Kenang-kenanglah asal-usul kita...!
Dalam dunia ni... kalau kita sebut pasal "DUIT"...haa... memang 'berhantu"! Disebabkan duit..macam2 perkara boleh berlaku.. Sebab duit.. manusia sanggup lakukan apa sahaja samada jalan halal ataupun haram..semata-mata untuk memenuhi keperluan, kehendak mahupun nafsu..
Manusia boleh bahagia bila ada duit.. Manusia boleh jadi lupa diri bila terlebih duit.. Manusia juga boleh jadi gila bila terlalu mengejar duit..! Orang tua2 kata..jangan jadi hamba duit..!
Memang stress kalau tak cukup duit ataupun memang tak ada duit langsung nih.. Bagi sesiapa yg tak biasa hidup susah..haa... memang 'masak' lahh.. Silap2.. boleh membuat sesuatu tindakan yg 'kurang berakal' sebab... orang2 begini memang lemah ketahanan mental dan kejiwaannya..
Dalam kes begini... sememangnya..aku amat2 risau apa yang bakal terjadi pana generasi anak2 aku nanti..! Maklum lah... sejak dari dalam kandungan lagi kemewahan dan kesenangan telah mereka terima dari kami suami isteri. Lahir saje ke dunia..pun dimanjai dengan kemewahan..Sehinggalah waktu2 membesarkan mereka..dan seterusnya ke alam persekolahan.. Mereka tidak pernah tahu apa erti "susah" atau bagaimana peritnya untuk mencari duit untuk mereka.
Dalam hal ini.. anak2 aku selalu menganggap aku "kedekut" dan sentiasa "berkira" dengan mereka jika mereka inginkan sesuatu. Sebaliknya, mereka lebih mudah mendapatkan apa yg mereka mahu daripada ayah mereka..! huhuhu...
Yes... memang aku akui itu semua..! Mungkin..orang seperti aku yang pernah melalui zaman kesusahan semasa kecil dan remajanya.. pasti mempunyai ciri2 seperti aku ini! Itulah caranya untuk aku menguatkan dalaman ku .... Dengan mengenang asal usul kita, In shaa Allah..kita boleh menjadi insan yang lebih baik dan sering bersyukur..
Hidup di zaman yang penuh cabaran dan dugaan ini, kekentalan jiwa dan persiapan ilmu yang jitu dan mantap amat2 ditagih supaya kita tidak hanyut dibawa harus kemodenan dan lemas di lautan kecanggihan teknologi yang semakin rakus memamah akidah dan keimanan kita…
Bayangkan.. sewaktu di zaman kanak2 ku.. nak makan di luar.. rasanya dalam setahun boleh dikira. Itupun jika arwah Abah dapat gaji lebih (overtime). Kalau dapat makan KFC.. rasanya macam dapat durian runtuh!
Baju2 yang dipakai semua turun temurun dan diwarisi.. Lepas kak long pakai..bila tak muat, bagi kat angah..dan begitulah seterusnya. Kalau baju raya tu.. seorang cuma sepasang jer..! Pakaian sekolah pun begitu. Kalau beg sekolah.. selagi tak putus, pakai lah sampai empat lima tahun! Jangan sibuk2 nak mintak beg yg ada jenama ataupun yg ada gambar2 kartun yg popular. Begitu juga kasut dan kelengkapan sekolah. Kalau pensel tu.. pakailah selagi dapat 'memegang" dan boleh digunakan. Kalau terjumpa siapa2 punya pensel yg tidak dituntut oleh tuannya.. maka itu dikira bonus!
Waktu nak belajar kat Poly pun begitu. Nak masuk daftar, memang confirm rantai mak jadi 'taruhannya".. Masa temankan Mak pergi pajak gadai.. mak menyorok2 mukanya dari diketahui orang. Mulanya aku kurang faham, mengapa mesti malu pergi "amnik duit" kat kedai pajak gadai tu??
Kehidupan di kampus Polytech juga memang memeritkan. Mungkin pada pandangan rakan2 yg lain, aku seperti mereka ...walau pada hakikatnya, aku memang tiada wang hatta kadang2 untuk makan sarapan sekalipun! Pagi2, makan sekeping roti dan segelas Milo sudah cukup bagiku. Biasanya pukul 10 pagi bila time rehat, kengkawan ajak minum kat Cafe..aku akan menolak dgn lembut dan memberi pelbagai alasan. Kalau pun aku ikut mereka minum di Cafe, yang pastinya aku takkan makan tengahari ataupun makan malam.
Makan malam ku biasanya Maggi. Mungkin.. Allah sayangkan aku.. bila aku menjadi AJK Makanan di Asrama, barulah aku dapat menikmati makan malam yg sempurna setiap petang ketika waktu aku bertugas. Punyalah bersyukurnya aku waktu itu. Kalau tidak pun, aku 'menumpang' rakan2 lain bila ibubapa mereka datang membawa bekalan makanan. huhuhu... yang pastinya, berat badanku..memang sentiasa berstatus "underweight".. Mana tidaknya, beratku cuma 35kg! Boleh gitu??
Duit biasiswa pinjaman yg tak seberapa itu, bukanlah sepenuhnya digunakan untuk pembiayaan pelajaranku di Poly. Duit itu juga aku gunakan untuk menampung perbelanjaan mak dan adik2 bila Abah telah meninggal dunia. Jangan mimpi lah nak beli macam2 dengan menggunakan duit itu!
Jadinya... logik tak kalau aku "kedekut" dan "berkira" dengan anak2 ku kalau aku rasakan permintaan mereka itu boleh dipertimbangkan..atau dilupakan?? Aku tidak menyalahkan inchik hubbyku bilamana dia begitu mudah memberi atau menunaikan apa sahaja permintaan anak2 kami. Katanya" "sape lagi nak gunakan duit kita kalau bukan anak2 kita sendiri? Takkan kita nak tengok anak2 kita susah macam zaman kita dulu?"
Bagiku, inchik hubby sangat beruntung kerana dia dilahirkan di dalam keluarga senang. Dia hidup dalam serba-serbi cukup walaupun tidak mewah sangat. Memang dia beruntung.. Dan aku uga tidak mahu anak2 aku hidup susah seperti mana yang pernah aku lalui sebelum ini. Setiap yang kami kerjakan dan usahakan pun semuanya demi kebahagiaan anak-anak kami dan keluarga kami.
Cuma.. aku risau.. jika anak2 aku ditimpa masalah atau kesusahan, dapatkah mereka "kuat" dalam mengharungi dugaan mereka itu sedangkan selama ini mereka tidak pernah didedahkan dengan kesusahan. Bagaimana mahu menghargai setiap keringat yg keluar kalau mereka sendiri tidak mengalami sendiri keperitan dan kesusahannya?
Justeru itu.. suka atau tidak..aku selalu mengingatkan anak2 aku tentang asal usul aku, siapa Mama mereka sebelum berkahwin dan bagaimana kepayahan yg ditanggung oleh Mama mereka dahulu. Biar cerita ini ku ulang2 sehingga mereka bosan. Moga2.. mereka sedar, jika suatu hari nanti mereka terpandangkan orang susah atau miskin, mereka akan teringat..yang Mama mereka juga pernah begitu sewaktu dulu.
Doaku dalam setiap sujudku agar anak2 aku menjadi insan yang tidak sombong, sedar diri dan sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan... Aamiinnn...!!
No comments:
Post a Comment