Kerisauan yang berlalu...

Alhamdulillah.... berakhir sudah kerisauanku yang tak sudah-sudah sejak awal tahun 2011 lagi nihh.. Bermula, anak lelakiku Muhammad Hadzim yg telah mengambil UPSR bulan Sept yang lalu... Kemudian si Kak Longnya pula, Nura Adilla yg telah menduduki PMR pada 04 October yg lalu..

Fuhh..! Terasa betul leganya selepas mereka berdua selesai mengambil exam masing-masing. Sejak awal tahun lagi, aku dan suami memang menumpukan sepenuh perhatian kepada mereka berdua. Monitor tuisyen mereka, cara mereka mengulangkaji, mengaji al-quran, cara mereka spend free time hatta memastikan solat mereka tidak tertinggal satu waktu pun! Malah kami sekeluarga berpakat, tidak akan bercuti kemana-mana pun sehingga mereka selesai menduduki peperiksaan. Yang kesiannya, anak ketigaku, Dhiya Raihanie yang baru belajar di Tahun 3. Of courselah dia boring.. dia juga terpaksa mengikuti program yg kami aturkan utk kak long dan angahnya.

Bukanlah aku & suami mengongkong ketat anak2 sehingga mereka terpaksa menumpukan sepenuh perhatian pd pelajaran. Tidak... bila masa utk mereka bermain/bersukan, kami tidak pernah menghalang. Cuma, sentiasa memastikan yg mereka tidak sepenuhnya leka dgn hal2 lain sehingga tumpuan kpd pelajaran terjejas.

Tapi.. bila memikirkan zaman aku & suami ketika mengambil exam (Penilaian Darjah 5, SRP & SPM), ibubapa kami tidaklah sebagus spt yg kami lakukan kpd anak2 kami sekarang.. hehehe.. pandai2lah nak belajar ke.. nak lulus ke.. Yg penting, bila tiba dapat keputusan.. kalau bagus.. melebar senyuman mereka. Kalau keputusannya "gitu2 aje".. hmm.... walaupun dijawab, "tak apa.. dah itu rezeki kau..!" tapi di wajah mereka tetap mempamerkan kesedihan & rasa terkilan... huhuhu...

Itulah yg cuba aku & suamiku hindarkan. Kami cuba berfikiran positif dan terbuka. Memberi galakkan kpd anak2 supaya tekun belajar dan dalam masa yg sama, kami juga tetap mengambil bahagian masing2. Berdoa utk kejayaan mereka dalam setiap 5 waktu solat dan pada bila2 masa sahaja teragak utk mendoakan mereka. Memberi galakkan bukan sahaja menyuruh mereka belajar tetapi.. memenuhi tuntutan pkara2 yg memotivasikan mereka supaya semangat belajar mereka berterusan. Contohnya; menghantar dan menjemput mereka tuisyen, menghantar mereka ke kem motivasi atau seminar peperiksaan, menghadiri aktiviti2 anjuran sekolah mereka spt; majlis solat hajat utk pelajar yg mengambil peperiksaan dsb.

Namun, jika semua usaha yg kami lakukan itu serta harapan kami kpd mereka mendapat hasil/pulangan yg tidak seperti yg kami harapkan... kami redha... Barangkali, setakat itu sahaja rezeki kami anak-beranak. Yang pastinya, kami telah menjalankan amanah dengan sebaiknya dan berusaha dengan sedayanya.. Selebihnya.. hanya ALLAH sahaja yg mampu memberi ganjarannya, samada kurang atau lebih ataupun sederhana..

Apa-apa pun... doa dan pengharapanku agar... NURA ADILLA & MUHAMMAD HADZIM mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan yg telah mereka duduki. Terutama kepada MUHAMMAD HADZIM... semoga impian dan cita-citanya untuk belajar di sekolah Tahfiz di Gemencheh itu menjadi kenyataan..Moga ALLAH kabulkan niat murni anakku ini.. AMINNNN......