Salam Maal Hijrah 1433...

Pejam celik.. pejam celik... tak sangka awal Muharram datang kembali... Ya Allah... pantasnya masa berlalu..
Alhamdulillah... takkala ini.. baru selesai membaca DOA AWAL TAHUN bagi meraikan kedatangan lembaran baru sekaligus melengkapi DOA AKHIR TAHUN menandakan penutupan dan pengakhiran hari terakhir pada 30 Zulhijjah yg lalu...
Namun... rasanya.. masih ada lagi saki baki "hutang" yg tertunggak yg belum sempurna dilunaskan untuk diri sendiri.. Masih ada lagi perancangan dan azam yg diikrarkan pada awal tahun Hijrah 1432 yg lalu.. yg belum ditunaikan.. Penghijrahan yg kurang sempurna... Kalau dalam katagori bekerja.. "Performance are not achieve"! Maka.. imbalannya.. mungkin mendapat rating yg kurang ataupun cukup2 makan.. Tak pun.. tahun tuhh.. mungkin tak merasa bonusnya...!
Bagaimanapun... aku percaya.. ALLAH tak pernah menilai hambaNYA sebegitu rupa.. Itu penilaian manusia di dunia.. yang ternyata memang TIDAK PERNAH SEMPURNA & ADIL. Ada bab2 yg mereka terlepas pandang. Ada juga bab2 yg mereka nilai tidak menyeluruh. Walau kita sudah lakukan sebaik mungkin, memberikan pembaharuan yg membanggakan tetapi jika kita bukan dalam golongan yg "terpilih" dan "yg digemari" maka.. setakat itu sahajalah pencapaian dan imbalan yg kita perolehi. Semuanya sudah dirancang dan diaturkan... Tidak lebih & tidak kurang.. Itulah lumrah manusia...

Namun.. aku yakin.. ALLAH pasti tahu akan setiap apa yg hambaNYA lakukan. Semuanya adil & setara.. Aku yakin.. aku sudah lakukan yg termampu untuk melaksanakan perancangan penghijrahanku. Antaranya.. aku sudah mula belajar mengaji tajwid.. Itu antara penghijrahanku yg terbesar kerana selama ini.. alasan MALAS sentiasa menjadi penghalang untuk aku memulakannya. Alhamdulillah.. sejak mengenali dan mempelajari semula kita kitab ALLAH ini.. hidupku terasa tenang & banyak perubahan peribadiku terserlah ke arah yg lebih positif.
Bagaimanapun.. setiap perkara yg baik dan langkah menuju merapatkan diri dengan ALLAH sentiasa ada sahaja dugaan dan cabarannya.. Dalam keadaan aku mengandung kini.. aku sentiasa diuji dengan beberapa gangguan kesihatan sehingga mengganggu masa ibadatku denganNYA. Ya ALLAH... aku harus kuat.. aku harus tabah...

Bersempana sambutan awal Muharram hari ini... doaku agar aku sentiasa menjadi hambaNYA yg sentiasa beristiqamah.. doaku juga.. agar ALLAH mengurniakan kesihatan yg baik kepadaku agar aku dapat meneruskan ibadahku denganNYA serta menjaga kandunganku sebaiknya sehingga pada waktu melahirkannya.. Juga.. agar aku dan keluargaku sentiasa mendapat rahmat dariNYA dan terpelihara dari segala godaan syaitan.... AMINNN....

Salam maal hijrah...!

No comments: