PBAKL 2014...mu tunggu aku datang!

Assalammualaikum...

Hehehe..dh mcm tajuk filem pulak ekk!  Well..tahun ni..PBAKL 2014 sememangnya membawa pengertian yg teramat besar dlm hidupku..

Klu sesiapa yg pernah mengikuti entry2 yg ku post sblm ini...PBAKL 2011 juga memberi seribu makna dlm hidupku.. Thn itulah aku bergelar seorang penulis yg melahirkan dua buah novel sekaligus di bawah sebuah syarikat penerbitan IDSB. Di PBAKL 2011 itulah aku duduk di sebuah kerusi penulis dgn rasa bangga & terharu. Walau hakikat sebenarnya...pengalaman pertama sbg penulis sepatutnya akan diingati sepanjang hidup namun utk pengalaman ini...aku TIDAK mahu mengingatinya! Terlalu pahit & perit.

Namun aku kuatkn semangatku utk terus bertahan dlm bidang penulisan ini. Dgn separuh semangat sbnrnya dan tanpa sesiapun utk aku jdkan perujuk mahupun mentor, aku seorang diri menebalkn muka mencari sendiri "ilmu penulisan" dr novelis2 yg kukagumi. Alhamdulillah..biar beribu peminat mereka namun novelis2 ini (yg pastinya tidak mengenaliku) sentiasa peramah dan pemurah ilmu. Kata2 mereka kujadikn pembakarsemangatku. Dlm masa yg sama..manuskrip "warna-warna pelangi" aku cuba sedaya upaya utk dinoktahkn sehingga ke penamatnya.

Berkat kesabaran..akhirnya manuskrip warna2 pelangi mendapat perhatian pihak editor Karangkraf. Manuskrip warna2 pelangi yg dipersetujui oleh pihak Karangkraf Buku Prima utk diterbitkan ditukar tajuknya kpd SAYA TETAP NAK AWAK!

Dan kini..di PBAKL 2014..aku bakal duduk sebaris dgn novelis2 yg gah namanya di persada penulisan...dan akan turut serta beramah mesra dgn pembacaku.. Sweet kan momen2 begini...?  And of coz akan ku kenang sepanjang hayatku..

Di hari kedua PBAKL, aku singgah kejap ke PWTC utk mengambil vest..Vest ini akan dipakai oleh setiap penulis Buku Prima pd sebarang event.

Waduhhh...waduhh..kok benerr..?? Kulihat novel SAYA TETAP NAK AWAK di tempatkan di ruangan "BEST SELLER"...!! Alhamdulillah...syukur...Inilah perkara yg paling bahagia dlm hidupku bergelar penulis bila melihat karya sendiri tersenarai dlm gp best seller! Syukurr..ya Allah....!!

So...bg sesiapa nk jumpa diriku ini dan berkenal mesra...jomlah ke PBAKL di PWTC pd 03 MAY 2014 (sessi ptg: 2 - 6 ptg) di Dewan Tun Dr Ismail, karangkraf pavilion. Ada cenderahati istimewa yg akan ku berikan buat teman2 yg sudi menyinggah booth kami nnti... Jomm!!!  ;)