Dari kacamata seorang Mama... (sempena Hari Ibu..!)

 
Dulu.. sewaktu di zaman kanak-kanak dan remaja... aku lebih rapat dengan arwah Abah berbanding dengan Emak. Sebabnya.. Emak seorang yang garang, suka marah-marah, tidak pandai menunjukkan sayangnya pada anak-anak dan terlalu tegas. Di mata kami sebagai anak-anaknya, Emak tidak penyayang dan atas sikapnya kepada anak-anaknya, aku jarang membawa kawan-kawanku pulang ke rumah sebab "malu" dan lebih teruk sekali.. aku takut "dimalukan" oleh Emak di depan kawan-kawanku. Itu persepsi aku kepada Emak di waktu itu. 
 
Bagiku... arwah Abah lah bapa yang paling penyayang, baik hati dan sentiasa memahami kehendak anak-anaknya. Arwah Abah tak pernah memukul mahupun memukul kami anak-anaknya. Dia banyak menggunakan pendekatan psikologi dalam mendidik anak-anaknya.
 
Sehinggalah... kami kehilangan Abah di waktu usiaku 19 tahun... di mana.. segala tanggung-jawab yang dipikul arwah Abah tergalas di bahuku.. Dugaan Allah amat besar sekali menimpa kami sekeluarga terutama diriku sendiri. Bayangkan bagaimana sukarnya aku sebagai anak sulung untuk menggalas tanggungjawab ini.. dalam usia 19 tahun dan dalam masa yang sama masih belajar lagi di Politeknik. Sedangkan Emak pula tidak bekerja dan tahap akademiknya hanya setakat darjah 6 sahaja! Dugaan bertimpa bilamana kami kehilangan punca pendapatan. Waktu itu..aku hampir membuat keputusan untuk berhenti dari meneruskan pelajaran kerana adik-adik aku masih kecil dan bersekolah lagi..
 
Allah itu sebenarnya tidak akan menyeksakan hambaNYA dan DIA tidak akan menguji hambaNYA di luar batas kemampuan hambaNYA sendiri. Sedikit demi sedikit, aku membuka mata Emak kepada dunia luar dan berjinak-jinak dalam mencari rezeki dengan menjaga anak-anak jiran. Sehinggalah akhirnya.. bila Emak sudah pandai mencari dan memegang duit sendiri.. aku membenarkan Emak bekerja sebagai pembantu dapur di Golf Club. Dari situlah, Emak sudah pandai bergaul dan berdikari sendiri.
 
Masa berlalu dengan pantas... sehinggalah aku bergelar seorang "Mama"...
 
Detik pertama menjadi seorang Mama.. memang amat membahagiakan. Tiada kata-kata yang dapat kuluahkan bagaimana perasaan itu. Hanya Allah yg maha mengetahui kenikmatan yang dirasakan oleh seorang Mama walaupun untuk melahirkan setiap anak-anakku..aku menghadapi pelbagai dugaan yang memeritkan. Namun.. kesemua kesakitan itu hilang setiap kali melihat wajah tulus mereka..
 
Bila anak-anak semakin bertambah dan membesar...pandai bercakap..dan.. pandai.."menjawab" bila setiap kali aku menegur ataupun berleter.. barulah kini aku fahami apa perasaan yang dirasakan oleh Emak sewaktu dulu.. Sewaktu aku "menjawab" setiap kali Emak memarahi, menegur dan membebelkan aku! Masyaallah... Teringat aku akan satu pepatah..
 
Yaa.. ku percayakan kata-kata itu.. dan sememangnya ianya memang datang semula kepadaku! Baru aku dapat rasakan.. bagaimana "ngilunya" hati kecil Emak bila setiap kali tegurannya..dijawab balik oleh aku dengan alasan.. "semua yg aku lakukan adalah betul. Emak yg tak fahamkan aku!" Masyaallah... aku dapat rasakan sekarang, ya Allah.. ! Apatah lagi.. di zaman cyber ini.. anak-anak lebih lantang mengeluarkan pendapatnya sendiri dan lebih bersikap terbuka!
 
Di waktu begini.. aku redha apa yang telah kuterima dan mungkin ianya sebagai khifarah untuk aku. Aku sedar selama ini..Emak bersikap begitu kerana kurangnya pelajaran dan didikan agama dari ibu bapanya sendiri. Cara asuhan dan didikan yang diterima Emak daripada Atuk dan Nenek juga memainkan peranan mengapa Emak sentiasa bersikap "keras", tegas dan mungkin ke arah tiada berperasaan. Kasih sayang yang diterima oleh Emak terlalu "straight" dan tiada sentuhan sehingga Emak terlalu "kaku" dan tidak pandai menunjukkan sayangnya kepada anak-anaknya.
 
Masyaallah... kalau lah aku dapat selami dan memahami perasaannya ketika itu...
Mengapa..setelah aku bergelar Mama..baru aku dapat memahaminya..??
 
Sekali lagi...ALLAH sebenarnya tidak zalim... Atas kesedaran itu, kukira.. tidak terlambat untuk aku "membetulkan" keadaan..dan mengisafi diri sendiri.. kerana ku sedar.. aku hampir-hampir "mewarisi" sikap Emak sewaktu dahulu!
 
Dan... aku juga tidak mahu keadaan ini berterusan dan berbalik kepada anak-anakku pula. Justeru itu.. aku berusaha memperbaiki diri menjadi seorang Mama yang prihatin, lemah lembut dan juga memahami. Dan aku akan sentiasa memastikan perananku sebagai seorang Mama diperbaiki..di"upgrade" agar suatu hari nanti.. tanggungjawab ku memikul amanah Allah ini terlaksana..
 
Aku berharap.. agar anak-anak ku menjadi seorang anak yang soleh dan solehah di dunia & di akhirat..yang bisa membanggakan aku sebagai Mamanya dan suamiku sebagai Ayahnya...
 
Untuk Emak...
Ida memohon keampunan atas setiap kelukaan yang Emak rasakan selama ini. Mohon ampun dan maaf...
 
Untuk Anak-anak Mama...
Mama dah cuba sehabis baik untuk menjadi Mama yang terbaik untuk kalian.. Harapan Mama..agar anak-anak Mama..menjadi anak yang soleh dan solehah.. Tidak lupakan Mama dan Ayah..dan jadilah hamba Allah yang sentiasa taat perintahNYA... 

No comments: