LADIES... BEWARE..!!

Pernah tak korang terbaca kisah di akhbar tentang.. wanita-wanita ditipu oleh kenalan di FB sehingga lesapnya duit simpanan hingga mencecah berpuluh-puluh ribu ringgit? Bila terbaca kisah-kisah begini..  mesti kita salahkan mangsa kan.. bodohlah..! macamana boleh tertipulah dan mcm2 lagi.. Tapi, bila terjadi kat diri sendiri… apa kita nak cakap??
          Hehehe… itulah yang terjadi kat aku pada November 2010 yg lalu.. Cuma bezanya, nasib aku agak baik kerana ‘terselamat’ dari ditipu dek ‘mat saleh’ tuhh.. Syukur Alhamdulillah.. ALLAH masih sayangkan aku dan melindungi aku dari terjerat dengan sindiket penipuan ini… 
Sape lah yang tak menolak kalau mat saleh yg handsome lebih kurang mcm hero dlm filem "Transporter" yg ada barchelor’s degree in medicine dari Harvard University request kita add dia as a FB friend..! Huiii… rugi wooohhh.. Nasib baik ler.. aku ni dah kahwin.. So, atas niat nak menambah kenalan FB, aku pun add dia..
          Lepas dah add tu.. dia dok antar message kat aku.. Dalam hati aku terdetik gak.. kalaulah aku masih anak dara.. fuhh.. dah tentu cair giler dok baca kata2 romantis dia tuhh.. Korang tak caya ehh?? Di bawah ini, aku sertakan antara message2 yg dia antar kat aku..   :-
Edward Lucas November 5 at 3:22pm Report

Hi Rohaidah,
Thank you for your message.You are very nice and attractive woman. I want to write a brief biography of me.I was born on September 9, 1970 in Cardiff, England. I'm the 2nd of my four siblings, two brothers, Raul and Ramon and one sister Angelica. I grew up in Plymouth and had a comfortable upbringing, with i being able to have good education. I studied at Harvard university and received a bachelor's degree in medicine.I think we can get to know each other and get acquainted.Though miles may lie between us we are never far apart for friendship doesn't count the miles, it's measured by the heart. I hope to hear from you soon.Warm regards,
Edward.

Edward Lucas November 6 at 2:10pm Report

Dear Aida,
I can not keep myself from writing any longer to you dearest.I thought I would let you know that my love for you is burning very brightly this Morning.My heart longs for you. My heart longs to leap at the sound of your voice. My heart longs to be filled with joy by your smile.

I have missed much in life because I did not have a companion.You are the companion that I have wanted for so long. You are the woman that I long to share life's adventures with.You are the friend that I can share my innermost secrets with.You are a loving and supportive friend to me.

I strive to be a loving and supportive friend to you.I long to help you carry life's burdens and lovingly encourage you as you stretch out to be all that you can be.I feel that I have had so much love to give and that it has been bottled up inside me for so very long.No one has been interested in opening the bottle and seeing what was inside.You have not only been willing and interested in opening the bottle, but you have joyfully been surrounded and enveloped in the love that flows from my heart.

A friend is defined as a person whom one knows, likes, and trusts. This type of a relation is friendship. In every society in the world people have and follow this relationship and support it. In some societies this relationship is given more importance than others. In our society friends are given almost the same attention as ones family member. Family is the closest relationship a person has, and if that is disturbed a friend can be very helpful.

For me my friends are a part of my family. I trust my true friends as much as I just my closet family member. A true friend would do anything to save your life. I have experienced this fact when I was 13 years old. My family and I were in Bahamas for our summer vacations along with our very old family friends from Canada. This family used to live in Pakistan but later on settled in Canada. Their youngest son Hassan, and I had been together since we both were born. Our family’s had made our relationship so strong that we were more like brothers than friends. I had always trusted him because he was the only one of my age whom I used to associate with quiet often. That particular summer I had met him after two years and we were both extremely excited to see a drastic change in our personalities.Even though our personalities differed from one another we realized that our friend has had no effect. We got along the same way we used to when me were not mature.

Love always,
Edward

Edward Lucas November 8 at 11:31am Report

Dear Aida,
Here it is Monday morning, I am still in bed lying here listening to the sound of the rain gently pit-pattering on my window as if it wants to come in. My CD is on with calming music blending into the sound of the rain. It is so calming, relaxing. My mind is free of all that troubles me. I lay here in a dream-like state, my mind wondering where ever it wants, daydreaming in a world that is mine alone.

My thoughts turn to you and my mind reaches a new state, another dream, another wish but at last I am only dreaming, my mind listening to my heart. In my dream, I see the way you look at me clearly, no misinterpretations, with a knowing feeling. Am I dreaming? I MUST BE! My mind turns again arguing with the heart, both trying to understand, wanting the answer, the truth. The mind telling me, "You will only get hurt again," The heart saying it doesn't matter, the mind wanting to give up, the heart not wanting to let go. I close my eyes and I see you. The sound of the rain reminds me of your smile, and like that day in Fair-field, a strange feeling rushes over me. I smile, the heart and mind at peace, once again calm and happy, all knowing the truth - what is real and what is just a dream!

Love always,
Edward
          Hah… camner?.. hehehe… aku tak berapa nak layan mamat nihh.. tapi bila suatu pagi Isnin tiba2 ada mat saleh call aku kat office, aku mula menggelabah sebab aku tak terfikir pun mat saleh yg dok kat London tuu.. leh sanggup carik nombor telefon aku..! Mulalah aku cemas sbb takut tiba2 dia nak dtg M’sia & jumpa aku lak. Akhirnya apa yg aku takutkan menjadi kenyataan bila mamat ni call & bgtau aku yg dia nak dtg M’sia dan nak jumpa aku!.. Ah sudah!!
          Aku nampak keseriusannya bila dia email kat aku details ttg penginapannya di Hotel Ritz-Carlton, Bkt Bintang, siap dengan tarikh dan jumlah kos penginapannya sekali. Saper yg tak caya kan..! Bila aku teringat dia nak invest in real estate kat M’sia, terus aku contact kawan aku, Mohd Faizal Idris. Alhamdulillah, dia sudi nak menolong dan arrange kan temujanji dengan si Edward ni!
          Hari yg ditunggu sudah tiba. Mujurlah aku tak amik cuti dan tunggu si Edward ni kat KLIA (klu cutipun, tak de keje aku nak tunggu org yg baru 1st time aku jumpa kat KLIA tuhh!). Dlm kul 10.30 pgi, aku mendapat panggilan telefon dr si Edward. Menurutnya dia sudah ‘touch-down’ kat M’sia awal pagi tadi tapi dia kena tahan oleh pihak imigrasion kat KLIA. Bila aku Tanya kenapa, terus dia bagi phone dia kat sorang yg bernama Zalina yg mengaku dirinya adalah pegawai imigresen.
          Menurut si Zalina, Edward kena tahan pihak imigresen sebab si Edward ni dah bawak duit dalam pond sterling sebanyak MYR1.2 juta tetapi gagal nak declare kat pihak imigresen. Mak Oii!! Banyaknya…! Aku tanya, apa akan jadi selepas itu? Jawab Zalina, si Edward akan ditahan sehingga siasatan selesai. Aku Tanya lagi, berapakah bayaran wang jaminan yg perlu dibayar utk membebaskan Edward. Jawab Zalina, sekurang-kurangnya MYR20k utk lepaskan Edward. Selanjutnya, dgn soalan bodoh, aku bertanya lagi, “siapa yg kena bayar?” Jawab Zalina, “Oleh sebab hanya puan sahaja yg dia kenal, maka tak ada jalan lain, puan yg kena byr jaminan itu..!”
          Mendengar jwpan Zalina, aku terdiam tapi aku berjanji akan menghubungi Zalina semula sementara aku berfikir apa jalan/alternative lain yg perlu aku buat. Zalina bersetuju tetapi dia menyatakan yg dia sendiri akan menelefon aku nanti.
          Sebaik aku menghabiskan perbualan, aku segera meminta pendapat kengkawan aku kat office. Hampir semua musykil dgn permintaan Zalina itu. Seorang rakanku meminta aku berhati-hati takut aku terperangkap dgn tipu muslihat mat salih itu. Aku segera menghubungi rakanku yg bekerja sbg ASP di Bkt Aman. Dia juga agak musykil dgn tindak-tanduk Zalina dan menyuruh aku berhati-hati. Senang cerita, dia menyuruh aku agar tidak melayan lagi Zalina dan Edward itu.
          Akhirnya, dengan rasa agak ccemas, aku menghubungi Zalina dengan mengatakan bahawa aku tidak mempunyai duit sbyk itu. Tambahan pula, Edward merupakan kenalan luar negeri yg tidak pernah aku jumpa. Aku menerangkan pada Zalina yg aku tidak mahu mengambil apa2 risiko sekiranya terjadi perkara2 yg tidak diingini. So, aku suruhlah si Zalina tu meneruskan siasatan terhadap Edward dgn mengikut prosedur yg betul. Bila aku meminta nombor telefon pejabat supaya senang utk aku hubungi, Zalina memberi alasan bahawa dia tidak berada sepanjang masa di pejabat. Maka aku tidak perlu menelefonnya di pejabat. Dari situ, aku mula sangsi akan kebenaran kata-katanya. Tambahan pula amatlah pelik, pihak kastam/imigresen tidak mempunyai bilik pejabat..!
          Sempat juga aku menegur Zalina; “Takkanlah imigresen tak de office? Mcm ni.. susahlah my friend yg kerja kat Bkt Aman tu nak follow-up case ni. Takkan nak gunakan no phone Edward pulak!” Dengan suara yg tersekat-sekat si Zalina tu menjawab; “Tak apa Puan.. nanti pihak kami akan hubungi Puan ya.. Puan jgn risau.. nanti kami akan maklumkan perkembangan selanjutnya..!” Habis jer ayat tu.. minah tu terus matikan talian telefon. Aku pun dok terkelu sekejap kat situ.
          Aku hubungi semula kawan aku si ASP kat Bkt Aman tu dan menceritakan apa yg telah terjadi. Dia nasihatkan aku agar tidak lagi melayan ‘pegawai imigresen’ dan mat salih itu. Dia juga beranggapan, itu mungkin salah satu tipu muslihat sindiket penipuan dan bersyukurlah aku tidak terpedaya dgn membayar MYR20k spt yg diminta tadi. Kalau ya pun aku terpedaya.. kat mana pulak aku nak korek duit MYR20k tuh?? 200 hinggit yg ada kat saving akaun aku pun.. cukup2 utk belanja sampai akhir bulan tu.. huhu…!
     Tapi.. dlm nasihat dia tu.. sempat gak aku menerima 'tembakan sindiran' yg begitu tajam lagi ngilu dr kawan aku tuhh... "Kau ni pun satu.. ntah saper2 mat salih, dr mana asal-usul dia pun.. terus jer nak add as friend dlm fb tu! Lain kali tengoklah sikit saper yg kita nak friend. Jgn main add aje!" Huwwaaaa.... tebal muka beb kena sindir.. Tak per... itu satu pengajaran & pelajaran yg aku belajar hari itu! Next time.. jgn mudah percaya sangat & ramah sangat dengan org yg baru dikenali.
   Malam tu jugak.. aku 'unfriend' dan blocked SEMUA nama EDWARD LUCAS kat dunia ni yg jadik FB user! Geram sbnrnya dgn 'kebodohan' dan 'kelurusan' diri sendiri... Pada kawan aku Mohd Faizal Idris dan staff yg terlibat, aku minta maaf banyak2 kerana introduce fake potential customer kat korang..! Malu sungguh aku beb... Sorrylah.. aku pun sbnrnya.. mangsa penipuan gak ni..
   Selang sebulan lepas tuhh.. aku terbaca kat suratkhabar kisah yg lebih kurang sama dgn aku cuma bezanya.. si pensyarah tu dah bayar MYR18k kat 'pegawai imigresen' tuhh.. Habis duit simpanan dia lenyap begitu saja gara2 terpedaya dgn tipu muslihat mat salih tuhh.. Haduuhhh.. kesian sungguh aku dengar. Dah tu.. bukan satu atau dua kes.. malah berturutan kes-kes begini dilaporkan di dalam suratkhabar. Dlm hati mengucap seribu kesyukuran kerana aku terselamat dr semua angkara itu!
   Ada gak kengkawan aku menanyakan, "apasal ko tak layan 'pegawai' tu sampai dia bagi maklumat no akaun & bank mana utk ko masukkan duit jaminan tu? Lepas tu.. ko setkan lah dgn kawan polis ko tu & tangkap dorang! Haa.. mesti meletup nama ko kat M'sia ni sbb dah berjaya tangkap penjenayah tuhh..!"
  Hehehe... aku dah terselamat dr tipu muslihat malaun tu pun.. dah cukup baik dah nie.. Tak payahlah nak jadik wonderwoman pulak.. !
 Kepada wanita-wanita di luar sana.. tak kiralah yg belum atau sudah berkahwin.. BERHATI-HATILAH..! Especially.. yg ghairah sgt dgn FB nie.. Bila add friends.. tgk dulu profile mereka dulu. Klu yg tak dpt ekses nak nengok profilenya.. fikir dulu.. perlu atau tidak kita add dia dlm friend list kita. Lagi satu.. jgn terlalu mudah percaya kpd org yg baru dikenali. Zaman skrg nie.. mcm2 alternaltif org nak mengenakan kita.. So, berhati-hatilah..