Alhamdulilah... daripada rasa antara yakin dgn tidak.. akhirnya aku LULUS dan seterusnya dengan rasminya menjadi PERUNDING UNIT AMANAH atau bahasa inggerisnya; unit trust consultant (UTC) untuk P*** M*** Bagusnya, aku mengambil ujian itu sebaik sahaja aku baru selesai menjalani tempoh berpantangku.
Memang gementar memula nak carik prospek dan memberi penjelasan kepada mereka ttg apa itu unit amanah. Apatah lagi, kadang-kala terasa "kaku" bila cuba meyakinkan prospek tentang kebaikan menyimpan dan melabur dalam unit amanah ini.
Namun.. berkat personal coaching dari upline Alin dan kesungguhanku mencari rujukan termasuk membaca blog2 yg berkaitan yg banyak memberi tips2 & panduan tentang seribu persoalan mengenai unit trust ini.. akhirnya rasa kaku & kekok itu hilang begitu sahaja.. Malah, aku sudah mula jatuh cinta dalam bidang ini..
Aku suka berkongsi sesuatu yg baik dan memberuntungkan kepada kengkawan semua.
Aku tidak kisah..samada mereka bersetuju atau tidak. Yang penting.. aku sudah menjalankan tanggungjawab aku; memberi kesedaran tentang bagusnya mereka merancang kewangan mereka.
Aku percaya, dalam 10 orang yg aku jumpa, pasti ada seorang yg berminat. Untuk itu, aku target.. setiap hari mesti paling kurang seorang yg akan aku jumpa & cuba memberi penerangan ttg unit trust ini. Dan alhamdulillah.. apa yg aku doa dan harapkan tidak pernah dikecewakan. Dalam masa 2 bulan, aku berjaya mendapat sales untuk Skim Simpanan EPF sebanyak hampir RM100,000! Bagus tak??
Aku bangga dengan pencapaian diriku sendiri kerana bagi seorang UTC yg baru, untuk mendapat sales yg bagus teramat mencabar.
Cabaran nya bukan dari luar tetapi dari keluarga terdekat sendiri! Aku terima dengan positif tentang aspek penolakan dalam setiap sales yg kita buat. Namun, agak kecewa kerana penolakan dari keluarga terdekat tanpa memberi aku peluang untuk bercerita lanjut tentang kebaikan unit trust ini sungguh menyedihkan.. :-(
Rasanya.. amat mudah berurusan dengan kengkawan mahupun prospek yang baru dikenali.. kerana mereka semuanya berfikian positif dan terbuka. Malah, hanya mendengar nama P*** M*** ini sahaja, mereka terus berminat untuk menyertai tanpa banyak soal.
Dalam rasa terkilan dan sedih itu, aku akhirnya akur bahawa bukan rezeki ku pada mereka.. Mungkin rezekiku banyak pada kengkawan dan prospek2 yg baru aku kenali. Itu lebih baik daripada aku sakit hati dengan keluargaku sendiri...!
Ya... kalau sudah rezeki tak ke mana.. Yg penting.. aku harus meneruskan langkah ke depan lagi untuk maju ke hadapan. AKu harus melebarkan sayapku untuk menerokai bidang yang suah mula bertapak di hatiku ini. Dalam masa yang sama, kerjayaku aku di bank HSBC masih kuteruskan. Jika suatu hari nanti.. bidang unit trust ini dapat memberikan aku kebebasan kewangan dan kehidupan bahagia.. aku tidak akan teragak-agak untuk memilih bidang ini sebagai kerjayaku.
Moga ALLAH memberiku rezeki yang melimpah ruah dalam bidang ini... dan menemukan aku sesuatu yg aku cari-cari selama ini. Tetapkanlah pendirianku, permudahkanlah segala urusanku dan serlahkan keyakinan dalam diriku agar aku terus berjaya dalam bidang ini... AMINNNNN....
No comments:
Post a Comment