Dugaan Perkahwinan...


Hmmm... tetiba terasa nak share dgn korang semua tentang dugaan-dugaan perkahwinan nihh.. Bukan lah nak  bermegah dgn usia perkahwinan yang baru 18 tahun nihh.. tapi.. tak salah kan kalau sebagai "kakak" nak berkongsi-kongsi experience & nasihat.. dgn adik-adik semua yg bakal dan sedang melayari bahtera perkahwinan.. 

Dan juga sebagai peringatan diri sendiri juga... agar sentiasa memastikan perkahwinan ini berkekalan sehingga hujung nyawa....



 Tahun pertama perkahwinan adalah masa-masa penyesuaian pasangan. Orang kata...penyatuan dua kepala dan mengenepikan kepentingan yang bersifat individu serta menjadikan satu kepentingan atas nama bersama. 

Huh.. memang tough tahun pertama yang aku lalui.. Maklumlah.. kahwin muda! Inchik hubby lak cuma setahun jer beza usianya. Masa penyesuaian ini lah ... boleh jadi penuh dugaan dan memerlukan banyak pengorbanan. 

Satu yang korang patut ingat..ialah penyakit EGO dalam rumahtangga. Hahh... penyakit nie memang payah nak ubat.. Memang memerlukan banyak pengorbanan daripada kedua-dua belah pihak sebab.. penyakit ini akan dihidapi oleh kedua-dua pihak jugak!

Kalau sayangkan rumahtangga... kurang2 kan lah EGO tuhh.. Tak de salahnya untuk tunduk dan mengakui kesalahan diri demi keharmonian dan kelangsungan rumahtangga. Tapi... untuk kes aku...rasanya..aku lebih mudah cari penyelesaian dengan berdiam diri dan akur saja dengan segala pendapat inchik hubby walau memang banyak menyimpan rasa di dalam hati! 

Memikirkan inchik hubby pun muda (walaupun aku pun muda gak masa tuhh!) dan merasakan usianya bagi di tahap seorang lelaki memang agak kurang matang.. maka aku lebih banyak beralah dan bersabar.. 

Hehehe... rasanya payah kot..isteri2 muda sekarang ni... nak ikut stail aku nihh.. Agak2.. korang larat tak nak layan suami yang kepala angin, panas baran, cakap lepas dan banyak mengarah isteri buat itu buat ini ..?? Dan segala urusan semuanya kena berdikari sendiri...?

Hehehe... mungkin ada..tapi tak ramai...kan?? Mungkin kelebihan yang ada pada aku adalah..aku nie..memang PENYABAR! Arwah Abah aku cakap..tak rugi orang yg penyabar nie.. Walaupun hati kita sakit.. Walaupun lamaaa.. sangatttt kita dianiaya...tapi..IN SHAA ALLAH... satu hari nanti.. ALLAH akan tolong kita.. ALLAH akan tunjukkan jalannya...  Tak ingat... doa2 orang teraniaya akan dimakbulkan ALLAH..cuma cepat atau lambatnya sahaja..!

So.. berbekalkan nasihat arwah Abah itu... aku kuatkan hati dan semangat..melayari bahtera perkahwinan ini walau bagaimana payah sekalipun...

Namun... dugaan ALLAH bukan satu..bukan dua... tetapi... banyakkk sangat yg datang menduga... !

Lepas memasuki 10 tahun perkahwinan... ku kira.. aku boleh menarik nafas lega sebab..memikirkan kami sudah masuk satu fasa perkahwinan yg kukira betul2 LULUS UJIAN perkahwinan... huhuhu...rupa2nya... aku bakal memasuki fasa2 yg lebih mencabar mental dan jiwaku!


Hahaha... agak2 korang.. nape lepas 10 tahun perkahwinan, perlu ada lagi dugaan yg kita kena tempuh? Besar jugak dugaan tuhh... Silap haribulan..kalau tak kuat... memang bercerai-berai jadinya...!

Hmm..ikut pengalaman aku lah, di usia perkahwinan begini.. di pihak isteri.. perhatian dan sayangnya lebih tertumpu kepada anak2..Kalau yg bekerja tuhh.. dia terpaksa berbagi2 kan masanya untuk kerja dan keluarga. Tapi..memang banyak kat anak2 lah.. dan..kurang skit kat suami. 

Mungkin tak jadi hal kalau suami memahami dan saling bantu-membantu and at the end.. dua2 menyedari mereka sama2 kehilangan perhatian dan kemesraan. Tapi... bagaimana pula dgn suami yg memang sejak azali lagi begitu tegar EGO nya.. Semuanya mengharapkan isteri memahamiisi hatinya?? Hah... suami yg begini laa pegi carik perhatian dan layanan kemesraan di luar..  

Biasanya...sang dara laahh yg jadi sasaran.. Hmm... memang kena lah kan.. Si suami yg sememangnya ada experience dan skill caring2 dan mengayat nihh..dah tentu2 laa.. si dara terpaut hati sebab ada orang yang begitu memahami dan melindunginya sentiasa.. hatta..memayungi jugak..! Yea laa.. yg di pihak suami.. dah tentulah time tuhh pendapatan pun dah stabil, kerja pun dah mengancam ... yea tak..? 

Yang si suami ni pulak.. bila sudah ada orang yang rajin melayani (dara apatah lagi!)..huh.. tentulah suka hati..!Time nie laa tunjuk skill.. sanggup menjadi pendengar setia setiap keluh kesah si dara.. menasihati dan menunjukkan caring yg terlebih2 tanpa menyedari yg si isteri nie..berhempas pulas laa seorang diri membahagikan masa antara kerja dan keluarga.. Time nie.. tengok muka isteri.. macam dah "kosong".. x der feel lagi..! Bangun pagi..bersemangat nak pegi kerja sebab boleh tatap wajah si dara yg mendamaikan jiwa..

Komunikasi antara isteri pun menjadi kurang.. Kalau dalam telefon.. cakap lebih kurang jer.. tak pun.. paling tidak..jawab "k" saje..! Tapi... kalau dengan si dara.. ber sms panjang berjela.. bergayut sakan di telefon.. yea laa... umpama kembali semula di zaman bercinta!

hahaha.... itu lah yg sering terjadi (may be tak semua!) pada kaum suami di dalam fasa 10 tahun perkahwinan.. Untuk kes aku... ada sikit persamaan di situ.. Namun... bila ada satu "kejadian" (yg tak boleh aku nyatakan di sini) berlaku... akhirnya menyedarkan inchik hubby sendiri.. dan ianya kembali normal semula...

Ehh..tapi korang jangan ingat dugaan ini berlaku pada si suami saje tau... hehehe... si isteri juga tidak terkecuali..! Dah namanya dugaan perkahwinan... So.. dugaan yg datang.. bukan untuk suami saje.. untuk isteri jugaa punn adaaaa....! :)

Di pihak isteri pulak... bila si suami dah mula buat perangai... si isteri mula rasa jauh hati dan makan hati.  yang akhirnya.. segala masalah yg terpendam diluahkan pada teman sepejabat. Biasanya diluahkan pada offismate lelaki dgn niat.. hanya lelaki sahaja yg fham mengapa si suami tu buat perangai.. 

Nasib tak baik... yg si tuan penasihat tu pun.. ada problem yg sama.. kurang perhatian dan kasih sayang dr isterinya..! Maka.. bila sama2 ada problem yg sama.. mestilah sama2 memahami perasaan yg dialami kan! Makanya.. wujudlah satu perasaan terlarang.. yg sukar diungkapkan..hanya mereka2 yg memahami dan mengalaminya sahaja yg mengetahuinya...

Untuk kes aku... huhuhu.. dugaan berat datang bila.. ada lelaki2 yang berstatus suami orang..dan juga bujang cuba menawan hatiku! Boleh gitu?? Hmmm... sekali dengar macam bangga tapiiii.... perghhh... itulah dugaan yg paling berat aku alami dan cuba hindari..

Tapi korang.... ingatlah... tak ada masalah yg tak boleh diselesaikan.. Jangan benarkan EGO menguasai diri.. Pesanku.. kalau ada anak... maka sematkan di hati.. bila ada sesuatu masalag antara kita suami isteri.. INGATLAH ANAK2..! Tanyakan pada diri sendiri.. anak2 ada atas penyatuan jiwa dan cinta kita suami isteri. Cinta yg wujud adalah sebab kita sendiri yg mencari.. bukannya atas arrangement parents kita. So.. kalau cinta itu kita yg cari mengapa kita nak buang begitu saje? Hadapilah segala risiko yg ada. Kita yg mencari "cinta" itu. Maka terimalah buruk baiknya. Kita juga perlu ingat.. kita bukanlah sesempurna mana pun kalau kita nak menyalahkan pasangan kita.

Untuk kes aku... 
Aku akan sentiasa ingat..ANAK-ANAKku.. Aku tak sanggup anak2 aku menerima kesannya jika perkahwinan ini tidak ku pertahankan sebaik2nya. Aku sanggup beralah dan makan hati daripada melihat anak2 aku menderita dan kurang kasih sayang. Aku percaya.. jika aku kuatkan hatiku.. sabar.. ALLAH akan sentiasa menolong aku. 

Untuk isteri2 di luar sana...  BERSABARLAH.. dalam setiap perkara. Rendahkan EGOmu. Sedar sape diri kita bila di hadapan seorang suami.. In Shaa Allah.. kita takkan rugi.. 

Untuk suami2 juga... Jangan tinggi sangat EGOmu.. Belajar memahami perasaan dan menghormati isteri jika mahu isterimu menghormati kamu. Ingatlah... sesabar mana sekalipun hati seorang isteri itu... ianya ada had. Jika had kesabarannya sudah lupus... bersedialah menerima kebarangkalian yg tidak terduga olehmu.

Aku... sekadar berpesan... berkongsi... sambil menyedarkan diri juga.. agar terus bertahan dalam mengukuhkan keharmonian perkahwinanku ini sehingga akhir hayat...




No comments: