Kisah di bulan Ramadhan..


Citer pasal Ramadhan ni..memang seronok.. Tak kira tentang apa.. pasal kerenah anak-anak ketika berpuasa, fadhilat bersolat terawih di bulan Ramadhan, tak kurang juga gelagat orang dewasa ketika berpuasa hatta pelbagai kisah sukaduka rumahtangga di bulan puasa.
Hehhee… bila sentuh bab kisah rumahtangga ni..mesti orang dah bolehagak – SISTEM GILIRAN untuk menyambut hariraya. Tahun ni beraya kat rumah mana? Rumah sendiri ke.. rumah mertua? Tahun ni.. giliran siapa? Giliran si suami atau si isteri?
Huhu… bagusnya jika ada persefahaman dan masing-masing boleh bertolakansur dalam hal sistem giliran nihh…   
Namun yang peliknya, walaupun dah set kan atau dah sign MOU masa mula-mula kahwin dulu… pun masih boleh lagi timbul tak puashati di hatimasing-masing sehingga menimbulkan pertengkaran suami isteri.
Walau pagi2 lagi dah mintak maaf zahir dan batin antara sesama pasangan tapi..mood “dingin” tu tetiba boleh switch lak!
Yang takbestnyaa..anak-anakjadik mangsa.. terpaksa layan sikap merajuk makbapak mereka yang tengah perang dingin.. Sedara-mara dari keluarga masing-masing pun ikut terbabit sebab “lemas” dengan sikap salah sorang dari pasangan yang melancarkan “mogok” atau tunjuk muncung panjang dan senyum ala-ala terpaksa di depan mereka disebabkan ketidakpuasanhati antara pasangan.
Mood raya yang sepatutnya happy dan meriah bila jumpa sanaksaudara..jadik down nengok drama sebabak mereka!
Hmm… cubajadik cam aku…! Aku tak pernah mengamalkan sistem giliran nihh..Selama 17 tahunberkahwin… setiap kali menyambut raya..takkira Aidilfitri atau Aidiladha.. pasti kami akan menyambutnya di rumah MERTUA walaupun hari-hari aku akan ke rumah mertua (sebab tinggalkan anak-anak kat rumah mertua sementara aku bekerja) danjarak rumah mertua dengan rumah sendiri pun jauhnya tak sampai 5 batu!
Aku pun masih ada mak lagi yang tinggal di Port Dickson. Namun kebiasaannnya bila hariraya, emaklebih prefer beraya di kampong di Melaka kerana sunyi.. takada Abah di sisi. Dan kami adik-beradik akan balik ke kampong di Melaka juga untuk bertemu Emak dan saudara-mara.
Persoalannya… kenapa aku tak kisah??
Huhu… bohonglah kalau aku katakan yang aku tak ada sekelumit perasaan “terasa” ataupun kecikhati mahupun sakit hati bila tiap-tiap tahun di hariraya pertama, rumah suamijuga yang kami tuju.
Bohonglah jugak kalau aku katakan yang aku ni isteri mithali yang hanya menurut perintah suami tanpa ada apa-apa perasaan terkilan di hati..huhu.. manalah nak dapat isteri sebaik tu di zaman serba mencabar ni kannn..!J


Hmmm…mungkinjugak factor sambutan dan suasana beraya di rumah mertua lebih meriah jika dibandingkan dengan sambutan di kampungku di Melaka. Anak-anakaku pun lebih suka beraya di rumah mertua kerana mereka memang membesar di sana, malah kawan-kawanjuga ramai. Di kampungku pula, mereka tidak mempunyai ramai kawan-kawan, malah aku pula tidak mengenali segelintir saudara-mara serta sepupu-sepupuku yang sedang membesar. Huhu..bayangkanlah.. kalau berlanggar bahu dengan mereka bila berjalan kat KL nie.. entah-entah kenal pun tak..! Haru sungguh..!!
Pernah aku dan suami merancang nak sambut raya pertama di kampungku. Petang raya tu..baru nak bagi tau tentang cadangan kami.. emak mertua aku dah tunjuk muka sedih dan kesian.  Yaa.. aku faham.. suami aku adalah anak lelaki danjuga anak sulung dalam keluarga. So, tanggung jawab dia memang besar dalam keluarga itu.  Sebagai isteri, aku cuba menjadi isteri yang terbaik dan menantu yang menyenangkan untuk keluarga suami.  Bila emakmertua dah buat muka macam tuhh.. suami pulak asyik dok  pandang2 jeling2 kat aku seolah-olah mintak simpati dan menyuruh aku buat decision.. akujadi serba-salah.  Knowing them.. especially my hubby.. rasanya.. lebih baik aku beralah....!
Aku tau impaknya jika aku berkeras nak balik ke kampung ku waktu tu nanti..  Memang boleh kalau nak balik pun... tapi aku sendirijugak yang lemas nengok muka monyok suami dan kepala angin dia..
Penyelesaiannya..biarlah begitu. Malas nak sibuk2 mempertahankan “hak”..! Asalkan..aku dapat balik ke kampong takkiralah hariraya kedua atau keberapa.  Janji dapat balik…! Rasanya..dengan keputusan begini.. semua orang suka dan bersetuju.. suami.. anak2..mertua.. iparduai..
Rasanya juga..di pihak emak dan saudara-maraku, mereka juga boleh terima keputusanini. Malah, macam tau2 jer.. bila raya kedua.. aku & familyku PASTI akan berada di kampong.
Buat suami isteri yg mengamalkan system giliran balik kampong.. teruskan seperti biasa. Jgn gaduh2.. yg penting saling bertolakansur.. Cuma..kita perluingat satu perkara..  suatu hari nanti.. bila kita dah tua, anak2 dah ada family sendiri.. jgnlah expect mereka pun buat giliran mcm yg kita amalkan sebelum ini.  Lain org lain pula kerenahnya..Tak mustahil.. salah satu anak kita menetapkan yg kita plak yg kena beraya kat rumah mereka di hari raya pertama! Huhu.. segalanya berkemungkinan kann

No comments: