Apabila emosi menguasai diri..

 

Hahaha... Rasanya.. emosi aku di kala menaip nie.. bukan macam "orang" kat atas tuhh! But... I'm really cool and alhamdulillah... hati masih bersih dari sakit hati, dengki, jealous dan jauh sekali rasa berdendam... Betul!!  Hmm... maybe... macam kat bawah ni kot...!



Ehh.. jap..jap....Ye ke?? Tak pun...yang begini kot...!

Haahh... itu yang sebenarnya...! Speechless...Tak sangka..Macam tak percaya... pada apa yang telah dilakukan oleh seorang hamba Allah ini...

Bukan nak mengaibkan sesiapa.. bukan juga nak membuka pekung di dada.. tapi... apa yg bakal ku luahkan ini..satu peringatan untuk diri aku sendiri juga supaya...

Kadang2.. tak terfikir dek akal.. orang yang kita lihat baik di khalyak ramai, sembahyang tak tinggal, khatam mengaji Al-Quran, rajin ke surau, hmmm... yang paling respek.. dalam usia yg muda..sudah berpeluang menunaikan umrah yg mana peluang itu amat sukar untuk diperolehi oleh orang muda sepertinya.. namun.. soal menjaga siratulrahim sesama saudara.. FAIL terus!

Aku bukanlah orangnya yang layak nak mengatakan dia tidak beriman, lupa pada agama atau yg sewaktu dengannya sebab... aku pun.. mengaji ulangan pun tak habis, jarang pergi ke surau dan.. solat kadang-kala tak penuh juga! Tapi.. seingat aku.. ada hadis mengatakan..

Rasulullah s.a.w bersabda: Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagiamana engkau menyembunyikan keburukan-keburukanmu, dan janganlah engkau kagum dengan amalan-amalanmu, sesungguhnya engkau tidak tahu apakah engkau termasuk orang yang celaka (masuk neraka) atau orang yang bahagia (masuk syurga).
(H.R. Al-Baihaqi)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”

Riwayat al-bukhari

Hmm... Wallahu'alam...

Itu lah kenyataan yang berlaku di depan mata aku sebenarnya. Dan bukan hanya di mata aku sahaja.. ianya dilihat oleh manusia-manusia sekelilingnya, sekeluarganya, sesama saudaranya dan juga jiran sekampungnya..!

Mungkin dia merasakan dirinya adalah benar dan apa yang dilakukan dan diperkatakan oleh orang lain adalah salah! Apa yang orang lain nampak tak betul.. adalah betul pada pandangan dan pemikirannya. Sehinggakan perilakunya seakan-akan menidakkan yang dia ada pertalian dengan saudara sedarahnya sendiri! Malah.. kawan-kawannya dianggap saudara sehidup semati... Susah senang sama dikongsi! Boleh gitu??

Hmmm.. entahlah..! Mungkin oarng bertanya.. kalau dia tak kesah.. apa yang aku kisah kan?? Sebagai jawapannya.. Aku WAJIB kesah sebab dia adalah saudara yang ada kena mengena pertalian darahku.. Tapi.. memandangkan dia sendiri pun seperti indirectly declare yang aku TAK ADA KENA-MENGENA dalam hidup dia dan family dia..maka.. aku putuskan berdiam diri..menjauhkan diri.. dan sedikit menginsafi diri sendiri.. 

Dalam keadaan seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham)... aku faham..hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Itu aku faham sefaham2nya..!

Namun, kalau pihak dia memilih untuk terus membatukan hati dan fikiran.. sentiasa beremosi..berburuk sangka dan sebagainya.. Ku kira..penyelesaian terbaik adalah... mengikut rentaknya.

Jangan nanti... suatu hari nanti., apabila Allah menunjukkan "balasan tunai"NYA.. semuanya sudah terlambat. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

Doa dan harapanku..moga dia sedar dan bertaubat serta meminta maaf daripada SEMUA insan yang pernah dia sakiti SEBELUM TERLAMBAT..!

No comments: