AIDA ADIA in Sinar Harian 30NOV14

Tak terucap dek kata..tak terluah dek rasa...hanya mampu mengucapkan jutaan TERIMA KASIH atas pengiktirafan ini..

Anyway..jika diandaikan diri ini masih remaja..akan ku khabarkan kpd dunia.."orang2 kampung semua..muka kita masuk suratkhabar weeeiii!!!"

Kihkihkih....apa kan daya.. masih sedar diri, sudah memasuki 4 series...jadi..agak2 laa kan! ;)

Bohonglah klu kata tak bangga kan.. Cerita dan muka sendiri masuk surat khabar beb! Dah tu full page lak tuhh! Apa2 pun terima kasih byk2 laa kpd Cik Reporter Sinar Harian kerana memberi laluan dan peluang "menonjolkan" siapa AIDA ADIA di mata dunia penulisan. Terima kasihhhh yeaa Cik Atieyah!! oppss..Cik Aqma skali...;)

Terima kasih juga kpd insan2 yg terlibat secara langsung dan tidak langsung..yg tetap setia menyokong perjuangan seniku dalam menghasilkan karya2 yg betul2 memberi manafaat bersama. Inilah yg mampu kulakukan utk menanam sedikit saham akhirat buat diriku. Moga apa yg kuniat dan lakukan, direstui dan diredhai Allah hendaknya. Aamiin..

Manuskrip Baru

Dengan lafaz BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIM..
manuskrip baru AWEK MACHO bakal di poskan ke tangan editor..

Perghh...agak lewat juga nak menyiapkan manuskrip ini.. Pelbagai halangan Dan dugaan yg dihadapi dalam proses nk menyiapkan AWEK MACHO ni. Sudahnya, target nk hantar ke editor bulan Jun 2014 dah tertangguh ke awal bulan November 2014.

Apa-apapun..Alhamdulillah..syukur kerana berjaya juga nenyiapkan dalam tahun 2014 ni. Kalau pihak editor suka & luluskan manuskrip ni.. Harap2..dapatlah ianya diterbitkan tahun 2015..

Mohon DOA kalian semua agar mendoakan segalanya berjalan lancar Dan impian utk melihat AWEK MACHO di persada pasaran pada tahun 2015 tercapai.. Aamiin..

Untuk pengetahuan, cover manuskrip AWEK MACHO ini adalah ilustrasi dr seorang sahabat yg merupakan seorang kartunis iaitu saudara Ijoi.. Nanti check kt bawah, antara kartun yg dilukis oleh saudara Ijoi.

Err..apa kena mengena kartunis dan novelis ekk??
Okay.. Nk bgtau semua..mulai NOVEMBER 2014, AIDA ADIA Dan kartunis IJOI akan berkolaborasi menyiarkan cerpen + kartun. Maybe setiap dua minggu sekali kami akan menyiarkan 3 atau 4 kapsyen komik di fan page AIDA ADIA & fan page IJOI. Kita tengok sambutan macamana, klu ada follower, kita akan siarkn tiap2 minggu..klu terlebih follower maybe tiap-tiap hari gitu..Aamiinn...

So..doakan apa yang dirancang bakal terlaksana. Moga Allah merestui & meredhai setiap nawaitu baik kami. ..

HAPPY 1st year SAYA TETAP NAK AWAK!

Assalammualaikum...

Bersyukur atas nikmat kurniaNYA atas rezeki yg kuperolehi selama ini. Diam tak diam dah setahun sudah kelahiran SAYA TETAP NAK AWAK di persada pasaran.

Siapa sangkakan dlm masa setahun sahaja, SAYA TETAP NAK AWAK menerima perubahan besar apatah lagi kpd penulisnya. Dari rasa 'give up' & frust dgn kedua2 novel sblm ini (diterbitkn oleh publisher lain), semangat utk menghantar manuskrip ke penerbit lain mcm lemau saje. Akhirnya dgn bantuan seorang rakan baik, manuskrip Warna2 Pelangi diterima oleh pihak Karangkraf. Namun atas permintaan pasaran, Warna2 Pelangi telah ditukar tajuknya kpd SAYA TETAP NAK AWAK. 

Alhamdulillah..sbg org baru dlm dunia penulisan, mendapat sambutan yg sebegini "wallaahhh" drpd pembaca pun sudah berjuta kali syukur. Tak expect pun SAYA TETAP NAK AWAK diterima pembaca. Moga semuanya teruskan memberi sokongan agar semangat yg ada ini dpt dimangkinkan berterusan dlm mnghasilkan karya2 yg lebih debooom lagi. Aamiinnn..

Meh review balik apakah momen2 manis untuk SAYA TETAP NAK AWAK spanjang setahun dilahirkan ini:-

1) Antara jualan terbanyak top 10 di Jualan Gudang Karangkraf Sept13,

2) Antara top 10 best seller Buku Prima Aug13,

3) Antara novel yg terpilih untuk diadaptasikan  ke drama/tele filem,

4) Tercalon dlm 3 katagori di Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013 : Novel Pilihan Terbaik, Cover Novel Terbaik & Penulis Harapan Terbaik

5) Menerima penilaian 4 bintang dlm kolum Buku Pilihan di akhbar Berita Harian Oct13

6) Antara novel best seller di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014

7) Memasuki cetakan kedua dlm masa 6 bulan di pasaran.

8) Selebihnya...teramat bersyukur kerana SAYA TETAP NAK AWAK diterima pembaca. 


TERIMA KASIH KEPADA YANG MENYOKONG KARYA AIDA ADIA..

Hati Seorang Mama (4)

Hari terakhir kami di bumi kenyalang ini. Setiap detik yg berlalu, hatiku berdebar2.. Seawal pagi, aku & hubby ke kolej dan mnjemput si kak long serta dua orang roomatenya utk bersarapan.

Selesai bersarapan, kami jln2 di Pantai Temasya, Tanjung Batu Bintulu. Mmg cantik pantai nya. Dah puas bergambar sakan, kami round2 di bandar dan beli sedikit cenderahati. Dah nk balik ni..baru jumpa kedai2 yg menjual dgn harga murah. :p

Selesai mkn tghari..kami lepak2 di kolej kak long. Berbual dan memastikan apa lg brg2 keperluan yg x cukup. Dlm pukul 5 ptg, inchik hubby dh bg isyarat nk gerak balik. Flight dlm kul 7 ptg gitu. Nak gi airport dan urusan penyerahan kereta sewa semua.. makanya pukul 5 ptg adalah waktu yg sesuai.

Dan...tibalah masanya utk aku melepaskan anak daraku pergi dan hidup berseorangan di perantauan. Ya Allah...hanya Tuhan sahaja yg tahu hatiku sedih & sayu bagaimana. Selama hampir 18 thn dia membesar di depan mataku dan kini...

Bukan aku x boleh terima kenyataan tapi..ahhh.... Aku peluk kaklong erat2..begitu juga dia. Dlm cuba mengawal emosi..akhirnya kami berdua menangis hiba.. Inchik hubby dah sound semacam..jgn nangis lebih2 dpn kak long, nnti dia sedih & x boleh berdikari.

Kutahan sebak di dada namun hiba seorang mama yg bakal kerinduan terhadap anaknya tak boleh ditahan2..Sudahnya ..tangisan itu berlarutan sehingga ke dlm kapal terbang yg membawa kami pulang ke KL.

Tinggal yea Kak Long.. Jaga diri..Jaga peribadi.. Doa Mama & Ayah sentiasa mengiringimu di dlm setiap solat & setiap detik. Moga Kak long mnjadi anak solehah yg membanggakan kami berdua.. Aamiin..





Hati Seorang Mama (3)

08 JUN 2014 (Hari Pendaftaran)

Seawal subuh 6.00 pagi aku sudah terjaga. Namun agak terperanjat bilaku lihat di luar jendela hotel, matahari sudah mula mahu menonjolkan diri. Eh! Biar betul! Aku lihat jam sekali lagi..betullah..pukul 6.00 pagi! Tapi nape nampak macam dah nak pukul 7.00 pagi? Terang sudah!
Confius sekejap tapi baru teringat..eh..ni kan kt Sarawak. Masanya sama dengan Semenanjung tapi Sabah & Sarawakkan dekat dgn Indonesia yg bezanya 1 jam awal dgn Malaysia. kihkihkih.....
Cepat2 aku memberitahu anak daraku "Haa..pas ni jangan ko terlajak bangun lak nak gi kuliah kak long.. Paling tidakpun ko mesti bangun pukul 5.00 pagi. Ni pukul 6.00 pagi kira mcm nak abis waktu subuh dah ni.. Tapi yg bagusnya nanti waktu berbuka puasa, korang untunglah sbb berbuka awal.. seawal pukul 6.40 ptg."

Kami singgah breakfast kat satu kedai mamak (depan hotel) sebelum ke UPM. Tak tahu nak makan apa, so..kami bertiga makan roti canai dan teh tarik. Selesai mkn, inchik hubby bayar. Sampai dlm kereta, dia tanya; "Teka berapa harga breakfast kita tadi?" "Hmmm...dlm RM12 kot", jawabku sambil meneka mungkin makanan di sini agak mahal sbb brg2 kat sini pun mahal2 belaka. "RM12?? Haa...terbalikkan nombor tu..Tu laa harga breakfast kita," Jawab Inchik Hubby. "Apa? RM21?? Utk 3 keping roti canai dan 3 gelas teh tarik? Ni bukan mahal...tapi gilerr mahal!" Aku terkejut. "Haa...tau tak per!!" Balas Inchik Hubby.

Dalam hati dah terfikir, camnerlah anak dara aku nak hidup di tempat yg serba mahal begini..

Tanpa proper guidance, kami pun bertolak ke UPM dgn selambanya. Alhamdulillah..setelah dua tiga kali tersalah jalan, kami pun tiba ke destinasi dlm pukul 8.30 pagi. 

Memasuki kawasan UPM yang...maha luas & besar itu membuatkan aku pulak yg teruja! kihkihkih...Kami masuk dewan Sri Kenyalang utk urusan pendaftaran. Time cenggini laa teringat lak masa urusan pendaftaran aku di Poly dulu. Time tu..segala urusan aku sendiri yg buat. Hmmm...namun bila dikenang ianya mmg amat berharga sekali..

Urusan pendaftaran selesai dlm pukul 1 ptg (punyalah lamanya!).. Kami bergegas ke asrama. Anak daraku tinggal di Kolej Sri Rajang Bangunan 'I'. Tingkat 1. Bilik 104. Hmm..tpaksa bkongsi bilik dgn 2 org lg pelajar. Menolong mengemas apa yg patut dan ptg itu akhirnya dpt juga berjumpa dgn dua org lg roomate si kaklong ni.. Alhamdulillah...bila dh berjumpa nmpak mereka bertiga serasi dan sekepala. 

Berpeluang juga dpt berkenalan dgn ibubapa salah seorang roomate kaklong (Aqilah) dr Pahang. Mereka nk balik Semenanjung esok pagi. So..mlm tu kami semua diajak mkn mlm bersama. Sebelum tu kami ke pekan membeli brg2 kelengkapan asrama yg masih belum dibeli. Tu diaaa...harga brg2 semua mahal tak hingat! Setakat payung yg kat sini boleh dibeli dgn harga RM9.90 tapi kat sana...masyaallah...RM39.90!! Boleh gitu??

Malamnya...spt yg dijanjikan..kami semua ikut ibubapa Aqilah mkn di satu restoran melayu. Rupanya mereka ada kwn baik yg tinggal di Bintulu ini. Mereka semua adalah cikgu yg mengajar di sekolah sana. Cikgu Nazri dan isteri yg baik hati sudi menjadikan Aqilah dan si kak long sbg anak angkat. Jika ada masalah boleh call mereka suami isteri bila2 masa sahaja. Alhamdulillah..sekurang2nya..kami semua lega ada jugak penjaga utk anak2 kami di perantauan.


Hati Seorang Mama (2)

07 June 2014
Seawal 4.30 pagi kami sudah bangun. Bersiap2 nk ke KLIA 2. Flight pukul 7.00 pagi. So..kami kena standby seawal sejam sblm flight berlepas.

Ehhh...sblm terlupa...HAPPY BIRTHDAY to me!!! ;)
Alhamdulillah...Allah mengizinkan usiaku dilanjutkan lagi. Sudah 41 tahun usiaku.. Apa yg istimewa sempena hari lahirku ini adalah..aku akan celebrate birthday ku di Kuching hari ini. Setelah 34 tahun aku meninggalkan bumi Kuching (tempat aku dibesarkan)..dan hari ini...aku bakal menjejakkan kakiku semula di sana.. Bahagianya!!  ;)

Seperti yg dirancangkan, kami bertiga; aku, hubby & anak daraku naik Malindo Air menuju ke Kuching. Tiba di Kuching dlm pukul 9.30 pagi.

Kuching kamek mau ngetor sinun..!!

hahaha...jangan sangka aku dah lupa dialek sarawak! Tinggal lagi takde orang nak layan borak jer..  :D

Well..kami takde laa gi jauh2 pun...sekadar kws yg berdekatan jer..mcm :  Waterfront , Muzium Negeri, Istana Negeri dan lepak2 kt tepi Sungai Rejang sambil reply birthday wish yg masuk ke fb timelineku yg beratus2 itu! Serius..tahun ini merupakan birthday yg paling happening. Yg sweetnya.. byk birthday wish daripada kalangan pembaca. Alhamdulillah...tq semua!  ;)

Actually, secara peribadi bandar Kuching tak byk berubah sejak dari dulu lg. Maksudku...bangunan2nya masih dikekalkan mcm dulu. Aku still ingat pekan Kuching dulu jika compare bandar Kuching skrg.

Pukul 4.00 ptg, kami fly menaiki MAS ke Bintulu. Menariknya, menaiki MAS Wings ni umpama naik bas. Kami singgah di Sibu dahulu sebelum meneruskan pjalanan ke Bintulu. Bagus jgakkan..dpt melihat tempat baru!

Akhirnya kami tiba di Bintulu lebih kurang pkul 5.45 ptg. Sampai jer..terus sewa kereta. Dah tak byk choice, last2..sewa Viva jer laa.. Ok lahh...just nice for 3 of us.

Seterusnya destinasi kami mencari hotel.. Kemena Apartment Hotel gitu. Dari airport..kami main redah jer laa nak mencari town Bintulu. Since Waze tak leh pakai..kami guna maps google jer laa cari jalan.

Bintulu..pekan kecil mcm Seremban. Suasana mmg tenang tanpa hiruk pikuk trafik jem tapiii.... pemandu2 di sana...masyaallah.... mmg giler beb!! Suka2 hati bapak dia bawak kereta tanpa ikut peraturan jlnraya. Asal teragak nak tukar arah terus jer meluncur/memotong tanpa pasang lampu isyarat. Kalau nak keluar simpang pun gitu jgak. Kita ni laa yg kena berhati2 takut2 terbabas nak mengelakkan dorang ni.. Aiyooo...!!!

Sepanjang perjalanan menuju ke hotel..rumah2 yg ada takde satupun rumah teres setingkat. Semuanya double story dan banglo2.. Perghhh...kayo2 org kek sini haaa... Maklumlaaa..kan sini tempat oil & gas!

Finally, kami sampai juga hotel kemena tu.. Taklah besar mana pun..Asalkan selesa utk kami bermalam dan yg pnting sesuai dgn budget kitaorg! kihkihkih..

Malamnya..kami keluar untuk mkn malam dan beli sikit brg2 keperluan asrama sementara kedai2 dan pasaraya beroperasi. Dengar khabarnya dorang tutup kedai dlm pukul 9.30mlm. Hehehe...pasaraya kt sana taklah besar sgt mcm Mid Valley atau Giant ke..Lebih kurang besar pasaraya Billion laa klu kt Semenanjung.

Harga barang? Tak usah citer laa..semuanya mahal rm2 ke rm5 compare dgn Semenanjung. Dlm hati terdetik.."Siannn..anak aku nanti.  Brg2 sini semuanya mahal2 belaka!"

Hmm..ok laa...sambung cerita 08Jun14 nanti - hari pendaftaran!  ,;)

Hati seorang Mama (1)

Assalammualaikum...

Entry kali ini dan seterusnya akan ada sekuelnya..Cheewahh.. mentang2 novelis..semua perkara yg nak dikongsikan pun ala-ala penceritaan novel plak! ;p

Yang sebenarnya excited nak citer anak sulung kita masuk U! Hahaha...bajet jer Mama sorang ni! Actually niat kita ni baik tau..manalah tau..sok2 anak2 korang lak masuk U atau study kt overseas tuhh..sekurang2nya dptlah tau apa yg dirasakan oleh seorang Mama or parents mereka. Bagi anak2...haaa..hayatilah perasaan parents korang ttg kejayaan anak2 mereka sbg panduan. Dunia ini berputar. Suatu hari nnti, kita juga akan merasa apa yg dilalui oleh parents kita. Ehh..dah melalut dh ni.. Okey...its a story time!!...

"Mama..kak long dpt masuk U!" Ayat yg straight forward jer dengarnya tapi tiba2 aku rasa macam nak pitam! Lebih membuatkan aku rasa nak pengsan bila dia bagitau yg dia ditawarkan Diploma Perhutanan di UPM, Kampus Bintulu, Sarawak!!

Sape tak bangga kan..dengan kejayaan anak sendiri. Mau nya tidak! Kejayaan demi kejayaan yg diperolehi olehnya semuanya kami sbg ibubapa tidak pernah terlepas meraikan detik itu.

Bermula dgn keputusan UPSR, PMR dan kemudian SPM. Kami sanggup amik cuti semata2 nak menemani dirinya mengambil keputusan peperiksaan. Biarlah orang nak kata apa pun..Yg penting, kami tak mahu terlepas walau satu saat pun berkongsi kegembiraan mahupun kekecewaan dgnnya.

Sesekali ada juga aku terdengar dia 'merungut' dgn kwn2nya yg dia terasa juga nak ambil result exam sendirian, mcm kwn2 yg lain. Dlm hatiku berkata, "Sorry kak long..Mama tidak akan sesekali mengizinkan begitu!" Biarlah dia nak anggap yg aku ini seorang Mama yg suka mengongkong mahupun tidak berfikiran terbuka..janji..aku tidak akan sesekali melepaskan detik2 berharga ini berlalu begitu sahaja. Moga2..suatu hari nanti..dia akan faham mengapa aku buat begitu..

Well..actually aku sendiri seperti tidak percaya yg anak sulungku kini sudah besar. Dia bakal menempuh satu fasa kehidupan yg baru. Masih lagi aku teringat ketika dia mendapat keputusan cemerlang dlm PMR, dia mintak izin untuk belajar di sekolah berasrama. Separuh hati sahaja aku membenarkan sambil berkata, "Kak Long, kau belajar di sekolah sekarang ni pun kau dh dpt keputusan cemerlang. Mama rasa..sama jer kalau kau terus je belajar kat sini. Kalau nk merasa sgt kehidupan belajar di asrama, tunggu kau masuk U. Haa...masa tu baru Mama confident nak lepaskan kau. Sekarang ni..Mama rasa..elok kau belajar jer di sini. Senang hati Mama..kau di depan mata kami. Apa2 hal, Mama boleh bantu apa yg patut". Dan dia sbg anak yg baik..akur juga dgn kehendak kami..

Manakan tidak..aku masih tidak puas untuk melihat dia membesar di depan mataku sendiri. Kalau kecik2 dulu, sanggup aku amik dia yg kutinggalkan bersama mak mertuaku sementara aku keluar bekerja. Biar tengah malam atau subuh sekalipun, biar dia sedang tidur..aku tetap amik dia bawak dia balik ke rumah. Janji hatiku tenang melihat anak sendiri di dpn mataku. **plus...biar aku bertekak dgn suamiku juga ttg isu bawak balik anak jauh2 mlm..janji hatiku tak keruan klu anak tiada denganku!**

So...sekarang dia dah dapat U. Apa lagi alasan yg nak kuberi? Adilkah kalau aku masih lagi menghalang? Bukankah satu hari nanti...dia akan pergi juga dariku utk menjadi isteri orang?

Akhirnya..aku pasrah dan redha...Yaa..sudah tiba masanya untuk dia melangkah ke fasa yg baru. Its time now to..."let her go.. let her go...!"
huhuhu...haru betul Mama sorang ni!

Nota: Diploma Perhutanan mmg menjadi pilihan dia. Hadooi.. nk marah pun tak guna...Dah minat dia perkara2 yg adventure dan sesuatu yg org lain x buat. Mama dia pun apa kurangnya!  ;p

Bermula dgn penerimaan surat tawaran, maka sibuklah kami anak-beranak membuat persiapan dan membeli brg2 keperluan. Dari sekecil2 brg hinggalah item yg utama. Semuanya dibuat checklist dan dibahagikan mengikut kelas masing2.

1. Checklist - pendaftaran
- medical check up & laporan doktor
- sijil2 dibuat beberapa salinan & disahkan
- gambar passport (cuci byk2)
- buka akaun CIMB (sorry to say.. nk bukak akaun ni punyalah byk procedure. Sampai hangin satu badan. Whatever it is..foreign bank is the best!)
- Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) - mcm passport jgak tp dia warna hijau. Kena mohon kt pej imigresen & bayar rm5. DPT ni khas bg mereka dari Semenanjung yg stay kt Sabah/Swk lebih dr 3 bln. Valid smpai 5 thn.
- baju2 orentasi dan majlis ikrar

2. checklist - mengantar, penginapan, pulang
- booking tiket flight pergi dan balik
- booking hotel yg bdekatan utk menginap
- booking kereta sewa

3. checklist - kelengkapan harian dan belajar
- baju2 utk pergi kuliah
- baju2 utk aktiviti
- kasut sukan, pakaian harian dll
- utk brg2 utk membasuh spt baldi, sabun dsb beli aje kt sana (takkan nk angkut naik flight kot!)
-huhuhu...jgn lupa bawak cadar & sarung bantal
- stok ubat2an spt ubat demam, selsema sakit perut dll

Perghh..! Lum jejakkan kaki lagi ke U..dah beribu habis! Haaa...jgn lupa YURAN PENDAFTARAN yg boleh dibayar pakai cash-in, cheque dan internet banking. Yg pnting msti sertakan slip pembayaran masa pndaftaran nnti. klu tak..payah laa..

Time chenggini laa baru sedar macamana susahnya arwah Abah carik duit masa aku nak masuk Poly dulu. Siann arwah...sanggup dia kerja dua pagi dan mlm semata2 nk cover expenses keluarga & tanggungan. Yg menyedihkan lagi.. dek nak bayar duit yuran Poly, rantai mak jugak tpaksa jadi korban masuk pajak gadai. Allah.... susahnya kehidupan kami masa lalu.. Dan aku tak mahu anak2 aku merasai semua yg telah kulalui itu. Aku berharap sgt agar anak2 aku menghargai setiap apa yg dilakukan oleh ibubapa mereka demi kejayaan dan kebahagiaan mereka..

So.. moral of the story..MENABUNG dan MENYIMPANlah dari sekarang. Kita tak tahu apa yg berlaku di kemudian hari. Paling tidak pun, jika kita tak ada di dunia ini.. at least ada sikit simpanan utk anak2 belajar dan meneruskan kehidupan. Tak perlu mengumpul harta bagai..yg penting pendidikan anak2 kita itu kerana itulah saham yg paling berharga utk kita di dunia dan di akhirat.

Tak ada alasan tak ada duit utk dibuat peruntukkan sbg simpanan. At least rm100 sebulan buat SI dan simpan di dlm Unit Trust. Displinkan diri utk kesenangan kita sekeluarga. Aku pernah melalui detik2 kesusahan hidup dan seriuosly..ianya amat perit namun byk mengajar aku erti kehidupan. Dlm doaku agar anak2 ku semua menjadi anak yg soleh dan solehah di dunia dan di akhirat...

Well...menanti penuh debaran utk detik2 itu. Sampai sini dulu..nk check muatan yg dibawa anak dara tuhh..
Sambung lg di episod seterusnya.. ;)

Kenangan PBAKL 2014 yg indah..

Hmmm...PBAKL 2014 dah dekat 3 minggu berakhir...baru ada masa nak update kat blog nie..

Anyway..walau dah lama ianya berlalu namun kemanisan pengalaman yg dilalui semasa berlangsungnya PBAKL 2014 itu masih lagi terasa sehingga kini!

Mana taknya...inilah tahun pertama aku berada di kerusi novelis, menunggu dan beramah mesra dgn pembaca secara langsung. Memang mengujakan kerana sebelum ini..akulah pengunjung setia PBAKL yang sanggup mencari peluang untuk bertemu dengan novelis kesayanganku... Lebih teruja lagi..aku akan duduk sebaris dengan novelis2 terkenal dan hebat2 yg mempunyai peminat tegar.. Terdetik di hati...aku ni ada peminat ke?..

Dalam rasa rendah diri kerana aku satu2nya novelis yg hanya mempunyai SEBUAH karya di atas meja utk di 'promote' ... bagaimanapun perasaan itu hilang serta merta bila berpeluang mengenali lebih dekat rakan2 novelis yg lebih senior dan hebat. Ternyata mereka semua begitu 'cool' dan pemurah dlm berkongsi ilmu. Nama2 hebat spt : Ramli Awang Mursyid, Kamsiah Abu, Indah Haryani, Durra Fatiha, Ramlah Rashid dan ramai lagi...mereka semua ini memang besttt & cool..!!

Terharunya aku bila mendapat sambutan yg menggalakkan dari para pembaca. Apatah lagi..aku bangga bila ada pembaca yg bertanya direct tentang buku aku dan karya2 aku seterusnya.. Terimbas kembali bagaimana aku banyak menyoal novelis2 kesayanganku tentang karya mereka. Dan kini...ianya terjadi pada ku pula... Bukankah indah dan mahal pengalaman dan kenangan ini..

Dan....mungkin rezeki aku..atau barangkali kenangan ini semakin sempurna manisnya bila aku ditemuramah oleh wartawan akhbar SINAR HARIAN. Hasilnya..dua fotoku dan sedikit caption tentang Aida Adia dan Saya Tetap Nak Awak tersiar di akhbar Sinar Harian pada hari Selasa 06 May 2014 yg lalu.. Memang havoc sekejap laa orang kampung bila tahu muka dan ceritaku masuk surat khabar..! Kihkihkih...yg pastinya..hakak terasa macam retis sekejap dikkk!  ;p

PBAKL 2014...mu tunggu aku datang!

Assalammualaikum...

Hehehe..dh mcm tajuk filem pulak ekk!  Well..tahun ni..PBAKL 2014 sememangnya membawa pengertian yg teramat besar dlm hidupku..

Klu sesiapa yg pernah mengikuti entry2 yg ku post sblm ini...PBAKL 2011 juga memberi seribu makna dlm hidupku.. Thn itulah aku bergelar seorang penulis yg melahirkan dua buah novel sekaligus di bawah sebuah syarikat penerbitan IDSB. Di PBAKL 2011 itulah aku duduk di sebuah kerusi penulis dgn rasa bangga & terharu. Walau hakikat sebenarnya...pengalaman pertama sbg penulis sepatutnya akan diingati sepanjang hidup namun utk pengalaman ini...aku TIDAK mahu mengingatinya! Terlalu pahit & perit.

Namun aku kuatkn semangatku utk terus bertahan dlm bidang penulisan ini. Dgn separuh semangat sbnrnya dan tanpa sesiapun utk aku jdkan perujuk mahupun mentor, aku seorang diri menebalkn muka mencari sendiri "ilmu penulisan" dr novelis2 yg kukagumi. Alhamdulillah..biar beribu peminat mereka namun novelis2 ini (yg pastinya tidak mengenaliku) sentiasa peramah dan pemurah ilmu. Kata2 mereka kujadikn pembakarsemangatku. Dlm masa yg sama..manuskrip "warna-warna pelangi" aku cuba sedaya upaya utk dinoktahkn sehingga ke penamatnya.

Berkat kesabaran..akhirnya manuskrip warna2 pelangi mendapat perhatian pihak editor Karangkraf. Manuskrip warna2 pelangi yg dipersetujui oleh pihak Karangkraf Buku Prima utk diterbitkan ditukar tajuknya kpd SAYA TETAP NAK AWAK!

Dan kini..di PBAKL 2014..aku bakal duduk sebaris dgn novelis2 yg gah namanya di persada penulisan...dan akan turut serta beramah mesra dgn pembacaku.. Sweet kan momen2 begini...?  And of coz akan ku kenang sepanjang hayatku..

Di hari kedua PBAKL, aku singgah kejap ke PWTC utk mengambil vest..Vest ini akan dipakai oleh setiap penulis Buku Prima pd sebarang event.

Waduhhh...waduhh..kok benerr..?? Kulihat novel SAYA TETAP NAK AWAK di tempatkan di ruangan "BEST SELLER"...!! Alhamdulillah...syukur...Inilah perkara yg paling bahagia dlm hidupku bergelar penulis bila melihat karya sendiri tersenarai dlm gp best seller! Syukurr..ya Allah....!!

So...bg sesiapa nk jumpa diriku ini dan berkenal mesra...jomlah ke PBAKL di PWTC pd 03 MAY 2014 (sessi ptg: 2 - 6 ptg) di Dewan Tun Dr Ismail, karangkraf pavilion. Ada cenderahati istimewa yg akan ku berikan buat teman2 yg sudi menyinggah booth kami nnti... Jomm!!!  ;)

SAYA TETAP NAK AWAK! memasuki cetakan kedua!

ALHAMDULILLAH...SYUKUR ya Allah...karyaku SAYA TETAP NAK AWAK! kini sudah memasuki cetakan kedua di pasaran!

Jutaan TERIMA KASIH kepada semua pembaca SAYA TETAP NAK AWAK! Tanpa kalian...siapalah Aida Adia di dalam industri penulisan ini!...Cheewahhh..Cheewahhh... ayat dh berbau retis gitew...kuikuikui....

Tapi...sejujurnya...memang sangat2 terharu sekaligus berbangga atas pencapaian ini.. Tidak pulak menyangka sejauh ini pencapaian yg bisa kugapai setakat ini. Apatah lagi...Aida Adia hanyalah baby yg baru berjalan jatuh di persada penulisan ini.. Sangat2 baru..! Dan masih lg terkial2 mencari tapak yg kukuh di arena ini..

Entry yg akan datang...akanku share lagi sebuah kisah kegembiraan di mana Aida Adia & SAYA TETAP NAK AWAK! tercalon dlm 3 pencalonan di Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013. Camon laa.. TIGA pencalonan tuhh!! Nak dpt satu pencalonan pun susah..inikan pulak TIGA!!... Waahh..Waahh...riak laa tuhh !!! :p

Tapi...itulah kenyataannya..sangat2 manis utk kenang-kenangkan momen2 indah begini...

Ya Allah...sekali lagi aku bersyukur Ya Allah... Moga aku masih TETAP menjadi hambaMU yg redha..sederhana dan..sedar diri... Aaminn....

Review SAYA TETAP NAK AWAK!


ALHAMDULILLAH... novel SAYA TETAP NAK AWAK! kini sudah berusia 6 bulan di persada pasaran.

Jom.. kita review cerita ini..

Iffah Hurriyah atau Effa seorang gadis manis awal 30an yang selamba, gila-gila, nakal, keras kepala namun amat disenangi oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Berperwatakan agak kasar dan lasak dek terikut-ikut dengan perangai abang-abangnya. Effa merupakan seorang Doktor Psikitiari dan Kaunseling dan amat komited dengan kerjayanya. Amat sukar untuk menerima cinta dari mana-mana lelaki yang meminatinya kerana percaya cinta itu akan datang dengan sendirinya.

Irfan Azlan atau Azlan seorang pemuda akhir 30an yang berkerjaya polis. Azlan yang berpangkat ASP seorang pegawai polis yang berkarisma tinggi, amat komited dengan tugas-tugasnya dan  menyerahkan jiwa dan raganya semata-mata untuk kerjayanya yang dicintai. Azlan juga merupakan seorang pegawai yang berdisplin dan serius dalam melaksanakan tanggung-jawab dan amanahnya kepada bangsa dan Negara. Pelbagai kes jenayah dari yang berprofil rendah hingga yang berprofil tinggi telah berjaya diselesaikan oleh Azlan. Namun amat sukar untuk memikirkan tentang teman hidup kerana takut dia akan hilang fokus kepada kerjaya yang dicintainya jika dia sudah mempunyai keluarga kelak. Malah, Azlan sendiri akui bahawa dia takut yang dia tidak mungkin akan berjumpa wanita yang sebegitu hebat seperti dalam imiginasi dan impiannya. Begitupun, Azlan agak memilih tentang jodoh dan kurang “mahir” dalam bab-bab memenangi hati perempuan.

Pada suatu hari Azlan menghadiri Seminar di Bangkok. Dan pada masa yang sama Effa sibuk bershopping di Bangkok sejurus selepas Effa tamat pengajiannya di University Harvard. Dalam perangkaannya, sebelum dia balik Malaysia, dia ingin melepaskan giannya untuk bershopping sakan dahulu di Bangkok sementara dia belum terikat dengan mana-mana komitment seperti menyiapkan tesisnya dan lain-lain.
Di Airport Bangkok itulah terjadinya insiden perlanggaran Effa dengan Azlan yang menerbitkan kejadian kutuk mengutuk sesama mereka namun itulah permulaan pertemuan mereka yang amat “sweettt”! Dan di dalam penerbangan itu, mereka ditakdirkan duduk bersebelahan.
“Sewel ke apa minah ni? Ketawa sorang-sorang…!” Azlan tertanya sendiri di dalam hati. “Sayang… muka lawa tapi.. otak mereng!”
Ini dah melampau ni!” Rungut Effa di sebelahnya. Effa mencuit bahu Azlan. “Hello… assalammualaikum…!” Tegur Effa keras. Ketawa Azlan terhenti. Dia memandang Effa di sebelah.
“Eh… waras rupanya!” Kata Azlan selamba. Dia masih tersengih-sengih memandang Effa yang menahan geram. “What? Awak kata saya gila??” Tanya Effa berang. Azlan memandang Effa lagi. “Gila..! Minah ni memang cun giler!” Getus hati Azlan sambil tersenyum.

Selepas itu bermulalah beberapa pertemuan yang tak disangka namun dek sikap Azlan yang sengal dan slow bab-bab perempuan ini dan ditambah pula dengan keegoan Effa, maka pertemuan itu terlepas begitu sahaja tanpa sebarang pendekatan.
Sementara itu, dalam masa yang sama, Surya Hanum atau Surya yang merupakan adik kepada sahabat baik Azlan iaitu Meor begitu menyintai Azlan dalam diam. Dia cuba memenangi hati Azlan dan bertekad untuk memiliki Azlan dengan apa cara sekalipun walau dia tahu Azlan terang-terangan tidak menyintainya. Kebetulan pula Surya merupakan ex-schoolmate Effa.      

Ditakdirkan ada satu kes pembuangan mayat bayi di surau di mana Azlan diminta membantu siasatan dan Azlan perlu merujuk khidmat kaunseling, Tanpa disangka doctor khidmat kaunseling itu adalah Effa. Sejak kejadian itu, Azlan dan Effa selalu berhubung sehingga akhirnya, mereka tidak dapat membohongi hati masing-masing bahawa mereka telah jatuh cinta!
“Sayang… Kita sebenarnya sudah lama berkongsi “rasa” itu namun masih degil mahu menafikannya kerana.. tidak percaya.. layakkah diri ini disayangi mahupun menyayangi.. Lantaran itu, tanpa sedar.. antara kita cuba saling lengkap-melengkapi segala keperluan jiwa dan perasaan agar kita berdua.. seiring dalam mempertahankan rasa itu.. Betul tak sayang?”

Ketika persiapan untuk menyatukan Effa dan Azlan sedang rancak diatur, muncul pula masalah Surya di mana Azlan telah dituduh meniduri Surya dan Azlan dipaksa oleh Abang Surya untuk mengahwini Surya pada tarikh yang sepatutnya dia mengahwini Effa. Di sinilah dugaan yang maha berat terpaksa Azlan hadapi dalam meraih kepercayaan kekasih hatinya dan dalam masa yang sama membersihkan maruah dirinya yang tercalar. Surya pula menganggap itu sebagai kemenangan bagi dirinya kerana impiannya untuk memiliki Azlan bakal tercapai. Surya memang memastikan Effa takkan berkahwin dengan Azlan kerana dari sekolah lagi Surya sangat berdendam dengan Effa.
“Kau tetap milik aku Azlan..! Tak ada perempuan lain yang boleh merampas hak aku.. Tidak sekali-kali aku benarkan. Tidak juga kepada Effa…!”

Bagaimanapun Azlan tetap nak kahwin dengan Effa dan tetap ingin merungkaikan agenda tersembunyi Surya. Dan hasil dari siasatan Azlan sendiri, akhirnya Azlan diberitahu bahawa Surya merupakan pesakit Skizorfenia.  Azlan meminta Effa membantunya untuk memberi penjelasan kepada Meor namun ketika tiba di rumah Meor, terjadinya satu tragedy yang menyayat hati di mana Surya telah membunuh anak Meor, Azley. Ketika dalam pergelutan antara pihak polis dengan Surya, tanpa disangka Surya telah membuat serangan dengan menikam pisau ke bahu Effa. Malang sekali, sejurus ditikam, kepala Effa pula terhantuk pada bucu bendul pintu yang mengakibatkan Effa koma selama 10 hari.
Namun apabila sedar, Effa disahkan pula mengalami amnesia yang memungkinkan Effa hanya dapat mengingati hal-hal baru yang terjadi tetapi tidak dapat mengingati sebahagian atau seluruh hidupnya atau identiti sebelum terjadinya tragedy itu. Azlan sangat kecewa bila Effa tak mengenalinya dan dalam masa yang sama menyalahkan dirinya sendiri kerana selama ini dia sangat berbangga dapat menangani pelbagai kes yang berprofil tinggi. Namun dia terpaksa akur yang dia telah gagal apabila dia sendiri yang mengalaminya kejadian seumpama itu. Akhirnya Azlan pasrah dan tidak lagi mahu berharap. Namun dalam masa yang sama, Azlan masih tetap menyintai Effa walau Effa kekal tidak mengingatinya lagi..
3 tahun berlalu, Azlan dan Effa mengerjakan Umrah. Hari yang sama, cuma berbeza waktu. Sedang Effa berdoa dihadapan Kaabah, terus terlintas wajah Azlan. Sementara Azlan pula dalam doanya di Jabal Rahmah, jika ada jodohnya dengan Effa, dia minta ditemukan semula dalam pertemuan yang diredhai dan suci. Jika tiada, Azlan berdoa agar temukan dia dengan seorang gadis yang hampir menyerupai ciri-ciri Effa! Subahanallah, Allah perkenankan doa mereka, bermula pertemuan Effa dengan ibu Azlan di depan pintu King Abdul Aziz, pertemuan empat mata Effa dengan Azlan dan lanjutan pertemuan mereka berdua pada waktu yang tidak disangka-sangka. Akhirnya dilembutkan hati Effa yang keras menerima Azlan sepenuh jiwa raganya sebagai teman hidup.
SAYA TETAP NAK AWAK! Bukan sekadar bacaan santai yang menghiburkan tetapi dalam masa yang sama penuh dengan info dan ilmu tentang bidang kepolisian dan psikitari. Novel ini juga secara tidak langsung dapat menyedarkan orang ramai tentang cabaran dan dugaan yang ditempuhi dalam menggalas amanah yang dipikul oleh anggota keselamatan untuk Negara. Sekaligus, menolak tanggapan negatif orang ramai terhadap polis-polis Malaysia khususnya. Selain itu juga, novel ini memaparkan beberapa kes jenayah yang benar-benar berlaku di Malaysia dan aksi-aksi penyiasatan yang dilakukan. Terselit juga pengajaran yang boleh kita renungkan dan perlu diambil iktibar dari setiap kes yang dipaparkan. Barangkali, ramai yang tidak tahu apakah kaitan Doktor Psikitiari dan Kaunseling dengan pihak polis, semua info boleh diperolehi di dalam SAYA TETAP NAK AWAK!
In Shaa Allah, SAYA TETAP NAK AWAK! Menghidangkan jalan cerita yang menarik dan tidak membosankan. Selain terhibur dengan watak/karektor yang ditonjolkan, banyak perkara yang dapat kita pelajari dan mengambil iktibar dari setiap kejadian yang berlaku. Moga segala mesej yang ingin disampaikan oleh penulis kepada semua pembaca diterima sebaiknya tanpa rasa prejudis.
** Setiap insan ada jodohnya.. Namun hati perlu terbuka menerima kehadirannya. Sebaliknya, hati juga perlu redha apabila ia tidak muncul sebelum waktunya..**
**Walau sehebat mana perancangan kita, ketentuan Allah mengatasi segalanya**
**Macamana mereka nak percaya keupayaan polis Malaysia buat kerja kalau asyik nak menghentam dan mengkritik aje kerja mereka! Sekurang-kurangnya berilah peluang polis Malaysia buktikan kemampuan mereka dulu!**

Karya-karya AIDA ADIA boleh dibaca di Ilham Karangkraf portal

 
Kawan-kawan, saje nak share semua karya2 yang ku hasilkan atas nama AIDA ADIA. Boleh check-it out kat link sini :
Ilham di Grup Buku Karangkraf
 
Sudi-sudikanlah yea..jemput singgah di Ilham portal.. Selamat Membaca dan Semoga Terhibur...! :)
 

Mr and Mrs PoyoAida Adia
Kategori: Cerpen
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Paparan sejak 02 Februari 2014
Posting ke 1
Suasana di perkarangan Dewan Politenik bising dan agak kecoh sedikit. Masing-masing sedang sibuk memasukkan beg-beg mereka ke dalam bonet bas. Dhiya Adeela sedang sibuk memerhatikan pelajar-pelajar masuk ke dalam bas....

649
Bacaan
JANGAN BENCI AKUAida Adia
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Paparan sejak 31 Disember 2013
Posting ke 13
Siti Maisara segera mengeluarkan telefon bimbitnya. Kebiasaannya dia akan menelefon emaknya ataupun adiknya Siti Musliha untuk menjemputnya di Stesen Komuter Padang Jawa itu. Tidak sampai sepuluh minit menunggu, adiknya Siti...

1621
Bacaan
SAYA TETAP NAK AWAK!Aida Adia
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Paparan sejak 23 Ogos 2013
Posting ke 39
BAB 39 Meor segera membuka pintu bilik Surya. Demi terbukanya pintu bilik itu, kelihatan Surya sedang duduk di sudut katil sambil memeluk sesuatu. Dia membelakangkan badannya dari mengadap pintu bilik. Namun...

35233
Bacaan
Abah..dan Catatan Inspirasi..Aida Adia
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga
Paparan sejak 06 Februari 2014
Posting ke 1
Cuti semester telah pun bermula. Aku hanya berehat di rumah sambil melayan adik-adik yang kurindui. Dalam masa yang sama, Emak masih seperti dulu yang kukenali. Masih lagi dengan sikapnya yang...

139
Bacaan