Kalau ABAH masih ada...

 
           ABAH…. !!
Entah mengapa..bila sebut saja nama tu automatik hati  rasa hiba.. rasa sayu.. rasa rindu… pada lelaki yang satu-satunya aku panggil nama itu di dunia ini.. Siapa lagi kalau bukan armarhum ayahanda tercinta.. HARON BIN IBRAHIM.
Ya ALLAH..selagi nadiku berdenyut selagi itu jugalah aku tidak akan lupakan ABAH.. perwatakan dia.. setiap gerak-geri dia.. kata-kata dia… dan juga segala kasih sayang dia!
Walau aku dapat menerima hakikat pemergiannya..menerima ini sebagai dugaan untuk kami sekeluarga tetapi aku sering tertanya-tanya.. mengapa cepat sangat ABAH pergi dari  kami? Biar pun cara pemergiannya sedikit sebanyak menyejukkan hati kami ..tapi sebenarnya ianya tidak dapat meluputkan persoalan itu dari kotak pemikiranku.
Di saat aku memerlukan ABAH di sisi..dia tiada di sisi untuk memberikanku kata-kata semangat, meniupkan semula semangat dan jiwaku yang semakin goyah dek dugaan hidup yang  mencabar..
Haii.. beruntungnya orang-orang yang masih ada abah, ayah, papa, walid atau apa saje gelarannya..! Raikanlah dan ceriakanlah hati bapa-bapa anda semua.. selagi mereka masih ada di sisi.. Belalah kehidupan mereka sewajarnya..Tak usah berkira sangat denga nmereka sebab selama kita membesar dengan mereka pun.. tak pernah dia berkira tentang berapa banyak dia berhabis untuk kita. Malah dia sanggup kerja lebih masa atau melakukan lebih dari satu kerja semata-mata tidak mahu anak isteri mereka kelaparan atau pun terabai..
Kalau lah ABAH ada lagi...akulah anak yang paling bahagia..Padanya sahajalah tempat aku mengadu akan segala masalahku. Pastinya, dia akan sudi mendengar, menasihat dan menegur ku jika aku tersilap langkah.. 
Kalau lah ABAH masih ada.. pastinya anak-anak aku yang paling gembira kerana mereka mempunyai Atuk yang begitu mesra dan penyayang..
Kalau lah ABAH masih ada.. sudah tentu suamiku juga turut berbangga kerana mempunyai bapa mertua yang begitu sporting dan penyayang..

 
Ya ALLAH... namun semua itu hanya sekadar angan-angan yang TIDAK akan mungkin menjadi kenyataan.. 

Aku benar-benar rindukan  ABAH…! Ya ALLAH..hanya KAU sahaja yang memahami derita batin ku ini..Jadikanlah aku hambaMU yang bertakwa, yang redha atas segala urusan takdirMU… Janganlah aku menjadi hambaMU  yang tidak bersyukur atas nikamt yang KAU beri..
Tetapkanlah imanku.. Moga aku berterusan mengutuskan kiriman doa dan sedekah jariah atas nama ABAH selagi hayat dikandung badan. Moga aku tetap menjadi anak yang solehah yang sentiasa mendoakan agar roh ABAHnya tenang dan ditempatkan di makam yg tertinggi bersama-sama orang yang soleh... AMINNNN...

No comments: