Dugaan...

Dugaan kalau tiba.. tak pernah mengenal sesiapa.. masa mahupun usia.. Kita sebagai manusia, seharusnya sentiasa bersedia menerima dan redha segala ketentuanNya.. Dugaan datang pelbagai bentuk dan tahap. Samada kita bersedia mahupun terleka seketika, ia pasti datang.. Cuma terpulang kpd kita cara bagaimana hendak menanganinya..

Aku baru sahaja "lepas" dari dugaan trimester pertama kehamilanku. Memang perit dan letih melaluinya apatah lagi pd usiaku di penghujung 30an ini.. Lebih2 lagi pada bulan Ramadhan yg lalu... Namun, tak berapa ketika kemudian, suamiku mengalami sakit perut yg kritikal sehingga menyebabkan dia dimasukkan ke wad di KPJ Hospital, Seremban. Bayangkan dlm keadaan aku begini, aku terpaksa uruskan pula keperluan suami di hospital. Huh.. memang mcm nak pitam!

Nasib baik, dua hari sebelum nak raya, dia dibenarkan pulang. Dapatlah sambut raya bersama-sama keluarga di rumah. Namun, dalam kegembiraan kami menyambut tetamu yg dtg berkunjung ke rumah di raya, tiba-tiba anakku yg ketiga, Dhiya Raihanie mengalami demam panas yg teruk pada hari raya yg ke-5. Tonsilnya bengkak teruk sehingga menyebabkan suhu badannya naik sehingga 40'C!

Takut keadaannya menjadi teruk, kami terpaksa membawanya ke hospital dan kini... dia ditahan di wad Sri Angkasa, KPJ Seremban.... Maka, terpaksalah aku sekali lagi berurusan di hospital ini dan dlm keadaan begini...

Sekarang.. demamnya masih belum stabil.. Sekejap naik.. sekejap turun... Kami anak beranak terpaksa beraya di hospital inilah nampaknya.. Kesian pulak kpd saudara mara & sahabat handai yg dah tiba di depan rumah.. tiba2 terpaksa pulang bila mendapat tahu tuan rumah semuanya beraya di hospital... huhuhu... Nak buat macam mana kan...

Apa-apa pun... aku terima segala dugaan ini dengan rasional.. Barangkali, ada hikmah di sebalik apa yg berlaku.. Kadang2, kita sendiri tak terfikir.. bila berlakunya sesuatu kepada kita.. pasti ada sebabnya.. mengapa kita yg terima dugaan ini dan bukannya orang lain..

Aku berdoa dan berharap agar anakku ini segera sembuh..
Kepada saudara mara dan sahabat handai semua... mohon maaf dipinta... & SELAMAT HARI RAYA...!

No comments: