Apa Yang Baru di Tahun Baru 2013..


Tengahari tadi (8 Jan 2013), kat office ada Talk pasal zakat pendapatan yang dikelolakan oleh Pusat Pungutan Zakat, Wilayah Persekutuan. Hmm… macam menarik gak Talk nihh… sebab ada ceramah yang bertajuk; APA YANG BARU DI TAHUN BARU.  Moderatornya ialah Ustaz Husni. Panel penyampainya… jeng..jeng..jeng… ustaz yang aku paling minat.. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang dan Ustaz Fauzi (aku panggil ustaz jus Tok Guru!)..
Hehehe… dek teruja sebab nak nengok Ustaz Nurhisham dari dekat kan… sanggup skip lunch..  and joint the crowd. Actually.. tak lah ramai sangat bebudak HSBC yg hadir. Kebanyakan yg datang..staff pompuan. Maybe.. staff lelaki tak berminat or maybe tak tahu adanya Talk hari tuhh..
Well… sementara menunggu ketibaan ketiga-tiga ustaz yg dijemput tuhh.. ada sorang ustaz dari PPZ memberi sedikit penerangan tentang kepentingan zakat pendapatan nihh…
Alhamdulillah… Aku terpilih dan Allah gerakkan hati aku untuk join Talk nihh… Banyak info yg selama ini kurang jelas telah dapat aku fahami.

Sedikit info tentang kepentingan ZAKAT:


Bak kata ustaz kat PPZ tuhh.. dalam gaji atau nikmat yg kita terima, ada sebahagiannya bukan hak kita. Hak orang2 yg kurang bernasib baik, miskin dsb. Zakat ini juga adalah satu jalan dari pelbagai jalan alternative demi mendapatkan keberkatan hidup. Apatah lagi… zakat itu adalah WAJIB dan salah satu perkara wajid dalam RUKUN ISLAM.
Dan akhirnya… setelah memahami kepentingan nya.. maka..dengan ikhlasnya aku telah mengisi borang membayar zakat melalui pemotongan gaji setiap bulan.  HuHuHu… tak sia2 rupanya aku gi Talk nihh… Agaknya, kalau tak gi tadi.. sampai bila2 aku berterusan na├»f tentang perkara ini… Syukurrr…!!

Jeng…Jeng…Jeng… akhirnya.. saat2 yg dinanti2 kan datang jua. Walaupun ketiga2 ustaz yg dijemput hadir agak lewat namun tidak sedikit pun menghilangkan keterujaan aku untuk berjumpa Ustaz yang aku “admire” nihh… Opss… gedik pulak rasanya… ! :p Anyway… bukan ada maksud lain pun… lebih kepada rasa kagum dan teruja dgn kewibawaan ustaz2 nihh.. Itu jerr…!
Bila berhadapan dgn ketiga2 ustaz nihh… rupanya mereka ni taklah tinggi mana orangnya. Kalau dalam tv tuhh.. macam tinggi dan besar. Bila tengok “live”… biasa2 jer orangnya…
Seperti yg dijangkakan.. mereka bertiga ni memang pandai attract audience…! Sepanjang forum .. penuh dengan gelak ketawa tetapi penuh dengan pengisian yang begitu bermakna.

Bersesuaian dengan tajuknya; APA YANG BARU DI TAHUN BARU…  banyak memperkatakan keazaman kita untuk “berubah” dan terus beristiqamah dalam azam yang kita tanamkan. Lebih2 lagi, mereka yg menginjak umur 40 tahun.. wajibnya untuk terus berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Hahaha… part nihh.. aku memang alert sikit … ye laa kan… tahun nihh aku masuk 40 tahun..! Bak kata “Ustaz Jus Tok Guru”.. sesiapa yg dah berumur 40 tahun tetapi mempunyai rekod perilaku lebih berat ke arah keburukan… sesungguhnya mereka adalah tergolong dari kalangan yg amat sukar untuk berubah lagi selanjutnya sehingga hari kematiannya. Masyaallahhh….. aku tak nak termasuk dalam golongan ini ya Allah…!!
Maka… untuk terus beristiqamah dlm melakukan perubahan diri…bergaullah dengan orang2 yang bagus perilakunya. Bak kata Ustaz Hisham..”berkawanlah dengan penjual minyak wangi dan jgn berkawan dgn tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia2kan anda, samada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk” … Hadis Al-Bukhari dari Abu Musa Al-Asy’ari
 Moral of the story, tujuan berkawan adalah untuk mendapatkan manafaat spt bantuan dan perkongsian pengetahuan bukannya mencari keburukan. Apabila berkawan dgn orang baik, kita juga akan menjadi baik tetapi jika berkawan dgn yg jahat, lambat laun kita juga akan terikut2 dgn kelakuan jahatnya juga.

Satu lagi kisah yg aku rasa patut aku kongsikan di sini dan memang patut kita amik iktibar dlm kisah ini…
Di suatu malam, seorang guru sedang tekun memeriksa buku pelajar2nya. Sepanjang dia memeriksa buku pelajar2nya.. pelbagai reaksi dan mimic muka dari guru tersebut. Kdg2 dia ketawa, kdg2 dia mengeluh, kdg2 dia tersenyum. Namun, tiba2 guru itu sedih & menangis. Hal ini amat menghairankan suaminya yg rupanya sejak dr td memerhatikan tingkahlaku isterinya itu.

Suami: Apasal awak menangis plak nih?
Isteri: Saya.. sedih baca karangan pelajar yg sorang nihh..
Suami: Haa.. nape? Awak suruh dorang buat karangan tentang apa?
Isteri: (…terdiam seketika..kemudian bersuara..)
Isteri: Saya suruh buat karangan “Jika saya menjadi…..” Kemudian saya suruh          tulis kenapa orang nak jadi seperti itu…
Suami: So… apa yang sedih sangat??
Isteri: Ok.. awak dengar..saya bacakan sedikit petikan karangan budak nihh.. (dengan suara yang bergetar, dia membaca petikan karangan itu)
“kalau saya diberi pilihan…saya nak jadi sebuah tv..! alangkah bagusnya jadi tv kerana tv lah tempat pilihan semua ahli keluarga saya meluah rasa, melepaskan penat dan sebagainya. Setiap kali ibu saya balik kerja, ibu akan sentiasa duduk berehat berdekatan dengan tv. Setiap kali ibu buat kerja, ibu akan selalu duduk depan tv. Ayah pula, pulang dari kerja akan terus duduk mengadap tv sambil melepaskan penatnya. Begitu juga abang dan kakak saya. TV menjadi benda pertama yang dikejar oleh mereka sebaik memasuki rumah. Kalaulah saya jadi TV, sudah tentu sayalah orang pertama yang akan disentuh, ditanya khabar, dihadap malah dipeluk dahulu oleh semua ahli keluarga saya. Kalau saya jadi TV, sayalah yang sentiasa mendapat perhatian mereka….”
Isterinya tidak dapat meneruskan bacaannya. Dia sudah menangis teresak-esak akibat kesedihan.
Suami: Owhhh… budak ni mesti dari keluarga yang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang dari keluarga dia nihh… Dahl ah tuu… Dah nasib dia.. Awak janganlah sedih sangat..
Isteri: Tapi bangggg…. Budak tu adalah anak kitaaa..!!! Abang dah lupa ke yang saya mengajar Bahasa Melayu untuk kelas anak kita, Ikmal..???
Suami : (terdiam.. dan kelu tidak bersuara…) 

Moral of the story… HARGAI or APPRECIATE dengan sesiapa yg penting dalam hidup kita. Samada ianya…suami, isteri, anak2, keluarga, kawan2, pekerja dsb.

So… that’s all sharing untuk kali ini… Sesungguhnya.. Talk PPZ hari ini merupakan satu perisian rohani yg memberi seribu makna untuk aku berubah menjadi yg lebih baik dari sebelum ini. Moga permulaan memasuki umur 40 ini kuharap perubahanku ini akan sentiasa konsisten dan hatiku tidak mudah goyah. Doakan yg terbaik…. Aminnnn….

Ustaz Syed Nurhisyam Tuan Padang, Ustaz Husni & Ustaz "jus tok guru"

Pengisian rohani yang penuh bermakna

No comments: