Cobaannnn....!!

Hmmm.... dah lama aku tak nulis dalam blog aku nihhh... Bukan setakat blog... novel aku yang ketiga ni pun.. tak sudah-sudah lagi.. huhuhu...
Entahlah... sejak dah tahu yang aku mengandung.. semuanya berubah jadi sebaliknya.! Perasaan malas.. tak usah nak cakap.. Bukan setakat nak sambung novel yang dah hampir 85% siap tuhh... Nak bukak FB pun malas! Inikan pulak nak update berita terkini dalam blog.. haruu betul!

Namun apa jua keadaan pun... aku bersyukur kerana aku tidak mengalami "morning sickness" di sebelah pagi! Maka, ianya tidak menganggu urusan kerja2 ku di pejabat.
TETAPI.... start pukul 5.00 petang.. hmmm... mulalah segala penyakit sampai... Peninglah.. Muallah.. Nak muntahlah.. sampailah ke waktu malamnya... Pendek kata.. sampai kat rumah tuhh... memang carik katil aje lah nak landing.. lembik & tak bermaya! Kalau difikirkan semula... dah macam mengandung anak sulung lah pulak! Maklumlah.. 9 tahun tak ada baby kat rumah nihh.. Semuanya macam baru! 

Kalau diikutkan lemahnya badan di awal trimester pertama ini..  memang dah lama aku masuk wad & berehat kat hospital. Mengandung kali ini memang teruk sungguh. Semua masakan tak boleh nak bau.. inikan pula nak masuk dapur untuk memasak..! Untungnya ada anak sulung perempuan yang rajin & memahami. Dialah pembantu peribadiku yang setia & rajin membantu...

Bila difikirkan semula... aku sedar tentang satu hakikat.. bahawa.. mengandung di hujung-hujung usia 30an memang tak sama dengan mengandung di awal 20an dulu.. Semangatnya ada.. tetapi harus terima hakikat tentang kudrat yang semakin kurang...

Huhhh... apa nak citer lagi ekkk..??? Isshhh... penyakit malas & kehilangan idea dah datang dahhh...! !!@@##** hehhe... nampaknya.. hanya setakat ini saja yang dapat ku update kan dalam blog nihh.. Insyaallahh.. jika dikurniakan idea dan ada sedikit kerajinan.. akan kusambung lagi berita perkembanganku ini.. Apatah lagi.. kini usia kandunganku sudah memasuki 10 minggu!

Apa-apa pun.. ini semua hanyalah... COBAANNN.....!! hehehe... sabarrrr jerr laaa...