Inilah lumrah hidup...

Susah kan kalau bercakap pasal "EGO" nihh... Agaknya kalau terpaksa mengatakan sesuatu dari mulut sendiri mungkin terasa diri tu.. terhina agaknya! Terhina ataupun... cemburu kerana diri sendiri tidak dapat mencapai sesuatu yg lebih baik dari hari apa yg org lain miliki??

Aku bukan nak mengungkit tetapi.. merasa pelik.. Kalau orang lain.., aku tak kisah sangat. Tapi ni.. saudara terdekat yg ada pertalian dengan aku.. Bagaimana seseorang yang tidak mempunyai pertalian langsung dengan aku boleh sejujur dan seikhals hati mengucapkan tahniah dan seterusnya memberi kata-kata perangsang agar aku terus konsisten dalam bidang penulisan. Bukan itu sahaja, mereka mendoakan agar aku terus berjaya dalam segala bidang yg aku ceburi..

Jika dikenang tentang "supportive" kengkawan yang ditunjukkan padaku.. memang boleh menitis air mata terharuku.. Apatah lagi, mereka sentiasa mendorong dan memberi kata-kata semangat untuk aku teruskan dalam bidang penulisan ini..

Berita kelahiran kedua-dua novelku ini sepatutnya DIRAIKAN..dan DIBANGGAKAN oleh mereka-mereka yang berada di dalam kelompok familyku. Namun apa yg kuhadapi di waktu ini... tidak ubah seperti mendengar 'berita di angin lalu'... Mereka dengar, tahu dan lihat tetapi amat sukar untuk mendapat respons seperti ucapan2 "tahniah", "bagus" hatta respons seperti.. "like" dalam status FB aku ..! Mengapa begitu ekk...??

Mungkin aku tidak akan terasa "kecil hati" sebegini jika aku tidak melihat status mereka di FB yg begitu membanggakan rakan2 dan individu2 yg tidak ada kena mengena dgn mereka. Mereka begitu memuja malah mungkin "taksub" dgn kejayaan2 individu2 yg memang confirm tidak dikenali secara peribadi oleh individu2 yg diminati itu! Mereka bangga dapat meluahkan rasa teruja, gembira, bangga dan kadang2 turut bersedih bila individu2 yg diminati itu berada dalam keadaan berduka atau sbgnya.. 

Bukan aku tak khabarkan.. malah.. dalam profile picture.. terang2 gambar aku memegang hasil2 karyaku. Tidak cukup dengan itu, aku hantar message FB kepada semua saudara-mara meminta mereka mendoakan kejayaan aku di dalam bidang yg baru aku ceburi ini..  

Yaa.. aku sedar.. aku bukanlah penulis yg begitu gah namanya dlm bidang penulisan ini.. Tapi, susah sangat ke nak ucapkan "TAHNIAH"?? Sekurang2 nya.. ada di kalangan family mereka sendiri yg terdiri daripada seorang penulis.. Mengapa mesti sibuk dengan buku2 DR.MAHATHIR yg terbukti bukan dia sebenarnya yg menulis buku itu?  Mengapa sibuk sangat dengan artis2 luar negara seperti atis Korea itu yg memang sah-sah tidak mengenali diri mereka? Mengapa mesti bertanyakan orang lain tentang kesahihan kelahiran novel2ku sedangkan mereka boleh menelefonku terus?

AKu bukan memaksa mereka untuk membeli novel2 ku kerana aku sedar.. bukan semua antara mereka itu yg minat membaca novel.. Tapi, susah ke untuk mengucapkan TAHNIAH sbg tanda sokongan untuk saudara sendiri? Kena bayar ke untuk mengucapkan perkataan2 begitu?

Namun... akhirnya aku sedar... manusia ni ada macam-macam sikap dan perangai, lebih-lebih lagi dengan Melayu kita ini...! Bukan nak menghentam bangsa sendiri tapi inilah hakikat yg telah terjadi pada aku sebenarnya.  Mudah menonjolkan rasa prihatin kepada orang luar daripada saudara-mara sendiri. Untuk ini... aku pasrah... terima sahaja apa yang berlaku.. dan yang pastinya.. aku tetap mengucapkan ALHAMDULILLAH... walau bukan kalangan saudara sendiri yang menyokong.. aku tetap ada suami, anak-anak, rakan-rakan dan segelintir saudara-maraku yg tetap setia memberi sokongan...

Cuma.. aku terfikir... apa akan berlaku.. jika suatu hari nanti ditakdiran ALLAH mengurniakan rezeki yg melimpah-ruah padaku dan aku menjadi penulis terkenal.. Apakah reaksi "mereka-mereka" ini yang dulunya langsung tidak memandang aku?? Mungkin aku boleh mengagak antara ayat2 yg bakal diucapkan...; " Eh.. itulah saudara/sepupu aku! Tak sangka family aku ada seorang penulis terkenal!" "Bertuahnya... ada gak family aku yg menjadi penulis terkenal"... "Kawan2.. penulis terkenal yg korang cakap tuhh.. saudara akulah tu!.. Kitaorang memang rapat dulu! Saudara dekat tuhh..!

Hehehe.... inilah lumrah kehidupan...  Penuh dengan sandiwara hidup.. ! Hmmmm... Barangkali.. peristiwa yg sedang kualami ini.. elok juga kuambil dan jadikan salah satu babak di dalam novelku yang akan datang.. Insyaallah...!   :-D

No comments: