MakCik dalam kenangan...

26 January 2013.... aku menerima satu lagi perkhabaran sedih... satu lagi kehilangan orang yang tersayang.. iaitu ibu saudarku (adik Emak nombor empat) yang kupanggil "MakCik"...

MakCik sememangnya antara ibu saudara yang terapat denganku. Maklumlah.. beza jarak umur kami hanyalah 9 tahun. Bersama-sama seorang lagi bapa saudaraku iaitu "Busu" yang beza umurnya denganku 6 tahun sahaja... kami bertiga sering bersama. Kalau dulu.. masa aku cuti sekolah.. dengan MakCik dan Busu lah aku sering bersama.. Ke mana mereka pergi, dengan siapa yang mereka berkawan, pasti aku akan join sekali.. Kalau sekali tengok..dah macam adik-beradik dah!

MakCik.. suatu anak dara.. memang cantik, aktif dan peramah. Dia memang disenangi oleh semua orang. Semua rahsia dia..dengan siapa dia berkawan dan dengan siapa dia bercinta.. semua aku tahu. Memang dulu, MakCik antara dara rebutan sang jejaka di kampung suatu waktu dulu. Apa yang aku kagum tentang MakCik... apa yang aku tahu.. suatu waktu dulu, MakCik bercinta bagai nak rak dengan seorang pemuda askar dari utara. Entah macamana... bila nenek usulkan ada rombongan meminang dari kampung bersebelahan, tanpa berfikir panjang..MakCik terus terima pinangan itu dengan alasan tidak mahu derhaka dan menganggap jodoh yang dipilih oleh nenek dan datuk adalah lebih berkat.

Masyaallah... aku memang benar2 tabik spring kat MakCik masa tuhh..! Frust jugak mamat askar dari utara tuhh.. Ye laa.. aku yang baca surat2 cinta MakCik! hehehe.. (semua yg aku baca adalah atas keizinan MakCik sendiri). Ironinya... orang yg meminang MakCik itu pun bekerja sebagai askar juga...huhuhu... One more thing yg aku ingat.. MakCik pernah cakap, dia memang minat dengan orang yg bekerja beruniform nihh.. Dulupun MakCik pernah mintak kerja sebagai warden polis, dapat dah..tapi at the end, arwah Abah aku pulak tak bagi. Arwah Abah yg dah menganggap MakCik ni macam adiknya sendiri itu, takut MakCik tak tahan kerja2 yg sebegitu lasak dan mencabar. Bagusnya MakCik.. terpaksa akur dengan nasihat arwah abang iparnya walaupun terpaksa menguburkan hasrat dan cita2nya untuk bekerja di dalam bidang beruniform.

MakCik adalah seorang yang simple, baik hati, lasak dan kuat semangat. Kalau aku meletakkan diriku sebagai seorang kawan, MakCik merupakan kawan yg memahami dan understanding. Kalau aku meletakkan diriku sebagai seorang anak buah... MakCik merupakan ibu saudara yg cool & best!! Mungkin kerana aku merupakan cucu pertama merangkap anak saudara yg pertama dalam keluarga. Makanya.. perhatian dan layanan adalah sedikit istimewa dan sedikit berbeza dari yang lain..

Sehinggalah MakCik berkahwin, aku seperti merasakan yg "sahabat baikku" dirampas pergi. Kami terpisah bila MakCik mengikut suaminya transfer ke Sabah. Aku meneruskan kehidupan zaman remajaku tanpa kehadiran MakCik di sisi... Namun, ketika umurku 17 tahun, MakCik pulang semula ke Semenanjung dan tinggal di kem Sungai Buloh. Ketika itu MakCik telahpun mempunyai dua orang anak lelaki.

Aku apalagi... habis exam SPM.. port yang aku benar2 nak pergi ialah.. rumah MakCik! hehehhe... tak jauh pun.. janji dapat stay ngan MakCik. Nak dijadikan citer.. huhuhu... time tu laa.. kejadian Kilang Mercun di Sg,Buloh meletop. Kejadian tu berlaku pd tahun 1990. Dan akulah antara mangsa kejadian itu! Jarak antara rumah MakCik dgn Kilang Mercun tu cuma 2 batu jer.. ! Huh.. memang takkan kulupakan kejadian itu sehingga akhir hayat. Memang trauma & menakutkan!! Hanya orang yg pernah mengalaminya sahaja yg memahami perasaan kami itu. Sudahnya, plan nak stay kat rumah MakCik sampai sebulan jadi 2 minggu jer sbb arwah Abah dah risaukan keadaan aku. Dia suruh aku balik segera...huhuhu...

Tapi... selepas itu, ketika aku belajar di Poly, bilamana ada saja perkara yg memerlukan aku ke Kuala Lumpur, rumah MakCik kat Sg.Buloh tu laa tempat aku melepak. Kadang2 aku bawak kawan sekali. In fact, kat rumah MakCik tu jugak tempat Busuku tinggal sewaktu Busu bekerja di UMBC, KL.

Sewaktu aku berkahwin, MakCik jugalah antara orang yg paling sibuk menguruskan majlis perkahwinan aku. Dan.. kami semakin jarang berhubung sesama sendiri bilamana aku semakin sibuk dengan kehidupanku sebagai seorang isteri dan ibu... Kami hanya berjumpa ketika hari raya ataupun majlis perkahwinan saudara terdekat.

Sehinggalah..... suatu ketika.. aku mendapat tahu MakCik telah disahkan mengidap penyakit breast cancer! Sama seperti arwah Mak Lang... Ya Allah... kesiannya MakCik! Namun.. MakCik memang seorang yang kuat semangat.. Dia melawan penyakit itu sehingga bertahan 8 tahun lamanya! Namun...tak disangka.. sel cancer itu telah merebak ke tulang hingga kahirnya doktor telah mengesahkan pula MakCik mengidap kanser tulang! Ya Allah... kuatnya dugaan yang MakCik terima.

Aku jadi insaf.. orang yang kurasakan teramat baik dan tidak banyak berbuat dosa.. Allah menduganya dengan dugaan penyakit begini..Dan itu pun, aku tidak pernah melihat mahupun mendengar komen2 dari orang2 sekelilingnya yg MakCik mengeluh mahupun "tunduk" dengan serangan penyakit yg dihidapnya. MakCik merupakan seorang "fighter" yg terulung bagiku! Bagaimana kalau org yg byk berbuat dosa..??Bagaimana dugaan Allah pula???

Dua tahun sejak MakCik mengidap kanser tulang.. kami ahli keluarga, seboleh2nya cuba menyampaikan segala hajat yg diingininya. Aku rasa.. Busu juga berpuas hati dapat menyampaikan semua hajat kakaknya itu termasuk hajat MakCik nak pergi ke rumahku hanya semata-mata nak tengok babyku Hariz. Sedangkan, dia sebenarnya tak perlu bersusah payah ke rumahku. Aku sendiri akan pergi menemuinya dengan membawa anakku sekali. Namun, katanya dia "teringin" benar..! Ya Allah... terharunya aku.. Aku beria-ia menyambut kedatangannya dengan hidangan istimewa. Kedatangannya dengan berkerusi roda dan walaupun dia hanya menjamah masakanku hanya sesudu.. tapi bagiku ianya tak ternilai mahal bagiku. Keinginnanya walau berkeadaan begitu amat2 merobek perasaanku sebenarnya...

Kesihatan MakCik semakin merosot ketika kunjunganku pada 31DEC12 yg lalu. Namun dia masih lagi ingin berbual dan bergurau dengan anakku Hariz walau dalam keadaan kelesuan dan tiada daya. Dia seperti tidak mahu orang risaukan keadaan penyakit dan dirinya. Dia ingin semua orang tahu yang dia OK dan baik2 sahaja. Perilakunya seperti orang sihat walaupun kami semua tahu, dia sedang berperang dgn dugaan penyakitnya itu.

Kali terakhir... aku menghubunginya ketika 2 Januari 2013, hari ulangtahun kelahirannya yg ke 49.. Kami berbual lama.. kembali menceritakan nostalgia lama... Ya Allah.. syahdunya saat itu. Entah mengapa.. aku terdetik yang perbualan ini adalah yg terakhr antara aku dan MakCik..!

Seminggu selepas itu, aku bermimpi... melihat MakCik mengemaskan semua baju2nya dari almari masuk ke dalam sebuah beg. Bila kutanyakan MakCik nak ke mana? Dia menjawab.."Ni haa... Mak Lang ajak MakCik balik!"  Aku terkedu. Lantas ku lihat ke luar tingkap. Di situ.. aku melihat arwah MakLang sedang menunggu sambil menunggang motor. Arwah tak menegurku tetapi hanya memerhatikanku sambil tersenyum. Aku jadi hairan dengan situasi itu sehinggalah aku tersedar. Dan mimpi itulah yg membawa petanda... MakCik bakal pergi menemuiNYA..seperti arwah MakLang juga...

26 Januari 2013... aku sekeluarga serta ibu mertuaku, bergegas ke Hospital Melaka. MakCik ditempatkan di unit PCU iaitu unit rawatan rapi. Sungguh sedih keadaan MakCik ketika itu. MakCik memakai life support. Sama seperti arwah MakLang ketika pengakhiran hayatnya dahulu. Memang aku tak sanggup ingin melihat keadaannya begitu. Selepas membaca yassin dan mengumpulkan segala kekuatan diri yg ada.. aku mendekati MakCik lantas membisikkan kalimah Laillahhaillaallahh dan Allahhu Akbar berulang kali di telinga MakCik. Alhamdulillah... bibirnya tidak putus2 menyebut..ALLAH...ALLAH...ALLAH... Namun, paling menghibakan..bila MakCik sering menyebut sakit pinggang. Aku tahu.. MakCik sedang berperang dgn ajalnya namun redha dengan ketentuan Allah terhadap dirinya. Tubuh MakCik juga kurasakan teramat sejuk. 

Akhirnya... MakCik pergi juga mengadap penciptanya tepat pukul 1.45 petang di pangkuan PakCik. Kulihat wajahnya setenang seperti dia tidur. Wajahnya putih bersih. Ya Allah...maha suci Mu..! MakCik pasti sudah redha dan kini sedang berbahagia menemuiMU... Aku juga bersyukur.. dapat memandikan sendiri jenazah MakCik.. dan ya Allah.. sekali lagi aku kagum dengan kekuasaanMU.. Kau tunjukkan balasannya di dunia ini..Bagaimana pembawaan MakCik sebagai hambaMU.. begitu jugalah bahagian yg KAU berikan pada MakCik.. Syukur... Alhamdulillah...

Buat MakCik yang kusayangi... tenang dan damailah kau di sana.. Aku pasti..kau kan bahagia menemuiNYA.. Ya ALLAH... tempatkanlah MakCik ku di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh.. Cucurilah rahmat ke atas rohnya..

AL-FATIHAH....
Allahyarhamah MakCik Rohaya Bte Mat Ros  02 January 1964 -2013

Belum tiba masanya....


ALHAMDULILLAH.... majlis doa selamat untuk incik hubby, mak mertua & birasnya (mak mertua adik ipar) dan juga adik ipar lelakiku yg bakal mengerjakan UMRAH pada 11 FEBRUARY 2013 nihh telah selesai dengan jayanya....

Walaupun majlis nya hanya kecil-kecilan, jemputan pun hanya terdiri kalangan geng-geng surau.. dan majlis pun buat kat Surau Kg Jawa, Labu.. tapi majlisnya meriah dan berkat sekali. . Dari siang, kami ipar duai menyinsing lengan memasak lauk yg simple2 jer...Janji..semua hadirin merasa hidangannya. Apa yg penting doa dari kalangan jemaah surau agar incik hubby dan rombongannya selamat pergi dan selamat kembali. Moga umrah yg dikerjakan itu.. bisa mendapat berkat dan restu dari yg Esa...

Nape ekk... incih hubby pegi umrah tak bawak messrs nya?? huwaaahhh.... memang sedih bila ramai yg bertanyakan hal ini..? Padahal... inilah satu-satunya impian kami bersama untuk menunaikan umrah pada FEBRUARY tahun 2012 yg lalu.. Dah cantik punya plan dah... Budget pun memang dah ready...

Tapi.... Ketentuan ALLAH.. tiada siapa yg dapat mengatasinya... Perancangan teratur dan teliti bagaimanapun sekali.. kalau ALLAH kata bukan masanya lagi... siapa kita nak menentangnya kan?? Begitu jugak lah yang terjadi denganku.

Plan nak pegi dengan incik Hubby tahun 2012 bulan February tuhh...! Alih2.. tak lak kami sangka yg kami dikurniakan rezeki yg lebih besar dari plan ini iaitu kedatangan NUR MUHAMMAD HARIZ.! Siapa sangka kan... dah 10 tahun tak dengar suara tangis baby kat rumah ni.. dan aku pun tidak menyangkakan akan mengandung lagi di kala umur begini (ditambah dengan pengalaman keguguran beberapa kali)... akhirnya ALLAH mengurniakan anugerah ini..! Ehhh... sape tak nak kan??!!

Bila fikir2 balik... memang ada HIKMAH di sebalik kejadian ini.. Memang ALLAH kata.. untuk setahun dua nie.. tumpukan lah perhatian pada si kecil ini.. Esok2.. bila dia dah besar sikit.. then.. bolehlah work-out another plan untuk ke Mekah. Kalau aku pergi jugak... dah sah2.. hati aku teringat2 kat dia.. sedangkan dalam waktu yg sama.. aku pergi menunaikan umrah. Bukankah kurang afdhal dan aku pun hilang fokus..!
Kalau fikir terkilan... memang pernah terdetik gak rasa itu..! AMPUNKAN AKU YA ALLAH...!! 

Hehehe... dek teruja nak mengerjakan umrah.. aku sampai termimpi2... Mimpi nihh.. memang aku takkan lupakan sehingga akhir hayatku.. Dalam mimpi tuhh.. aku dan romongan umrahku dah bersiap2 nak menaiki kapal terbang untuk ke Mekah. Masih aku ingat.. aku memakai jubah dan ketika itu.. aku begitu sibuk sekali menguruskan kumpulan aku yang akan sama2 pergi umrah.. (poyo jer kann...!)

Ketika announcement dibuat yang penerbangan kami telah bersedia untuk berlepas.. maka aku dan kumpulan akupun bersiap2, bangun dan beriringan menuju ke penerbangan yang telah dijadualkan. Ketika kakiku melangkah sahaja untuk memasuki kapal terbang,, tiba2.. aku terdengar bunyi bising di pintu kapal terbang. Bila aku mendongak.. aku terus tersedar dan rupa2nya bunyi bising itu adalah bunyi hujan lebat di luar...! HUwaaahhhhh.... tensionnyaaaa...!! Kot ye pun nak tersedar dari mimpi.. tunggulah diri aku sampai kat Mekah dulu!! Tak pun... kasi chance laa kaki aku melangkah masuk ke dalam kapal terbang tuhh... Hadooiiiii.... tak suka! tak suka! tak suka!..huhuhu... :(

kihkihkih... tu laa pasal.. excited sangat nak pegi Mekah... Memang ALLAH tak izinkan lagi aku ke sana... Belum tiba masanya lagi... sampai dalam mimpi pun.. hajat aku tak kesampaian... hahahaha... padan muka!!! 
Tentang incih hubby plak.. memang dia dah cakap.. dah ada baby.. kita postpone jer laa plan nak pegi umrah setahun dua lagi.. Tapi...bila iparnya mintak incik hubby ku menemankan ibunya serta emak mertua ku ke Mekah dan semuanya ditaja oleh iparnya tuhh... haiiii... takkan nak tolak rezeki pulak kan?? Incik hubby ku diminta menjadi peneman dan mahram untuk emak serta biras emaknya. Dah hajat orang... dan mungkin.. inilah rezeki buat incik hubby ku... akhirnya..dia pun terima. 

Hmmm... moral of the story di sini... bila ALLAH nak bagi rezeki kat kita... apa2 saje laa... apa2 bentuk sekalipun.. terima denga REDHA... Sesungguhnya perancangan ALLAH itu lebih hebat dari apa yg kita jangkakan.. Dan... setiap apa yg ALLAH nak bagi,, pasti ada sebab dan HIKMAH di sebaliknya.. Cuma.. antara cepat dengan lambatnya sahaja.. Tapi... yakinlah... JANJI ALLAH ITU PASTI!! 

Bagi diriku... niat itu tidak pernah seincipun terpadam dalam hatiku. Aku tahu ALLAH tahu apa yg berada dalam hatiku.. Dn aku pasti.. ALLAH ada perancanganNYA tersendiri untuk aku. Aku juga pasti... SUATU HARI NANTI.. aku pasti menjejakkan kakiku di bumi MEKAH yang kuidam2 kan selama ini... In Sha Allah...

Hajat yg tak pernah padam.. Moga ALLAH tunaikan hajat ini suatu hari nanti..

Ter over kah aku??


Dah lama aku tak dengar khabar kawan baik aku sorang niihh.. Sejak dia resign dari HSBC.. pas tuhh dok kat Kota Baharu, Kelantan.. berita tentang dia aku hanya dengar sekali sekala sahaja. Selalu.. bila dia update khabar tentang dirinya.. perkara biasa.. "susah nak carik makan kat sini laa... aku menganggur sekarang nihh... duit tak cukup  laa..."

Huhuhu... first time aku dengar orang balik kampung sendiri, carik rezeki kat Kelantan, negeri yg benar2 kurang godaan maksiat mahupun godaan menghabiskan duit.. tak boleh survive dok kat sana! Katanya.. dok kat KL dia okay.. & boleh survive! Pulak...!!!

Akhirnya, last pertemuan aku dengannya... dia dan family sudahpun balik ke KL dan kini bekerja sebagai agen insuran. Hmmm... maybe dia benar2 rasa selesa tinggal di KL agaknya. Aku pun kurang pasti.. Dek kerana kesibukan kerja aku nihh... aku benar2 terputus hubungannya dengannya. Actually, bukan susah mana pun.. telefon jer.. paling tidak pun sms..! Kann?? Tapi.. entahlah.. rasa berattt sangat nak menghubungi dia..

Actually, dia ni memang teman rapat aku di HSBC. Even.. Incik Hubby pun tau aku rapat dengan dia. Lunch sama.. Balik sama.. susah senang duit tak cukup.. dia banyak mengadu kat aku. Aku ni.. tak lah mewah mana pun.. tapi, kalau sebagai kawan dan memang masa tuhh dia perlukan bantuan aku...aku ikhlas menolong. Walau pun dia berpangkat pegawai tetapi sebab dia banyak komitment.. menyara keluarga, adik-adik sekolah & melanjutkan pelajaran dan ditambah lagi.. isterinya yg selalu sakit-sakit.. dia sering menghadapi masalah kewangan.

Isterinya mengidap sejenis penyakit saraf yang memang memerlukan bantuan orang lain untuk bergerak/berjalan. Memang dia boleh berjalan tetapi tidak boleh berjalan dalam jarak yang jauh atau melakukan kerja2 rumah yang lasak. Segala pergerakannya adalah sangat perlahan dan lemah. 
Kawan aku ni.. umpama seorang suami yang mithali laa aku umpamakan. Balik dari kerja sahaja.. segala urusan rumahtangga..dia akan selesaikan. Sementara dia bekerja, isterinya dibantu oleh adik iparnya dan kadangkala dibantu oleh ahli keluarga isterinya. 

Namun begitu, satu perkara yang aku kagum sekali ialah... begitu teruk penderitaan sakit isterinya ini... isterinya mampu melahirkan zuriat untuknya seramai 3 orang! Subahanallah....!! Aku dapat bayangkan, betapa besar pengorbanan isterinya itu.. sanggup menggadai nyawanya sendiri walau dalam keuzuran demi melengkapkan kebahagiaan suaminya itu.. Memang beruntung betul kawan aku nihh.. 

Aku selalu nasihatkan kawan aku nihh.. sentiasa bersabar dengan ujian Allah ini.. Seteruk mana dugaan dia suami isteri.. sekurang2nya.. dia patut bersyukur sebab Allah menghadiahkan mereka zuriat penyambung kasih dan pelengkap rumahtangga walau pun dalam serba kekurangan. Mudah2an anak2 itu pembawa rezeki dalam kehidupan mereka. Berbanding dgn nasib orang lain.. yg suami isteri begitu sihat dan bahagia serta mewah kehidupan tetapi bertahun2, Allah masih belum mengurniakan rezeki anak buat mereka.. Dalam hal ini.. aku rasa.. kawan aku nihh memang bertuah dan beruntung!

Aku faham.. dugaan seorang suami yang banyak cabarannya apatah lagi kehidupan/nasib nya sebagai seorang suami yang begitu komited dengan keluarga. Sebagai seorang lelaki... adalah normal jika terdetik di hati, mengapa dia tidak seperti suami2 yg lain.. yg keperluan hidupnya diuruskan oleh isteri tercinta.. sebagai peneman ketika menghadiri majlis2... teman bermanja dan bergurau-senda... atau.. jururawat peribadi ketika sakit pening. Ditambah pula... bekerja di KL.. godaan rakan2 sekerja lelaki yang kebanyakkannya banyak mengajak ke arah keburukan. 

Tapi.. aku bangga... punya seorang kawan.. yang sungguh kuat imannya..tahan menghadapi segala godaan..!

Namun....berita terkini yang ku ketahui... kawan yg selama ini aku banggakan, hormati & respek dengan keperibadiannya... telah pun berkahwin lain! Reaksi pertama aku bila mendapat berita ini adalah... SANGAT TERKEJUT.. dan terus memutuskan UNTUK TIDAK MENGHUBUNGINYA LAGI!! Kalau boleh.. aku tak nak ambil tahu segala tentang dirinya lagi. FULL STOP!!

Aku tidak jealous apatah lagi nak mencampuri urusan hidupnya. Memang itu haknya untuk buat apa sahaja yang difikirkan bagus atau bahagia buat dirinya. Lagipun, dia bukan adik-beradik aku, laki aku taupun sedarah sedaging dengan aku.. Hanya sekadar sahabat karib.. yg bila2 masa boleh dibuang begitu sahaja! Tapi... aku ada alasan mengapa aku mengambil tindakan sedrastik ini.. 

1) Dia tidak pernah langsung memberitahu aku tentang pernikahannya yg kedua ini. Malah, dia memberi pesan kpd rakanku yg lain agar berita ini jangan sampai ke pengetahuan aku!

2) Isterinya yg kedua itu dengar khabarnya adalah seorang janda beranak tiga yg merupakan teman sepejabatnya juga. Dia mengahwini janda itu di Siam tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Isteri keduanya itu menyewa berdekatan block apartment yg disewa oleh isteri pertamanya juga. Dia terpaksa membahagikan masa isterinya2 itu dgn siang - isteri kedua, malam isteri pertama untuk mengelakkan kesangsian isteri pertamanya.

3) Dia mengahwini janda itu sebab emaknya sendiri yg menyuruh dia berkahwin lain kerana terlalu kasihankan kehidupannya yg bagaikan bapa tunggal!

4) Aku benar2 kasihankan isteri pertamanya kerana... walaupun aku tahu.. isternya ini pernah menyuarakan kawan aku ni berkahwin lain.. tapi aku faham.. di dalam hatinya sebagai seorang wanita.. pasti ada rasa kecewa dan sakit hati. Selama ini.. isterinya yg sakit2 itu sanggup menggadai nyawa utk melahirkan zuriat utk kawan aku nihh... Dia menggagahkan dirinya walau kudratnya sendiripun benar2 lemah & tak berdaya. Tidakkah kawan ku melihat pengorbanan isterinya itu?? Butakah dia?? Adakah sekadar untuk mencari peneman.. dia sanggup mengambil risiko menambahkan tggungjwab lagi? Sedangkan, aku tahu.. selama ini pun..kemampuan dr segi kewangan pun dia tidaklah semampu mana. Kemampuan menjaga anak2.. anak sulungnya pun dia terpaksa menyerahkan kepada mak mertuanya utk dibela. Dan.. aku tak pasti.. bagaimana dia menjadi "hero" dalam kemampuannya membahagikan masa utk isteri2nya itu..

Itu adalah alasan tersendiri aku.. Dan kukira...aku juga BERHAK dengan apa yg aku putuskan sebagaimana dia juga berhak menentukan pilihan hidupnya. Dan mulai saat itulah... aku kira.. aku kini kehilangan seorang sahabat baik ku yg suatu waktu dulu pernah aku kagumi.

Kukira... bila dia sudah membuat keputusan begitu.. dia sudah benar2 memikirkan untung nasibnya di kemudian hari. Dia tahu dengan apa yg dia putuskan. Dan aku sebenarnya tidak perlu mencampuri urusan nya lagi. Semoga kau berbahagia sahabat..! Maafkan aku atas segala-galanya.. 

Apa Yang Baru di Tahun Baru 2013..


Tengahari tadi (8 Jan 2013), kat office ada Talk pasal zakat pendapatan yang dikelolakan oleh Pusat Pungutan Zakat, Wilayah Persekutuan. Hmm… macam menarik gak Talk nihh… sebab ada ceramah yang bertajuk; APA YANG BARU DI TAHUN BARU.  Moderatornya ialah Ustaz Husni. Panel penyampainya… jeng..jeng..jeng… ustaz yang aku paling minat.. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang dan Ustaz Fauzi (aku panggil ustaz jus Tok Guru!)..
Hehehe… dek teruja sebab nak nengok Ustaz Nurhisham dari dekat kan… sanggup skip lunch..  and joint the crowd. Actually.. tak lah ramai sangat bebudak HSBC yg hadir. Kebanyakan yg datang..staff pompuan. Maybe.. staff lelaki tak berminat or maybe tak tahu adanya Talk hari tuhh..
Well… sementara menunggu ketibaan ketiga-tiga ustaz yg dijemput tuhh.. ada sorang ustaz dari PPZ memberi sedikit penerangan tentang kepentingan zakat pendapatan nihh…
Alhamdulillah… Aku terpilih dan Allah gerakkan hati aku untuk join Talk nihh… Banyak info yg selama ini kurang jelas telah dapat aku fahami.

Sedikit info tentang kepentingan ZAKAT:


Bak kata ustaz kat PPZ tuhh.. dalam gaji atau nikmat yg kita terima, ada sebahagiannya bukan hak kita. Hak orang2 yg kurang bernasib baik, miskin dsb. Zakat ini juga adalah satu jalan dari pelbagai jalan alternative demi mendapatkan keberkatan hidup. Apatah lagi… zakat itu adalah WAJIB dan salah satu perkara wajid dalam RUKUN ISLAM.
Dan akhirnya… setelah memahami kepentingan nya.. maka..dengan ikhlasnya aku telah mengisi borang membayar zakat melalui pemotongan gaji setiap bulan.  HuHuHu… tak sia2 rupanya aku gi Talk nihh… Agaknya, kalau tak gi tadi.. sampai bila2 aku berterusan naïf tentang perkara ini… Syukurrr…!!

Jeng…Jeng…Jeng… akhirnya.. saat2 yg dinanti2 kan datang jua. Walaupun ketiga2 ustaz yg dijemput hadir agak lewat namun tidak sedikit pun menghilangkan keterujaan aku untuk berjumpa Ustaz yang aku “admire” nihh… Opss… gedik pulak rasanya… ! :p Anyway… bukan ada maksud lain pun… lebih kepada rasa kagum dan teruja dgn kewibawaan ustaz2 nihh.. Itu jerr…!
Bila berhadapan dgn ketiga2 ustaz nihh… rupanya mereka ni taklah tinggi mana orangnya. Kalau dalam tv tuhh.. macam tinggi dan besar. Bila tengok “live”… biasa2 jer orangnya…
Seperti yg dijangkakan.. mereka bertiga ni memang pandai attract audience…! Sepanjang forum .. penuh dengan gelak ketawa tetapi penuh dengan pengisian yang begitu bermakna.

Bersesuaian dengan tajuknya; APA YANG BARU DI TAHUN BARU…  banyak memperkatakan keazaman kita untuk “berubah” dan terus beristiqamah dalam azam yang kita tanamkan. Lebih2 lagi, mereka yg menginjak umur 40 tahun.. wajibnya untuk terus berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Hahaha… part nihh.. aku memang alert sikit … ye laa kan… tahun nihh aku masuk 40 tahun..! Bak kata “Ustaz Jus Tok Guru”.. sesiapa yg dah berumur 40 tahun tetapi mempunyai rekod perilaku lebih berat ke arah keburukan… sesungguhnya mereka adalah tergolong dari kalangan yg amat sukar untuk berubah lagi selanjutnya sehingga hari kematiannya. Masyaallahhh….. aku tak nak termasuk dalam golongan ini ya Allah…!!
Maka… untuk terus beristiqamah dlm melakukan perubahan diri…bergaullah dengan orang2 yang bagus perilakunya. Bak kata Ustaz Hisham..”berkawanlah dengan penjual minyak wangi dan jgn berkawan dgn tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia2kan anda, samada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk” … Hadis Al-Bukhari dari Abu Musa Al-Asy’ari
 Moral of the story, tujuan berkawan adalah untuk mendapatkan manafaat spt bantuan dan perkongsian pengetahuan bukannya mencari keburukan. Apabila berkawan dgn orang baik, kita juga akan menjadi baik tetapi jika berkawan dgn yg jahat, lambat laun kita juga akan terikut2 dgn kelakuan jahatnya juga.

Satu lagi kisah yg aku rasa patut aku kongsikan di sini dan memang patut kita amik iktibar dlm kisah ini…
Di suatu malam, seorang guru sedang tekun memeriksa buku pelajar2nya. Sepanjang dia memeriksa buku pelajar2nya.. pelbagai reaksi dan mimic muka dari guru tersebut. Kdg2 dia ketawa, kdg2 dia mengeluh, kdg2 dia tersenyum. Namun, tiba2 guru itu sedih & menangis. Hal ini amat menghairankan suaminya yg rupanya sejak dr td memerhatikan tingkahlaku isterinya itu.

Suami: Apasal awak menangis plak nih?
Isteri: Saya.. sedih baca karangan pelajar yg sorang nihh..
Suami: Haa.. nape? Awak suruh dorang buat karangan tentang apa?
Isteri: (…terdiam seketika..kemudian bersuara..)
Isteri: Saya suruh buat karangan “Jika saya menjadi…..” Kemudian saya suruh          tulis kenapa orang nak jadi seperti itu…
Suami: So… apa yang sedih sangat??
Isteri: Ok.. awak dengar..saya bacakan sedikit petikan karangan budak nihh.. (dengan suara yang bergetar, dia membaca petikan karangan itu)
“kalau saya diberi pilihan…saya nak jadi sebuah tv..! alangkah bagusnya jadi tv kerana tv lah tempat pilihan semua ahli keluarga saya meluah rasa, melepaskan penat dan sebagainya. Setiap kali ibu saya balik kerja, ibu akan sentiasa duduk berehat berdekatan dengan tv. Setiap kali ibu buat kerja, ibu akan selalu duduk depan tv. Ayah pula, pulang dari kerja akan terus duduk mengadap tv sambil melepaskan penatnya. Begitu juga abang dan kakak saya. TV menjadi benda pertama yang dikejar oleh mereka sebaik memasuki rumah. Kalaulah saya jadi TV, sudah tentu sayalah orang pertama yang akan disentuh, ditanya khabar, dihadap malah dipeluk dahulu oleh semua ahli keluarga saya. Kalau saya jadi TV, sayalah yang sentiasa mendapat perhatian mereka….”
Isterinya tidak dapat meneruskan bacaannya. Dia sudah menangis teresak-esak akibat kesedihan.
Suami: Owhhh… budak ni mesti dari keluarga yang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang dari keluarga dia nihh… Dahl ah tuu… Dah nasib dia.. Awak janganlah sedih sangat..
Isteri: Tapi bangggg…. Budak tu adalah anak kitaaa..!!! Abang dah lupa ke yang saya mengajar Bahasa Melayu untuk kelas anak kita, Ikmal..???
Suami : (terdiam.. dan kelu tidak bersuara…) 

Moral of the story… HARGAI or APPRECIATE dengan sesiapa yg penting dalam hidup kita. Samada ianya…suami, isteri, anak2, keluarga, kawan2, pekerja dsb.

So… that’s all sharing untuk kali ini… Sesungguhnya.. Talk PPZ hari ini merupakan satu perisian rohani yg memberi seribu makna untuk aku berubah menjadi yg lebih baik dari sebelum ini. Moga permulaan memasuki umur 40 ini kuharap perubahanku ini akan sentiasa konsisten dan hatiku tidak mudah goyah. Doakan yg terbaik…. Aminnnn….

Ustaz Syed Nurhisyam Tuan Padang, Ustaz Husni & Ustaz "jus tok guru"

Pengisian rohani yang penuh bermakna

Selamat datang 2013..!!!



SELAMAT DATANG 2013...! Actually... tiada apa2 sambutan pun nak celebrate tahun baru ni... Dolu-dolu.. masa mude-mude dolu.. maybe laa kot..! hehehe... sekarang nie.. dah semakin matang... umur pun dah menginjak memasuki "4 series"..! huhhh... amat risau sebenarnya bila memikirkan umur nie... Mungkin benar kata orang... "Life begins at 40!"...
Yea laa kot..! Suatu permulaan penghijrahan perilaku dan ibadah... Ya Allah... Sempat ke lagi untuk aku membayar semula dosa-dosa yang lalu?? Bolehkah aku terus beristiqamah dalam pengembaraan penghijrahan ini? Semoga aku tetap tabah dan kuat iman dalam mengharungi apa jua halangan yang mendatang....!
Pun begitu... kedatangan tahun baru tetap jua dinanti..... 2012 pergi dengan meninggalkan beribu kenangan... suka..duka..pahit..masam..dan segala rasa yang dialami...  Pertemuan...Kehilangan... Ahli baru... Kerjaya dan sebagainya... Semuanya merakamkan pelbagai memori yang sukar dilupakan sepanjang hayat... 
Pengharapanku untuk tahun 2013 ini... moga semua yang aku impikan (sebagaimana yang aku rakamkan dalam MY GOAL BOOK 2013) berjalan lancar dan dipermudahkan olehNYA..  Aminnnn...!!!
Ehh.... nak share laah satu berita gembira yang aku terima pada HARI PERTAMA DALAM TAHUN 2013 ini..! ALHAMDULILLAH... masuk jer hari pertama tahun baru... anakku NUR MUHAMMAD HARIZ akhirnya dapat berjalan tanpa dibantu sesiapa...! Hehehe... happynya... baru 11 bulan..! Ini bermakna.. dialah adik-beradik yg paling cepat pandai semuanya..., cepat menyarap.. cepat merangkak..cepat berjalan... dan kini dah mula nak bercakap.. Actually.. dah ada dua tiga perkataan pun disebutnya; "mama".."ayah"..."abah"...  Alhamdulillah...
Nengoklah rakaman gambar2 si Hariz dapat berjalan nihh... Hehe... Mama dia lak yg terlebih teruja..! Bukan apa.. dolu-dolu.. tak ada FB mahupun BLOG nak share citer2 happy cam nihh kan..! Sekarang..dah ada semuanya.. takkan tak nak amik peluang ni kan...?? :-D
Eksyen lak tuhh..tak kasi orang pegang dia..!
Rajin betul si Angah melayan adiknya...
Bangganya dia...dapat berdiri tegak dan berjalan tanpa bantuan sape2...

Pandaiii... anak Mama... Yeeaayyyy...Hariz dah pandai jalan..!!