Hmmm... NUR MUHAMMAD HARIZ....!

 
Hmmm... rasanya momentum untuk menulis kat blog ni dah makin laju..! Tapi.. bila nak start tulis jer.. idea lak tiba-tiba blank! Punyalah banyak benda nak tulis dalam kepala.. alih-alaih.. zero jadinya.. camner tu??       
Okey laa.. oleh kerana dah memang blank apa nak nulis.. last-last teringat lak si hensem Mama, NUR MUHAMMAD HARIZ... hehehe.. kalau citer pasal si hensem Mama nie.. memang tak habis-habis.. :-) Maklumlaa... kehadirannya dah macam orang dapat anak sulung lak. Teringat masa mula-mula si Kak Long Nura lahir.. Apatah lagi.. si Kak Long tuhh cucu dan cicit pertama kedua-dua belah family kami. Hmm... apa lagi.. menjadi kesayangan laa.. Nak-nak si Kak Long nie masa baby tak banyak ragam.. Kurang nangis..kurang meragam.. Sampai jiran sebelah pun hairan.."eh.. akak ada baby rupanya.. macam orang tak der baby.. tak pernah dengar dia menangis pun!" Hmm.. tu diaa...       
Samalah jugak dengan si hensem Mama nie.. kurang nangis.. tak banyak ragam.. senyummm ajer memanjang.. Satu yang best ngan si hensem Mama nie.. bila dengar azan atau orang mengaji al-Quran, dia mesti diam dan gayanya macam tekun benar mendengar.. Haii... alhamdulillah.. syukur.. moga2 apa yang aku doakan sepanjang aku mengandungkan dia termakbul.. Lagipun.. memang terbukti sekarang nie.. amalan membaca al-Quran dan berzikir semasa mengandung.. Insyaallah.. anak yang dikandung tidak banyak membawa masalah.. Aminn...       
Okay... jom kita nengok aksi-aksi si hensem boy Mama yang really good boy dan moga-moga menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat... Aminnnn... Insyaallah...
Anyway.. bukan niat nak menunjuk-nunjuk.. tapi.. rasanya.. semua ibu-ibu kat dunia nie pasti rasa bangga dengan anak sendiri kan..! Anyway... who cares!.. Mama bangga dengan anak-anak Mama semua... MAMA LOVE U ALL... NURA ADILLA, MUHAMMAD HADZIM, DHIYA RAIHANIE & NUR MUHAMMAD HADZIM...




Ada rupa Mama dia tak?

Eksyen laa tuhh.. dah dpt menyarap..

Comeeiii nyerr diaa..!

Senyummm... tak perlu kata apa2..


Hensem Boy Mama!


Moga menjadi anak yang solehh...

Kalau ABAH masih ada...

 
           ABAH…. !!
Entah mengapa..bila sebut saja nama tu automatik hati  rasa hiba.. rasa sayu.. rasa rindu… pada lelaki yang satu-satunya aku panggil nama itu di dunia ini.. Siapa lagi kalau bukan armarhum ayahanda tercinta.. HARON BIN IBRAHIM.
Ya ALLAH..selagi nadiku berdenyut selagi itu jugalah aku tidak akan lupakan ABAH.. perwatakan dia.. setiap gerak-geri dia.. kata-kata dia… dan juga segala kasih sayang dia!
Walau aku dapat menerima hakikat pemergiannya..menerima ini sebagai dugaan untuk kami sekeluarga tetapi aku sering tertanya-tanya.. mengapa cepat sangat ABAH pergi dari  kami? Biar pun cara pemergiannya sedikit sebanyak menyejukkan hati kami ..tapi sebenarnya ianya tidak dapat meluputkan persoalan itu dari kotak pemikiranku.
Di saat aku memerlukan ABAH di sisi..dia tiada di sisi untuk memberikanku kata-kata semangat, meniupkan semula semangat dan jiwaku yang semakin goyah dek dugaan hidup yang  mencabar..
Haii.. beruntungnya orang-orang yang masih ada abah, ayah, papa, walid atau apa saje gelarannya..! Raikanlah dan ceriakanlah hati bapa-bapa anda semua.. selagi mereka masih ada di sisi.. Belalah kehidupan mereka sewajarnya..Tak usah berkira sangat denga nmereka sebab selama kita membesar dengan mereka pun.. tak pernah dia berkira tentang berapa banyak dia berhabis untuk kita. Malah dia sanggup kerja lebih masa atau melakukan lebih dari satu kerja semata-mata tidak mahu anak isteri mereka kelaparan atau pun terabai..
Kalau lah ABAH ada lagi...akulah anak yang paling bahagia..Padanya sahajalah tempat aku mengadu akan segala masalahku. Pastinya, dia akan sudi mendengar, menasihat dan menegur ku jika aku tersilap langkah.. 
Kalau lah ABAH masih ada.. pastinya anak-anak aku yang paling gembira kerana mereka mempunyai Atuk yang begitu mesra dan penyayang..
Kalau lah ABAH masih ada.. sudah tentu suamiku juga turut berbangga kerana mempunyai bapa mertua yang begitu sporting dan penyayang..

 
Ya ALLAH... namun semua itu hanya sekadar angan-angan yang TIDAK akan mungkin menjadi kenyataan.. 

Aku benar-benar rindukan  ABAH…! Ya ALLAH..hanya KAU sahaja yang memahami derita batin ku ini..Jadikanlah aku hambaMU yang bertakwa, yang redha atas segala urusan takdirMU… Janganlah aku menjadi hambaMU  yang tidak bersyukur atas nikamt yang KAU beri..
Tetapkanlah imanku.. Moga aku berterusan mengutuskan kiriman doa dan sedekah jariah atas nama ABAH selagi hayat dikandung badan. Moga aku tetap menjadi anak yang solehah yang sentiasa mendoakan agar roh ABAHnya tenang dan ditempatkan di makam yg tertinggi bersama-sama orang yang soleh... AMINNNN...

Kisah di bulan Ramadhan..


Citer pasal Ramadhan ni..memang seronok.. Tak kira tentang apa.. pasal kerenah anak-anak ketika berpuasa, fadhilat bersolat terawih di bulan Ramadhan, tak kurang juga gelagat orang dewasa ketika berpuasa hatta pelbagai kisah sukaduka rumahtangga di bulan puasa.
Hehhee… bila sentuh bab kisah rumahtangga ni..mesti orang dah bolehagak – SISTEM GILIRAN untuk menyambut hariraya. Tahun ni beraya kat rumah mana? Rumah sendiri ke.. rumah mertua? Tahun ni.. giliran siapa? Giliran si suami atau si isteri?
Huhu… bagusnya jika ada persefahaman dan masing-masing boleh bertolakansur dalam hal sistem giliran nihh…   
Namun yang peliknya, walaupun dah set kan atau dah sign MOU masa mula-mula kahwin dulu… pun masih boleh lagi timbul tak puashati di hatimasing-masing sehingga menimbulkan pertengkaran suami isteri.
Walau pagi2 lagi dah mintak maaf zahir dan batin antara sesama pasangan tapi..mood “dingin” tu tetiba boleh switch lak!
Yang takbestnyaa..anak-anakjadik mangsa.. terpaksa layan sikap merajuk makbapak mereka yang tengah perang dingin.. Sedara-mara dari keluarga masing-masing pun ikut terbabit sebab “lemas” dengan sikap salah sorang dari pasangan yang melancarkan “mogok” atau tunjuk muncung panjang dan senyum ala-ala terpaksa di depan mereka disebabkan ketidakpuasanhati antara pasangan.
Mood raya yang sepatutnya happy dan meriah bila jumpa sanaksaudara..jadik down nengok drama sebabak mereka!
Hmm… cubajadik cam aku…! Aku tak pernah mengamalkan sistem giliran nihh..Selama 17 tahunberkahwin… setiap kali menyambut raya..takkira Aidilfitri atau Aidiladha.. pasti kami akan menyambutnya di rumah MERTUA walaupun hari-hari aku akan ke rumah mertua (sebab tinggalkan anak-anak kat rumah mertua sementara aku bekerja) danjarak rumah mertua dengan rumah sendiri pun jauhnya tak sampai 5 batu!
Aku pun masih ada mak lagi yang tinggal di Port Dickson. Namun kebiasaannnya bila hariraya, emaklebih prefer beraya di kampong di Melaka kerana sunyi.. takada Abah di sisi. Dan kami adik-beradik akan balik ke kampong di Melaka juga untuk bertemu Emak dan saudara-mara.
Persoalannya… kenapa aku tak kisah??
Huhu… bohonglah kalau aku katakan yang aku tak ada sekelumit perasaan “terasa” ataupun kecikhati mahupun sakit hati bila tiap-tiap tahun di hariraya pertama, rumah suamijuga yang kami tuju.
Bohonglah jugak kalau aku katakan yang aku ni isteri mithali yang hanya menurut perintah suami tanpa ada apa-apa perasaan terkilan di hati..huhu.. manalah nak dapat isteri sebaik tu di zaman serba mencabar ni kannn..!J


Hmmm…mungkinjugak factor sambutan dan suasana beraya di rumah mertua lebih meriah jika dibandingkan dengan sambutan di kampungku di Melaka. Anak-anakaku pun lebih suka beraya di rumah mertua kerana mereka memang membesar di sana, malah kawan-kawanjuga ramai. Di kampungku pula, mereka tidak mempunyai ramai kawan-kawan, malah aku pula tidak mengenali segelintir saudara-mara serta sepupu-sepupuku yang sedang membesar. Huhu..bayangkanlah.. kalau berlanggar bahu dengan mereka bila berjalan kat KL nie.. entah-entah kenal pun tak..! Haru sungguh..!!
Pernah aku dan suami merancang nak sambut raya pertama di kampungku. Petang raya tu..baru nak bagi tau tentang cadangan kami.. emak mertua aku dah tunjuk muka sedih dan kesian.  Yaa.. aku faham.. suami aku adalah anak lelaki danjuga anak sulung dalam keluarga. So, tanggung jawab dia memang besar dalam keluarga itu.  Sebagai isteri, aku cuba menjadi isteri yang terbaik dan menantu yang menyenangkan untuk keluarga suami.  Bila emakmertua dah buat muka macam tuhh.. suami pulak asyik dok  pandang2 jeling2 kat aku seolah-olah mintak simpati dan menyuruh aku buat decision.. akujadi serba-salah.  Knowing them.. especially my hubby.. rasanya.. lebih baik aku beralah....!
Aku tau impaknya jika aku berkeras nak balik ke kampung ku waktu tu nanti..  Memang boleh kalau nak balik pun... tapi aku sendirijugak yang lemas nengok muka monyok suami dan kepala angin dia..
Penyelesaiannya..biarlah begitu. Malas nak sibuk2 mempertahankan “hak”..! Asalkan..aku dapat balik ke kampong takkiralah hariraya kedua atau keberapa.  Janji dapat balik…! Rasanya..dengan keputusan begini.. semua orang suka dan bersetuju.. suami.. anak2..mertua.. iparduai..
Rasanya juga..di pihak emak dan saudara-maraku, mereka juga boleh terima keputusanini. Malah, macam tau2 jer.. bila raya kedua.. aku & familyku PASTI akan berada di kampong.
Buat suami isteri yg mengamalkan system giliran balik kampong.. teruskan seperti biasa. Jgn gaduh2.. yg penting saling bertolakansur.. Cuma..kita perluingat satu perkara..  suatu hari nanti.. bila kita dah tua, anak2 dah ada family sendiri.. jgnlah expect mereka pun buat giliran mcm yg kita amalkan sebelum ini.  Lain org lain pula kerenahnya..Tak mustahil.. salah satu anak kita menetapkan yg kita plak yg kena beraya kat rumah mereka di hari raya pertama! Huhu.. segalanya berkemungkinan kann

Hari Pertama Ramadhan bersama NUR MUHAMMAD HARIZ

21 JULY 2012...hari dan tahun pertama kami menyambut Ramadhan bersama sikecik, NUR MUHAMMAD HARIZ.. huh..lama dah tak merasa kecohnya suasana berbuka puasa dan bersahur bila ada baby bersama..!

Bermula waktu sahur..biasanya seperti kebiasaan, aku akan bangun seawal 4.30 pagi untuk memasak lauk bersahur. Pukul 5.00pagi, hidangan selesai dan kami menikma sekeluarga. Namun tidak untuk tahun ini.. pukul 4.30 pagi, time tu lah Hariz terjaga untuk menyusu. So, kecohlah kejap jadinya awal2 pagi tu. Tetapi.. masih boleh manage lagi. Nasib baik Hariz terjaga untuk minum susu jer..lepas tu dia tidur balik. Mudahlah aku berurusan.

Ketika waktu berbuka, situasi tidaklah sekecoh yang aku bayangkan. Seperti kebiasaan aku akan pastikan hidangan tersedia di kami sekeluarga. Bezanya untuk tahun ini.. selepas memastikan hidangan siap terhidang, tumpuan terus pada Hariz yg seperti tau-tau jer kami semua nak berbuka. So.. dia dah standby sambil relax-relax dok menyarap memandang kami makan! Hehe..nasib baik dia tak banyak ragam. Aku cuma perlu makan dan duduk di sebelahnya sambil melayannya.

Begitu juga ketika menunaikan solat terawih. Hariz kutinggalkan di dalam jagaan bibik di rumah mak mertua. Alhamdulillah aku dapat menunaikan solat terawih dengan sempurna. Sebelum ini.. aku membayangkan yang aku mungkin tdak dapat menunaikan solat terawih sebab dah ada baby. Namun semua itu tidak spt yang aku bayangkan.

Bersyukur kehadrat ALLAH..kehadiran Hariz sebenarnya tidak pernah membebankan kami. Dia seperti memahami Mamanya berpuasa dan tidak pernah membuat kerenah. Mama tau.. anak Mama ni.. anak yang baik, soleh, pandai dan hensem... Saaayyangggg anak Mama!

Insyaalah... aku dan juga keluarga kami semua tidak sabar-sabar untuk meraikan Aidilfitri yang pertama bersama Hariz.. Sesungguhnya.. kehadiran Hariz sememangnya membawa pengertian yg besar buat kami semua.. SYUKUR kepadaMU ya ALLAH..kerana mengurniakan kami permata berharga seterusnya melengkapkan lagi kebahagiaan kami sekeluarga...

Bertemu Cinta yang baru...



Alhamdulilah... daripada rasa antara yakin dgn tidak.. akhirnya aku LULUS dan seterusnya dengan rasminya menjadi PERUNDING UNIT AMANAH atau bahasa inggerisnya; unit trust consultant (UTC) untuk P*** M*** Bagusnya, aku mengambil ujian itu sebaik sahaja aku baru selesai menjalani tempoh berpantangku.
Memang gementar memula nak carik prospek dan memberi penjelasan kepada mereka ttg apa itu unit amanah. Apatah lagi, kadang-kala terasa "kaku" bila cuba meyakinkan prospek tentang kebaikan menyimpan dan melabur dalam unit amanah ini.
Namun.. berkat personal coaching dari upline Alin dan kesungguhanku mencari rujukan termasuk membaca blog2 yg berkaitan yg banyak memberi tips2 & panduan tentang seribu persoalan mengenai unit trust ini.. akhirnya rasa kaku & kekok itu hilang begitu sahaja.. Malah, aku sudah mula jatuh cinta dalam bidang ini..
Aku suka berkongsi sesuatu yg baik dan memberuntungkan kepada kengkawan semua.
Aku tidak kisah..samada mereka bersetuju atau tidak. Yang penting.. aku sudah menjalankan tanggungjawab aku; memberi kesedaran tentang bagusnya mereka merancang kewangan mereka.
Aku percaya, dalam 10 orang yg aku jumpa, pasti ada seorang yg berminat. Untuk itu, aku target.. setiap hari mesti paling kurang seorang yg akan aku jumpa & cuba memberi penerangan ttg unit trust ini. Dan alhamdulillah.. apa yg aku doa dan harapkan tidak pernah dikecewakan. Dalam masa 2 bulan, aku berjaya mendapat sales untuk Skim Simpanan EPF sebanyak hampir RM100,000! Bagus tak??
Aku bangga dengan pencapaian diriku sendiri kerana bagi seorang UTC yg baru, untuk mendapat sales yg bagus teramat mencabar.
Cabaran nya bukan dari luar tetapi dari keluarga terdekat sendiri! Aku terima dengan positif tentang aspek penolakan dalam setiap sales yg kita buat. Namun, agak kecewa kerana penolakan dari keluarga terdekat tanpa memberi aku peluang untuk bercerita lanjut tentang kebaikan unit trust ini sungguh menyedihkan.. :-(
Rasanya.. amat mudah berurusan dengan kengkawan mahupun prospek yang baru dikenali.. kerana mereka semuanya berfikian positif dan terbuka. Malah, hanya mendengar nama P*** M*** ini sahaja, mereka terus berminat untuk menyertai tanpa banyak soal.
Dalam rasa terkilan dan sedih itu, aku akhirnya akur bahawa bukan rezeki ku pada mereka.. Mungkin rezekiku banyak pada kengkawan dan prospek2 yg baru aku kenali. Itu lebih baik daripada aku sakit hati dengan keluargaku sendiri...!
Ya... kalau sudah rezeki tak ke mana.. Yg penting.. aku harus meneruskan langkah ke depan lagi untuk maju ke hadapan. AKu harus melebarkan sayapku untuk menerokai bidang yang suah mula bertapak di hatiku ini. Dalam masa yang sama, kerjayaku aku di bank HSBC masih kuteruskan. Jika suatu hari nanti.. bidang unit trust ini dapat memberikan aku kebebasan kewangan dan kehidupan bahagia.. aku tidak akan teragak-agak untuk memilih bidang ini sebagai kerjayaku.
Moga ALLAH memberiku rezeki yang melimpah ruah dalam bidang ini... dan menemukan aku sesuatu yg aku cari-cari selama ini. Tetapkanlah pendirianku, permudahkanlah segala urusanku dan serlahkan keyakinan dalam diriku agar aku terus berjaya dalam bidang ini... AMINNNNN....