Nape nama kau aku blocked!!

 
Huhuhu... macam marah jer ekkk tajuk post kali nihhh...! Well... tak lah marah sangat tetapi lebih kepada KECEWA... dgn sikap segelintir manusia yang suka melihat atau rela segala cerita dan masalah sendiri mahupun keluarga dijajakan di wall2 FB dan teramat "bangga" bila mana mendapat respon/komen2 yg menggalakkan dari teman2 FB walhal cerita yg "diperbincangkan" itu adalah tentang diri sendiri mahupun keluarga sendiri!
Hadooi... nak kata bodoh... awak tu berpelajaran.. ada ilmu lagi.. Nape laa bila tiba bab2 macam nihh.. tak boleh nak fikir langsung?? Sengal ke kau ni.. bila orang ketawakan dan kasi provoke supaya isu nihh jadi panas..sedangkan apa yg diketawakan itu adalah masalah kau sendiri?? Kau tak ada perasaan ke bila orang bercerita pasal family kau? Kutuk2 ahli keluarga kau?.. ke..kau bangga??? Sebab.. mendapat banyak "LIKE" dari teman2 FB yg ala2 memahami kau??
Boleh lagi tuhh..kau create "acara perli memerli" and then post kat wall FB kau tuhh.. Kau create ayat2 yg menonjolkan seolah2 kau lah satu2 nya manusia yang paling mulia dan beriman kat bumi Allah nihh.. Siap bagi nasihat besertakan ayat2 yg ala2 macam UAI selalu bagi ceramah tuhh... Hmmm... apa yg kau dapat ekk post cenggitu?? Agak2 dapat kumpul "LIKE" melebihi 1000 dari teman FB ke??
Tak usah lahh HIPOKRIT sangat.. Kalau seseorang itu panjang akalnya.. dia tak buat keje2 cenggituhh.. Sebab.. dia boleh berfikir.. sebarang bentuk tulisan/luahan rasa yg dipost kan kat wall FB tuhh walaupun hanya "UMUM" sahaja tetapi ianya boleh mendatangkan fitnah dsb.

Nape..tak PM jer kalau ada rasa tak puas hati dan sebagainya. Kan itu lebih jelas dari tulis secara umum dan bakal mengundang fitnah atau prasangka yg bukan2? Atau... face to face jer.. kan senang..! Mengapa jadi pengecut untuk bersemuka?? Setakat cakap berdegag2 kat wall tuhh... apa kes setakat berani kat alam maya jer??

Kat bawah nie.. just nak share skit pasal hukum meremove/memblock teman di FB. Sama2 lah kita renungkan..

1- Remove friend boleh menjadi wajib sekiranya anda yakin lelaki atau wanita tersebut boleh memberikan mudarat tertentu kepada anda, lebih-lebih lagi jika mereka itu menzahirkan sebarang niat yang jahat. Contohnya ; stalker.
2- Remove friend boleh menjadi wajib, sekiranya anda meminati seseorang itu, dan anda tidak boleh menahan diri dari selalu melihat wall atau gambarnya. Lebih-lebih lagi jika menjadi igauan, sejenis obses ataupun melibatkan kecenderungan nafsu. Jika hilang dari pandangan mata, anda akan merasa lebih selesa.
3- Remove friend juga boleh menjadi wajib jika dengan adanya orang tersebut di facebook anda, anda tidak boleh menahan hati anda dari mengumpat ataupun mengejeknya setiap kali membaca status yang ditulis. Mungkin kerana benci, bergaduh, berdendam ataupun iri hati. Jika dengan ketiadaan dia lebih menyelamatkan anda dari dosa, maka remove dia dari friend menjadi wajib. Saya pernah berjumpa situasi ini, dan saya nasihatkan supaya dia remove friend sahaja untuk mengelak dari dosa.
4- Add friend boleh menjadi haram, sekiranya bertujuan untuk mendapat akses kepada gambar-gambar peribadi seseorang, ataupun mengintip cerita dan perbualannya, ataupun dengan tujuan mencari keaiban orang tersebut. Perbuatan itu haram dan wasilah kepada perbuatan yang haram, hukumnya juga haram.

Hmm... rasanya.. aku taklah membuat keputusan melulu dengan memblock kau dalam friend list FB aku.. Sekurang2 nya.. aku masih boleh berfikir lagi sebelum aku "membuang" terus kau dalam alam maya aku.
Bukan aku sombong atau riak atau apa2 yg seumpamanya TAPI...

Aku rasa "semak fikiran" sebab setiap kali baca staus kat wall kau.. dan komen2 dari kengkawan sehidup semati kau tuhh... aku terasa sangat2 pedih di ulu hati. Aku rasa... sangat2 malu dpat "kawan" macam kau yg tak SEDAR DIRI.....

Insaf lah... berubah lah... Tak perlu mendabik dada kepada umum yg kau sudah cukup ilmu di dada.. Setakat dapat solat 5 waktu dan rajin mengaji serta menghadiri ceramah di surau..tak semestinya kau sudah cukup sempurna dalam mendalami dan mempraktikkan ISLAM itu sebenarnya.. Banyak lagi yg perlu kau ketahui dan fahami...

Wallahu'alam...

No comments: