Hati Seorang Mama (4)

Hari terakhir kami di bumi kenyalang ini. Setiap detik yg berlalu, hatiku berdebar2.. Seawal pagi, aku & hubby ke kolej dan mnjemput si kak long serta dua orang roomatenya utk bersarapan.

Selesai bersarapan, kami jln2 di Pantai Temasya, Tanjung Batu Bintulu. Mmg cantik pantai nya. Dah puas bergambar sakan, kami round2 di bandar dan beli sedikit cenderahati. Dah nk balik ni..baru jumpa kedai2 yg menjual dgn harga murah. :p

Selesai mkn tghari..kami lepak2 di kolej kak long. Berbual dan memastikan apa lg brg2 keperluan yg x cukup. Dlm pukul 5 ptg, inchik hubby dh bg isyarat nk gerak balik. Flight dlm kul 7 ptg gitu. Nak gi airport dan urusan penyerahan kereta sewa semua.. makanya pukul 5 ptg adalah waktu yg sesuai.

Dan...tibalah masanya utk aku melepaskan anak daraku pergi dan hidup berseorangan di perantauan. Ya Allah...hanya Tuhan sahaja yg tahu hatiku sedih & sayu bagaimana. Selama hampir 18 thn dia membesar di depan mataku dan kini...

Bukan aku x boleh terima kenyataan tapi..ahhh.... Aku peluk kaklong erat2..begitu juga dia. Dlm cuba mengawal emosi..akhirnya kami berdua menangis hiba.. Inchik hubby dah sound semacam..jgn nangis lebih2 dpn kak long, nnti dia sedih & x boleh berdikari.

Kutahan sebak di dada namun hiba seorang mama yg bakal kerinduan terhadap anaknya tak boleh ditahan2..Sudahnya ..tangisan itu berlarutan sehingga ke dlm kapal terbang yg membawa kami pulang ke KL.

Tinggal yea Kak Long.. Jaga diri..Jaga peribadi.. Doa Mama & Ayah sentiasa mengiringimu di dlm setiap solat & setiap detik. Moga Kak long mnjadi anak solehah yg membanggakan kami berdua.. Aamiin..





4 comments:

Midlife Mom said...

Saya faham apa yg puan rasa..

Sebab anak sulung saya pun daftar di UPMKB 11 Jun hari tu..

Tak sabar nak tunggu dia balik raya minggu depan =)

Unknown said...

anak saya pun di upm bintulu..
course diploma pengurusan perladangan pemakanan.. sekarang dah semester 3...
sama je perasaan dgn puan...

Aida Adia said...

hi midlife mom...entah2 anak kita berkawan..;)
sama2 laa kita doa agar anak2 kita sihat sejahtera, pandai jaga diri & peribadi dan yg paling penting...we as a parents should always keep in touch with them. Kan..

Aida Adia said...

happy bila dpt tahu rupanya perasaan saya sama jer dgn perasaan ibu2 semua...
kekadang terasa saya ni mcm ter over plak! ;)