Sajak buat ABAH & AYAH...

(Buat ayahanda tercinta, HARON HJ IBRAHIM)
ABAH...
Lama sudah pemergianmu
19 tahun lamanya waktu berganti
Namun... mengapa hingga kini
Kelibatmu dapat kurasai..?
Tawamu terdengar-dengar di telinga ini..?
Wajah kudusmu sentiasa di ingatan ini...?

Bukan tak mahu terima hakikat
Suka atau tidak...
Sukar mahupun derita...
Hidup harus diteruskan tanpamu di sisi keluarga..
Pemergianmu ke sisiNYA..
Mengajar aku tentang hakikat..
Kasih-sayang, Kesabaran, Pengorbanan, Kematangan dan..Ketabahan

Rinduku padamu tidak pernah pudar..
Dalam setiap doaku.. aku mohon padaNYA..
Sampaikan salam rinduku padamu, Abah..
Moga salam rinduku bersambut bersama kiriman doa Al-Fatihah buatmu
Tenang dan bahagialah kau di sana..
Aku yakin.. dengan cara pemergianmu yang begitu mulia..
Pasti... ganjaran untukmu amat besar dan mulia di sisiNYA...
AMIN... Al-FATIHAH...

~~~~~~~~~~~~~~   **********  ~~~~~~~~~~~~~~~~

(Buat ayahanda mentua tersayang, MOHD YUSOF B. SUBARI)
AYAH....
Hadirmu dalam hidupku satu anugerah..
Barangkali satu Rahmat..
Menggantikan kasih ABAH yang telah tiada..
Kesabaranmu... Perwatakanmu..
Saling tak tumpah seperti ABAHku..

Aku kembali terbuai dalam lautan kasih seorang bapa
Lama sudah hati gersang tanpa kasih bapa..
Asyik.. sehingga lupa.. siapa aku sebenarnya..
Terdetik di hati tak mahu berkongsi dengan sesiapa..
Manakan tidak.. anak sendiri sukar menunjuk rasa
sayang dan perihatin pada dirinya..

Mungkin satu pengajaran..
Tak mahu kehilangan kasih bapa lagi..
Sehingga aku lupa tentang ketentuan Ilahi..
Memang benar kata pujangga..
Bagai pelangi petang.. Kau pasti pergi jua..

Hilang sudah tempat meluah rasa..
Mentor peribadi yang terhebat..
Tenang dan bahagia lah jua kau di sana..
Seperti Abah, kuharap kau terima titipan salam rindu dan..
doa Al-Fatihah buatmu di sana..

Walau hadirmu cuma seketika..
Tapi.. sudah cukup membayar kasih bapa yang kudambakan..
TERIMA KASIH AYAH...!
Nasihatmu sentiasa ku ingat sebagai azimat
Kasihmu kuhargai sampai mati  
Jika diizinkan olehNYA..
Kita pasti bertemu di sana nanti...
AMIN... Al-FATIHAH...

No comments: