08 JUN 2014 (Hari Pendaftaran)
Seawal subuh 6.00 pagi aku sudah terjaga. Namun agak terperanjat bilaku lihat di luar jendela hotel, matahari sudah mula mahu menonjolkan diri. Eh! Biar betul! Aku lihat jam sekali lagi..betullah..pukul 6.00 pagi! Tapi nape nampak macam dah nak pukul 7.00 pagi? Terang sudah!
Confius sekejap tapi baru teringat..eh..ni kan kt Sarawak. Masanya sama dengan Semenanjung tapi Sabah & Sarawakkan dekat dgn Indonesia yg bezanya 1 jam awal dgn Malaysia. kihkihkih.....
Cepat2 aku memberitahu anak daraku "Haa..pas ni jangan ko terlajak bangun lak nak gi kuliah kak long.. Paling tidakpun ko mesti bangun pukul 5.00 pagi. Ni pukul 6.00 pagi kira mcm nak abis waktu subuh dah ni.. Tapi yg bagusnya nanti waktu berbuka puasa, korang untunglah sbb berbuka awal.. seawal pukul 6.40 ptg."
Kami singgah breakfast kat satu kedai mamak (depan hotel) sebelum ke UPM. Tak tahu nak makan apa, so..kami bertiga makan roti canai dan teh tarik. Selesai mkn, inchik hubby bayar. Sampai dlm kereta, dia tanya; "Teka berapa harga breakfast kita tadi?" "Hmmm...dlm RM12 kot", jawabku sambil meneka mungkin makanan di sini agak mahal sbb brg2 kat sini pun mahal2 belaka. "RM12?? Haa...terbalikkan nombor tu..Tu laa harga breakfast kita," Jawab Inchik Hubby. "Apa? RM21?? Utk 3 keping roti canai dan 3 gelas teh tarik? Ni bukan mahal...tapi gilerr mahal!" Aku terkejut. "Haa...tau tak per!!" Balas Inchik Hubby.
Dalam hati dah terfikir, camnerlah anak dara aku nak hidup di tempat yg serba mahal begini..
Tanpa proper guidance, kami pun bertolak ke UPM dgn selambanya. Alhamdulillah..setelah dua tiga kali tersalah jalan, kami pun tiba ke destinasi dlm pukul 8.30 pagi.
Memasuki kawasan UPM yang...maha luas & besar itu membuatkan aku pulak yg teruja! kihkihkih...Kami masuk dewan Sri Kenyalang utk urusan pendaftaran. Time cenggini laa teringat lak masa urusan pendaftaran aku di Poly dulu. Time tu..segala urusan aku sendiri yg buat. Hmmm...namun bila dikenang ianya mmg amat berharga sekali..
Urusan pendaftaran selesai dlm pukul 1 ptg (punyalah lamanya!).. Kami bergegas ke asrama. Anak daraku tinggal di Kolej Sri Rajang Bangunan 'I'. Tingkat 1. Bilik 104. Hmm..tpaksa bkongsi bilik dgn 2 org lg pelajar. Menolong mengemas apa yg patut dan ptg itu akhirnya dpt juga berjumpa dgn dua org lg roomate si kaklong ni.. Alhamdulillah...bila dh berjumpa nmpak mereka bertiga serasi dan sekepala.
Berpeluang juga dpt berkenalan dgn ibubapa salah seorang roomate kaklong (Aqilah) dr Pahang. Mereka nk balik Semenanjung esok pagi. So..mlm tu kami semua diajak mkn mlm bersama. Sebelum tu kami ke pekan membeli brg2 kelengkapan asrama yg masih belum dibeli. Tu diaaa...harga brg2 semua mahal tak hingat! Setakat payung yg kat sini boleh dibeli dgn harga RM9.90 tapi kat sana...masyaallah...RM39.90!! Boleh gitu??
Malamnya...spt yg dijanjikan..kami semua ikut ibubapa Aqilah mkn di satu restoran melayu. Rupanya mereka ada kwn baik yg tinggal di Bintulu ini. Mereka semua adalah cikgu yg mengajar di sekolah sana. Cikgu Nazri dan isteri yg baik hati sudi menjadikan Aqilah dan si kak long sbg anak angkat. Jika ada masalah boleh call mereka suami isteri bila2 masa sahaja. Alhamdulillah..sekurang2nya..kami semua lega ada jugak penjaga utk anak2 kami di perantauan.
No comments:
Post a Comment