THANK YOU ALLAH...

Kebosanan yang terus-terusan melanda selepas menjalani pembedahan pada 21OCT10’ yang lalu memang tak dapat nak ditahan-tahan lagi… Huhuhu.. memang ler cuma minor surgery jer.. tapi.. disebabkan surgery tu betul-betul di bawah lengan kanan, semua kerja tak dapat nak disempurnakan dengan jayanya.

Maklum ler.. segala urusan semuanya dimulakan dengan tangan kanan. Kekadang rasa nak marah bila suami dan anak-anak buat ‘dek’ dengan kita. Apatah lagi dengan tangan kanan yang tak kuat menggenggam ni.. memang memerlukan sedikit bantuan dari orang sekeliling.

Time nie laa.. teringat apasal laa.. tak boleh jadikan kedua-dua tangan yang dianugerah oleh Allah di pelbagai gunakan. Bila dah masuk katagory OKU nie.. barulah sedar…!
Keinsafan benar-benar mengundang dalam jiwa bila memikirkan ada hamba Allah yang tidak mempunyai kedua-dua tangan! Bagaimana mereka boleh survive dengan melakukan segala urusan harian dengan menggunakan kedua-dua kakinya? Masyaallah…. Teruknya aku ni!! Itupun tak bersyukur lagi.. Itu baru Allah tarik kejap penggunaan tangan kananku ini.. Kalau ditariknya buat selama-lamanya??

Ya Allah… sesungguhnya, aku redha.. Ini baru sahaja ujian kecil buatku. Itupun aku dah mula marah-marah. Memang benar kata orang, Allah kurniakan kesakitan dan dugaan ada hikmah di sebaliknya. Walau ianya dugaan kecil sesungguhnya ia memberi impak yang besar pada diriku. Sekurang-kurangnya aku lebih menghargai kurniaan Allah.. tidak akan persiakan kurniaanNYA dan akan gunakan semaksimumnya ke arah kebaikan. Alhamdulillah.. dalam sakit, aku mampu mengerjakan solat lima waktu.. (itu juga satu kurniaan Allah!)..

Dalam menghabiskan waktu-waktu cuti sakit nie.. (sehingga 29Oct), Alhamdulillah.. aku masih lagi dikurniakan Allah idea-idea untuk ku siapkan novel ketiga ku. Agaknya, kalau ALLAH tarik segala nikmat-nikmat begini.. mahu jadik gila aku dibuatnya – duduk tanpa lakukan apa-apa..!
Saat ini.. teringat jelas akan bait-bait lirik THANK YOU ALLAH nyanyian Maher Zain. Memang benar-benar menginsafkan. THANK YOU ALLAH…! Moga aku masih lagi menjadi hambaMU yang sedar diri dan sentiasa bersyukur kepadaMU…

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

2 comments:

naza said...

Salam..ingat, semua ujian yang diberikan oleh ALLAH adalah tanda bahawa dia sayang akan kita..kerana ALLAH hanya akan menguji hambaNYA berdasarkan tahap kemampuan hambaNYA..ALLAH tidak akan menguji hambaNYA jika seseorang itu tidak termampu..Betapa besarnya kasih ALLAH kepada makhlukNYA..jadi bersyukurlah atas apa yang berlaku dan ujian yang diberikan kepada kita.

faizal yusup said...

dah okay tangan? tak apalah.. banyak bersabar dengan dugaan.. semoga dapat melepasinya dangan jayannya! take gud care okay..