Komen Pembaca..

TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada teman-teman yang sentiasa memberi sepenuh sokongan kepada Aida Anggerik dalam meneruskan dan memeriahkan lagi dunia penulisan ini. Sesungguhnya, komen-komen kalian yang jujur itu dapat dijadikan panduan dan rujukan sebagai memantapkan lagi gaya penulisan dan penyampaian Aida Anggerik di dalam karya-karya seterusnya.

Aida Anggerik sentiasa mengalu-alukan komen-komen yang membina dari teman-teman yang sentiasa menyokong.. Teruskan menyokong kerana.. tanpa sokongan dan kata-kata galakan dari kalian semua, Aida Anggerik tidak mungkin bersemangat ingin meneruskan liku-liku perjalanan sebagai seorang penulis...

Antara komen-komen dari para pembaca tentang AKU REDHA & ITU AKU...

 From: Vinothene PRAGASHRAU
 Date: 31/05/2011 15:49
AKU REDHAmy opinion :  Its a heart touching story....especially  when Nur  Arissa when thru tough time in her marriage life.  The story make me realise how important being patient in our life and to accept the faith with open heart  and always trust in God.  Very motivated... ..Keep it up kak Aida ur good work ...we as your fan will be expecting more interesting story from you.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
From: Siti Sarah ALMIZIN
Date: 08/06/2011 15:36
Dear Kak Aida Anggerik,
Saya x lah berape nk pandai komen.. Tp komen je r.. mne r tau blh tlg akk improve ke.. ok.komen2 sy adalah:-
AKU REDHA :    Citer blh thn.. permulaan citer di awal remaje mmg best.. terutama skali time Arissa di ngorat oleh  beberape org laki.. mmg syok giler r !!! Time Arissa kene dera oleh husband die paling skit hati tp sy pelik, ape yg terjadi kat Farah. Laki 2 dh time balasan, ok. Tapi nk tau pe plk nasib pmpn m**g 2.. Di akhir citer ok lah.. Tp sy rase akk blh buat lg baik kot tok novel ke 3 nnt..
ITU AKU :   Yg nie mmg gempak... sy suke sbb byk pengajaran yg blh kite dpt melalui cite nie. Ape yg sy harap  semoga ada ITU AKU 2 plk nnt.. mcm ADNAN SEMPIT 2 ..
P/S:  Semoga buku yg bakal lahir nnt lbh gempak dan boleh dijadikan ikhtibar pade org ramai... N semoga berjaya lah dlm bidang penulisan ni.. WE ALL akn ttp menyokong akk!! Fighting!!
----------------------------------------------------------------------------------------------------
From : Hazlinda Haron (thru FB message)
Date : 25 JUN 2011
AKU REDHA :- best ... 5 stars... hehe... byk info pasal kesihatan... pastu jalan cerita pun best...
ITU AKU :- cerita ni best... tp banyak kesalahan ejaan...


------------------------------------------------------------------------------------------
From: Huzaima Haron (thru FB message)
Date : 29 JUN 2011
AKU REDHA  :   jalan cerita ni menarik,..ttg family, cinta, kerja, dilema, kekasih lama....
ITU AKU :    buku "itu aku" mmg best.. ingatkan citer pasal mat rempit jer.. tapi,..diselitkan citer family.. secara tak langsung tau gak bahasa2 mat rempit ni ek..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

From:  Izanis Syuaida
Date : 03 JULY 2011
·         Auntie Aida...
Saye suke dedua novel tu...
Syok saye bace...
hehe...
keep it up ek...
Aida- anak
Mohd Abkahalisatul Rohaizad
 -----------------------------------------------------------------------------------
Salam Ida,
Dh baca nak nak komen nie : ) .. tapi saya minta maaf kalu ida terasa hati.. harap ida tahu niat saya hanya tuk ida semoga dpt menjadikan panduan tuk ida.
Komen:-
1) Dalam ITU AKU ; Ayat yg ida gunakan mendatar dari segi susunan dan olahan secara tak langsung bleh melemahan ingin tahu dan ia akan menjadi sekadar bacaan biasa untuk menjadi isi yg bagus biasanya pembaca akan teruja untuk terus membaca kerana ada perasaan ingin tahu dari satu chapter ke chapter yang lain yg mana pembaca hanya mengetahui kesudahan bila membaca secara sepenuhya... penghayatan tu penting dan dizahirkan dgn kata2 dlm sebuah novel itu sendiri.
2) Dalam AKU REDHA, kebanyakkan berkisar ttg masa kita belajar tapi tiada satu pun peristiwa yg bleh dikaitkan atau digambarkan dgn jelas yg menunjukkan kita sedang belajar contohnye.. kene banyak selitkan citer pasal kuliah atau insiden yg berlaku semasa kuliah, subjek yg terlibat semasa kuliah.. sapa lecturer nye.. saya rasa untuk lebih menarik kita kene selitkan  babak-babak yang kelakar yg membolehkan pembaca secara sendirinya ketawa atau babak yg sedih dimana pembaca  bleh menitiskan air mata...
3) Watak.. berhati-hati dengan watak yg nak disampaikan kerana setiap watak mengambar jalan cerita yg hendak disampaikan...
Insy'allah ida bleh berjaya.. tuk rujukan mungkin ida bleh baca dari keluaran Alaf 21 atau NB seperti penulis Aisyah Sofea atau pun yg lain... jauh berjalan luas pandangan secara langsungnya kita akan melihat pelbagai ragam manusia yg bleh di adaptasikan ketika menulis...
Thanks,  semoga ida terus berkarya,..... amin!!
Best Regards,
Eddy Noorlisyam B. Abd Jalil
--------------------------------------------------------------------------------------
·            From: Neeta Zainun thru FBta  Tahniah..dua2 novel ko best aida..ada sikit kekurangan...bila plot yg agak mendatar..rasa boring sikit..tapi isinyer padat dan mudah paham..tak yah nak pening2 kepala....tak sabar nak tunggu novel seterusnyer...nnt kita jumper ek..nak mintak tandatangan.....eheheheh
Date: 06JULY11
--------------------------------------------------------------------------------------------
ZURA (Sahihan’s wife) thru sms
Date: 09 JULY 2011
ITU AKU : Jalan ceritanya bagus, menarik, banyak informasi (cancer selviks), experience…
Lebih2 lagi puisi yg cukup bermakna..
AKU REDHA:  Cerita ini watak utama dipergunakan. Ceritanya ada reality untuk gadis2. Pengajaran supaya berhati2 tentang hubungan kawan. Bagus, menarik dan pengajaran yg membina.
 

~~~ AIDA ANGGERIK ~~


Rezeki yang tak disangka...

Huhu... rasanya baru sahaja lagi aku menyambut ulangtahun kelahiranku yang ke-38 tahun pada 07JUN yang lalu.. Masih lagi terasa seronoknya sambutan birthday ku yang lalu.. berkaraoke lah.. makan2 dgn adik-bradik dan family... beriadah bersama anak-anak dan menghabiskan masa santai yg penuh berharga dgn family di Port Dickson..

Tup..tup.. 24JUN yg lalu, hari yg sepatutnya aku kedatangan period hanya didatangi dengan "blood spot" sahaja selama 2 hari. Aku dah rasa lain macam.. Nak beli pregnant test ke tak ekk?? Kang.. aku beli, bila  nengok result negative lak.. tak pasal2 frust.. (mmg sblm ni pun, selalu mcm tuhh!). At last, aku gi beli gak kat farmasi. Kali ni nekad.. negative ke.. positive ke.. redah jerrr!

26JUN, aku buat test sendiri kat rumah. Bila nengok keputusan.. ehhh.. biar betul!~!!! Tak puas hati, aku suruh husband aku nengok plak. Betul tak apa yg aku nampak.. Kot2 aku ni.. terlebih2 teruja.. Dia pun confirmkan.. "Haah lah.. ada 2 line!!" Aku terus terkedu... hmm.... ye laa tuhh... Last2, aku ajak husband gi jumpa Dr Ishak kat KPJ, Sban utk confirmkan.

27JUN, esoknya, kami gi jumpa Dr Ishak.. Bila check.. sah.. aku PREGNANT! Baru nak masuk 5 minggu. Takkan doktor pakar nak tipu pulak kot.. Macam2 yg aku rasa di kala ini, GEMBIRA... TERUJA... BIMBANG.. TAKUT..TRAUMA.. macam2 lagilah..! Dr Ishak pun cakap, jgn terlalu happy sangat sbb masih terlalu awal. Tambahan pula, aku memang ada history record beberapa keguguran sebelum ini.. Dia suruh aku jaga betul2 kandungan ini..

Saper ler yg tak teruja beb... anak aku yg ketiga tu. dah 9 tahun dah.. Anak sulung lak dah 15 tahun.. Huh..! Tak ke lama menanti tuhh...  Tapi.. dlm masa yg sama, perasaan bimbang, takut & trauma masih terasa kerana; dah lama tak ada baby.. dah biasa jln berdua dgn husband, tak pasti.. aku sanggup ke menempuh semula detik2 itu lagi. Kedua, masih trauma dgn keguguran yg lepas2.. Masuk kali ini, ini adalah pregnancy yg ke 8! Bayangkan lah... yg servive cuma 3 orang sahaja.. Ketiga, umur 38 thn ni.. tua sgt ke nak mengandung??

Huh.. banyak benda yg aku fikirkan. Ada gak tanya kengkawan ttg pengalaman dorang yg pregnant umur mcm aku ni.. Tapi feeback yg aku terima semuanya positif. Dorang semuanya enjoy... "Jgn ko pecah kepala fikirkan hal tuhh.. Itukan rezeki.. Ko tak nak ke? Tak nak.. kasi aku!" Itu kata dorang.. Betul gak.. kenapa aku nak stress sgt.. Bukan tua mana pun.. Sheila Majid tu beranak umur 42.. Okey jerr.. Dan kengkawan aku yg kahwin lambat pun, skrg ni pun masih pregnant lagi..  Tak der pun dorang bersungut..!

Fikir punya fikir.. akhirnya aku redha...! Allah nak bagi rezeki kat aku.. takkan aku nak tolak pulak. Dibuatnya tak bagi langsung.. tak ke haru!!

Of coz lerr berita ini disambut gembira dan sgt teruja oleh anak2 aku.. Ye laa.. dah lama tak ada adik kann... Ttg adik-bradik aku yg lain... hmm.. mcm2 respon yg aku dapat.. Tapi yg pasti.. kata-kata spt ini; "Hah?? Kenapa ko plak?? Tak masuk list pun... Org lain yg teruja nak.. ko plak yg dapat??" Hmmm... bunyinya mmg mcm kelakar.. tapi dr sudut hati aku yg semakin hari semakin sensitif nihh.. terasa a.k.a tersentap gak lah.. Bukannya nak ucapkan tahniah.. kata2 itu plak yg diucapkannya. Namun.. aku malas nak layan.. Yg penting.. husband dan anak-anak sentiasa mendoakan kesejahteraan aku dan kandunganku ini.

Lebih mengharukan lagi hatiku, husband & anak2, sanggup berzikir tiap2 hari, mendoakan kesejahteraanku & kandunganku. Syukur alhamdulillah.... Di waktu yg sama, aku juga mengamalkan berzikir tiap2 hari mendoakan kesejahteraan diriku & kandunganku. Kali ini aku harus kuat, selagi Allah membenarkan "rezeki" ini menghuni di dalam rahimku.. selagi itu aku akan tetap mempertahankannya.  Semoga Allah masih terus membenarkan "rezeki" dan amanah ini terus membesar di dalam rahimku sehingga aku dapat melahirkannya dgn sempurna bila tiba pd waktunya.. Dan semoga Allah mengizinkan aku membesarkan & mendidik amanah ini agar dia menjadi anak yg soleh yg dapat membantuku serta husband di akhirat nanti..

Respon dr teman sekerja juga macam yg telah diduga.. Semuanya terkejut tetapi happy utk aku.. Apatah lagi boss aku.. Mana tidaknya, semenjak dia jadi boss kat team aku, empat staffnya pregnant..! Yg bestnyer.. semua ada history lambat/susah nak mengandung. Akulah yg paling senior & yg paling lama menunggu... huhu...

Seperkara lagi... aku telah khabarkan berita ini kpd sepupu husbandku yg bakal melangsungkan perkahwinannya pd 16JULY ini. Bukan apa... ikut perancangan awal, aku bakal jadi pengapit pengantin.. (huhu.. bayangkanlah.. dahlah senior, suruh jd pengapit lak!) Tapi, ini cadangan mak pengantin yg memerlukan seorang pengapit senior yg tau protokol dlm hal ehwal wedding kat dewan. Pd pandangan mereka, akulah orgnya yg sesuai. Aku tak kisah.. Pada aku, itu satu penghargaan sekaligus satu amanah juga kerana mereka meletakkan kepercayaan kpd aku utk melakukan tugas itu. Mmg dah berangan nak beli baju vogue skit. Maklum lerr.. mak dara nak jadik pengapit..! Tup-tup bila dah dpt berita gembira nihh.. aku jadik serba-salah. Manalah tau.. time aku jadik pengapit tuhh.. aku mabuk2 ker.. pening2 ke.. bukan ker.. aku dah menyusahkan org. Silap2, pengantin lak yg jaga aku.. bukannya pengapit jaga pengantin..! Lagipun, ini majlis formal.. ramai VIP yg dtg.. Dan aku tak sanggup nak rosakkan majlis org pulak dgn hal aku yg remeh-temeh ni,,, Akhirnya, atas nasihat husband & mak mentua.. aku tarik diri..  Aku harap.. bakal pengantin & family yg lain faham dgn situasi aku ni...

Ya Allah... sesungguhnya aku benar2 rasa bersyukur di atas kurniaan rezeki yg tak diduga ini..  Akulah hambaMu yg paling gembira & bersyukur kerana.. bermula dapat tinggal di rumah sendiri pd thn lepas (JUN10) setelah hampir 14 thn menyewa rumah orang.. Kemudian, lahirnya kedua-dua novel karyaku sendiri yg kini telah pun berada di pasaran.. Dan sekarang... rezeki kehadiran orang baru dalam keluargaku...  Tidak terucap kata-kata syukur buatMU ya Allah...

Ya Allah... moga aku sentiasa menjadi hambaMU yg sedar diri, bersyukur dan mengingatiMU sentiasa walau dalam keadaan apa sekalipun.. Moga Kau berkatilah segala apa yg aku lakukan dan moga aku & keluarga sentiasa di dalam keredhaanMU, ya Allah..... Amin...!!

Keputusan yg merubah segalanya...!