Cikgu SKS dalam memori...



Tanggal 24 December 2012... pemergian allahyarhamah Cikgu Manisah... AL-FATIHAH untuk arwah.. moga arwah cikgu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Berita arwah cikgu sakit akibat stroke dan dimasukkan ke Hospital Selayang telah lama kami ketahui. Malah, awal-awal lagi, anak arwah Cikgu, Irwan Abd.Latif telah memaklumkan kepada kami bekas anak didik arwah cikgu tentang kemasukan arwah cikgu ke hospital ... siap bagi no ward lagi. 
Entah mengapa.. segala perancangan yang diatur.. ada saja halangannya untuk pergi melawat arwah Cikgu. Last-last... kawan sekolah dulu, Zailani & Mariani yang bertuah dan berkesempatan melawat arwah... Frust betul masa tuhh...! :-(
Tak puas hati..dan sedikit kesal.. aku minta sampaikan salamku pada arwah Cikgu melalui anaknya, Irwan. Cuba baca petikan FB message antara aku dan Irwan:
Irwan Abdul Latif... sampaikn salam kami ex- SKS pd cikgu Manisah. Doa kami agar cikgu kembali sembuh..
Like · 
Ya Allah... begitu sekali ingatan arwah Cikgu pada bekas anak-anak muridnya walaupun setelah lebih 30 tahun lamanya!! Padahal.. punyalah ramai bekas anak muridnya yang mempunyai tocang dua macam aku masa sekolah-sekolah dulu..! Just mention my name and she can remember everything plus my description lagi! Hebat... Cikgu Manisah memang superb !!! Agak-agak, ada tak anak murid yang betul-betul mengingati karektor atau penampilan bekas cikgunya until to that level??
Yang aku ingat sampai sekarang... kerana arwah Cikgu Manisah lah aku begitu berkeyakinan tinggi dalam matapelajaran Bahasa Malaysia especially bab KARANGAN. Sebab... setiap karangan tulisan aku.. tak pernah gagal dari ditampal untuk bacaan umum samada di papan tanda kelas mahupun di papan tanda sekolah. Punyalah bangga!! And... because her positive courage, dari darjah satu hingga ke tingkatan lima.. subject BM aku sentiasa mendapat markah "A"... Dan salah satu pemangkin terbesar mengapa aku kini bergelar novelis adalah kerana arwah cikgu Manisah.. TERIMA KASIH CIKGU!!
Satu lagi yang aku ingat sampai sekarang... kerana arwah Cikgu Manisah lah.. aku... yg mempunyai sifat malu-malu yang amat ni.. berani tampil ke hadapan dan menari di khalyak ramai. Hehhee... geng SKS..!Ingat lagi tak..kita buat persembahan tarian hawai masa darjah satu?? Kahkahkah... yg aku ingat.. tarian hawai kita mendapat tepukan gemuruh di dewan sekolah. Maklumlah... time tuhh gila seksi betul masing2...! Tak cukup kat sekolah, kita "dijemput khas" buat persembahan masa Hari Tentera Darat anjuran BAKAT.. (kebetulan arwah Cikgu Manisah isteri pegawai tentera). hahh.. gamat sungguh masa tuhhh..  Yang bestnya... aku "hanyut" dengan puji2an dari isteri2 pegawai tentera kat situ.. Semua cakap; "Alahai.. comelnya adik yang kat depan sebelah kanan tuhh...!" kihkihkih.... perasan habis!! Memang aku tak boleh lupakan.. Dari takut2.. malu2.. last2.. lupa diri! Penyudahnya.. setiap tahun.. without fail mesti amik bahagian buat persembahan. Lawak sungguh!! :-D
Hmmm... besar betul peranan arwah Cikgu Manisah dalam perkembangan zaman kanak-kanakku hingga kini! Sedar tak sedar... cikgu-cikgu SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGALA (SKS) yang banyak memberi impak pada diriku atau pun mungkin pada segelintir kawan2 di SKS dulu... semuanya telah pergi meninggalkan dunia ini. Ya ALLAH... mengapalah di saat2 begini.. rindu sungguh pada mereka semua..? Bukan tidak mengingati mereka sebelum ini tetapi bersama arus masa dan kesibukan masing-masing... kita terpisah dengan kehidupan kita sendiri. Dan memang benarlah kata orang... kita akan terus mengingati dan merindui seseorang bila orang itu sudah tiada lagi di dunia ini....
Cikgu Teh.. Cikgu Khatijah...dan Cikgu Manisah.... budi dan jasa Cikgu-Cikgu semua tetap dalam ingatan.. Sesungguhnya didikan cikgu-cikgu amat berharga dalam hidup saya. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala jasa Cikgu! Tenanglah Cikgu di sana.. Moga roh Cikgu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. AL-FATIHAH.... (buat cikgu Khatijah & cikgu Manisah)...
Kenangan bersama arwah Cikgu Khatijah
Kenangan bersama mendiang Cikgu Teh
Kenangan bersama arwah Cikgu Manisah



My Goal Book 2013...


Pernah tak korang dengar tentang  Goal Book atau Vision Board??

Hehehe..aku baru tau pasal benda ni.. Itu pun masa gi training kat Public Mutual Bangsar di mana mereka-mereka yang Berjaya begitu baik hati berkongsi tentang tips2 kejayaan mereka. Antaranya ialah dengan menyenaraikan impian atau target yang perlu kita capai utk tahun mendatang dalam bentuk visual.

Untuk merealisasikan impian ataupun target yang ingin kita capai itu, kita perlu melihat senarai yang disimpan (visualisedkannya) berulang-ulang kali setiap hari!
This isn't just so that your conscious mind sees it, but also your subconscious mind sees it. You need to convince yourself, on all levels, that your dream goal will become a reality!!

Bak kata salah sorang dari mereka yang Berjaya di training tu… “tak kisahlah.. orang gelakkan kita tentang apa yang kita buat atau impikan.. janji apa yang kita senaraikan dlm Goal Book kita tu.. akan kita capai berdasarkan kemampuan diri kita. Jika kita letakkan impian kita  di luar kemampuan diri kita beerti kita mencabar diri kita untuk terus berusaha walaubagaimana susah sekalipun. Itu adalah bagus sebenarnya.!”

Dan aku memang tabik spring laa kat sesiapa yang dapat achieve SEMUA impian/goal yang disenaraikan tuhh… Fuuhhh… itu memang memerlukan focus dan daya semangat yang kental dan tahan diuji..  Cayalaaa..!!!

Alaa… rasanya korang mesti tahu pasal S.M.A.R.T. concept…! Haa… nak create and setting benda ni pun memang kena follow this concept gak.. iaitu, Specific, Measurable, Attainable, Relevant and Time Bound..

Actually, selain buku atau album, goal setting yang kita nak visualized ni pun boleh gak dibuat dlm bentuk board. Janji ada something that you can look at to remind you of your goal, and why you are working toward it.Dan yg penting..to keep track of our thoughts and  ideas, and also to track our progress, we have to look through it once a day, in the morning soon after solatSubuh atau bangun dari tidur..  J

So… dek semangat masih membara, aku pun create laa satu buku for my own.. Dan..untuk memeriahkan lagi suasana.. aku ajak anak2 aku joint sekali. Its very exciting and interesting activities. In fact, anak sulungaku yg akan menduduki exam SPM tahun 2013 pun agak teruja jugak buat benda nihh..Begitu juga anak ketigaaku yang bakal mengambil peperiksaan UPKK tahun 2013. Memang fun & enjoy..!

Semoga apa yang aku senaraikan dalam GOAL BOOK 2013 bisa tercapai.. In shaa’ Allah..!! Aku mohon padaMU ya ALLAH.. KAU permudahkan segalanya...

My Goal Book 2013
Visi Akhirat

Target si Kak Long..
Si Adik pun turut joint..Ada visinya yg tersendiri
Anak-anak yang excited nak menolong..

Berita kehilangan lagi...

Ya ALLAH... dalam bulan November 2012 ini.. aku menerima dua berita pemergian kawan sekolahku kerahmatullah... Sangat-sangat mengejutkan kerana kedua-duanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
 
Tidak hilang lagi rasa terkejut dan tidak percaya dengan pemergian sahabatku, Norita Zainun... baru petang tadi aku dikejutkan pula dengan berita pemergian teman sekolah rendahku dahulu (Sekolah Kebangsaan Sungala, Port Dickson) iaitu Rozehan. Bezanya, kami menerima berita pemergiannya agak lewat iaitu setelah 8 hari pemergiannya.
 
Rozehan meninggal dunia pada 28 November 2012 bersamaan hari Rabu pada pukul 3.30 petang. Beliau dikatakan telah dilanggar oleh sebuah kereta yang ketika itu beliau sedang menunggang motosikal, tidak jauh dari kedai emas kepunyaannya di Kota Sarang Semut, Kedah. Beliau meninggal dunia di hospital akibat pendarahan dalaman.
 
Aku dapat juga berbual sekejap dengan isteri arwah iaitu Mardihah. Terima kasih kepada Mardihah kerana sudi berkongsi cerita saat-saat terakhir beliau bersama arwah. Ya.. aku sangat-sangat mengerti dan faham perasaannya ketika itu. Teramat sukar menerima sebuah kenyataan bahawa orang yang kita sayang dan harapkan telah hilang dalam sekelip mata untuk selama-lamanya. Kehilangan yang secara tiba-tiba apatah lagi tiada tanda-tanda dia sakit mahupun berperangai pelik memang amat sukar dipercayai atau diterima. 
 
Namun... sesukar manapun sekali kenyataan yang terbentang di depan mata.. kehidupan harus diteruskan. Mardihah sangat beruntung kerana arwah Rozehan pergi dengan meninggalkan dua harta yang amat berharga iaitu perniagaan kedai emasnya dan empat orang permata hati mereka. Sekurang-kurangnya Mardihah tidak ditinggalkan terkapar-kapar sendirian tanpa jaminan untuk meneruskan kehidupan... Untuk itu.. Mardihah patut bersyukur...
 
 
 
Allahyarham Rozehan bersama familynya.
 
Masyaallah... dari dua berita sedih ini... sesungguhnya ianya banyak menginsafkan aku tentang hakikat kehidupan. Allah berhak mengambil nyawa hambaNYA bila-bila masa sahaja yang DIA kehendaki. Samada kita sebagai hambaNYA ini.. sudah bersedia ataupun belum ataupun baru mula nak bersedia... KEMATIAN itu pasti! Persoalannya.. memang mati itu pasti.. tapi..yang aku belum sepenuhnya pasti.. adakah aku benar-benar cukup bersedia untuk mengadap ALLAH nanti? Adakah bekalan yang aku persiapkan ini benar-benar lengkap dan menepati piawaian ALLAH?? Ya ALLAH... makin banyak aku renungkan makin aku rasakan yang aku sebenarnya belum benar-benar bersedia ya ALLAH...! Banyaknya kekurangan bekalan ku ini... Banyaknya persediaan yang aku perlu lengkapkan.. Sedangkan umur 40 tahun semakin menghampiri.. Sempatkah aku betul-betul bersedia sebelum usiaku mencecah 40 tahun nanti??
 
Ya ALLAH... ampunkan dosa-dosaku ya ALLAH... Aku ingin menjadi hambaMU yang bertakwa dan menemuiMU dalam keadaan yang benar-benar bersedia dan cukup bekalanku untuk kehidupanku di akhirat nanti..
 
Buat Mardihah dan juga untuk renungan semua...
 
Jangan takut untuk berhadapan dengan ujian dan cabaran yang diturunkan Allah S.W.T. kerana dalam kepahitan itu sudah tentu ada manisnya... :)

Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan.

Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. Bukankah indahnya pelangi yang kita rasakan setelah turunnya hujan??
AL-FATIHAH buat arwah Rozehan. Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman & soleh... AMIN....