Kelahiran yang dinanti-nanti...! Tunggguuuu...!!


AKHIRnya... apa yang kunanti-nantikan selama ini bisa berakhir... ALHAMDULILLAH... syukurrrr!! My "que" dah sampai... BUKU PRIMA telah memaklumkan, mereka in the midst of printing and publishing my "new baby" !! 5hb July dijadualkan printing dan In Shaa Allah... pertengahan bulan Ramadhan... novel ku yang ketiga bakal berada di pasaran... Alhamdulillah...

Inilah novel pertamaku yang bakal diterbitkan oleh publisher BUKU PRIMA, salah satu anak syarikat KARANGKRAFT GP. Sape tak bangga beb! Bukan senang sesebuah manuskrip nak diterima dan diluluskan untuk penerbitan oleh pihak BUKU PRIMA!.. Sebab....  memang banyak prosedur yang kena ikut. Tambahan pula, polisi syarikat mereka.. ingin menerbitkan novel untuk bacaan santai, yang happy ending..tak mau stress2.. di mana kebanyakan pembaca mereka terdiri daripada teenagers hingga pertengahan dewasa. So... u should be proud Rohaidah Haron! 

So... sepanjang bulan Jun dan July nihh... memang agak sibuk sikit laa.. Bukan sibuk apa pun... team publising dok sibuk suruh tukar tajuk novel aku yang sebelum ini tajuknya "Warna-Warna Pelangi". Kata dorang, tajuk tuhh macam stress jer bunyinya.. Dorang nak tajuk yang lebih catchy dan diterima market! 

Huhhh.. stress gak aku nak mencari tajuk lain..! Nasib baik ada kengkawan yang sudi menolong.. Maka.. banyaklah cadangan tajuk2 yang agak menarik yang aku beri pada team publishing. And.. at the same time, team dorang pun comes out with several potential titles jugak...! For time being.. tajuk novel memang dalam pemilihan.

Bukan setakat tu ajer.. aku dikehendaki menukar pula nama pena aku dengan alasan, polisi dorang tak membenarkan nama pena yang sedia ada, yang telah digunakan oleh publisher lain... digunakan di publisher dorang.. Pulak dah!

Huwaaa... camner aku nak tukar.. sedangkannama "Aida Anggerik" tu dah sinonim dgn identiti aku selama nihh.. Bukan untuk setahun dua nie sejak aku bergelar novelis... malah aku dah gunakan nama tuhh dari zaman sekolah lagi! Hadoiii...

Maka... sekali lagi aku memerlukan idea dari kengkawan yang begitu sporting membantu aku... Maka... macam2 lah nama yang keluar..Sampai dua tiga kali tukar dah.. Team publishing reject sebab nama yang aku kemukakan tuhh.. tak commercial langsung! Ye laa.. faham.. Mak kan dah masuk era2 orang lama dah nie... Otak pun dah berkarat nak memikirkan nama2 kreatif lagi commercial tuhh..!]

Akhirnya... team publishing jugak yang kuar idea...

And now... I'm so proud to announce that... my nick name for my coming novel is....

hehehehe... nak bagitau ke?... Rasanya...kena KIV dulu laa... Macam tak syok lak nak bagitau nama tu sekarang..  In Shaa Allah akan ku announce kan nama pena dan tajuk novel aku ini dalam masa terdekat ini... So... apa lagii... TUNGGUUUUUUUUU!!!!!



Reward to myself...!

Pernah tak korang membeli sesuatu ..untuk diri sendiri.. sebagai satu penghargaan untuk diri sendiri juga? Tak kisah lah mahal atau murah..yang penting sesuatu yang valuable untuk diri sendiri..  Macam iklan dalam tv tu kata : "KERANA DIRIKU LEBIH BERHARGA!"... hehhehe....

Untuk aku... "amalan" nie..dah lama aku praktikkan.. Rasanya.. ia bukanlah pelik sangat.. Bagiku.. if it really feels good to buy something for yourself once in a while and if you think you deserve it, then ... WHY NOT?? Go for it.!

Sejak zaman sekolah lagi aku memang suka "menghargai" diri aku sendiri! Tak payah nak tunggu orang lain memberi penghargaan kat kita.. Well.. hakikatnya ... kalau nak mengharapkan penghargaan dari orang lain..alamatnya... perkara yang kita buat tuu..maybe akan jadik tak ikhlas..! Sebab... Diri kita.. hanya kita saje yang tahu..

Dulu.. masa zaman sekolah.. bila aku dapat markah tertinggi menulis karangan kat sekolah, aku mesti "frame"kan karangan aku (of coz dengan markah yg cikgu bagi tuu!) dengan plastik. Pas tuh aku akan masukkan ke dalam fail yg digunakan untuk menyimpan sijil. Malangnya.. sampai sekarang, aku tak jumpa fail2 tuh lagi..

Duit gaji pertamaku semasa aku bekerja di kilang Alps, Nilai (semasa tunggu result SPM) aku beli sebentuk cincin emas yang berbentuk hati. Memang aku sayang sangat2 kat cincin tuhh.. Dan ianya kekal di jariku sehingga aku berkahwin. Namun.. malangnya, cincin kesayangan aku itu hilang setelah aku menyerahkan hak milik cincin itu ke tangan anak daraku.. Haduhh.. memang sedih.. sebab.. selama ianya berada di jariku, ianya tetap setia di jariku.   sob..sob...sob..!! :-(

Well.. bila dah kerja tetap.. memang banyak lah benda yang aku dapat beli. Kekadang tuhh..bila terasa stress atau penat.. atau rasa down..atau rasa demotivated.. aku akan beli sejambak bunga ros untuk diriku sendiri..! hehehhe... so... girls out there... tak perlu lah nak merajuk2 kalau2 yr BF or yr hubby tak belikan uols bunga.. Tak jadik masalah pun! Beli saje untuk diri sendiri.. janji hati kita happy..! :-)

Kekadang.. kalau terasa nak manja2kan diri dan terasa badan nak dibelai2... hehehehe... nak tunggu inchik hubby tolong urutkan.. slow sangat... ! Pegi ajer laa ke Spa Massage..  Afterall... kita juga perlukan peruntukan masa untuk diri kita sendiri tanpa gangguan dari sesiapa hatta inchik hubby sehinggalah anak2..  Lagipun.. kita perlukan tenaga juga untuk menjaga mereka semua.. Tak begitu??

Hidup ini akan jadi lebih indah kalau kita tahu menghargainya..! Cehhwaahhh... Begitu juga dengan diri kita.. Jangan sedih2.. Jangan stress2... ! Kalau kita tak mendapat apa yg kita inginkan dalam hidup.. jgn sedih mahupun kecewa.. Bukan orang lain yg boleh mengembalikan kegembiraan itu.. tetapi.. DIRI KITA sendiri.. ! Bahagiakan diri kita sendiri.. in shaa allah.. aura kebahagiaan itu akan kita alihkan kepada orang lain di sekeliling kita..

Well... the latest one... hehehe... bukanlah nak menunjuk2 atau nak tayang2.. just nak share jer ngan korang..

Aku baru beli SAMSUNG GALEXY NOTE II... sempena hadiah harijadiku yang ke-40 dan... sebagai penghargaan untuk diriku yg aku rasa selama hampir 20 tahun aku bekerja.. aku boleh berbangga dengan achivement yg aku buat..!

Sekali lagi.. ALHAMDULILLAH... atas semua kurniaan yang ALLAH anugerahkan padaku... Moga ALLAH membuka lebih banyak lagi pintu rezeki buat diriku... Aamiinn...


Dah Takdir...

07 June 2013... sempena besday ku yang ke 40... familyku, ibu mertua dan family adik ipar ku berpakat nak bercuti kat Penang. Actually, plan nie bukannya sengaja.. Kebetulan pula, sepupu inchik hubby ku buat majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki di Penang pada 8Jun13.. So, sekali jalan laa...

Huhuhu... bila plan last minute memang banyak benda tak berapa nak well prepared. So.. redah jer laa.. Pagi 7 Jun tu jugak.. kami bertolak. Ngam2 kul 3.00 ptg, kami check-in di Krystal Suites... Okeylaa.. apartment 2 bilik. Actually, memang kat situ laa selama ni pun kitaorang stay kalau gi Penang..

Petang.. sibuk melayan bebudak nie nak mandi kat swimming pool.. Actually memang itulah niat bebudak nie nak gi Penang.. Nak mandi kolam! Huhh... ingatkan budak2 dah besar nie yg sibuk nak mandi kolam.. rupanya si kecik Hariz punnn dah start excited..


Gitu lerrr.. Dah puas mandi-manda... bila malam..time makan..sume malas nak keluar. Last-last, aku & hubby dan adik iparku Niza & hubby serta anakku Hadzim keluar gi carik makan.

Kami gi makan kat Padang Bron ( ehh..betul ke ejaan nihh?).. allaa.. kat Padang Kota lama.. Hmm.. kat siti makanan dia pun ley tahan..!
Hahaha... kali pertama makan Pasemboq..pergghhh... RM36 beb!!

Kami jumpa rombongan pengantin perempuan dari Labu kat situ. Dorang ni semua naik bas. Ada dalam 40 orang gitu..! Semangat nak antor pengantin gitu! kihkihkih...


Malam.. memang tak leh nak tido... Hariz resah semacam. Badan dia dah start dedar dan batuk2.. aduhhh.. pengsan laa Mama cam nihh!

Awal pagi... lepas subuh, kami dapat panggilan dari bapa saudara inchik hubby iaitu bapa kepada si pengantin perempuan mengatakan... bapa si pengantin lelaki telah meninggal dunia tengah malam tadi akibat dilanggar lari! Mengikut cerita saudara-mara di situ, pasangan pengantin terus ke dewan majlis untuk melihat persiapan terakhir di situ. Bapa si pengantin lelaki ini dengar ceritanya begitu excited nak menyudahkan kerja-kerja terakhir majlis perkahwinan anak lelakinya itu.

Dengarnya, dari persiapan awal sehinggalah ke majlis menyambut menantu ini..beliau sangat2 rajin menolong isterinya. Sehinggalah kepada kerja2 pemasangan "sign-board" penunjuk arah ke lokasi dewan majlis perkahwinan, pun beliau ingin turut serta memasangnya. Bukan tidak ada orang lain yg boleh menyiapkan kerja2 itu tetapi beliau berkeras ingin membantu.

Dengar khabarnya, ketika beliau sedang memerhatikan anak2 buahnya memasang sign board itu, ketika itu beliau sedang mencangkung di tepi jalan. Tiba2 datang satu kereta yg laju terus melanggarnya. Apa yg menyedihkan, kereta laju yg melanggarnya itu terus lari! Masyaallah.....

Dalam keadaan parah itu, dengarnya sempat juga anak2 buah memanggil si pengantin lelaki datang segera. Rupanya, si pengantin lelaki itu amat rapat dengan bapanya. Yang menyedihkan... ketika si pengantin lelaki itu lahir.. bapanya itulah yang menyambut kelahirannya. Dan kini... bapanya menghembuskan nafasnya yg terakhir di pangkuan anaknya, si pengantin lelaki itu....

Ya Allahh... sedihnya...Yea laa.. kalau sudah sampai ajal, macamana kita nak elakpun tetap kan terjadi juga. Inilah Takdir.. Qada' dan Qadar' serta ujian buat keluarganya..

Aku dapat merasakan kesedihan yang dialami oleh keluarganya itu lebih2 lagi si pengantin lelaki... bapanya meninggal dunia di hari bahagianya...

Urusan jenazah serta pengkebumian dibuat pada pagi 8Jun itu juga.. Jenazahnya dikebumikan di Seberang Prai. Maka, tengahari itu.... majlis di dewan tetap berlangsung tetapi bertukar kepada majlis makan sahaja. Tiada persandingan mahupun pengantin berarak walaupun di dewan itu memang terhias pelamin indah dan dekorasi yg menarik. 

Kami rombongan pengantin perempuan dijamu juga walaupun kami tahu.. mereka semua dalam kesedihan. Menariknya, makanan katering yg dihidangkan sememangnya amat lazat! Dengar ceritanya arwah bapa pengantin yg menukar menu di saat2 akhir. Tapi... memang aku puji, masakan beriyani nya.. pergghhhh... sedap!!

Kami pulang seawal pukul 3 petang. Rombongan bas agak lewat sedikit. Semapt juga aku bertemu dengan pengantin lelaki dan ibunya sambil mengucapkan takziah. Ya Allah.. kesian sangat aku tengok wajah si pengantin lelaki itu. Tapi.. dia sempat mengatakan yang dia redha atas apa yang telah berlaku...

Hmmm... hari ini aku belajar sesuatu... umur, jodoh, rezeki... semuanya atas ketentuan dan urusan Allah.. Sehabis baik mana perancangan kita.. hanya Allah sahaja yg berkuasa dan dapat menentukan segalanya...

Sekali lagi aku bersyukur kepada ALLAH... atas nikmat yg dikurniakan kepadaku selama 40 tahun ini...  Moga aku kan terus menjadi hambaNYA yang redha.. yang sentiasa bersyukur dan tidak lupa diri...  Aminnn...




I am 40 years old! (07 JUNE 2013)

ALHAMDULILLAH... bersyukur atas nikmatMu ya Allah kerana mengizinkan aku terus bernafas di bumiMU ini..seterusnya berpeluang merasai saat-saat menjejaki umur 4 series nihh! 

Doa Saat Sudah Berumur 40 Tahun


.رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (QS. Al-Ahqaf: 15)

Orang kata dah masuk umur 40 tahun nie.. memang ISTIMEWA dan memang misteri. Ntah apa yg istimewa dan misterinya.. aku pun tak tau! Yang pastinya... Seseorang yang sudah mencapai umur 40 tahun berarti akalnya sudah sampai pada tingkat kematangan berfikir serta sudah mencapai kesempurnaan kedewasaan dan budi pekerti. 

Ibrahim al-Nakhai rahimahullah berkata, "Mereka berkata (yakni para salaf), bahwa jika seseorang sudah mencapai umur 40 tahun dan berada pada suatu perangai tertentu, maka ia tidak akan pernah berubah hingga datang kematiannya." (Lihat: al-Thabaqat al-Kubra: 6/277) 

Nauzubillahiminzalik..! Minta dijauhkan semua itu..  Bak kata pepatah..(tak tau sape yg menuturkannya); 

Masa yang pergi tak akan kembali
Umur semalam tak akan dilalui lagi..
Maka jadikanlah hari ini
Lebih baik daripada semalam
dan...
Esok lebih baik daripada hari ini...

So.. sempena udah berumur 40 tahun ini... sekadar peringatan untuk diri sendiri dan kengkawan yang sudah dan bakal memasuki umur 4 series nih... check it out my personal 
view below :-

1) Utamakan KESIHATAN.. sebab.. golongan wanita yg dah masuk 40an nie.. mmg banyak penyakit nak singgah..  osteoporosislah.. hypertension lah, kecing manis, breast cancer dan segala macam penyakit.. So.. bila dah dapat penyakit.. amalan dan ibadah kita pun terganggu ye tak? In shaa Allah.. akan cuba mengikut tips2 kesihatan yang berpadanan..

2) Orang kata.. makin umur meningkat, tahap emosi pun sama gak naiknya.. Hahaha... bab nihh.. tak leh nak janji.. Ye laa.. kalau dah stress disebabkan tekanan kerja dan pelbagai masalah perasaan.. mana emosi tak stabil ye tak..? 
Hehhehe... akan cuba SENTIASA SENYUM DAN TAK PERLU KATA APA-APA!..


3) Memantapkan lagi pengisian kerohanian dan berusaha untuk memperbaiki peribadi serta ibadah kita kepada Allah...

4) Istiqomah dalam melakukan sebarang perubahan..

Harapanku sempena ulangtahun kelahiranku ini.... Moga aku sempat memperbaiki peribadi dan melengkapkan amalan serta ibadahku sebelum aku pergi menemui Ilahi... Aameennn....!! 

Dilemma usia 40 tahun..


Hehehhe... korang jangan ketawa okay...! Aku tau.. mesti ada yang sengih sebab..ari tuhh..aku post entry "checklist sebelum masuk umur 40 tahun".. Laa nie.. "dilemma" lak bila nak masuk 40 tahun! Camner tuh..??

Hmmm...lagi beberapa hari jer lagi nak melangkah ke umur 4 series ni! Serious..macam2 perasaan yang timbul... Pertama.. aku sudah cukup bersediakah untuk melangkah ke era transformasi diri ini? Sudah cukup matangkah aku untuk melakukan sesuatu perubahan diri menuju kebaikan?

Bukan apa... makin umur itu menghampiri.. banyak pula dugaan perasaan yang cuba memainkan peranan penghasut agar aku masih tetap utuh dengan "kelakuan" dahulu..! Masyaallah...tetapkan imanku ya Allah...! Mengapa laa.. di saat aku mula ingin berhijrah..ada saje "parasit" yang muncul..yg cuba menganggu gugat keimanan aku..!

Well... it is just a number rite? Suka atau tidak... usia itu akan bertambah setahun lagi pada setiap kali tibanya hari ulang tahun kelahiran. So.. nape nak dilemma pulak?? Memang ini lah lumrahnya wanita sepertiku yang mungkin agak terlalu sentimental dan sensitif.!! Huwaaa.... Monyet pun boring nengok perangai aku cenggini tak??

Yea laa... kalau setiap kali tibanya umur 21 tahun... 30 tahun.. 40 tahun...semuanya nak dilemma ..apa citer??  Nanti.. kalau dah masuk umur 50 tahun?...60 tahun..? Ntah apa dilemma yg aku fikirkan... Hehehehe.... Inilah dia... jiwa seorang Aida Anggerik kalau korang nak tau...!