Pengalaman yang takkan berulang..

 
ALHAMDULILLAH... Inchik Hubby dan rombongan umrahnya telah selamat pulang ke tanahair pada 23 February 2013 yang lalu. Huhhh.... legaaa... semuanya selamat dan mudah2an... inchik hubby dan rombongannya mendapat umrah yang maqbullah... Aminn...!!
 
Well... cuti aku masih lagi berbaki 2 hari. Rabu 27 February 2013 dah start keje. Pejam celik pejam celik.. dah 2 minggu cutiku akan berakhir. Cepatnya masa berlalu...!! Walau penat.. tapi aku puas dapat melayan my hensem boy yang lasak dan menguruskan sendiri SEORANG DIRI urusan anak2 lain ke sekolah dan hal2 rumahtangga. Memang aku kagum dan tabik spring khususnya kepada ibu2 tunggal yang mengorbankan masa dan kepentingan diri sendiri hanya untuk kesenangan anak2. Dan mungkin juga segelintir surirumah atau ibu2 yg bekerjaya ...yang terpaksa survive sendiri tanpa suami yang mungkin outstation lama2, melanjutkan pelajaran, mengerjakan umrah/haji dan sebagainya.
 
Memang benar-benar mencabar kesabaran dan kekuatan mental dan fizikal! hehehe... Tapi.. yang pastinya.. pengalaman ini memang tak akan dapat di mana2.. dan ianya takkan berulang lagi selepas ini.. Sebab.. bila anak2 dah mula membesar... melanjutkan pelajaran..bekerja.. berkahwin... hmmm... pasti semua itu tinggal kenangan sahaja... Sebab itu... walau susah bagaimanapun... aku tetap ingin menguruskan sendiri hal anak2 ..
 
Okey laa... Tak mau cerita panjang.. Aku harap... rakaman foto-foto di bawah bisa menceritakan detik2 manis aku melayan kerenah my hensem boy Hariz selama 2 minggu ini....
 














 

Ubat Rindu...!


Hari ini Hariz buat perangai plak..! Biasanya dia lasak dan "sibuk" dengan urusan dia... leka bermain..minum susu and tidoo... Tapi ari minggu nihh... masyaallah... punyalah letih.. Dari pagi sampai ke petang.. dia bantai tak nak tido.. Macam boikot jer! Kalau dia tak tido and leka bermain tak per la jugak... Ini.. dia dok merengek..mintak dukong laa.. dan duduk mengadap dia 24 jam! Haisshhh... letih laa Mama cam nie..!

Yang Mama dia.. dah laa demam.. sakit-sakit badan dan pening kepala.. Haduhh... mencabar betul buat urusan sorang2 nihh... Time nak berehat... time tu pulak laa si hero kecik nihh meragam..

Sampai lah waktu malam... nak tido kan dia pun punyalah susahnya.. Tiba-tiba, aku teringat baju-T dan kain pelekat inchik hubby (sengaja aku tak basuh.. nak dapatkan "bau"nya saje!) yang aku suruh dia tinggalkan kat rumah sebelum dia pegi Umrah ari tuhh..just in case..! Aku rasa... dalam hal nihh... aku perlu ikut gak petua orang tua2.. Lagipun.. benda yang dibuat tuhh.. tak jatuh hukum syirik pun! huhuhu...

So.. aku pun selimutkan kain pelekat kat tubuh Hariz dan baju-T ayah dia aku balutkan kat bantal dia tidur.. Masyaallah... sekelip mata jer.. si hero kecik nihh terus terlelap... Ya Allah... dia rindukan ayah dia rupanya..!! Siannn...diaaa....!! Agaknya... dapat jer "bau" ayah dia tuhh... terus dia terlelap.. Hmmm... part nihh yang tetiba rasa touching lak...! Huwaaa.....!!!

Hmmm... betul laa kata orang tua2... ubat rindu untuk isteri dan anak2 kalau berjauhan dengan suami atau ayah..haa... cam tu laa caranya...Dan begitu jugalah sebaliknya.... Sekurang2nya.. bila tercium bau badan yang melekat kat baju atau pakaian tuhh... automatik perasaan/naluri kita akan merasakan yang orangnya ada di situ atau berada berdekatan dengan kita... So.. terubatlah sikit rindu kita pada orangnya... Hmm... satu tindak balas kimia lah jugak kan..

But.. in other way... jangan pula bagi pakaian kita (of coz yang ada bau badan kita) kepada orang yang jauh pertaliannya dengan kita. Misalnya kepada kekasih... walaupun sudah sumpah setia maut akan setia sehingga ke hujung nyawa.. janganlah memandai2 nak hadiahkan buat penawar rindu bagai kepadanya selagi tak bergelar suami isteri! Tak usahlah nak trust lebih2.. Takut2..lain pulak jadinya.. Haiii... semua boleh berlaku zaman sekarang nihhh...!

So... moral of the story.. apa pun petua/nasihat orang tua2.. pandai2 lah kita nak konsider yang mana sesuai untuk kita amalkan.. Bak kata orang zaman sekarang.... "Agak-Agak lah..!!"

Okey laa... nak tidoo... si hero kecik dah nyenyak tuhh... Sekarang..  giliran Mama dia pulak nak tidur berselimutkan kain pelekat ayah nya pulak....! :D

Nyenyaknya.. si hero kecik ni tido bila dapat peluk baju-T ayahnya....!

Diari seorang suri rumah sementara...


Sejak inchik hubby gi umrah.. seperti yang telah dibincangkan.. aku amik cuti selama 2 minggu berkuatkuasa 13 February - 26 February 2013. Hisshh... kengkawan ofis kata..mengalahkan aku yg nak gi umrah! Actually inchik hubby suruh aku cuti seminggu jer since anak2 yg sekolah menengah dapat cuti seminggu. So.. aku dapat jimat cuti.. Jadi, sementara aku keje.. si Kak Long boleh tengok2 kan Hariz. 

Bila aku fikir balik..payah gak nak keje sebab walaupun Kak Long dan Hadzim cuti tapi mereka banyak keje2 kokurikulum dan tugas2 berkumpulan nak kena buat. Maka... malas nak fikir, aku amik jer laa 2 minggu tuhh... Nak wat camner.. tu semua anak2.. bukan orang lain kan.. Tak gemar aku nak menyusahkan orang lain untuk kesenangan aku dan anak2. Tak perr... biarlah aku berkorban untuk mereka.

Maka... sejak jadi suri rumah sepenuh masa untuk 2 minggu nihh.. masyaallah... letihnya tak terkira. Letih fizikal dan mental. Untuk minggu pertama cuti nihh... seawal Subuh aku dah bangun dan siapkan apa2 yg patut untuk anak yg bersekolah rendah. Tu belum lagi.. si hero kecik Hariz terjaga. Biasanya, pukul 6 pagi dia dah bangun. Hadooiii.. bila hero kecik dah jaga.. habis lerrr... Semua keje jadi kelam kabut. 

Siap2 melayan si hero kecik.. kena hantar si Kak Long lak ke sekolahnya. Ada latihan bola jaring dan pemilihan. Pas tuhh terkejar2 balik sebab nak masak coz kat rumah.. si Hadzim dan rakan2 kelasnya sedang buat group discussion untuk projek sekolah. 

Whilst cooking.. jangan lupa... si hero kecik tu gak "sibuk buat keje" dia.. Time masak.. kejap2 berenti..tutup api dapur sebab mengejar si hero kecik tuhh dari panjat tangga... panjat sofa..panjat kerusi.. buka/tutup swiss tv, masuk tangan kat kipas angin, buka almari & "kemaskan" barang2 kat dlam almari.. tu belum lagi bukak pintu bilik air..! Huwaaa.... kalau dok layan dia jerr... pukul berapa aku nak siap masak ni??  Dalam sibuk2 mengeluarkan barang2 dalam peti ais.. tiba2 terjumpa lak "bantal bucuk" si hero kecik nih dalam frezerrr...! Aiyooo... sape punya keje ni??? Harizzzz...!!!!!

Petang dah nak pukul 2, baru selesai masak.. Makan tengahari and sibuk lak tido kan si hero kecik nihh... Time tuhh... rasanya..tak tau.. sape yg tido dulu.. Hariz ker.. Mama dia agaknya?? Sebab... sedar2.. Mama dia dah terbaring dah kat tepi buaian Hariz... huhuhu... letih giler laa tuhh..!

Petang... shoot amik Kak Long kat stesen komuter Tiroi.. Bawak jugak si hero kecik nihh.. Kang sape nak jaga dia! Balik, singgah beli kuih2 untuk minum petang. Yang si hero kecik nihh.. bukan boleh lama2 kat baby seat. Paling lama pun 10 minit! Lepas tuhh... dia start laa buat aksi melepaskan diri..Tak dapat bukak tali pinggang.. pe lagi..menjerit mintak perhatian! Hadooiii... nak bawak kete pun tak concentrate.. Sudahnya.. Mama dia jadi pelumba F1 walaupun dalam hati ada ngeri gitu! 

Malam... layan si Kak Lang buat keje sekolah. Makan malam ala kadar sbab dah letih yang teramat. Nasib baik si hero kecik tido awal. Tu sebab dah letih maksimum lah tuhh.. bermain di siang hari. Bila dah letih.. terus knock out..pengsan terus..! Bising macam mana pun.. tak sedar dah.. Hadoiii... hensem boy Mama nihh... macam2 ..!! 

Plan nak buat keje sikit..nak sambung novel yg terbengkalai pun tak dapat diteruskan. Letih punya pasal... letak kepala..terus zzzzz.

Pukul 2 pagi... sedang lena diulit mimpi... inchik hubby call dari Madhinah.. Hmm... dia okey laa.. kat sana baru pukul  9 malam. Layan jugak laa borak walaupun mata masih tertutup...huhuhu... Bila inchik hubby tanya.. everything ok?? Jawap jer ler.. OK! Takkan nak mengadu letih plak kan.. Nanti tak pasal2 terganggu pulak ibadah inchik hubby kat sana.. 

Anyway... inchik hubby update, hari jumaat 15hb Feb..dia dan rombongan akan berangkat ke Mekah. Masyaalah... cepatnya maa berlalu.. Agaknya.. bagaimana kita rasa cepatnya berlalu.. begitu jugaklah mereka yang berada di sana kan. Apatah lagi yang kusyuk mengerjakan ibadah itu. Hmmm... aku dapat rasakan.. itu lah sebabnya.. mereka2 yang pegi umrah.. pasti akan pergi lagi selepas itu kerana "rindukan" suasana di situ. Ya Allah... tak sabarnya aku ingin menjadi tetamuMU ya Allah... Jemputlah aku ya Allah....!!

Well... lagi seminggu saja inchik hubby dah nak balik. Dan...lagi seminggu juga tugasku sebagai surirumah sepenuh masa kan berakhir... Walaupun penat, letih dan segala macam rasa... namun.. Subhanallah... aku bahagia akan rasa itu ya Allah...! Semuanya untuk permata2 hatiku... Dan aku pasti... mereka semua berdoa dan ternanti-nanti.. bilakah lagi.. Mama mereka akan jadi suri rumah sepenuh masa buat selama-lamanya...!

In shaa Allah.. anak2 ku... Jika Allah mengurniakan rezeki yang lebih kepada kita sekeluarga..Mama pasti menjadi surirumah sepenuh masa buat kalian semua... Doakanlah agar Allah memperluaskan pintu rezeki kita sekeluarga... Amin...


Nak kongsi cerita...


Salam, 
  
Manuskrip Warna-warna Pelangi sudah saya nilai dan lulus untuk diterbitkan. Hanya menunggu ‘Q’ untuk dimasukkan ke dalam jadual penerbitan. Harap puan 
Dapat sabar kerana terlalu banyak manuskrip yang menunggu untuk diterbitkan. Harap maklum. 
  
Mohd Ali Bin Mohd Noor 
Editor Kanan Buku Prima 

Hehehe... tak der laa berita gempak sangat... tapi just nak share dgn korang semua tentang update terkini dari meja Editor BUKU PRIMA dari Kumpulan Karangkraft... 

ALHAMDULILLAHH.... dengan terimanya email yang short & simple but sweet nihh... mematikan segala pertanyaan yang berlegar-legar dalam fikiran aku. Banyak benda yang aku fikirkan. Salah satunya.. manuskrip aku nie..adakah ianya betul2 diterima oleh pihak editor atau tak.. Maklumlah.. ramai lagi penulis yang berbakat dengan hasil2 nukilan yang kreatif dan bagus di luar sana.. Dan aku akui... aku bukanlah sebagus mereka.. Hanya berusia setahun jagung.. Masih hijau lagi..!

Hmmm... peringkat pertama dah lepas... Maka lepas nihh.. peringkat "menunggu show" nya pula.. Harap2.. dapatlah tahun 2013 novel ini diterbitkan..! Ramai kengkawan yang dok menanya bila next novel will be in the market... Well... friends... just be patient.. it's coming soon...!!!

Secara ringkasnya, novel WARNA-WARNA PELANGI ini mengisahkan tentang seorang pegawai polis yang begitu berdedikasi dan komited dengan kerjayanya. Sehinggalah dia sendiri terlibat/terperangkap dalam permasalahan kronik cinta tiga segi. Dapatkah dia menyelesaikan masalah yang dihadapi sebagaimana dia selama ini sering berjaya menyelesaikan kes-kes jenayah negara yang berprofil tinggi?

Novel ini juga mendedahkan jerit perit, cabaran, dugaan, suka dan duka yang dilalui oleh mereka yang berkerjaya  polis. Tidak keterlaluan, ianya menyingkap di balik tabir siapakah seorang polis yang sebenarnya. Mungkin sedikit pengajaran bagi segelintir masyarakat yang sering memandang rendah mahupun prejudice terhadap tugas-tugas seorang anggota polis. 

Novel ini juga bukan bertujuan untuk "membodek" mereka-mereka yang beekerjaya polis tetapi lebih kepada penghargaan atas tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan oleh negara kepada mereka. 

Untuk itu... jutaan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada seorang sahabat lamaku.. Tuan ASP Azlan.. yang sudi berkongsi cerita dan beberapa kes untuk diketengahkan dalam novel ini. Keperibadiannya juga menjadi inspirasiku untuk ku jadikan dia sendiri sebagai HERO dalam novel ini... Hahaha.... Thank you Lan! I owe you not only one but toooo many!! :-)

Okey... harapanku agar novel ini bisa diterbitkan dalam tahun ini juga... Ini pengharapanku. Moga Allah mendengar dan mempermudahkan segala urusan dan perjalanannya... Aminnn....

Selamat mengerjakan ibadah Umrah dgn sempurna..


Akhirnya... hari yang ditunggu2 pun tiba.. 11 FEBRUARY 2013.. (actually it's sound like macam happy jer..tapi sebenarnya..teramat sayu...hukhukhukk...) My inchik hubby Shamsul Kamar b. Mohd Yusof bersama2 ibu mertuaku, adik iparku dan juga emak birasku berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah...

Hmm... speechless actually tika dan waktu begini..! Masa sibuk tolong they all siap2..tak terasa sangat.. Dalam hati dah lama redha yang incik hubby pergi umrah bukan dengan aku. Pujuk hati sendiri... rezekiku nak ke sana masih belum tiba lagi saat ini... Redha dan terima sahaja ketentuanNYA. Pujuk hati gak.. satu hari nanti.. aku PASTI akan tetap menjadi tetamu Allah juga.. Tapi... bila part salam2.. and comes to the message from him "Jaga anak baik-baik yee... Maafkan kesalahan Abang...!" Huwaaaa.... automatic berderai-derai airmata membasahi pipi.. Sayu sungguhhh....!!!

Sudahnya... aku menjadi pendiam tak tentu pasal. Cuba kontrol sedih dan sayu di depan anak-anak. Nasib baik si Hariz lasak dan tak duduk diam.. Dengan melayan kelasakkan si Hariz yang sibuk nak berjalan sendiri dan berlari-lari ke sana ke mari (tak sedar diri.. berlari pun macam melayang-layang!) ... Dapat gak..cover line & control sedih.. 

And now... bila malam tiba.. anak-anak semua dah tido.. mula laa aku terkebil2 sorang diri.. Rasa banyak sarat sangat perkara yg aku fikirkan walaupun sebelum ini..dah bincang dah dengan hubby.. macamana nak uruskan anak2 sepanjang 2 minggu ketiadaan tiada. Dan aku pun dah sanggup amik cuti 2 minggu gak untuk urusan anak-anak. Bukan main lagi.. cakap dgn hubby... "tak pe... boleh kowtim punya. Janganlah risau sangat... Yg penting.. abang tunaikan lah ibadah umrah tu dengan kusyuk dan sempurna sebab.. bkn senang nak ke sana.. Dan bkn senang gak nak jadi "antara pilihan" untuk menjadi tetamu Allah!" Fuhh.... konfident giler jer cakap cam tuhh... Sudahnya.. baru beberapa jam inchik hubby pergi..dah mula rasa down giler... ! 

Ya Allah... kuatkan hatiku. Jangan lah aku menyusahkan dan menambahkan risau suamiku untuk beribadah, ya Allah...!  Ku mohon padaMU... berilah aku kekuatan, kesabaran dan kekuatan mental yg kuat... Semoga suamiku dapat menunaikan ibadah Umrah dengan kusyuk dan sempurna. Permudahkanlah segala urusannya... Dan.. semoga aku dipilih untuk menjadi tetamuMU suatu hari nanti ya ALLAH....!

                 
Hariz dah mula mengantukkk....
Mama...Hariz nak tidoooo...

4 beradik.. anak2 Allahyarham Mohd Yusof

















Orang tua-tua kata....


Hehehe... nak tanya korang... tali pusat anak-anak.. bila dah tanggal dan kering, korang buat apa?? 

Aku ni... memula tuhh.. confius laa gak..nak buang ke.. nak tanam ke..nak wat apa ekk.. Last-last tanya mak.. dia cakap.. simpan dan kalau lahir anak-anak yang lain kumpulkan dan simpan..! Nenek pun cakap macam tuhh.. Mak mentua.. nenek husband.. nenek sedara.. ehhh... semua sedara yang berpangkat wargamas punnn nasihat begituhh.. 

Aku dok pikir gak.. apa logiknya simpan benda alah tuhh.. Dorang cakap.. "Nanti.. semua anak-anak kau rapat pertaliannya.. sayang-menyayang... tak gaduh-gaduh...dan tak berpisah jauh...!" Ye ke??? Aku tanya gak mak aku.. "Mak kumpul dan simpan tak tali pusat orang dan adik beradik lain?" Mak jawab.. "Dulu ada simpan.. tapi entah mana semua tu.. Ada yang hilang pun..!" Pulak dah..!! :p

Dan yang best nya.. ada sorang mak sedara cakap.."Kalau anak kau degil.. orang tua-tua kata...rendam jer tali pusat tuh.. kasi diorang minum!" Eeeeyeaakkk..!! Apa punya advice laa... Tak de ke advice yang lebih inovatif lagi?? Tapi.. yang peliknya, bukan mak sedara aku sorang yang cakap.. malah.. ramai lagi orang tua-tua yang bagi nasihat begituhh... HIshhh...!!

Akhirnya... entah apa alasannya... aku pun kumpullah kesemua @ keempat-empat tali pusat anak-anak aku dan aku simpan dalam satu pouch yang comel gitu..! huhuhu...
Anyway... ALHAMDULILLAH... keempat-empat anak-anak aku... sayang-menyayangi sesama mereka.. pertalian mereka begitu erat sekali.. Kalau bergaduh sesekali tuhh... adatlah... adik-beradik.. kann..! Haa.. yang nie betul..kata  orang tua-tua.."Air dicincang takkan putus".. Memang betul tuhh..

Tali pusat kepunyaan NURA ADILLA, MUHAMMAD HADZIM, DHIYA RAIHANIE & NUR MUHAMMAD HARIZ



Cuma.. sebagai ibu bapa.. perlu peka..dan pantau behaviour mereka nihh.. Kalau dah nampak ada antara mereka macam nak ke arah ala-ala perangai selfish.. tak suka berkongsi..tamak.. degil... haaa... tegur dan didiklah mereka secara berhemah supaya bila besar nanti jangan sombong dengan adik-beradik, pentingkan diri sendiri dan ikut kepala sendiri ajer...!

Tentang rendam tali pusat dan kasi anak-anak minum... ishhh...tak sampai hati aku nak bagi anak-anak aku minum cara tuhh walaupun diorang nakal dan degil.. Apa yang aku tau... guru/ustaz yang mengajar aku kata.. kalau anak-anak "degil" dan tak mendengar kata.. amalkan cara ini:-

1) Niat dan mohon hajat kepada Allah
2) Dimulakan dgn membaca surah Al-Fatihah
3) Diikuti dgn bacaan Ayatul Kursi
4) Selawat Syifa' 7 kali
5) Baca Surah Taa Haa Ayat 1-5 (sambil pegang ubun-ubun anak)

Hmmm...  Moral of the story, ada kalanya... kata orang tua-tua..tak semestinya kita perlu ikut 100%... Ikut lah mana yang praktial dan tak lari dari ajaran agama...

Wallahhua'alam....


Hariz is ONE year..!!




02 February 2013... Genap SETAHUN umur my hensem boy, NUR MUHAMMAD HARIZ..! Ya Allah... cepatnya masa berlalu..  Masih terbayang2 lagi..susah payah aku membawak perut ke hulu ke hilir. Terasa2 lagi manisnya menyambut Hariz ke dunia ini.. Hmmm... dan yang pastinya...bertambahnya usia..bertambah lagi kenakalan dan kelasakan si hensem boy Mama nihh...! huhuhu... 

Mana taknya.. belum mencecah umur setahun, Hariz dah pandai berjalan. Gigi pun dah makin banyak.. Mulut pun bertambah bising! Macam tak nyempat2 nak besar anak Mama nihh..!! Maka... bermulalah.. segala penerokaan dan imiginasi si bongsu Mama yang semakin nakal ni..hehehe...

Plan asal nak sambut besday Hariz sebenarnya nak buat kecik-kecik jer. Antara adik-beradik dan sedara terdekat. Ye laa... dulu Kak Long, Angah & Kak Lang dia kitaorang sambut besday..takkan laa..hensem boy Mama tak buat besday party pulak ekk...  So.. buat jer laa.. parti barbeque yg simple..dgn hidangan istimewa kambing bakar..! Buat kat rumah mak mentua sebab kawasan rumah dia lapang sikit.. Tapi... aku lupa.. nak sebut sedara-mara terdekat...hehehe..satu kampung tu memang sedara..! Haiyooo.... budget ciput maa..!! Talak cukup..!!  

Memang tak disangka.. rezeki Hariz agaknya.. Ramai sekali tetamu yang datang. Actually, lepas besday pary tu..kami buat majlis Tasmiq (baca quran beramai-ramai) sekali. Alhamdulillah... Allah permudahkan. Ingatkan tak cukup hidangan untuk tetamu.. Rupanya semua merasa... Syukurr!!

Ucapan terima kasih especially kepada Mak Lang & Pak Lang Hariz yang rajinnn sangat2 membantu menjayakan besday party Hariz nihhh.. Kalau tak der dua orang nii...haiii... tak tau lerrr...kihkihkih...

So.. tak nak cakap banyak.. just check-it out gambar-gambar sepanjang besday party my hensem boy, NUR MUHAMMAD HARIZ... Happy Birthday Hariz... Semoga menjadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan di akhirat.
Heppy besday to uuuu...!
 
Birthday cake Upin & Ipin..favourite karektor Hariz
Sessi bukak hadiah.
Doa dibaca sendiri oleh Incik Hubby..

Orang kuat di belakang tabir..Mekasih PakLang Apai..!
Besday Boy..!
        
Tak duduk diam...!
Potong cake bersama bespren Hariz.. his cousin, Anas!
Cup Cakes - kak long yg buat!
Ni sape yg excited dpt hadiah ni??