Assalammualaikum...
Bersyukur atas nikmat kurniaNYA atas rezeki yg kuperolehi selama ini. Diam tak diam dah setahun sudah kelahiran SAYA TETAP NAK AWAK di persada pasaran.
Siapa sangkakan dlm masa setahun sahaja, SAYA TETAP NAK AWAK menerima perubahan besar apatah lagi kpd penulisnya. Dari rasa 'give up' & frust dgn kedua2 novel sblm ini (diterbitkn oleh publisher lain), semangat utk menghantar manuskrip ke penerbit lain mcm lemau saje. Akhirnya dgn bantuan seorang rakan baik, manuskrip Warna2 Pelangi diterima oleh pihak Karangkraf. Namun atas permintaan pasaran, Warna2 Pelangi telah ditukar tajuknya kpd SAYA TETAP NAK AWAK.
Alhamdulillah..sbg org baru dlm dunia penulisan, mendapat sambutan yg sebegini "wallaahhh" drpd pembaca pun sudah berjuta kali syukur. Tak expect pun SAYA TETAP NAK AWAK diterima pembaca. Moga semuanya teruskan memberi sokongan agar semangat yg ada ini dpt dimangkinkan berterusan dlm mnghasilkan karya2 yg lebih debooom lagi. Aamiinnn..
Meh review balik apakah momen2 manis untuk SAYA TETAP NAK AWAK spanjang setahun dilahirkan ini:-
1) Antara jualan terbanyak top 10 di Jualan Gudang Karangkraf Sept13,
2) Antara top 10 best seller Buku Prima Aug13,
3) Antara novel yg terpilih untuk diadaptasikan ke drama/tele filem,
4) Tercalon dlm 3 katagori di Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013 : Novel Pilihan Terbaik, Cover Novel Terbaik & Penulis Harapan Terbaik
5) Menerima penilaian 4 bintang dlm kolum Buku Pilihan di akhbar Berita Harian Oct13
6) Antara novel best seller di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014
7) Memasuki cetakan kedua dlm masa 6 bulan di pasaran.
8) Selebihnya...teramat bersyukur kerana SAYA TETAP NAK AWAK diterima pembaca.
TERIMA KASIH KEPADA YANG MENYOKONG KARYA AIDA ADIA..
No comments:
Post a Comment