Teringat masa zaman sekolah dolu... bila cikgu tanya.. "Apa cita-cita kamu?"
Selalunya jawapan standard yang diberi.. "Nak jadi cikgu lah!" Hahhaaha... dah contoh ada di depan mata..kan! Logiknya... mana laa kita nak tau apa kita akan jadi di kemudian hari. Soalan cikgu pun macam tak relevan.. Mana laa kita boleh ramalkan apa yang akan terjadi pada kita di masa akan datang.. ye tak??
Cuba..kalau cikgu tanya begini : .."Cuba kamu bayangkan dalam kepala.. apa yang kamu nak atau impikan kerjaya kamu suatu hari nanti?" Hahh... baru jelas dan terang... Bila disoal begitu.. baru lah banyak yang berlegar di minda apa yang diimpikan..!
Kat sekolah rendah.. cita-cita aku memang consistent.. "Cikgu" "Akauntan" dan "Peguam".. walaupun hakikat sebenarnya.. aku sendiri tak tau camner keje sebagai Akauntan dan Peguam tuhh..! Ya laa... aku ingat lagi.. selalunya, cikgu suruh isi gak pilihan cita-cita dan wajib kena isi 3 pilihan. Tu pasal main taruh jer tuhh..!
Bila masuk sekolah menengah... hehehe.. minda sudah semakin terbuka dan berkembang gitu! So.. masa nak pilih cita-cita tuh.. of coz laa kena fikir dulu gak kan..!
Kali ini... "Cikgu" merupakan pilihan terakhir! hehehehe... Biasanya.. pilihan favourite adalah.. "wartawan" dan "businesswoman" ... wahhh... kononnya laa..!! Pernah gak terfikir nak jadi "pekerja bank" tapi tiba2 terlintas di fikiran... nanti bila kerja kat bank, tiba2 datang perompak terus tembak semua pekerja bank?? Kan mati sia2 nanti!.. hahahhaha.... bole gitu??
And now... setelah 20 tahun meninggalkan alam persekolahan.... aku kini bekerja di Bank! Hehehe....
\Ghope nyerr.. tak lah seburuk yang aku sangkakan bila kerja di Bank ni tapi... tak laah sebagus yang aku impikan sebelum ini... Well... manusia tak pernah rasa puas bila mendapatkan sesuatu.. Inilah TAKDIR yang aku harus tempuhi..
Mungkin... jika TAKDIR ku sebaliknya.. iaitu..arwah Abah tidak meninggal dunia... mungkin aku bisa menyambung pelajaranku ke peringkat yg lebih tinggi sehingga tercapai impianku untuk bergelar wartawan..atau bekerja di bidang yang berkaitan dengan penyiaran. Dan.. mungkin juga..aku tidak akan mengenali suamiku kini..atau mungkin jodohku dengan orang lain..
Itu yg MUNGKIN terjadi dan kebarangkalian bila takdirku sebaliknya.. Namun... perancangan ALLAH rupanya lebih hebat dan lebih indah dari apa yang aku sangkakan...
Dan... aku sebenar-benarnya amat bersyukur dan redha atas apa yang ALLAH aturkan takdirku ini.. Aku amat bersyukur ya ALLAH...Moga..aku masih lagi mendapat perhatian dariMU dan aku redha.. setiap ujianMU..adalah kerana KAU masih sayangkan aku... ALHAMDULILLAH....!
No comments:
Post a Comment