07 June 2014
Seawal 4.30 pagi kami sudah bangun. Bersiap2 nk ke KLIA 2. Flight pukul 7.00 pagi. So..kami kena standby seawal sejam sblm flight berlepas.
Ehhh...sblm terlupa...HAPPY BIRTHDAY to me!!! ;)
Alhamdulillah...Allah mengizinkan usiaku dilanjutkan lagi. Sudah 41 tahun usiaku.. Apa yg istimewa sempena hari lahirku ini adalah..aku akan celebrate birthday ku di Kuching hari ini. Setelah 34 tahun aku meninggalkan bumi Kuching (tempat aku dibesarkan)..dan hari ini...aku bakal menjejakkan kakiku semula di sana.. Bahagianya!! ;)
Seperti yg dirancangkan, kami bertiga; aku, hubby & anak daraku naik Malindo Air menuju ke Kuching. Tiba di Kuching dlm pukul 9.30 pagi.
Kuching kamek mau ngetor sinun..!!
hahaha...jangan sangka aku dah lupa dialek sarawak! Tinggal lagi takde orang nak layan borak jer.. :D
Well..kami takde laa gi jauh2 pun...sekadar kws yg berdekatan jer..mcm : Waterfront , Muzium Negeri, Istana Negeri dan lepak2 kt tepi Sungai Rejang sambil reply birthday wish yg masuk ke fb timelineku yg beratus2 itu! Serius..tahun ini merupakan birthday yg paling happening. Yg sweetnya.. byk birthday wish daripada kalangan pembaca. Alhamdulillah...tq semua! ;)
Actually, secara peribadi bandar Kuching tak byk berubah sejak dari dulu lg. Maksudku...bangunan2nya masih dikekalkan mcm dulu. Aku still ingat pekan Kuching dulu jika compare bandar Kuching skrg.
Pukul 4.00 ptg, kami fly menaiki MAS ke Bintulu. Menariknya, menaiki MAS Wings ni umpama naik bas. Kami singgah di Sibu dahulu sebelum meneruskan pjalanan ke Bintulu. Bagus jgakkan..dpt melihat tempat baru!
Akhirnya kami tiba di Bintulu lebih kurang pkul 5.45 ptg. Sampai jer..terus sewa kereta. Dah tak byk choice, last2..sewa Viva jer laa.. Ok lahh...just nice for 3 of us.
Seterusnya destinasi kami mencari hotel.. Kemena Apartment Hotel gitu. Dari airport..kami main redah jer laa nak mencari town Bintulu. Since Waze tak leh pakai..kami guna maps google jer laa cari jalan.
Bintulu..pekan kecil mcm Seremban. Suasana mmg tenang tanpa hiruk pikuk trafik jem tapiii.... pemandu2 di sana...masyaallah.... mmg giler beb!! Suka2 hati bapak dia bawak kereta tanpa ikut peraturan jlnraya. Asal teragak nak tukar arah terus jer meluncur/memotong tanpa pasang lampu isyarat. Kalau nak keluar simpang pun gitu jgak. Kita ni laa yg kena berhati2 takut2 terbabas nak mengelakkan dorang ni.. Aiyooo...!!!
Sepanjang perjalanan menuju ke hotel..rumah2 yg ada takde satupun rumah teres setingkat. Semuanya double story dan banglo2.. Perghhh...kayo2 org kek sini haaa... Maklumlaaa..kan sini tempat oil & gas!
Finally, kami sampai juga hotel kemena tu.. Taklah besar mana pun..Asalkan selesa utk kami bermalam dan yg pnting sesuai dgn budget kitaorg! kihkihkih..
Malamnya..kami keluar untuk mkn malam dan beli sikit brg2 keperluan asrama sementara kedai2 dan pasaraya beroperasi. Dengar khabarnya dorang tutup kedai dlm pukul 9.30mlm. Hehehe...pasaraya kt sana taklah besar sgt mcm Mid Valley atau Giant ke..Lebih kurang besar pasaraya Billion laa klu kt Semenanjung.
Harga barang? Tak usah citer laa..semuanya mahal rm2 ke rm5 compare dgn Semenanjung. Dlm hati terdetik.."Siannn..anak aku nanti. Brg2 sini semuanya mahal2 belaka!"
Hmm..ok laa...sambung cerita 08Jun14 nanti - hari pendaftaran! ,;)
No comments:
Post a Comment