pitam campur meremang bulu roma bila baca segala sms dan surat-surat cinta dia.. "sayang" "rindu" "cinta" "my love" "darling" "kanda" "dinda"... Itu baru gelaran saje.. belum baca lagi ayat-ayat cinta dorang... Masyaallah...!! Kekadang, aku lupa yang dorang ni baru umur 13 tahun.. Ingatkan dah umur 30 tahun! :-p  
 
Yang si bujang aku nihh.. of coz laa... bahasa dia memang straight to the point.. Yang aku nak citer nie.. si awek-awek tuu.. puunyaalaa advance.. Rasanya.. bahasa cinta aku dalam novel pun tak seromantik tuhh korang tau tak?? kahkahkah....
 
Well... memang banyakkk bezanya cinta remaja dulu dan sekarang... So.. parents yang kat luar sana.. bila anak-anak dah masuk fasa remaja.. pleaseee... jadilah teman dan kawan kepada mereka.. Insyaallah... dorang akan rasa selesa berkongsi apa sahaja dengan kita.. Alaaa... kita pun bukannya tak pernah melalui zaman remaja kan.. Dan jangan lupa.. as a parents.. kita perlu juga memastikan agar mereka tidak tersasar jauh.. didik dan guide mereka sepenuhnya..
 
Cara didikan sekarang tidak sama dengan cara didikan yang kita terima dari parents kita dulu. Yaa.. maybe ada segelintir parents dulu yang open minded tapi macam yang aku cakap.. ianya tak ramai..
 
Anyway... jika dibandingkan "cinta monyet" zaman sekarang dan dahulu... aku masih lagi prefer dahulu.. Zaman sekarang terlalu berterus-terang.. Bagi aku ianya tak nampak thrill dan keindahannya. Tak kisah lah kalau orang yang kita minat tu hanya kita sorang saje yang tau sampai kita mati.. huhu..yang penting.. perasaan "indah" itu..! Isshhh... hanya orang yang pernah mengalaminya saje yang tau perasaan itu.. hehehe...  :-D
 
P/s : Tanpa disangka-sangka, orang yg aku minat dalam diam masa kat sekolah dulu bagi aku birthday card. Sayangnya.. itulah kali pertama dan terakhir aku "berhubung" dgn dia sebab selepas tu.. dia berpindah ke sekolah lain.. Ironinya.. aku masih simpan birthday card dia sampai sekarang.. Hehe... :-)

Alahai Anak...!

Hmm.. apa nak citer kali ni ekk? Rasanya.. topik menarik tak adalah sangat tapi.. kalau citer pasal anak-anak.. hmm..seribu satu cerita boleh diluahkan di sini.. Silap-silap ada sambungannya pula.. hehehe..
 
Sedar tak sedar.. Hariz dah berusia 8 bulan! Masih lagi terasa-rasa perut memboyot ni membawa dia ke hulu ke hilir. Terasa baru lagi aku meng update kan segala pengalaman suka dukaku mengandungkan dia di blog ini. Dan... masih lagi terbayang-bayang saat2 penuh debaran aku di bilik pembedahan sewaktu melahirkan Hariz..
 
Huh... memang masa tak boleh nak bertolak ansur dalam hal ini.. Tidak sesaat pun dia menunggu kita..  Dalam leka melayan kerenah hariz.. aku terdengar2 suara-suara rungutan dan tidak puas hati daripada si Kak Long Nura, Hadzim dan Dhiya.. "Mama..sayang betul dengan Hariz.. Tu sebab Hariz mengada-ngada.. ye laa.. anak Mama lah katakan...!" Komplen bukannya datang dari si kakak & si abang, malah si Ayah jugak sama joint komplen. "Awak memang nampak sangat manjakan Hariz berlebih-lebihan. Sikit-sikit dah le.. Nanti spoil budak tu nanti bila dah besar..!"
 
Haduhhh.. apa korang rasa kalau korang berada di tempatku?? Apa nak jawab??
 
Aku tak nafikan, kedatangan Hariz memang mengubat rinduku serta rasa kecewaku atas kehilangan baby2 ku yang tidak sempatku lahirkan sebelum ini. Sebagai ibu.. aku berusaha memberikan sepenuh kasih sayangku sebaiknya kepada semua anak-anakku. Aku tak tau mengapa anak2ku yg lain boleh terfikir aku melebihkan Hariz daripada mereka semua.. Dan segala perhatian dariku kepada mereka adalah bergantung pada level atau peringkat umur mereka sendiri. Inilah cabaran dan dugaannya mempunyai anak-anak yang berlainan tahap umur. Sebagai ibu.. aku perlu peka dengan setiap perkembangan diri mereka. Aku sentiasa mahu berusaha menjadi ibu yang cemerlang di mata anak2..
 
Justeru itu... pada Kak Long Nura, Hadzim dan Dhiya.. aku menjelaskan; " Mama bukan lebih2kan Hariz.. Tapi Harizkan masih baby lagi. Perlukan lebih perhatian dan penjagaan sebagaimana yang korang terima dari Mama masa korang baby lagi. Kalau ikutkan, korang lagi beruntung sebab Mama memberi 100% perhatian pada korang semua sebab masa tu.. hanya Mama sorang jer yang jaga korang. Sekarang.. bila Hariz ada.. korang dah besar-besar. Jadi, Mama boleh mintak bantuan korang untuk sama2 jaga Hariz. Masa Mama dengan Hariz pun agak terhad.. So.. sape sebenarnya yang untung?
 
Aku harap, dengan penjelasan ini mereka boleh faham dan alhamdulillah.. anak2 aku semuanya cerdik dan mudah memahami.
 
Memang payah menjadi ibubapa kepada anak2 yang mempunyai pelbagai peringkat umur. Contohnya, untuk si Kak Long Nura.. seorang remaja berusia 16 tahun, aku perlu berperanan sebagai sahabatnya bukannya sebagai seorang ibu sepenuhnya. Jika aku katagorikan aku sebagai ibu.. maka aku akan sentiasa menganggap dirinya masih belum matang dan tidak boleh membuat keputusan sendiri. Aku perlu menjadi teman pendengarnya yang baik.. dan juga cuba memasuki dunia remajanya agar segala2nya dapat dikongsi bersama. Hasilnya, si Kak Long Nura lebih selesa menceritakan segala2nya tentang aktivitinya, luahan rasanya, perasaannya, siapa kawan2nya kepadaku tanpa aku menyuruh dia menceritakannya! Dan kerana peranan sebagai "kawan" itu jugalah, aku tahu.. siapakah teman-teman lelaki yang cuba mendekatinya dan lelaki yang bagaimana menjadi taste anak daraku ini! 
 
Begitu juga dalam melayan kerenah anak bujangku Hadzim yang berusia 13 tahun ini.. Pun aku juga harus menghadkan peranan aku tidak sepenuhnya sebagai seorang ibu. Namun, anak bujangku ini lebih selesa berkongsi rahsia hatinya dengan ayahnya. Tak apa lah juga.. anak bapak kan! Sekurang2nya kami sebagai ibubapa sentiasa dekat di hati mereka dan tidak mahu mereka menganggap kami tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka.
 
Untuk anakku Dhiya yang berusia 10 tahun... kami perlu memberi lebih sedikit perhatian kepadanya dan berperanan sebagai "ibubapa" sepenuhnya kerana usia kanak2nya ini memang harus diberi perhatian. Dan aku pasti... dia seronok menjalani zaman kanak2nya dan dalam masa yang sama mendapat sepenuh kasih sayang dari ibubapanya.
 
Bagiku... selagi aku dan suami bernafas.. aku akan pastikan kesemua zuriat kami mendapat sepenuh kasih sayang dan perhatian dari kami sebagai ibubapa. Ini adalah anugerah dan amanah Allah.. Insyaallah.. kami tidak akan mempersia-siakan nya..
 
Moga.. kesemua anak-anakku; NURA ADILLA, MUHAMMAD HADZIM, DHIYA RAIHANIE dan NUR MUHAMMAD HARIZ.. menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi hamba Allah yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Make Mama & Ayah proud of u...dear!!

MOOD HAPPY

 
 
Aduuuhhh... rasanya menulis blog ni dah macam air laut yg ada pasang surutnya laa plak..! Time ada idea.. menggila nak nulis kat sini.. tapi.. time memang kering sesangat idea tu... huh.. jengok pun idak blog ni... Siannn dia...
Apa-apa pun... sekarang ni tgh mood happy...:-) sebab... dengar khabarnya..novelku yang ketiga bakal diterbitkan oleh BUKU PRIMA tak lama lagi..Yahhhooooo...!!! Kalau tak banyak kena edit dan editor suka.. maybe tajuk citer itu dikekalkan iaitu; WARNA-WARNA PELANGI...
Hmm... meh nengok skit petikan komen yg dipetik dari facebook BUKU PRIMA sendiri:-
for my supporters...
Cuba baca manuskrip in berjudul WARNA-WARNA PELANGI, best tak? Kami siarkan BAB 1 HINGGA BAB 2 untuk tatapan anda semua. Selamat membaca.

BAB 1

Effa masih lagi leka memerhatikan kawasan sekeliling.

“Mana nak mulakan dulu ni ye?” Tanya Effa sendirian.

Dia membetulkan tali beg sandang belakangnya. Beg kosong yang hanya berisi sebotol air miniral itu beralun-alun mengikut lenggok tubuhnya. E...

ffa melihat jam di tangannya.

“Isshhh… baru pukul 10.00 pagi! Dah panas semacam jek!” Rungut Effa.

“Hmmm… shopping punya pasal sanggup aje!” Katanya lagi sambil tersenyum.

Tiba-tiba telephone bimbitnya berbunyi.

“Aduhhh… sape pulak ni..! Kacau betullah… tak boleh tengok orang senang langsung!” Rungut Effa.

Effa lantas menjawab panggilan itu.

“Hello.. assalammualaikum..!” Effa menjawab.

“Wei… kau kat mana ni? Kau kata kau dah balik Malaysia.. aku singgah rumah kau.. ayah kau kata, kau pergi bercuti!” Tanya si pemanggil di hujung talian.

“Hello.. hantu! Cuba kau jawab salam aku dulu.. satu-satu nak Tanya pun.. hadoii… masih tak berubah macam dulu gak!” Marah Effa.

Terdengar ledakan tawa di hujung talian.

“Sorry…!” Jawab Emelda sambil ketawa.

“Ehh.. sudahlah! Aku tengah busy ni! I’ll call you later, okay!” Kata Effa.

“Wei.. nanti!! Hampeh..! Kau kat mana ni?” Jerit Emelda membuatkan Effa terpaksa menjauhkan telefonnya dari telinga.

“Aku kat Chatuchak!” Jawab Effa ringkas.

“Ha?? Kat mana tu?” Tanya Emelda pelik.
“Kat Bangkok ler sayang…!” Jawab Effa gelak-gelak.

“What?? Buat apa kat sana?..” Tanya Emelda.

“Puan Emelda.. shopping ler.. apalagi..! Eh.. sudahlah.. nanti aku call kau. Aku tengah busy ni!”

Serentak itu Effa mematikan talian. Dia mendengus perlahan.

“Tak boleh nak senang langsung!” Rungutnya sendirian.

Effa memulakan langkah memasuki kawasan Pasar Minggu Chatuchak itu. Sebuah pasar minggu yang mempunyai tapak jualan dua hari seminggu (Sabtu dan Ahad) seluas 21 hektar yang menempatkan kira-kira 5000 gerai. Ia merupakan antara pasar terbesar di dunia.
“Huh… dah lama aku mengidam nak ke sini.. Akhirnya!!” Kata Effa sambil tersenyum.
Pasar Minggu Chatuchak adalah raja segala pasar yang menghimpunkan peniaga-peniaga yang datang dari seluruh pelosok bumi Thailand. Jumlah pelawat dengar khabarnya mencecah sehingga 200,000 orang pada setiap minggu!
Effa semakin pening dan bingung. Tidak tahu mana hendak dimulakan dahulu. Mana tidaknya, Chatuchak yang dibahagikan kepada lebih 25 bahagian utama menempatkan gerai jualan pakaian, kraftangan, buku, tumbuh-tumbuhan, perabot, hiasan rumah, barangan antik, haiwan peliharaan dan galeri seni.
Effa menyedari dengan meredah masuk ke 'lautan gerai' tanpa peta pasar adalah kesilapan yang terpaksa diakuinya. Sepatutnya sebelum memasuki lorong-lorong di bazar itu dia perlu mendapatkan maklumat di kaunter pelancong terlebih dahulu untuk mengatur perjalanan dengan lebih teratur.
“Huh.. pandai sangat..!” Rengusnya sendirian.
Akhirnya, tanpa mengetahui pembahagian jenis-jenis perniagaan, Effa meneruskan langkahnya mengikut rentak kaki dan pandangan mata. Untuk tidak tersesat lebih jauh perjalanan hanya dilakukan melalui gerai-gerai yang terletak di bahagian pinggir pasar. Walaupun peluang untuk mendapatkan barang-barang yang dicari agak tipis dengan cara itu, kemeriahan di lorong sempit yang penuh dengan pengunjung itu sebenarnya tidak mengecewakan kunjungan Effa ke situ.
Pasar Minggu Chatuchak menawarkan peluang membeli-belah yang pasti memuaskan nafsu membeli setiap pelawat. Kepelbagaian pilihan barang, harga yang murah dan kemesraan peniaga adalah pengalaman melancong yang pasti kekal di ingatan. Daripada hiasan yang berharga kurang daripada 10 baht (RM1) sehinggalah ukiran-ukiran kayu berharga puluhan ribu ringgit.
Chatuchak juga menempatkan galeri seni lukis yang menjadi tempat pelukis tempatan bersaing untuk menghasilkan karya terbaik. Selain itu beberapa gerai menjual buku-buku lama juga antara yang banyak menarik perhatian pelancong asing . Di Chatuchak juga ada banyak gerai peniaga Islam yang menawarkan pelbagai pilihan cita rasa.
Dek terlalu ghairah berbelanja sakan, masa di situ dirasakan Effa seperti terlalu singkat. Perjalanan berterusan sehingga beberapa jam sehinggalah Effa menyedari bekalan air di dalam botol minuman sudah kehabisan.
“Mak Oii… panasnya!! Ya Rabbi…! Dah pukul 2 petang. Patut ler macam rasa dah rentung ni!” Kata Effa sambil memandang jam di tangannya.
“Hmm… balik dululah… petang nanti sambung lagi..!” Sambung Effa lagi.
Tanpa berlengah lagi, Effa terus ke stesen perkhidmatan MRT di mana mengambil masa hanya lima minit perjalanan ke Stesen Kamphaengphet. Dari situ, Effa akan membuat pertukaran dengan keretapi BTS ke pusat Bandar Bangkok. Kos tambang menaiki MRT lebih kurang RM4.

Effa hanya menyewa hotel bajet di mana jika di Malaysia ianya setaraf dengan hotel 2 atau 3 bintang. Tujuannya ke Bangkok bukan untuk bercuti dan merehatkan badan tetapi untuk membeli-belah. Untuk itu, adalah rugi jika duit dibazirkan untuk menyewa hotel yang mahal sedangkan Effa hanya perlukan hotel untuk tidur sahaja.

Oleh kerana hotel penginapannya betul-betul mengadap kompleks membeli-belah yang terbesar di Bangkok iaitu Mah Boon Krong atau singkatannya MBK, Effa tidak perlu tergesa-gesa untuk memulakan “operasi membeli-belah” untuk seterusnya.

“Hmm… malam nantilah…!” Kata Effa lagi ketika dia memandang bangunan MBK itu dari tingkap hotel.

Ketika selesai sahaja Effa menghabiskan salam yang terakhir solat Zohornya, telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat. Effa segera mendapatkan telefon bimbitnya kerana dia tahu siapa sipemanggilnya.

“Assalammualaikum…!” Kali ini sipemanggil itu memulakan salam.

“Waalaikummussalam…. Ha..Cik Puan Emelda.. kau tengah buat apa tu?” Jawab Effa sekaligus terus bertanya Emelda.
“Aku baru sahaja hantar anak aku si Natasha ke kelas tuisyen. Hmm… kau kat mana tu?” Jawab Emelda.

Effa membuka telekungnya dan terus merebahkan dirinya ke atas katil.

“Aku kat hotel ni. Baru je balik..” Jawab Effa.

“Seronok shopping? Berapa kilo beg kau perabis duit?” Tanya Emelda sambil ketawa.

“Eh… sapa yang tak seronok shopping? Mestilah seronok..! Adalah nak dekat 10kg!” Jawab Effa dalam tawanya.

“Mak Oii! Kau ni lepas gian ke apa? Baru satu hari kat Bangkok kan? Lagi berapa hari kau nak stay kat sana tu?” Tanya Emelda.

“Hari Isnin, aku check-outlah! Hmm… memang lepas gianlah ni! Dah lama aku tak gi shopping mana-mana kau tau..!”

Terdengar Emelda ketawa kuat di hujung talian.

“Apasal kau ketawa?” Tanya Effa. Dia terbangun namun kemudian terbaring semula.

“Selama kau kat University of Havard tu.. takkan tak ada langsung kau pergi bershopping? Kau carik kat Bangkok tu.. apa kelas?” Tanya Emelda dalam sisa tawanya.

“Kau gila aku nak bershopping dalam pound sterling? Setakat tengok tempat-tempat menarik dan beli cenderahati tu.. adalah..! Lagipun.. aku nak buat benda-benda yang aku nak buat dari dulu sebelum aku mulakan tesis aku ni..!” Jawab Effa.

“Kau ni memang pelik lah!..” Kata Emelda.

“Apa yang peliknya?” Tanya Effa pula.

Terdengar keluhan berat di pihak Emelda.

“Orang kalau pergi shopping.. bawak kawan ke.. boy friend ke.. tak pun.. sugar daddy ke.. Ini yang dok syok sendiri gi shopping sorang-sorang apa kes? Tu laa.. suruh kahwin tak nak! Tak habis-habis nak study lagi. Kau tengok aku ni.. dah lima orang anak dah..!” Emelda mula membebel.

“Hello Mak Cik..! Kalau kau telefon aku semata-mata nak membebel macam mak nenek ni.. baik kau stop sekarang!” Kata Effa dalam nada keras.
Terdengar Emelda ketawa terkekek-kekek. Effa mula geram. Kalau dibiarkan makin melarat nenek kebayan ni! Rungut Effa.

“Eleh.. janganlah marah..! Okay… aku nak kau tengok email kau sekarang!” Arah Emelda.

“Apasal pulak? Alah… malam nantilah..! Jap lagi aku nak ke MBK dan Pratunam pulak…” Jawab Effa.

“Amboii…! Macam tak ada hari esok…! Sudah-sudahlah tu dengan kau punya shopping. Esok sambung lah Mak Cik! Ehh.. okaylah.. nanti kau jangan lupa tengok tau.. aku tunggu jawapan kau!” Kata Emelda dan terus mematikan talian.

Effa mendengus. Dia mencampakkan telefon bimbitnya ke tepi katil. Memikirkan Emelda, dia menggelengkan kepalanya.

“Mel..Mel.. tak berubah-ubah dari zaman sekolah dulu! Kecoh…!” Kata Effa sendirian.

Tiba-tiba perasaan rindunya kepada teman-teman lama sewaktu zaman persekolahan mula mengundang. Indahnya saat itu…! Effa mencongak-congak sendiri.

“Wow..dah 13 tahun rupanya aku meninggalkan zaman persekolahanku! Lamanya tu..! Ehh… ye tak yee jugak… umur aku pun dah masuk 30 tahun! Si Emelda.. dah lima orang anak dah…! Aku je yang masih begini….!” Effa berkata-kata lagi.

Dia merenung jalan yang sesak di kota Bangkok itu dari tingkap hotelnya. Walaupun jalan sesak namun keadaannya tidaklah bising dan hingar-bingar. Deretan kereta kelihatan tersusun dan tidak ada pintas-memintas sesama mereka. Jika adapun, kenderaan tut-tut yang menyusuri laluan deretan kereta di sepanjang jalan. Namun masih lagi berhemah.

Berbanding dengan Malaysia. Jalan sesak sikit sudah hon sana, hon sini. Itu belum lagi maki hamun dari pemandu yang tidak sabar. Begitulah bezanya rakyat Malaysia dengan rakyat di Negara-negara luar yang dilawatinya. Terlalu banyak bezanya. Bukan Effa ingin merendahkan rakyat senegaranya tetapi memang telah terbukti tahap pemikiran mereka memang berbeza.

Effa mengeluh lagi. Sebenarnya, dia sepatutnya pulang ke Malaysia minggu lalu setelah selesai peperiksaan semester akhirnya di Universiti Havard. Bagi menyempurnakan PhDnya, Effa dijadualkan menyiapkan tesisnya di Malaysia.

Namun, tiba-tiba Effa teringat ingin membeli-belah di Bangkok dahulu sebelum kembali semula ke tanahair. Justeru itu, Effa menghubungi ayahnya memaklumkan perancangannya. Pada mulanya, Ayahnya tidak bersetuju dengan perancangan Effa.

“Apa yang dikejar sangat Bangkok tu? Baliklah dulu ke Malaysia nihh.. Lagipun, Adik dah lama tak balik sini…” Tegur Ayah Effa ketika Effa menghubungi Ayahnya minggu lepas.

“Alah Ayah… Please…! Esok-esok.. dah sampai Malaysia.. Adik tak tau.. bila Adik free nak pergi jalan-jalan macam nii.. Please…!!” Rayu Effa dengan nada manja.

Abdullah Said yang memang sudah masak dengan perangai keras kepala Effa, anaknya itu akhirnya mengalah dengan syarat Effa mesti kembali ke Malaysia dalam masa tiga hari. Maka peluang sebegini tidak akan Effa sia-siakan begitu sahaja kerana sememangnya sudah lama dia ingin melawati Bangkok seperti yang diceritakan oleh teman-temannya.

Justeru itu, Effa tidak kisah melawati Bangkok seorang diri kerana selama ini pun, dia melawati Negara-negara luar juga berseorangan.

“Ah.. aku nak habiskan masaku ini dengan bershopping dulu sebelum aku memulakan tesis aku. Lepas ni.. entah bila lagi aku nak enjoy sakan sorang-sorang begini…!” Kata Effa sambil tersenyum.

BAB 2

Azlan menghempaskan dirinya ke atas katil. Terasa letih benar dengan jadual program seminar yang disertainya siang tadi. Terlalu padat dengan aktiviti-aktivii yang dianjurkan.

Badannya terasa melekit. Penghawa dingin yang dipasang sebentar tadi masih belum cukup untuk menyejukkan badannya yang terasa panas dan bahang. Dia lantas bangun dari baringannya. Menyedari dirinya masih belum menunaikan solat Isyak, dia lantas bergegas ke bilik air.

Usai solat Isyak, dia melipat kain sejadah lalu diletakkannya di birai katil. Azlan keluar ke balkoni bilik hotel yang ditumpanginya sejak tiga hari yang lalu. Dia menginap di Baiyoke Sky Hotel iaitu hotel tertinggi di Bangkok di dalam kawasan Pratunam, masih di tengah-tengah kota Bangkok.

Azlan menikmati pemandangan malam yang indah di tengah kota Bangkok itu. Dari situ, dia dapat memerhatikan lampu-lampu indah yang bergemerlapan di kompleks membeli-belah MBK, gedung membeli-belah yang terkenal di Bangkok.

“Huh.. bukan setakat nak window shopping kat MBK, kat pasar minggu Chatuchak, pasar Pratunam dan mana-mana tempat menarik pun aku tak sempat nak pergi!” Keluh Azlan seorang diri.

Terasa sedikit kesal di hatinya. Esok hari Isnin dia perlu “check-out”.Mana sempat dia nak pergi menyinggah ke mana-mana tempat. Teringat pesanan ibunya supaya membelikannya ole-ole dari Bangkok. Namun Azlan sempat menjawab;

“Insyaallah Ibu… kalau Lan sempat... Lan ke sana bukan nak pergi vacation. Lan ada seminar, Bu!”

Azlan berharap ibunya akan faham tentang kedudukannya.

“Ahh… susah-susah sangat.. aku beli aja kat Free Duty kat airport nanti. Habis cerita!” Keluh Azlan di tengah-tengah malam yang dingin itu.

Azlan termenung lagi. Matanya tidak lagi rasa mengantuk selepas dia mandi sebentar tadi walaupun badannya terasa benar-benar keletihan. Dia mengeluh. Memikirkan jadual kerjanya yang padat sehingga tidak ada masa langsung untuk dirinya sendiri.

“Apa nak jadi dengan kau ni Lan?.. Umur dah makin meningkat… dah nak dekat 40 tahun dah.. Patutnya masa ni.. Ibu dah timang cucu dah..!” Rungut Halijah setiap kali Azlan pulang ke kampung menjenguknya.

Bukan apa, Halijah risau memikirkan nasib anak bujangnya yang seorang ini. Azlan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Kakaknya yang sulung, Azilah sudahpun berkahwin dan mempunyai lima orang anak. Kakaknya yang kedua, Amirah juga sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

“Lan belum masuk 40 lagi Ibu.. Baru 37 tahun! Muda lagi tuu… Hmmm.. Siapa kata Ibu tak timang cucu… tuhh… anak-anak Kak Long dan Kak Ngah..bukan ke cucu-cucu Ibu gak..!” Jawab Azlan sambil tersenyum.

Inilah persoalan yang membuatkan Azlan dalam dilemma bila pulang ke kampungnya di Ipoh menjenguk ibunya. Memang dia kasihan melihat ibunya yang tinggal seorang diri di rumah besar itu. Ayahnya sudah lama meninggal dunia ketika Azlan di tingkatan tiga lagi.

Walaupun Kak Long dan Kak Ngahnya tinggal berdekatan tetapi mereka terikat dengan tanggung-jawab kepada suami dan rumahtangga masing-masing. Bukan mereka tidak pernah mengajak ibu mereka tinggal bersama tetapi Halijah lebih suka tinggal di rumah pusaka peninggalan ayah mereka itu.

Halijah khuatir jika dia tidak tinggal di rumah besar itu, nanti anak menantu serta cucu-cucunya tidak akan pernah mengingati arwah suaminya lagi. Bagi Halijah, di rumah itulah bermula segala kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama arwah suami tersayang. Kalau boleh, Halijah ingin mati di rumah itu juga.

“Kau ni Lan.. Ibu nak timang cucu dari anak-anak kau.. Hmm… tu lah.. bila Ibu cakap sikit.. ada aje helahnya!” Rungut Halijah.

“Umur 37 tahun tu… dah masuk katagori matanglah tu Lan..Dah elok sangat dah tu kalau berkahwin…” Sambung Halijah lagi.

Azlan ketawa. Dia datang memeluk ibunya dari belakang sambil mencium kedua-dua belah pipinya. Sudah lama dia tidak berbuat begitu.

“Siapalah yang sudi berkahwin dengan anak Ibu yang dah tua.. lagi manja ni..? Cuba Ibu cakap sikit..! Dengan kerja Lan macam ni.. ada ke perempuan yang faham, Ibu? Sedangkan Ibu sendiri masih susah nak memahami kerja Lan macam ni.. inikan pula anak orang yang Lan nak kena jaga seumur hidup..!” Kata Azlan.

Azlan sudah berbaring di pangkuan ibunya. Begitulah selalunya. Pada ibunyalah tempat dia bermanja, mencurah rasa dan kadang-kala “mangsa” sakatnya!

Halijah melebarkan pangkuannya bagi memberi laluan kepala anak bujangnya itu berbaring. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Dah tua-tua beginipun.. nak manja-manja ngan Ibu!” Perli Halijah namun tangannya terus sahaja mengelus-ngelus rambut pendek Azlan.

Azlan sememangnya anak yang manja tetapi bukan yang mengada-ngada. Halijah bersyukur, sesibuk mana sekalipun Azlan bekerja walau di mana-mana pun, Azlan pasti akan menelefonnya bertanya khabar. Itu perkara wajib yang dilakukan Azlan sejak Azlan memulakan pekerjaannya lagi.

“Bukan tak ada.. kau yang tak nak..! Suruh bercinta tak mahu.. Ibu rekomenkan pun kau tak mahu.. habis.. perempuan yang macamana yang kau nak ni Lan..?” Rungut Halijah.

“Ibu.. agak-agak.. ada tak anak raja yang sudi nak kahwin dengan Lan? Kalau ada... bagus jugak kan Ibu..!” Kata Azlan.

“Tok sah kau nak berangan nak kahwin dengan anak raja Lan.. Anak Raja Gopal pun.. belum tentu kau sanggup kahwin lagi..!” Gurau Halijah sambil ketawa.

“Hehehhee…. Biar Lan kahwin dengan kerjaya Lan aje.. Ibu..! Lagi senang.. tak payah nak jaga hati orang.. tak ada orang nak sakit hati kalau Lan sibuk dengan kerja..” Jawab Azlan selamba.

“Huh.. orang lain pun kerja polis gak.. tapi masih boleh berkahwin, beranak-pinak..ada keluarga sendiri.. Ha.. Perdana Menteri tu pun lagi sibuk Ibu tengok.. tapi dia tetap bahagia dengan anak isteri dia… Apa yang sibuk sangat kerja kau tu Lan sampai sekarang ni.. tak jumpa-jumpa lagi teman hidup…!” Tanya Halijah.

“Ibu… kalau Ibu nak tau.. Perdana Menteri tu.. memang Nampak sibuk tapi.. yang buat kerja semuanya orang-orang dia macam Lan ni..! Ha…. Ibu janganlah nak bandingkan Lan dengan Perdana Menteri tu Bu…! “ Sakat Azlan.

Halijah menjeling. Beginilah selalunya bila dia membuka cerita kahwin pada Azlan. Sudahnya kata-katanya itu dipermainkan oleh Azlan.

“Anak bertuah!” Kata Halijah. Dia mencubit bahu Azlan. Azlan mengaduh kesakitan.

“Aduh.. Ibu ni! Tak sporting langsung…! Ibu.. kalau Ibu suruh gak Lan kahwin, lepas ni.. Ibu tak bolehlah nak manja-manja dengan Lan lagi.. Ibu gak..yang sunyi tinggal sorang-sorang..” Kata Azlan

“Ibu dah tua..Lan! Esok-esok.. mati pun sorang jugak! Tapi.. hati Ibu takkan senang kalau hanya tinggal sorang aje anak ibu yang tak berkahwin. Janji ibu pada ayah.. nak tengok anak-anak ibu semuanya bahagia.. dengan keluarga masing-masing. Itu jugak doa ibu tiap-tiap hari…!” Kata Halijah dengan nada sayu.

Azlan bangun dari ribaan ibunya. Dia mengurut-ngurut belakang ibunya dengan penuh kasih. Tentang bab ini, Azlan menjadi lemah. Dia memang tidak boleh melihat ibunya bersedih. Selama ini, ibunya memang telah banyak berkorban demi membesar dan mendidik Azlan dan kakak-kakaknya.

Berapa sangatlah untuk mereka sekeluarga mengharapkan wang pencen ayahnya yang juga merupakan anggota polis berpangkat Sarjan. Justeru itu, ibunya telah melakukan berbagai-bagai jenis pekerjaan semata-mata untuk memastikan kesemua anak-anaknya menamatkan persekolahan sehingga Berjaya.

Kakak Azlan yang sulung kini menjadi pensyarah di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Kakak kedua Azlan pula seorang ketua jururawat di Hospital Besar Ipoh. Manakala Azlan sendiri merupakan pegawai polis di bahagian siasatan jenayah di Bukit Aman.

“Sabarlah Ibu… Insyaallah.. berkat doa Ibu.. Allah akan makbulkan juga suatu hari nanti.. Lan janji.. lepas ni.. kalau dalam masa setahun ni.. Lan tak jumpa juga teman hidup Lan.., Lan akan serahkan jodoh Lan tu pada Ibu.. Terpulanglah pada Ibu.. nak mencari pasangan untuk Lan.. Lan akan ikut aje pilihan Ibu…” Kata Azlan.

Halijah memandang Azlan dengan pandangan yang bersinar. Dia tersenyum.

“Insyaallah.. Ibu akan sentiasa doakan kebahagiaan Lan..di dunia dan di akhirat…!” Doa Halijah pada anak lelaki kesayangannya itu.

Bunyi deringan dari computer riba Azlan menandakan mesej masuk mengejutkan Azlan yang masih lagi termenung di balkoni hotel itu. Serentak itu, baru dia menyedari yang dia tidak berbaju dan hanya berseluar pendek sahaja. Angin malam yang bertiup membuatkan Azlan terasa kesejukan. Dia berpeluk tubuh menahan kesejukan.

Segera dia mendapatkan computer ribanya. Diamati mesej email pada “inbox” . Diamatinya untuk melihat siapakah sipengirim email itu. Dato’ Amirol!

“Please report duty upon your departure!”

Azlan mengeluh membaca nota ringkas itu.

“Aku baru balik seminar…! “ Rungutnya sendirian.

“Kerja..! Kerja! Kerja!..” Keluhnya lagi.

Teringat Azlan dengan lagu nyanyian ‘Lan the typewriter’..

Lalalalallalalallaaa….
Hari hari Kerja…
Lallalallalallaa…
Kerja..kerja…kerja….

Azlan tersenyum sendirian.

“Agaknya orang yang nama Azlan nie.. memang gila kerja agaknya!” Kata Azlan disambung dengan tawanya sendiri.

Azlan lantas menutup computer ribanya. Sempat dijelingnya jam tangan yang berada di sebelah computer ribanya. Dah pukul 2.00 pagi rupanya! Seraya itu juga, Azlan menguap dan baru kini terasa mengantuk.

Memikirkan masih banyak agenda yang harus ditempuh keesokkan harinya, Azlan lantas merebahkan diri dan tidak sampai beberapa saat, dia akhirnya terlelap..

See more
 
Alhamdulillah... jika benar semua ini bakal jadi kenyataan.. aku benar-benar bersyukur ya ALLAH....!! Moga impianku selama ini bisa dimakbulkan... Aminnnn.....