HAPPY BIRTHDAY TO ME....!!

Huh... pejam pelik, pejam pelik.. kini bertambah setahun lagi usiaku..  Apalah sangat dengan nombornya.. hehehe...tak payah nak berahsia.. dah 38 tahun dah umur aku pada 07 JUN 2011 yang lalu..! Hmm... lagi 2 tahun nak mencapai ke angka 40!

Wow... orang kata, umur 40 ni.. menandakan kita sudah semakin matang.. malah, jika masih tidak mempunyai apa-apa perubahan (ke arah kebaikan) menjelang umur 40 nanti.. alamat.. susahlah nak berubah nanti...

Walaubagaimana pun... mencapai umur ke 38 tahun ini, ALHAMDULILLAH... dari 10 impianku.. hampir setengah daripadanya telah pun menjadi kenyataan... Syukur.. ke hadrat yang ESA kerana dengan limpah kurniaNYA, walau pelbagai dugaan harus kutempuhi.. akhirnya segala yang pahit itu menjadi penawar kepada kemanisan yang kuterima...

Antara impianku yang utama yang kini sudahpun terlaksana adalah... melahirkan karya novel ku sendiri..! Huh.. bukan senang sebenarnya bergelar penulis nihh.. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu aku temp uhi. Namun semua halangan itu sebenarnya memangkinkan lagi semangatku untuk terus berkarya.. Kejayaan manis yang tidak akan kulupakan sampai bila-bila adalah... emakku sendiri telah berjaya membaca novel tulisanku (of cozlah terkejut sebab emak seorang yang tak suka membaca!) dan meluahkan yang dia sangat tersentuh sehingga menitiskan airmatanya apabila membaca AKU REDHA!! huhuhu.... (sebenarnya sangat sangat susah nak dapatkan kata-kata pujian dari emak sendiri!).. The best part lagi.. emak jugak telah berjaya mempromote dan menjualkan beberapa buah novelku kepada rakan-rakannya. Huh... cayalah emak!!

Sebenarnya, sokongan dan galakkan dari family tersayang, kengkawan yang lain benar-benar membuatkan aku terharu dan bersemangat untuk aku terus meningkatkan lagi mutu penulisanku itu.di masa akan datang.. Doa dan Harapanku .. moga-moga ALLAH meluaskan lagi pintu REZEKI ku di dalam bidang penulisan ini serta mengurniakan idea-idea yang lebih kreatif dalam memantapkan lagi mutu penulisanku..

Selepas ini.. ada banyak lagi agenda dalam perancanganku untuk merealisasikan antara impianku yang belum tertunai. Bukan TAMAK untuk meminta-minta dari ALLAH tapi.. aku akan pastikan yang aku akan terus berusaha lebih gigih lagi demi mencapai impianku.

Semoga aku dikurniakan ALLAH kesihatan yang baik dan menjadi hamba ALLAH yang sedar diri dan rendah hatinya.. Ku pohon juga.. agar aku sentiasa di dalam keberkatan dan keredhaanNYA... AMINNN...!!

Insyaallah... jika umur panjang.. moga di hari ulang tahunku yang ke 39 nanti.. aku akan pastikan yang impianku terlaksana hampir tiga suku dari senarai impianku. Dan... Insyaallah juga... menjelang umurku yang ke 40 nanti.. harapanku agar SEMUA impianku terlaksana sudah... Bagaimanapun... semuanya adalah perancanganku dari hambaNYA yang lemah ini.... hanya ALLAH sahaja yang dapat menentukan...

YA ALLAH... tambahkanlah amalanku di saat bertambahnya usiaku..
Barakallah fi umrina [semoga Allah memberkahi usia kita]..










No comments: