Dugaan Perkahwinan...


Hmmm... tetiba terasa nak share dgn korang semua tentang dugaan-dugaan perkahwinan nihh.. Bukan lah nak  bermegah dgn usia perkahwinan yang baru 18 tahun nihh.. tapi.. tak salah kan kalau sebagai "kakak" nak berkongsi-kongsi experience & nasihat.. dgn adik-adik semua yg bakal dan sedang melayari bahtera perkahwinan.. 

Dan juga sebagai peringatan diri sendiri juga... agar sentiasa memastikan perkahwinan ini berkekalan sehingga hujung nyawa....



 Tahun pertama perkahwinan adalah masa-masa penyesuaian pasangan. Orang kata...penyatuan dua kepala dan mengenepikan kepentingan yang bersifat individu serta menjadikan satu kepentingan atas nama bersama. 

Huh.. memang tough tahun pertama yang aku lalui.. Maklumlah.. kahwin muda! Inchik hubby lak cuma setahun jer beza usianya. Masa penyesuaian ini lah ... boleh jadi penuh dugaan dan memerlukan banyak pengorbanan. 

Satu yang korang patut ingat..ialah penyakit EGO dalam rumahtangga. Hahh... penyakit nie memang payah nak ubat.. Memang memerlukan banyak pengorbanan daripada kedua-dua belah pihak sebab.. penyakit ini akan dihidapi oleh kedua-dua pihak jugak!

Kalau sayangkan rumahtangga... kurang2 kan lah EGO tuhh.. Tak de salahnya untuk tunduk dan mengakui kesalahan diri demi keharmonian dan kelangsungan rumahtangga. Tapi... untuk kes aku...rasanya..aku lebih mudah cari penyelesaian dengan berdiam diri dan akur saja dengan segala pendapat inchik hubby walau memang banyak menyimpan rasa di dalam hati! 

Memikirkan inchik hubby pun muda (walaupun aku pun muda gak masa tuhh!) dan merasakan usianya bagi di tahap seorang lelaki memang agak kurang matang.. maka aku lebih banyak beralah dan bersabar.. 

Hehehe... rasanya payah kot..isteri2 muda sekarang ni... nak ikut stail aku nihh.. Agak2.. korang larat tak nak layan suami yang kepala angin, panas baran, cakap lepas dan banyak mengarah isteri buat itu buat ini ..?? Dan segala urusan semuanya kena berdikari sendiri...?

Hehehe... mungkin ada..tapi tak ramai...kan?? Mungkin kelebihan yang ada pada aku adalah..aku nie..memang PENYABAR! Arwah Abah aku cakap..tak rugi orang yg penyabar nie.. Walaupun hati kita sakit.. Walaupun lamaaa.. sangatttt kita dianiaya...tapi..IN SHAA ALLAH... satu hari nanti.. ALLAH akan tolong kita.. ALLAH akan tunjukkan jalannya...  Tak ingat... doa2 orang teraniaya akan dimakbulkan ALLAH..cuma cepat atau lambatnya sahaja..!

So.. berbekalkan nasihat arwah Abah itu... aku kuatkan hati dan semangat..melayari bahtera perkahwinan ini walau bagaimana payah sekalipun...

Namun... dugaan ALLAH bukan satu..bukan dua... tetapi... banyakkk sangat yg datang menduga... !

Lepas memasuki 10 tahun perkahwinan... ku kira.. aku boleh menarik nafas lega sebab..memikirkan kami sudah masuk satu fasa perkahwinan yg kukira betul2 LULUS UJIAN perkahwinan... huhuhu...rupa2nya... aku bakal memasuki fasa2 yg lebih mencabar mental dan jiwaku!


Hahaha... agak2 korang.. nape lepas 10 tahun perkahwinan, perlu ada lagi dugaan yg kita kena tempuh? Besar jugak dugaan tuhh... Silap haribulan..kalau tak kuat... memang bercerai-berai jadinya...!

Hmm..ikut pengalaman aku lah, di usia perkahwinan begini.. di pihak isteri.. perhatian dan sayangnya lebih tertumpu kepada anak2..Kalau yg bekerja tuhh.. dia terpaksa berbagi2 kan masanya untuk kerja dan keluarga. Tapi..memang banyak kat anak2 lah.. dan..kurang skit kat suami. 

Mungkin tak jadi hal kalau suami memahami dan saling bantu-membantu and at the end.. dua2 menyedari mereka sama2 kehilangan perhatian dan kemesraan. Tapi... bagaimana pula dgn suami yg memang sejak azali lagi begitu tegar EGO nya.. Semuanya mengharapkan isteri memahamiisi hatinya?? Hah... suami yg begini laa pegi carik perhatian dan layanan kemesraan di luar..  

Biasanya...sang dara laahh yg jadi sasaran.. Hmm... memang kena lah kan.. Si suami yg sememangnya ada experience dan skill caring2 dan mengayat nihh..dah tentu2 laa.. si dara terpaut hati sebab ada orang yang begitu memahami dan melindunginya sentiasa.. hatta..memayungi jugak..! Yea laa.. yg di pihak suami.. dah tentulah time tuhh pendapatan pun dah stabil, kerja pun dah mengancam ... yea tak..? 

Yang si suami ni pulak.. bila sudah ada orang yang rajin melayani (dara apatah lagi!)..huh.. tentulah suka hati..!Time nie laa tunjuk skill.. sanggup menjadi pendengar setia setiap keluh kesah si dara.. menasihati dan menunjukkan caring yg terlebih2 tanpa menyedari yg si isteri nie..berhempas pulas laa seorang diri membahagikan masa antara kerja dan keluarga.. Time nie.. tengok muka isteri.. macam dah "kosong".. x der feel lagi..! Bangun pagi..bersemangat nak pegi kerja sebab boleh tatap wajah si dara yg mendamaikan jiwa..

Komunikasi antara isteri pun menjadi kurang.. Kalau dalam telefon.. cakap lebih kurang jer.. tak pun.. paling tidak..jawab "k" saje..! Tapi... kalau dengan si dara.. ber sms panjang berjela.. bergayut sakan di telefon.. yea laa... umpama kembali semula di zaman bercinta!

hahaha.... itu lah yg sering terjadi (may be tak semua!) pada kaum suami di dalam fasa 10 tahun perkahwinan.. Untuk kes aku... ada sikit persamaan di situ.. Namun... bila ada satu "kejadian" (yg tak boleh aku nyatakan di sini) berlaku... akhirnya menyedarkan inchik hubby sendiri.. dan ianya kembali normal semula...

Ehh..tapi korang jangan ingat dugaan ini berlaku pada si suami saje tau... hehehe... si isteri juga tidak terkecuali..! Dah namanya dugaan perkahwinan... So.. dugaan yg datang.. bukan untuk suami saje.. untuk isteri jugaa punn adaaaa....! :)

Di pihak isteri pulak... bila si suami dah mula buat perangai... si isteri mula rasa jauh hati dan makan hati.  yang akhirnya.. segala masalah yg terpendam diluahkan pada teman sepejabat. Biasanya diluahkan pada offismate lelaki dgn niat.. hanya lelaki sahaja yg fham mengapa si suami tu buat perangai.. 

Nasib tak baik... yg si tuan penasihat tu pun.. ada problem yg sama.. kurang perhatian dan kasih sayang dr isterinya..! Maka.. bila sama2 ada problem yg sama.. mestilah sama2 memahami perasaan yg dialami kan! Makanya.. wujudlah satu perasaan terlarang.. yg sukar diungkapkan..hanya mereka2 yg memahami dan mengalaminya sahaja yg mengetahuinya...

Untuk kes aku... huhuhu.. dugaan berat datang bila.. ada lelaki2 yang berstatus suami orang..dan juga bujang cuba menawan hatiku! Boleh gitu?? Hmmm... sekali dengar macam bangga tapiiii.... perghhh... itulah dugaan yg paling berat aku alami dan cuba hindari..

Tapi korang.... ingatlah... tak ada masalah yg tak boleh diselesaikan.. Jangan benarkan EGO menguasai diri.. Pesanku.. kalau ada anak... maka sematkan di hati.. bila ada sesuatu masalag antara kita suami isteri.. INGATLAH ANAK2..! Tanyakan pada diri sendiri.. anak2 ada atas penyatuan jiwa dan cinta kita suami isteri. Cinta yg wujud adalah sebab kita sendiri yg mencari.. bukannya atas arrangement parents kita. So.. kalau cinta itu kita yg cari mengapa kita nak buang begitu saje? Hadapilah segala risiko yg ada. Kita yg mencari "cinta" itu. Maka terimalah buruk baiknya. Kita juga perlu ingat.. kita bukanlah sesempurna mana pun kalau kita nak menyalahkan pasangan kita.

Untuk kes aku... 
Aku akan sentiasa ingat..ANAK-ANAKku.. Aku tak sanggup anak2 aku menerima kesannya jika perkahwinan ini tidak ku pertahankan sebaik2nya. Aku sanggup beralah dan makan hati daripada melihat anak2 aku menderita dan kurang kasih sayang. Aku percaya.. jika aku kuatkan hatiku.. sabar.. ALLAH akan sentiasa menolong aku. 

Untuk isteri2 di luar sana...  BERSABARLAH.. dalam setiap perkara. Rendahkan EGOmu. Sedar sape diri kita bila di hadapan seorang suami.. In Shaa Allah.. kita takkan rugi.. 

Untuk suami2 juga... Jangan tinggi sangat EGOmu.. Belajar memahami perasaan dan menghormati isteri jika mahu isterimu menghormati kamu. Ingatlah... sesabar mana sekalipun hati seorang isteri itu... ianya ada had. Jika had kesabarannya sudah lupus... bersedialah menerima kebarangkalian yg tidak terduga olehmu.

Aku... sekadar berpesan... berkongsi... sambil menyedarkan diri juga.. agar terus bertahan dalam mengukuhkan keharmonian perkahwinanku ini sehingga akhir hayat...




Checklist sebelum umur 40 tahun...



Hahhahaha... mesti korang pelik... eh..dah tak sabar sesangat ke nak berusia 40 tahun sampai ada checklist bagai! Hmm.. well... bukan tak sabar.. tapi..harinya semakin hampir.. (Lebih kurang 2 minggu dari sekarang)..Memang patut kita bersedia pun...Sekurang2nya..kita alert dan sedarkan diri kita sendiri sebelum terlambat..

Actually, dari apa yg aku tahu... umur 40 tahun ni memang banyak sangat keistimewaannya.. Meh sini aku share sikit...


Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

العَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

Seorang hamba muslim bila usianya mencapai empat puluh tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai enam puluh tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepada-Nya. Bila usianya mencapai tujuh puluh tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai delapan puluh tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai sembilan puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang belakangan, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai “tawanan Allah” di bumi. (H.R. Ahmad)

Hadits ini menyebut usia 40 tahun paling awal, dimana isinya bermakna bahwa orang yang mencapai usia 40 tahun dan ia tetap memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus memiliki konsistensi terhadap Islam sebagai pilihan keberagamaannya, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Perhitungan amalnya akan dimudahkan oleh Allah swt. Ini merupakan suatu keistimewaan tersendiri, karena dihisab, diteliti secara detail, diinterogasi secara berbelit-belit, merupakan suatu tahapan di akhirat yang sangat sulit, pahit, lama, dan mencekam tak ubahnya disiksa, betapa pun siksa yang sebenarnya belum dilaksanakan.

 Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Boleh jadi ini karena untuk mencapai usia 40 tahun dengan tingkat penghambaan dan keberagamaan yang konsisten tentulah membutuhkan proses perjuangan yang melelahkan.

Tetapi, umur 40 tahun merupakan saat harus waspada juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk ashar. Senja. Sebentar lagi maghrib. Sahabat Qotadah, tokoh generasi tabiin, berkata, “Bila seseorang telah mencapai usia 40 tahun, maka hendaklah dia mengambil kehati-hatian dari Allah ‘azza wa jalla.”

Bahkan, sahabat Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak unggul mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.

Nasihat yang diungkap oleh dua sahabat besar tersebut memberikan pengertian bahwa manusia harus mulai bersikap waspada, hati-hati, dan mawas diri dalam aktivitas pengabdiannya kepada Allah swt. manakala usianya telah mencapai 40 tahun. Ia ditekankan untuk meningkatkan atau setidak-tidaknya mempertahankan amal kebajikan yang telah dibiasakannya pada usia-usia sebelumnya. Tidak justru “tua-tua keladi”, makin tua dosanya makin menjadi-jadi. Secara keras, Ibnu Abbas ra. mengingatkan manusia yang berumur 40 tahun dan amal kebajikannya masih kalah dibanding dengan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.

Lantas, apa yang harus kita lakukan ketika menginjak usia 40 tahun? Beberapa yang disebutkan Ahmad Syarifuddin dalam bukunya ini adalah:
1. Meneguhkan tujuan hidu
p
2. Meningkatkan daya spiritualisme
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga konsistensi dan kontinuitas

Jika umur kita pada kenyataannya lebih banyak yang kita habiskan untuk sesuatu yang tidak berguna, maka kiranya kini saatnya untuk tidak lagi menyia-nyiakan waktu yang tersisa. Sebagaimana sahabat Abdullah bin Umar r.a. pernah menceritakan hadits dari Rasulullah Saw. yang perlu dicamkan berkaitan dengan hal ini.
Rasulullah Saw. memegang kedua pundakku dan bersabda, “Jadilah di dunia seakan-akan kamu orang asing (perantau) atau pengembara (musafir).” Abdullah bin Umar ra. berkata, “Jika berada di waktu sore, jangan menanti waktu pagi. Jika berada di waktu pagi, jangan menanti waktu sore. Pergunakanlah (rebutlah) masa sehatmu (dengan amal-amal shaleh) untuk bekal (antisipasi) masa sakitmu dan masa hidupmu untuk bekal (antisipasi) masa matimu.” (H.R. Bukhari).

 Semoga aku dan saudara2ku yang menjejaki umur 40 tahun pada tahun ini...digolongkan sebagai hamba-Nya yang mampu mengisi umur dengan sebaik-baiknya sehingga meringankan hisab kami semua esok di akhirat nanti. 
Aamiin....

Kenang-kenanglah asal-usul kita...!


Dalam dunia ni... kalau kita sebut pasal "DUIT"...haa... memang 'berhantu"! Disebabkan duit..macam2 perkara boleh berlaku..  Sebab duit.. manusia sanggup lakukan apa sahaja samada jalan halal ataupun haram..semata-mata untuk memenuhi keperluan, kehendak mahupun nafsu..

Manusia boleh bahagia bila ada duit.. Manusia boleh jadi lupa diri bila terlebih duit.. Manusia juga boleh jadi gila bila terlalu mengejar duit..! Orang tua2 kata..jangan jadi hamba duit..!


Memang stress kalau tak cukup duit ataupun memang tak ada duit langsung nih.. Bagi sesiapa yg tak biasa hidup susah..haa... memang 'masak' lahh.. Silap2.. boleh membuat sesuatu tindakan yg 'kurang berakal' sebab... orang2 begini memang lemah ketahanan mental dan kejiwaannya..

Dalam kes begini... sememangnya..aku amat2 risau apa yang bakal terjadi pana generasi anak2 aku nanti..! Maklum lah... sejak dari dalam kandungan lagi kemewahan dan kesenangan telah mereka terima dari kami suami isteri. Lahir saje ke dunia..pun dimanjai dengan kemewahan..Sehinggalah waktu2 membesarkan mereka..dan seterusnya ke alam persekolahan.. Mereka tidak pernah tahu apa erti "susah" atau bagaimana peritnya untuk mencari duit untuk mereka.

Dalam hal ini.. anak2 aku selalu menganggap aku "kedekut" dan sentiasa "berkira" dengan mereka jika mereka inginkan sesuatu. Sebaliknya, mereka lebih mudah mendapatkan apa yg mereka mahu daripada ayah   mereka..! huhuhu...


Yes... memang aku akui itu semua..! Mungkin..orang seperti aku yang pernah melalui zaman kesusahan semasa kecil dan remajanya.. pasti mempunyai ciri2 seperti aku ini! Itulah caranya  untuk aku menguatkan dalaman ku .... Dengan mengenang  asal usul kita, In shaa Allah..kita boleh menjadi insan yang lebih baik dan sering bersyukur..

Hidup di zaman yang penuh cabaran dan dugaan ini, kekentalan jiwa dan persiapan ilmu yang jitu dan mantap amat2 ditagih supaya kita tidak hanyut dibawa harus kemodenan dan lemas di lautan kecanggihan teknologi yang semakin rakus memamah akidah dan keimanan kita…

Bayangkan.. sewaktu di zaman kanak2 ku.. nak makan di luar.. rasanya dalam setahun boleh dikira. Itupun jika arwah Abah dapat gaji lebih (overtime). Kalau dapat makan KFC.. rasanya macam dapat durian runtuh!

Baju2 yang dipakai semua turun temurun dan diwarisi.. Lepas kak long pakai..bila tak muat, bagi kat angah..dan begitulah seterusnya. Kalau baju raya tu.. seorang cuma sepasang jer..! Pakaian sekolah pun begitu. Kalau beg sekolah.. selagi tak putus, pakai lah sampai empat lima tahun! Jangan sibuk2 nak mintak beg yg ada jenama ataupun yg ada gambar2 kartun yg popular. Begitu juga kasut dan kelengkapan sekolah. Kalau pensel tu.. pakailah selagi dapat 'memegang" dan boleh digunakan. Kalau terjumpa siapa2 punya pensel yg tidak dituntut oleh tuannya.. maka itu dikira bonus! 

Waktu nak belajar kat Poly pun begitu. Nak masuk daftar, memang confirm rantai mak jadi 'taruhannya".. Masa temankan Mak pergi pajak gadai.. mak menyorok2 mukanya dari diketahui orang. Mulanya aku kurang faham, mengapa mesti malu pergi "amnik duit" kat kedai pajak gadai tu??

Kehidupan di kampus Polytech juga memang memeritkan. Mungkin pada pandangan rakan2 yg lain, aku seperti mereka ...walau pada hakikatnya, aku memang tiada wang hatta kadang2 untuk makan sarapan sekalipun! Pagi2, makan sekeping roti dan segelas Milo sudah cukup bagiku. Biasanya pukul 10 pagi bila time rehat, kengkawan ajak minum kat Cafe..aku akan menolak dgn lembut dan memberi pelbagai alasan. Kalau pun aku ikut mereka minum di Cafe, yang pastinya aku takkan makan tengahari ataupun makan malam.

Makan malam ku biasanya Maggi. Mungkin.. Allah sayangkan aku.. bila aku menjadi AJK Makanan di Asrama, barulah aku dapat menikmati makan malam yg sempurna setiap petang ketika waktu aku bertugas. Punyalah bersyukurnya aku waktu itu.  Kalau tidak pun, aku 'menumpang' rakan2 lain bila ibubapa mereka datang membawa bekalan makanan. huhuhu... yang pastinya, berat badanku..memang sentiasa berstatus "underweight".. Mana tidaknya, beratku cuma 35kg! Boleh gitu??

Duit biasiswa pinjaman yg tak seberapa itu, bukanlah sepenuhnya digunakan untuk pembiayaan pelajaranku di Poly. Duit itu juga aku gunakan untuk menampung perbelanjaan mak dan adik2 bila Abah telah meninggal dunia. Jangan mimpi lah nak beli macam2 dengan menggunakan duit itu!

Jadinya... logik tak kalau aku "kedekut" dan "berkira" dengan anak2 ku kalau aku rasakan permintaan mereka itu boleh dipertimbangkan..atau dilupakan?? Aku tidak menyalahkan inchik hubbyku bilamana dia begitu mudah memberi atau menunaikan apa sahaja permintaan anak2 kami. Katanya" "sape lagi nak gunakan duit kita kalau bukan anak2 kita sendiri? Takkan kita nak tengok anak2 kita susah macam zaman kita dulu?"

Bagiku, inchik hubby sangat beruntung kerana dia dilahirkan di dalam keluarga senang. Dia hidup dalam serba-serbi cukup walaupun tidak mewah sangat. Memang dia beruntung.. Dan aku uga tidak mahu anak2 aku hidup susah seperti mana yang pernah aku lalui sebelum ini. Setiap yang kami kerjakan dan usahakan pun semuanya demi kebahagiaan anak-anak kami dan keluarga kami.

Cuma.. aku risau.. jika anak2 aku ditimpa masalah atau kesusahan, dapatkah mereka "kuat" dalam mengharungi dugaan mereka itu sedangkan selama ini mereka tidak pernah didedahkan dengan kesusahan. Bagaimana mahu menghargai setiap keringat yg keluar kalau mereka sendiri tidak mengalami sendiri keperitan dan kesusahannya?

Justeru itu.. suka atau tidak..aku selalu mengingatkan anak2 aku tentang asal usul aku, siapa Mama mereka sebelum berkahwin dan bagaimana kepayahan yg ditanggung oleh Mama mereka dahulu. Biar cerita ini ku ulang2 sehingga mereka bosan. Moga2.. mereka sedar, jika suatu hari nanti mereka terpandangkan orang susah atau miskin, mereka akan teringat..yang Mama mereka juga pernah begitu sewaktu dulu. 


Doaku  dalam setiap sujudku agar anak2 aku menjadi insan yang tidak sombong, sedar diri dan sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan... Aamiinnn...!!


Cita-Cita.... vs..Angan-Angan...

 
Teringat masa zaman sekolah dolu... bila cikgu tanya.. "Apa cita-cita kamu?"
 
Selalunya jawapan standard yang diberi.. "Nak jadi cikgu lah!"  Hahhaaha... dah contoh ada di depan mata..kan! Logiknya... mana laa kita nak tau apa kita akan jadi di kemudian hari. Soalan cikgu pun macam tak relevan.. Mana laa kita boleh ramalkan apa yang akan terjadi pada kita di masa akan datang.. ye tak??
 
Cuba..kalau cikgu tanya begini : .."Cuba kamu bayangkan dalam kepala.. apa yang kamu nak atau impikan kerjaya kamu suatu hari nanti?" Hahh... baru jelas dan terang... Bila disoal begitu.. baru lah banyak yang berlegar di minda apa yang diimpikan..!
 
 
Kat sekolah rendah.. cita-cita aku memang consistent.. "Cikgu" "Akauntan" dan "Peguam".. walaupun hakikat sebenarnya.. aku sendiri tak tau camner keje sebagai Akauntan dan Peguam tuhh..! Ya laa... aku ingat lagi.. selalunya, cikgu suruh isi gak pilihan cita-cita dan wajib kena isi 3 pilihan. Tu pasal main taruh jer tuhh..!
 
Bila masuk sekolah menengah... hehehe.. minda sudah semakin terbuka dan berkembang gitu! So.. masa nak pilih cita-cita tuh.. of coz laa kena fikir dulu gak kan..!
 
Kali ini... "Cikgu" merupakan pilihan terakhir! hehehehe... Biasanya.. pilihan favourite adalah.. "wartawan" dan "businesswoman" ... wahhh... kononnya laa..!! Pernah gak terfikir nak jadi "pekerja bank" tapi tiba2 terlintas di fikiran... nanti bila kerja kat bank, tiba2 datang perompak terus tembak semua pekerja bank?? Kan mati sia2 nanti!.. hahahhaha.... bole gitu??
 

And now... setelah 20 tahun meninggalkan alam persekolahan.... aku kini bekerja di Bank! Hehehe....

\Ghope nyerr.. tak lah seburuk yang aku sangkakan bila kerja di Bank ni tapi... tak laah sebagus yang aku impikan sebelum ini... Well... manusia tak pernah rasa puas bila mendapatkan sesuatu.. Inilah TAKDIR yang aku harus tempuhi..

Mungkin... jika TAKDIR ku sebaliknya.. iaitu..arwah Abah tidak meninggal dunia... mungkin aku bisa menyambung pelajaranku ke peringkat yg lebih tinggi sehingga tercapai impianku untuk bergelar wartawan..atau bekerja di bidang yang berkaitan dengan penyiaran. Dan.. mungkin juga..aku tidak akan mengenali suamiku kini..atau mungkin jodohku dengan orang lain..

Itu yg MUNGKIN terjadi dan kebarangkalian bila takdirku sebaliknya.. Namun... perancangan ALLAH rupanya lebih hebat dan lebih indah dari apa yang aku sangkakan...

Dan... aku sebenar-benarnya amat bersyukur dan redha atas apa yang ALLAH aturkan takdirku ini.. Aku amat bersyukur ya ALLAH...Moga..aku masih lagi mendapat perhatian dariMU dan aku redha.. setiap ujianMU..adalah kerana KAU masih sayangkan aku... ALHAMDULILLAH....!
 

Momen-Momen Terindah ...

 
Huhuhu... tetiba..terlintas di fikiran... "rindunya saat-saat mengandungkan Hariz!" Huhh... boleh gitu?? Jangan buat pasal... awak tu dah break record.. pregnant history yg penuh sadis & tragis! :p 
Bawak-bawak lah sedar yg umur awak tuu dah menginjak 4 series.. Bukan tak boleh lagi... Tak reti2 nak serik dgn pengalaman lalu? Doktor pun dah nasihat kan.. suruh rehat dan cukup-cukup laa sudah... Pe lagi yg tak cukup..? 2 pasang anak yg bijak dan comel..anugerah dariNYA? 
 
Hahaha... hati kecil pulak tetiba "bersuara"...!
Well... tak laa sampai tahap nak pregnant lagi.. tapi cuma.. rindu saat2 itu.. Momen-momen indah yang tak terungkap dgn kata-kata.. Ye laa... make sense laa jugak kan... dah 10 tahun menunggu kedatangan seorang baby.. Dan dalam 10 thn tuhh.. pelbagai dugaan diterima.. Sebab tuhh.. bila mengandung semula.. aku bertekad.. akan akan jaga kandunganku itu dgn sempurna...
 
Masih teringat..3 bulan pertama.. memang aku lembik! Pagi pegi kerja okay... tapi start pukul 5 ptg, aku mula rasa lemah, lesu dan kalau sampai rumah.. memang katil tempat utama aku landing dulu.Yg bestnya.. aku memang tak suka pegi dapur! Tak usah nak masak.. dapat bau bawang atau apa2 masakan aku dah mula pening. Inchik Hubby cakap... aku mengada2..! Huh... mana taknya dia bengang.. sewaktu aku pregnant yg pertama, kedua & ketiga.. memang aku masih boleh ligat memasak. Tapi kali ini... I'm sorryyy!! 
 
Habit aku masa pregnant kan Hariz.. kalau nak makan kat mana2 gerai..mesti yg berdekatan dgn masjid! Sebab... senang aku nak buang air kat tandas Masjid tuhh.. Kalau gerai2 atau restoran2 tu memang jauh dari masjid atau surau..huh.. jgn harap aku nak makan mahupun berhenti rehat kat situ..!  kihkihkih..
 
Satu lagi... kalau pergi berjalan2 ke... pergi kenduri ke.. aku wajib nak berhenti solat kat mana2 masjid yg besar2 dan cantik2...  Entah mengapa.. suka benar aku berhenti solat di masjid2 yg berlainan. Makanya... kalau zohor di Masjid Shah Alam... Asar pula..di Masjid KLIA.. Maghrib.. boleh laa singgah kat mana2 masjid yg berdekatan .. Isyak..kalau tak sempat.. boleh saja di rumah..!
 
Dalam 9 bulan pregnant tu... aku memang tip top gi surau..solat dan dengar ceramah di surau. Mengaji al-Quran dan belajar Tajwid tetap pada hari Sabtu dan Ahad. Dan setiap malam lepas Isyak.. memang tak lupa baca surah Luqman, Yusuf, Mariam dan berzikir. Masyaallah... memang tenang rasanya bila dapat buat amalan begitu.
 
Aku jugak mengamalkan minum susu dicampur dengan sedikit safron & buah badam. Orang kata.. nak dapat anak yg bijak dan kulit cantik. Actually, itu juga amalan org2 Yahudi masa mengandung. Itu sebab kepandaian dan kepakaran org2 Yahudi memang tak dpt dinafikan lagi! Hahaha... tapi.. bab susu... bukan susu lembu tau! Aku lebih gemar susu kambing. Berapa kotak aku perabis kan sachet susu kambing tuhh tiap2 malam!
 
Buah2an kegemaran..kebanyakannya..buah2an sitrus..macam buah delima, anggur, epal dan pisang. Memang itu favourite aku selain tiap2 hari aku MESTI mkn beberapa biji pil SPIRULINA.
 
Sebelum tidur... its my time and the baby (Hariz) laa..! Aku akan bercerita apa sahaja aktiviti aku kpd baby sambil tanganku sentiasa mengusap2 perutku. Yg bestnya, setiap kali aku bersuara.. baby dlm perut akan memberi respon dgn menendang mahupun membuat pergerakan dalam perut. Sangat indah suasana begitu! 
Sekali-sekala, aku akan memperdengakan baby dgn zikir2 dan bacaan al-Quran di MP3 melalui headset. Memang baby cepat memberi respon!
 
Rancangan TV yg aku minat... IMAM MUDA! Ya Allah... gila betul aku nengok rancangan nihh.. nak2 tengok muka bersih dan handsome kesemua imam2 muda tu.. Impian pun memang laa nak jugak anak2 jadi cam dorang kan.. Dlm hati.. tak putus2 berdoa moga suatu hari nanti... kesemua anak2 aku menjadi anak yg soleh dan solehah yg dpt membahagiakan Mama & Ayahnya di dunia & di akhirat...
 
Haa.. satu lagi rancangan TV yg aku takkan miss ialah.. rancangan SUKAN! Serious beb...! Kalau dulu.. bukak laa citer sukan.. mesti aku start bengang. Tu pasal laa aku suruh inchik hubby beli TV dua biji, senang utk aku nak nengok siaran favourite aku!
 
Sukan yg aku minat.. of coz laa.. bola sepak dan badminton! Fuhh... memang die hard fan laa aku ngan Datuk Lee Chong Wei dan pemain bola sepak.. Ronaldo tuhh..! 
 
Namun... dalam 'kemanjaan' dan 'mengada2' ..bak kata inchik Hubby ku.. Aku masih tak dapat hak istimewa tuhh sepenuhnya..! :(
Salah satunya... bila time balik keje.. aku masih naik LRT... memanjat tangga LRT yg tinggi dan curam tuhh.. Itu belum lagi dalam LRT... terpaksa berebut2 & bersesak2 dgn org ramai. Nasib tak baik... berdiri jer laa... walaupun dlm keadaan mengandung.. Hmmm... org KL... masih lagi kurang kesedaran sivik!
Lagi tak bernasib baik.. bila inchik Hubby habis keje awal dan terus balik. Makanya... terpaksalah aku menapak dari Leboh Ampang ke Central Market dan terus menuju ke Pejabat Pos KL.. and then dari situ..kena beratur panjang lagi untk menunggu bas! Huhhh...ada patut kaa tarak patut??!!   
 
Hmmm.... di saat2 akhir pregnant.. aku begitu kepingin nak makan kurma nabi. Memang boleh beli kat kedai2.. mahal pun tak apa kan.. Tapi.. aku nakkkk sangat makan kurma nabi dari yg dtgnya khas dari Mekah.. ! Boleh gitu??
 
Makanya... aku dan inchik hubby... terpaksa laa menebalkan muka.. bertanyakan saper2 saudara mara atau kengkwn yg baru balik dari Umrah. Dapat sebijik pun.. jadi laa... Namun.. yg peliknya, tiap kali pegi menziarahi mereka atau meminta dari mereka.. mesti ada saje perkara2 yg membuatkan aku tak dpt merasa kurma nabi tu walaupun sebijik! Sedih beb... mcm2 citer... kurma nabi habis lah.. tak sempat beli kurma nabi lah.. kurma nabi itu.. kurma nabi ini..  :(
Sehinggalah... ada saudara terdekat.. Kak Long Lela dan suaminya balik dari Umrah.. Kami pun singgah laa ke rumahnya... Masyaallah... Allah memakbulkan permintaanku! Dihadapkannya di depanku sebekas besar kurma nabi. Hahh... amik kau! Tak pandang kiri kanan.. aku terus makan dgn pelahapnya..! Teruk betul perangai aku.. ehh..ker.. perangai baby kat dlm perut tu?? :p   Yg bestnya.. Kak Long Lela siap bekalkan aku satu tupperware lagi kurma nabi utk aku... Ya Allah... syukur sgt2!!
 
Hahaha... indah kan momen2 tu semua?? Actually... itu antara perkongsian aku untk kengkawan di luar sana yg sedang pregnant.. Cubalah amalkan amalan2 yg aku citer kan di atas (yg baik2 jer laa... mcm amalan perempuan2 Yahudi mengandung tuhh). Satu lagi aku nak tambah, cuba2 laa.. rajinkan diri buat latihan dan jawab soalan2 matematik. Yg mudah2 pun okey.. Janji otak kiri kita aktif dan byk berfungsi. Perkembangan otak baby juga bagus. Itu juga sbnarnya amalan2 kaum Yahudi. Dorang mmg menggalakkan perempuan pregnant buat latihan matematik.
 
Dan....ALHAMDULILLAH...
bukan aku nak bangga.. tapi.. lahirnya NUR MUHAMMAD HARIZ.. aku sudah nampak "hasilnya" pada baby aku nihh disebabkan amalan2 yg aku lakukan sepanjang mengandungkan dia.. SYUKUR ya Allah...!
 
Moga perkongsian aku nii sedikit sebanyak... mungkin juga..berguna pada kengkwn di luar tuhh utk diamalkan pada anak mereka. Mudah2an.. impian dan harapan kita untuk kita lihat bagaimana anak2 kita menjadi apa yg kita doakan selalu..tercapai hendaknya.. Aaminnn..... 
 
 
hehehe... nak senyum pun tak larat!
 

Sakit2 nak beranak pun.. makan tetap makan!

Eh... sempat snap photo lagi!





Detik2 terakhir sebelum nak masuk labor room -C section
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
\NUR MUHAMMAD HARIZ was borned on 02FEB2012...
 
Kegembiraan & Kesyukuran...





 

Ada iras-iras Datuk Lee Chong Wei tak?? Tgk muncung dia tuhh


 
 
 
 
 

Dari kacamata seorang Mama... (sempena Hari Ibu..!)

 
Dulu.. sewaktu di zaman kanak-kanak dan remaja... aku lebih rapat dengan arwah Abah berbanding dengan Emak. Sebabnya.. Emak seorang yang garang, suka marah-marah, tidak pandai menunjukkan sayangnya pada anak-anak dan terlalu tegas. Di mata kami sebagai anak-anaknya, Emak tidak penyayang dan atas sikapnya kepada anak-anaknya, aku jarang membawa kawan-kawanku pulang ke rumah sebab "malu" dan lebih teruk sekali.. aku takut "dimalukan" oleh Emak di depan kawan-kawanku. Itu persepsi aku kepada Emak di waktu itu. 
 
Bagiku... arwah Abah lah bapa yang paling penyayang, baik hati dan sentiasa memahami kehendak anak-anaknya. Arwah Abah tak pernah memukul mahupun memukul kami anak-anaknya. Dia banyak menggunakan pendekatan psikologi dalam mendidik anak-anaknya.
 
Sehinggalah... kami kehilangan Abah di waktu usiaku 19 tahun... di mana.. segala tanggung-jawab yang dipikul arwah Abah tergalas di bahuku.. Dugaan Allah amat besar sekali menimpa kami sekeluarga terutama diriku sendiri. Bayangkan bagaimana sukarnya aku sebagai anak sulung untuk menggalas tanggungjawab ini.. dalam usia 19 tahun dan dalam masa yang sama masih belajar lagi di Politeknik. Sedangkan Emak pula tidak bekerja dan tahap akademiknya hanya setakat darjah 6 sahaja! Dugaan bertimpa bilamana kami kehilangan punca pendapatan. Waktu itu..aku hampir membuat keputusan untuk berhenti dari meneruskan pelajaran kerana adik-adik aku masih kecil dan bersekolah lagi..
 
Allah itu sebenarnya tidak akan menyeksakan hambaNYA dan DIA tidak akan menguji hambaNYA di luar batas kemampuan hambaNYA sendiri. Sedikit demi sedikit, aku membuka mata Emak kepada dunia luar dan berjinak-jinak dalam mencari rezeki dengan menjaga anak-anak jiran. Sehinggalah akhirnya.. bila Emak sudah pandai mencari dan memegang duit sendiri.. aku membenarkan Emak bekerja sebagai pembantu dapur di Golf Club. Dari situlah, Emak sudah pandai bergaul dan berdikari sendiri.
 
Masa berlalu dengan pantas... sehinggalah aku bergelar seorang "Mama"...
 
Detik pertama menjadi seorang Mama.. memang amat membahagiakan. Tiada kata-kata yang dapat kuluahkan bagaimana perasaan itu. Hanya Allah yg maha mengetahui kenikmatan yang dirasakan oleh seorang Mama walaupun untuk melahirkan setiap anak-anakku..aku menghadapi pelbagai dugaan yang memeritkan. Namun.. kesemua kesakitan itu hilang setiap kali melihat wajah tulus mereka..
 
Bila anak-anak semakin bertambah dan membesar...pandai bercakap..dan.. pandai.."menjawab" bila setiap kali aku menegur ataupun berleter.. barulah kini aku fahami apa perasaan yang dirasakan oleh Emak sewaktu dulu.. Sewaktu aku "menjawab" setiap kali Emak memarahi, menegur dan membebelkan aku! Masyaallah... Teringat aku akan satu pepatah..
 
Yaa.. ku percayakan kata-kata itu.. dan sememangnya ianya memang datang semula kepadaku! Baru aku dapat rasakan.. bagaimana "ngilunya" hati kecil Emak bila setiap kali tegurannya..dijawab balik oleh aku dengan alasan.. "semua yg aku lakukan adalah betul. Emak yg tak fahamkan aku!" Masyaallah... aku dapat rasakan sekarang, ya Allah.. ! Apatah lagi.. di zaman cyber ini.. anak-anak lebih lantang mengeluarkan pendapatnya sendiri dan lebih bersikap terbuka!
 
Di waktu begini.. aku redha apa yang telah kuterima dan mungkin ianya sebagai khifarah untuk aku. Aku sedar selama ini..Emak bersikap begitu kerana kurangnya pelajaran dan didikan agama dari ibu bapanya sendiri. Cara asuhan dan didikan yang diterima Emak daripada Atuk dan Nenek juga memainkan peranan mengapa Emak sentiasa bersikap "keras", tegas dan mungkin ke arah tiada berperasaan. Kasih sayang yang diterima oleh Emak terlalu "straight" dan tiada sentuhan sehingga Emak terlalu "kaku" dan tidak pandai menunjukkan sayangnya kepada anak-anaknya.
 
Masyaallah... kalau lah aku dapat selami dan memahami perasaannya ketika itu...
Mengapa..setelah aku bergelar Mama..baru aku dapat memahaminya..??
 
Sekali lagi...ALLAH sebenarnya tidak zalim... Atas kesedaran itu, kukira.. tidak terlambat untuk aku "membetulkan" keadaan..dan mengisafi diri sendiri.. kerana ku sedar.. aku hampir-hampir "mewarisi" sikap Emak sewaktu dahulu!
 
Dan... aku juga tidak mahu keadaan ini berterusan dan berbalik kepada anak-anakku pula. Justeru itu.. aku berusaha memperbaiki diri menjadi seorang Mama yang prihatin, lemah lembut dan juga memahami. Dan aku akan sentiasa memastikan perananku sebagai seorang Mama diperbaiki..di"upgrade" agar suatu hari nanti.. tanggungjawab ku memikul amanah Allah ini terlaksana..
 
Aku berharap.. agar anak-anak ku menjadi seorang anak yang soleh dan solehah di dunia & di akhirat..yang bisa membanggakan aku sebagai Mamanya dan suamiku sebagai Ayahnya...
 
Untuk Emak...
Ida memohon keampunan atas setiap kelukaan yang Emak rasakan selama ini. Mohon ampun dan maaf...
 
Untuk Anak-anak Mama...
Mama dah cuba sehabis baik untuk menjadi Mama yang terbaik untuk kalian.. Harapan Mama..agar anak-anak Mama..menjadi anak yang soleh dan solehah.. Tidak lupakan Mama dan Ayah..dan jadilah hamba Allah yang sentiasa taat perintahNYA... 

Apabila emosi menguasai diri..

 

Hahaha... Rasanya.. emosi aku di kala menaip nie.. bukan macam "orang" kat atas tuhh! But... I'm really cool and alhamdulillah... hati masih bersih dari sakit hati, dengki, jealous dan jauh sekali rasa berdendam... Betul!!  Hmm... maybe... macam kat bawah ni kot...!



Ehh.. jap..jap....Ye ke?? Tak pun...yang begini kot...!

Haahh... itu yang sebenarnya...! Speechless...Tak sangka..Macam tak percaya... pada apa yang telah dilakukan oleh seorang hamba Allah ini...

Bukan nak mengaibkan sesiapa.. bukan juga nak membuka pekung di dada.. tapi... apa yg bakal ku luahkan ini..satu peringatan untuk diri aku sendiri juga supaya...

Kadang2.. tak terfikir dek akal.. orang yang kita lihat baik di khalyak ramai, sembahyang tak tinggal, khatam mengaji Al-Quran, rajin ke surau, hmmm... yang paling respek.. dalam usia yg muda..sudah berpeluang menunaikan umrah yg mana peluang itu amat sukar untuk diperolehi oleh orang muda sepertinya.. namun.. soal menjaga siratulrahim sesama saudara.. FAIL terus!

Aku bukanlah orangnya yang layak nak mengatakan dia tidak beriman, lupa pada agama atau yg sewaktu dengannya sebab... aku pun.. mengaji ulangan pun tak habis, jarang pergi ke surau dan.. solat kadang-kala tak penuh juga! Tapi.. seingat aku.. ada hadis mengatakan..

Rasulullah s.a.w bersabda: Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagiamana engkau menyembunyikan keburukan-keburukanmu, dan janganlah engkau kagum dengan amalan-amalanmu, sesungguhnya engkau tidak tahu apakah engkau termasuk orang yang celaka (masuk neraka) atau orang yang bahagia (masuk syurga).
(H.R. Al-Baihaqi)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”

Riwayat al-bukhari

Hmm... Wallahu'alam...

Itu lah kenyataan yang berlaku di depan mata aku sebenarnya. Dan bukan hanya di mata aku sahaja.. ianya dilihat oleh manusia-manusia sekelilingnya, sekeluarganya, sesama saudaranya dan juga jiran sekampungnya..!

Mungkin dia merasakan dirinya adalah benar dan apa yang dilakukan dan diperkatakan oleh orang lain adalah salah! Apa yang orang lain nampak tak betul.. adalah betul pada pandangan dan pemikirannya. Sehinggakan perilakunya seakan-akan menidakkan yang dia ada pertalian dengan saudara sedarahnya sendiri! Malah.. kawan-kawannya dianggap saudara sehidup semati... Susah senang sama dikongsi! Boleh gitu??

Hmmm.. entahlah..! Mungkin oarng bertanya.. kalau dia tak kesah.. apa yang aku kisah kan?? Sebagai jawapannya.. Aku WAJIB kesah sebab dia adalah saudara yang ada kena mengena pertalian darahku.. Tapi.. memandangkan dia sendiri pun seperti indirectly declare yang aku TAK ADA KENA-MENGENA dalam hidup dia dan family dia..maka.. aku putuskan berdiam diri..menjauhkan diri.. dan sedikit menginsafi diri sendiri.. 

Dalam keadaan seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham)... aku faham..hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Itu aku faham sefaham2nya..!

Namun, kalau pihak dia memilih untuk terus membatukan hati dan fikiran.. sentiasa beremosi..berburuk sangka dan sebagainya.. Ku kira..penyelesaian terbaik adalah... mengikut rentaknya.

Jangan nanti... suatu hari nanti., apabila Allah menunjukkan "balasan tunai"NYA.. semuanya sudah terlambat. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

Doa dan harapanku..moga dia sedar dan bertaubat serta meminta maaf daripada SEMUA insan yang pernah dia sakiti SEBELUM TERLAMBAT..!