21 JULY 2012...hari dan tahun pertama kami menyambut Ramadhan bersama sikecik, NUR MUHAMMAD HARIZ.. huh..lama dah tak merasa kecohnya suasana berbuka puasa dan bersahur bila ada baby bersama..!
Bermula waktu sahur..biasanya seperti kebiasaan, aku akan bangun seawal 4.30 pagi untuk memasak lauk bersahur. Pukul 5.00pagi, hidangan selesai dan kami menikma sekeluarga. Namun tidak untuk tahun ini.. pukul 4.30 pagi, time tu lah Hariz terjaga untuk menyusu. So, kecohlah kejap jadinya awal2 pagi tu. Tetapi.. masih boleh manage lagi. Nasib baik Hariz terjaga untuk minum susu jer..lepas tu dia tidur balik. Mudahlah aku berurusan.
Ketika waktu berbuka, situasi tidaklah sekecoh yang aku bayangkan. Seperti kebiasaan aku akan pastikan hidangan tersedia di kami sekeluarga. Bezanya untuk tahun ini.. selepas memastikan hidangan siap terhidang, tumpuan terus pada Hariz yg seperti tau-tau jer kami semua nak berbuka. So.. dia dah standby sambil relax-relax dok menyarap memandang kami makan! Hehe..nasib baik dia tak banyak ragam. Aku cuma perlu makan dan duduk di sebelahnya sambil melayannya.
Begitu juga ketika menunaikan solat terawih. Hariz kutinggalkan di dalam jagaan bibik di rumah mak mertua. Alhamdulillah aku dapat menunaikan solat terawih dengan sempurna. Sebelum ini.. aku membayangkan yang aku mungkin tdak dapat menunaikan solat terawih sebab dah ada baby. Namun semua itu tidak spt yang aku bayangkan.
Bersyukur kehadrat ALLAH..kehadiran Hariz sebenarnya tidak pernah membebankan kami. Dia seperti memahami Mamanya berpuasa dan tidak pernah membuat kerenah. Mama tau.. anak Mama ni.. anak yang baik, soleh, pandai dan hensem... Saaayyangggg anak Mama!
Insyaalah... aku dan juga keluarga kami semua tidak sabar-sabar untuk meraikan Aidilfitri yang pertama bersama Hariz.. Sesungguhnya.. kehadiran Hariz sememangnya membawa pengertian yg besar buat kami semua.. SYUKUR kepadaMU ya ALLAH..kerana mengurniakan kami permata berharga seterusnya melengkapkan lagi kebahagiaan kami sekeluarga...
No comments:
Post a Comment