Nak kongsi cerita...


Salam, 
  
Manuskrip Warna-warna Pelangi sudah saya nilai dan lulus untuk diterbitkan. Hanya menunggu ‘Q’ untuk dimasukkan ke dalam jadual penerbitan. Harap puan 
Dapat sabar kerana terlalu banyak manuskrip yang menunggu untuk diterbitkan. Harap maklum. 
  
Mohd Ali Bin Mohd Noor 
Editor Kanan Buku Prima 

Hehehe... tak der laa berita gempak sangat... tapi just nak share dgn korang semua tentang update terkini dari meja Editor BUKU PRIMA dari Kumpulan Karangkraft... 

ALHAMDULILLAHH.... dengan terimanya email yang short & simple but sweet nihh... mematikan segala pertanyaan yang berlegar-legar dalam fikiran aku. Banyak benda yang aku fikirkan. Salah satunya.. manuskrip aku nie..adakah ianya betul2 diterima oleh pihak editor atau tak.. Maklumlah.. ramai lagi penulis yang berbakat dengan hasil2 nukilan yang kreatif dan bagus di luar sana.. Dan aku akui... aku bukanlah sebagus mereka.. Hanya berusia setahun jagung.. Masih hijau lagi..!

Hmmm... peringkat pertama dah lepas... Maka lepas nihh.. peringkat "menunggu show" nya pula.. Harap2.. dapatlah tahun 2013 novel ini diterbitkan..! Ramai kengkawan yang dok menanya bila next novel will be in the market... Well... friends... just be patient.. it's coming soon...!!!

Secara ringkasnya, novel WARNA-WARNA PELANGI ini mengisahkan tentang seorang pegawai polis yang begitu berdedikasi dan komited dengan kerjayanya. Sehinggalah dia sendiri terlibat/terperangkap dalam permasalahan kronik cinta tiga segi. Dapatkah dia menyelesaikan masalah yang dihadapi sebagaimana dia selama ini sering berjaya menyelesaikan kes-kes jenayah negara yang berprofil tinggi?

Novel ini juga mendedahkan jerit perit, cabaran, dugaan, suka dan duka yang dilalui oleh mereka yang berkerjaya  polis. Tidak keterlaluan, ianya menyingkap di balik tabir siapakah seorang polis yang sebenarnya. Mungkin sedikit pengajaran bagi segelintir masyarakat yang sering memandang rendah mahupun prejudice terhadap tugas-tugas seorang anggota polis. 

Novel ini juga bukan bertujuan untuk "membodek" mereka-mereka yang beekerjaya polis tetapi lebih kepada penghargaan atas tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan oleh negara kepada mereka. 

Untuk itu... jutaan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada seorang sahabat lamaku.. Tuan ASP Azlan.. yang sudi berkongsi cerita dan beberapa kes untuk diketengahkan dalam novel ini. Keperibadiannya juga menjadi inspirasiku untuk ku jadikan dia sendiri sebagai HERO dalam novel ini... Hahaha.... Thank you Lan! I owe you not only one but toooo many!! :-)

Okey... harapanku agar novel ini bisa diterbitkan dalam tahun ini juga... Ini pengharapanku. Moga Allah mendengar dan mempermudahkan segala urusan dan perjalanannya... Aminnn....

1 comment:

Unknown said...

Angkara Nafsu kakak kandung sendiri bunting ..