Assalammualaikum...
Entry kali ini dan seterusnya akan ada sekuelnya..Cheewahh.. mentang2 novelis..semua perkara yg nak dikongsikan pun ala-ala penceritaan novel plak! ;p
Yang sebenarnya excited nak citer anak sulung kita masuk U! Hahaha...bajet jer Mama sorang ni! Actually niat kita ni baik tau..manalah tau..sok2 anak2 korang lak masuk U atau study kt overseas tuhh..sekurang2nya dptlah tau apa yg dirasakan oleh seorang Mama or parents mereka. Bagi anak2...haaa..hayatilah perasaan parents korang ttg kejayaan anak2 mereka sbg panduan. Dunia ini berputar. Suatu hari nnti, kita juga akan merasa apa yg dilalui oleh parents kita. Ehh..dah melalut dh ni.. Okey...its a story time!!...
"Mama..kak long dpt masuk U!" Ayat yg straight forward jer dengarnya tapi tiba2 aku rasa macam nak pitam! Lebih membuatkan aku rasa nak pengsan bila dia bagitau yg dia ditawarkan Diploma Perhutanan di UPM, Kampus Bintulu, Sarawak!!
Sape tak bangga kan..dengan kejayaan anak sendiri. Mau nya tidak! Kejayaan demi kejayaan yg diperolehi olehnya semuanya kami sbg ibubapa tidak pernah terlepas meraikan detik itu.
Bermula dgn keputusan UPSR, PMR dan kemudian SPM. Kami sanggup amik cuti semata2 nak menemani dirinya mengambil keputusan peperiksaan. Biarlah orang nak kata apa pun..Yg penting, kami tak mahu terlepas walau satu saat pun berkongsi kegembiraan mahupun kekecewaan dgnnya.
Sesekali ada juga aku terdengar dia 'merungut' dgn kwn2nya yg dia terasa juga nak ambil result exam sendirian, mcm kwn2 yg lain. Dlm hatiku berkata, "Sorry kak long..Mama tidak akan sesekali mengizinkan begitu!" Biarlah dia nak anggap yg aku ini seorang Mama yg suka mengongkong mahupun tidak berfikiran terbuka..janji..aku tidak akan sesekali melepaskan detik2 berharga ini berlalu begitu sahaja. Moga2..suatu hari nanti..dia akan faham mengapa aku buat begitu..
Well..actually aku sendiri seperti tidak percaya yg anak sulungku kini sudah besar. Dia bakal menempuh satu fasa kehidupan yg baru. Masih lagi aku teringat ketika dia mendapat keputusan cemerlang dlm PMR, dia mintak izin untuk belajar di sekolah berasrama. Separuh hati sahaja aku membenarkan sambil berkata, "Kak Long, kau belajar di sekolah sekarang ni pun kau dh dpt keputusan cemerlang. Mama rasa..sama jer kalau kau terus je belajar kat sini. Kalau nk merasa sgt kehidupan belajar di asrama, tunggu kau masuk U. Haa...masa tu baru Mama confident nak lepaskan kau. Sekarang ni..Mama rasa..elok kau belajar jer di sini. Senang hati Mama..kau di depan mata kami. Apa2 hal, Mama boleh bantu apa yg patut". Dan dia sbg anak yg baik..akur juga dgn kehendak kami..
Manakan tidak..aku masih tidak puas untuk melihat dia membesar di depan mataku sendiri. Kalau kecik2 dulu, sanggup aku amik dia yg kutinggalkan bersama mak mertuaku sementara aku keluar bekerja. Biar tengah malam atau subuh sekalipun, biar dia sedang tidur..aku tetap amik dia bawak dia balik ke rumah. Janji hatiku tenang melihat anak sendiri di dpn mataku. **plus...biar aku bertekak dgn suamiku juga ttg isu bawak balik anak jauh2 mlm..janji hatiku tak keruan klu anak tiada denganku!**
So...sekarang dia dah dapat U. Apa lagi alasan yg nak kuberi? Adilkah kalau aku masih lagi menghalang? Bukankah satu hari nanti...dia akan pergi juga dariku utk menjadi isteri orang?
Akhirnya..aku pasrah dan redha...Yaa..sudah tiba masanya untuk dia melangkah ke fasa yg baru. Its time now to..."let her go.. let her go...!"
huhuhu...haru betul Mama sorang ni!
Nota: Diploma Perhutanan mmg menjadi pilihan dia. Hadooi.. nk marah pun tak guna...Dah minat dia perkara2 yg adventure dan sesuatu yg org lain x buat. Mama dia pun apa kurangnya! ;p
Bermula dgn penerimaan surat tawaran, maka sibuklah kami anak-beranak membuat persiapan dan membeli brg2 keperluan. Dari sekecil2 brg hinggalah item yg utama. Semuanya dibuat checklist dan dibahagikan mengikut kelas masing2.
1. Checklist - pendaftaran
- medical check up & laporan doktor
- sijil2 dibuat beberapa salinan & disahkan
- gambar passport (cuci byk2)
- buka akaun CIMB (sorry to say.. nk bukak akaun ni punyalah byk procedure. Sampai hangin satu badan. Whatever it is..foreign bank is the best!)
- Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) - mcm passport jgak tp dia warna hijau. Kena mohon kt pej imigresen & bayar rm5. DPT ni khas bg mereka dari Semenanjung yg stay kt Sabah/Swk lebih dr 3 bln. Valid smpai 5 thn.
- baju2 orentasi dan majlis ikrar
2. checklist - mengantar, penginapan, pulang
- booking tiket flight pergi dan balik
- booking hotel yg bdekatan utk menginap
- booking kereta sewa
3. checklist - kelengkapan harian dan belajar
- baju2 utk pergi kuliah
- baju2 utk aktiviti
- kasut sukan, pakaian harian dll
- utk brg2 utk membasuh spt baldi, sabun dsb beli aje kt sana (takkan nk angkut naik flight kot!)
-huhuhu...jgn lupa bawak cadar & sarung bantal
- stok ubat2an spt ubat demam, selsema sakit perut dll
Perghh..! Lum jejakkan kaki lagi ke U..dah beribu habis! Haaa...jgn lupa YURAN PENDAFTARAN yg boleh dibayar pakai cash-in, cheque dan internet banking. Yg pnting msti sertakan slip pembayaran masa pndaftaran nnti. klu tak..payah laa..
Time chenggini laa baru sedar macamana susahnya arwah Abah carik duit masa aku nak masuk Poly dulu. Siann arwah...sanggup dia kerja dua pagi dan mlm semata2 nk cover expenses keluarga & tanggungan. Yg menyedihkan lagi.. dek nak bayar duit yuran Poly, rantai mak jugak tpaksa jadi korban masuk pajak gadai. Allah.... susahnya kehidupan kami masa lalu.. Dan aku tak mahu anak2 aku merasai semua yg telah kulalui itu. Aku berharap sgt agar anak2 aku menghargai setiap apa yg dilakukan oleh ibubapa mereka demi kejayaan dan kebahagiaan mereka..
So.. moral of the story..MENABUNG dan MENYIMPANlah dari sekarang. Kita tak tahu apa yg berlaku di kemudian hari. Paling tidak pun, jika kita tak ada di dunia ini.. at least ada sikit simpanan utk anak2 belajar dan meneruskan kehidupan. Tak perlu mengumpul harta bagai..yg penting pendidikan anak2 kita itu kerana itulah saham yg paling berharga utk kita di dunia dan di akhirat.
Tak ada alasan tak ada duit utk dibuat peruntukkan sbg simpanan. At least rm100 sebulan buat SI dan simpan di dlm Unit Trust. Displinkan diri utk kesenangan kita sekeluarga. Aku pernah melalui detik2 kesusahan hidup dan seriuosly..ianya amat perit namun byk mengajar aku erti kehidupan. Dlm doaku agar anak2 ku semua menjadi anak yg soleh dan solehah di dunia dan di akhirat...
Well...menanti penuh debaran utk detik2 itu. Sampai sini dulu..nk check muatan yg dibawa anak dara tuhh..
Sambung lg di episod seterusnya.. ;)
No comments:
Post a Comment