Episod Pengenalan

Assalammualaikum..

Salam perkenalan buat teman-teman sekalian..
Ini merupakan percubaan pertama saya untuk menulis di dalam ruangan blog saya sendiri.. Sudah lama teringin mempunyai blog sendiri tetapi masa sentiasa tidak mengizinkan saya berbuat demikian.

Menulis merupakan "jiwa" saya.. Malah.. sejak dari darjah satu lagi saya sudah minat menulis. Tulisan karangan saya yang pertama telah ditampal di papan kenyataan utama di sekolah rendah saya dahulu iaitu SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGALA, P.DICKSON. Itulah detik yang membanggakan saya kerana karangan saya yang mendapat markah "A" dijadikan tontonan rakan-rakan sekolah.

Sehinggalah ke tingkatan lima, saya sentiasa mendapat markah "A" untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia. Minat yang mendalam kepada mata pelajaran ini rupa-rupanya saya warisi dari arwah bapa saya iaitu HARON HJ IBRAHIM yang merupakan penulis sambilan ketika bekerja di Sarawak dahulu.

Ketika di sekolah, saya banyak menulis cerpen, sajak dan novel namun semuanya disimpan untuk simpanan peribadi saya. Malah saya menjadikan "MY DIARY" saya sebagai teman setia untuk saya luahkan apa yang berlaku sepanjang hari. Percaya atau tidak.. saya masih lagi menyimpan diari-diari luahan hati saya seharian sejak dari tingkatan satu sehingga saya tamat pengajian di Politeknik!

Diari-diari itulah yang merupakan "penawar" kerinduan saya pada memori-memori lama...

Setelah saya memasuki alam pekerjaan, saya ada juga menulis rencana atau luahan rasa di majalah-majalah tempatan namun tidak serius. Untuk meneruskan komitmen penulisan cerpen dan sajak mahupun novel, amatlah sukar. Komitment kerja, masa yang terhad dan kurang sokongan dari suami membuatkan minat saya itu terpaksa "dikuburkan" begitu sahaja.

Namun, luahan rasa ke dalam diari tetap saya teruskan walaupun hanya pada peristiwa tertentu sahaja. Bukan suami menghalang minat menulis ini tetapi beliau beranggapan saya memerlukan masa yang lama untuk melihat hasil usaha saya di dalam bidang ini. Maklumlah.. menulis cerpen atau novel, bukan siap untuk sehari dua sahaja.

Mungkin.. bakat saya di dalam bidang seni bukan pada penulisan semata-mata.. Maka, saya variasikan minat seni saya ini pada bidang kreativiti. Saya aktif membuat hantaran dan gubahan untuk majlis perkahwinan. Kali ini ianya mendapat sokongan padu dari suami kerana hasilnya juga lumayan dan "segera"! Tidak memerlukan masa yang panjang..

Sehinggalah August 2009, saya bertemu dengan "mentor" saya iaitu saudara FAIZAL YUSUF, yang banyak memberi saya bimbingan dan galakkan agar saya meneruskan minat dalam bidang penulisan ini.

Entah apa yang tuahnya, suami serta anak-anak saya juga turut memberi sokongan. Kini... saya sedang mengaktifkan diri dalam penulisan novel. Harapan saya... semoga apa yang diatur dan dirancangkan berjalan lancar. Saya mengharapkan restu dari suami, keluarga serta sokongan rakan-rakan agar saya dapat merealisasikan impian dan minat saya ini..

Sudah semestinya, saya berdoa moga ALLAH memperkenankan impian saya ini tercapai dan mengharapkan keberkatanNYA di dalam setiap apa yang saya lakukan..

Insyaallah.. jika semuanya berjalan lancar.. impian saya ini bakal "dilahirkan" pada penghujung tahun ini. AMINNN....

Wassalam..

3 comments:

faizal yusup said...

Will support you all the way sis! Congrats on the blog!

Leez said...

Salam ... keep it up my fren. Saya adalah peminat setia novel2 melayu nih, x sabar nak tunggu hasil nukilan pertama anda ...

Good luck!

ROHAIDAH HARON said...

Thanks for all the supports..
Insyaallah... doa-doankanlah yee...