Detik-detik Terindah... (part I)


01 FEB 2012 (Rabu)
-          Mcm biasa.. gi check-up ngan Dr Ishak. Aku dah masuk minggu yg ke-37.
-          Scan baby; position baby melintang. Dr Ishak cakap.. tak leh tunggu. Baby dah memang tetap di position yg sama. Dia suruh aku decide bila tarikh nak buat C-section.
-          Aku pandang Mr Hubby.. dia pandang aku. Bagi aku.. aku dah tak kesah lagi.. kalau boleh ari ni jugak..! Dah tak tak larat dah nihh… huhu..
-          Finally, Mr Hubby buat decision.. 02 FEBRUARY 2012 bersamaan hari Khamis.. Ingatkan nak proceed ari Jumaat tapi Dr Ishak lak tak free.. Hmm… maybe, dah tersurat.. 02 February agaknya.. Aku Redha ajerr…!!
-          Balik rumah – semua orang aku maklumkan.
-          Pada Mr Hubby.. aku buat request.. sblm nak puasa pukul 12 tgh malam nanti.. aku nak makan meat ball cheese kat Pizza Hut.. Mr Hubby alright ajer..!
-          Malam tuhh.. aku anak-beranak, sekali dengan mak mertua serta adik iparku sefamily gi serbu Pizza Hut kat Jaya Jesco, Sban.
-          Puas hati apa yg dihajati telah dipenuhi.. kamipun balik..
-          Atas permintaan Mr Hubby, Mak Mertua tidur kat rumah aku agar mudah utk menemani kami ke hospital pagi esok.
-          Tgh malam – setelah “puasa” bermula.. aku menunaikan solat hajat meminta Allah mempermudahkan segala urusan esok.. Moga2 aku dan baby selamat…
-          Sempat lagi memohon ampun & maaf kat Mr Hubby atas segala-galanya… (time ni.. memang betul2 rasa sedih & sayu…. Manalah tau..kot2 umur aku tak panjang ker… huwwwaa…!!!)
 02 FEB 2012 (Khamis) bersamaan 10 Rabiu’l Awal 1433H
-          Seawal 6.00 pagi.. setelah menunaikan solat Subuh.. kami bersiap-siap ke Hospital KPJ, Seremban.
-          Aku dijadualkan memasuki dewan bedah pada pukul 8.30 pagi.
-          Pukul 7.30 pagi – aku dah bersedia di meja Admin, Hospital KPJ untuk pendaftaran.
-          Pukul 8.00 pagi – aku ditempatkan di wad 206 (four beded) utk sementara waktu.  Sebelum ini, aku mintak single bed. Oleh kerana wad masih penuh.. aku terpaksa menunggu.
-          Pukul 8.15 pagi – Dr Amran (pakar bius) datang ke wad & beri penerangan tentang pembedahan yg bakal kulalui. Dia bertanyakan aku.. adakah aku setuju utk buat pembedahan separuh. Aku kurang pasti kerana pengalaman yg kulalui sblm ini.. semuanya melalui pembedahan penuh. Dr Amran menerangkan kebaikan2 melalui pembedahan separuh. Setelah faham atas penerangannya, aku bersetuju melalui pembedahan separuh. Mungkin ianya pengalaman menarik utk aku kenangkan nanti…
-          Setelah persiapan diatur..tepat pukul 8.30 pagi, aku ditolak ke dewan bedah.
-          Mr Hubby request nak masuk sekali. Doktor benarkan… Alhamdulillah.. sekurang2nya.. kehadiran suamiku ini memberi kekuatan & semangat kpdku. Nampak ajer aku ni cool.. tapi dlm hati… masyaallah… hanya Tuhan saja yg tahu..!
-          Di peringkat pertama.. aku ditemani oleh seorang nurse & Dr Amran, pakar bius tadi..
-          Sebelum dia menyuntik ubat bius kat tulang belakang aku nihh… dia bgtau yg suntikan ini teramat sakit. Dia suruh aku tahan sakit sikit. Tapi.. dlm dia terangkan kat aku.. sempat pulak dia cakap..”injection nihh memang sakit. Setengah org tuhh.. ada yg menangis sbb tak tahan sakit..!” Haduhh.. Dr Amran nihh.. kot yer pun.. jgn ler terlebih peramah smpai nak menakut2kan aku plak!
-          “Tapi.. I tengok u cool ajer.. masa ambik darah tadi.. u okey jer.. So.. I rasa.. u can take it!” sambung Dr Amran.. Yee laa tuhh Dr Amran ooi! Time2 mcm nihh.. aku dah tak larat nak layan borak sesiapa lagi dahh…!
-          So.. abis jer dia kata gitu.. terus dia suruh aku pusing & bongkokkan badan sikit sambil Dr Amran memberi amaran yg dia kini akan menyuntik ubat bius kat tulang belakang aku..
-          Dengan lafaz bismillah.. aku melelapkan mata cuba mengawal pernafasan serta emosi aku ketika jarum disuntikkan…
-          “Okey.. dah..!” Kata Dr Amran. Haa…??? Awat cepat sangat? Tak rasa sakit apa pun..! Bukan nak riak tapi… aku tak rasa sakit seperti apa yg digambarkan oleh Dr Amran & kata2 mereka2 yg telah melalui pengalaman begini..
-          Tapi…. Beberapa saat kemudian.. tiba2 aku terasa kedua2 kaki aku terasa berat yg amat sgt sehingga aku spt tidak berdaya utk mengangkatnya. Aku dah tak terasa apa2 lagi dahh…  aku dpt mengagak.. itu effect dr ubat bius tadi..
-          Beberapa minit kemudian, Dr Ishak masuk kedlm bilik bedah itu. Time nihh… Mr Hubby akubaru dibenarkan masuk.
-          Mr Hubby duduk di sebelah kananku sambil memegang tanganku, sedikit sebanyak memberi aku kekuatan..
-          Akhirnya, Dr. Ishak memulakan operasinya. Sempat jugak Mr Hubby tanya; “Awak tak rasa apa2 ke bila Dr Ishak godek2 perut awak tu?” Aku hanya menggelengkan kepala sahaja. Yang benarnya, memang tak terasa apa pun.. !
-          Akhirnya… tepat pukul 9.14pagi, aku terdengar Dr.Ishak melaungkan azan smbil aku sempat mengintai dari kain yg menjadi tirai antara bahagian kepala dan badanku, di mana aku lihat Dr Ishak mengangkat seorang bayi dari perutku.
-          Allahhu Akbar!.. Itulah bayiku… bayi yg kutunggu2 selama ini…! Habis lendirnya disedut, terdengar tangisan pertama bayiku. Aku memandang Mr Hubby… Kami sama2 mengucap syukur kepada Allah…
-          Selesai dibersihkan, sebelum bayiku dibawa keluar.. nurse menunjukkan bayiku kepadaku. “Kak.. cuba tengok.. baby girl ke.. baby boy..!” Tanya Nurse itu. Aku menoleh… “Alhamdulillah… baby boy!” Jawabku. Aku terus mencium bayiku sebelum dia dibawa keluar.
-          Sementara itu, Dr Ishak masih lagi menggodek perutku. Aku mengintai dari cermin lampu di bahagian atas, kelihatan Dr Ishak seolah-olah sedang melapah seketul daging yg penuh dgn darah!
-          Terdengar suara Dr Ishak memberitahu suamiku…”U cuba tengok rahim wife u ni.. Sepanjang 25 thn saya sbg doctor, inilah pertama kali kes seumpama ini yg pernah saya jumpa..! Usus perut wife u dah melekat kat semua bahagian rahim. Saya terpaksa buang semua akar2 yg melingkari bhg rahim wife u ni.. Ini terpaksa ambil masa agak lama jgak nihh..”
-          Aku yg mendengar terasa cuak.. Haduhh… apa lagi masalah yg aku hadapi ini?
-          Sambil “membersihkan” rahimku, Dr Ishak berkata lagi…”Biasanya, setiap operation yg saya conduct cuma ambil masa 20 minit saja.. rasa2nya.. mau sejam lebih nihh… Oh ye.. saya juga dah buang appendix dlm masa yg sama.. Lepas nihh.. Puan Rohaidah x kan lagi mengalami sakit appendix dan x perlu lagi menjalani pembedahan membuang appendix.. “
-           Oleh kerana, “kerja2 pembersihan” itu mengambil masa yg agak lama, aku tidak sedar masa bila Dr Ishak menyuntik ubat tidur padaku.
-          Sedar2, aku berada di ruang akhir di bilik bedah. Semua operasi telah selamat dan selesai.
-          Sempat lagi aku melihat jam di dinding.. Dah pukul 11.30 pagi rupanya.
-          Akhirnya, aku ditolak masuk ke dalam wad. Kali ini aku dimasukkan ke wad single bed.
-          Dalam masa 6 jam berikutnya, aku betul2 bed ridden.. tak boleh nak bangun langsung. Buang air besar & kecil semuanya melalui tiub. Amat2 seksa sekali!
-          Dalam pukul 3.00 petang, bayiku dibawa masuk. Sedihnya, aku tak dapat memeluknya macam biasa. Hanya dapat memeluknya dgn cara baring. Bagaimana pun.. sempat aku menyusukannya dgn susu badanku sendiri.
-          Aku tidak dibenarkan makan sehingga ke hari esok. Dan seterusnya, aku tidak dibenarkan makan makanan keras disebabkan usus dan appendix aku itu.. Hanya dibenarkan makan bubur sahaja.
-          Memang aku betul2 diduga lagi nampaknya..
-          Namun begitu, walau payah mana sekalipun, aku bersyukur… aku dan bayiku selamat.. ALHAMDULILLAH… mungkin ianya sebagai kifarah yg terpaksa aku bayar atas dosa2 mahupun kesalahan2 ku yg lalu..
-          Demi anakku.. aku harus kuat dan tabah..
-          Akhirnya.. penantian selama 10 tahun berbaloi juga…dengan kehadiran NUR MUHAMMAD HARIZ ke dalam keluarga kami… Moga rezeki dan amanah yg Allah kurniakan ini.. akan melimpahkan lagi rezeki kami sekeluarga..
-          Terima kasih kepada semua warga KPJ Hospital, Seremban terutamanya Dr Ishak kerana telah menjayakan operation terhadapku yg pastinya, aku juga telah memberinya satu kes yg begitu “special” sekali sepanjang penglibatannya dlm dunia kedoktoran..!
-          Tak lupa juga kepada nurse2 yg bertugas yg menjaga aku sepanjang 4 hari aku di hospital.



** detik-detik terindah yang sempat dirakamkan.. **




                     


                    



2 comments:

Kelip Kelip Comel said...

kunjungan balas...done follow u

Unknown said...

alynn dtg follow blog akk & bce entry akk...comel baby :)
tAhniah~ ^^