Dugaan lagi...


23JAN2012
- Chinese New Year!...  Malam tuu.. terkejut.. ada kuar darah lagi kat seluar (darah macam nak habis period)! Alamak... takkan dah sampai masa kot..! Baru 35 weeks++ ..... Tapi cakap ngan hubby.. "get ready, mana tau.. mmg baby nak kuar jgak!".
- Dari tengah malam sampai ke pagi.. aku tak leh tido.. darah tetap ada tapi tak ada pun tanda2 contraction..! Sakit sikit2 tu.. ada lerr...

24JAN2012
- Pagi : Hubby tanya nak gi hospital ke? Aku cakap nanti dululah.. sebab belum ada contraction lagi.. Lagipun, skrg CNY.. semua org cuti.. doctor pun cuti! Kalau emergency jer.. doctor ada.. Anyway.. sblm tuhh.. aku dah siap2 call hp Dr Ishak bertanyakan kes aku. Dia cakap, kalau terasa sakit sangat.. baru dtg hospital.
- Tapi.. aku pasti yg aku belum ada contraction lagi.. cuma terasa sakit di bahagian rusuk kiri..! Sakit yg amat sangat sampai aku tak leh nak berpusing ke kiri.. Aku agak.. mesti position baby tak betul kat dlm nihh...
- Sementara tuhh... family aku & family mertua semua dah excited.. bertanyakan samada aku dah betul2 rasa contraction ke belum.. Semua mcm dah tak sabar2 nak suruh baby keluar.. Maklum lerr.. skrg semua org tgh cuti.. mmg sedang elok ler aku bersalin time nihh.. Yg jadik masalahnya.. aku x rasa lagi contraction tuhh tapi sakit lak kat bhgn rusuk kiri.. Camno nihh??
Malam : Adik iparku mengajak aku gi rumah nenek suaminya yg merupakan bidan kampung. Manalah tau.. kot2 dia leh nengok apa masalahnya kat perut aku tuhh...
Nenek Banun yg kami panggil tuhh.. merasa perutku.. "haa... kepala baby tersepit kat rusuk kiri ko ni haa...! Ni.. dok pusing-pusing.. cari tempat landing yg selesa dek dia..!" kata Nenek Banun. Dgn keparan yg dia ada.. Nenek Banun cuba memperbetulkan sikit (bukan mengurut) agar memudahkan laluan baby dlm perut aku!... Lepas dah "betulkan" laluan.. dan kepala baby dah turun ke bawah semula.. baru aku rasa agak "lega".. Bahagian rusuk kiriku tidak terasa sakit mcm tadi...
"Apo lah lasak naa ko ni 'jang'.. Soghikk mak.. ekau buek lasak cam ni haa... Dok ontok-ontok sikit..!" Tegur Nenek Banun kat baby aku! Huhuhu... Haa.. dengar tu baby..! Tiap2 malam mama "pesan" kat baby.. jangan nakal2.. be a good "boy"... Sian kat Mama ni haa....!  :)

25JAN2012
- Usia kandunganku memasuki minggu yang ke 36..  Gi check-up kat Dr Ishak, KPJ Hospital. Masih masalah yg sama.. Urine Infection! Tapi doktor ckap.. kali ni mmg teruk infectionnya..! Boleh membuatkan kelahiran pra matang.. tapi.. aku pun dah cukup bulan dah nihh.. Doktor suruh aku minum air kosong banyak2..
- Masa scan.. sah.. position baby bertukar lagi! Kali nihh.. kepala baby kat atas lak! Haduhhh... baru malam tadi.. kepala baby dah rasa kat bawah.. bila masa plak baby berpusing lagi nihh..?? Patut lerr.. malam tadi masih tak dapat tido.. masih rasa tak selesa..!
- Hubby tanya Dr Ishak.. ada chances ke .. kepala baby di position yg betul?.. Dr Ishak ckap.. insyaallah.. ada harapan tapi.. kalau masih dok berpusing lagi.. jangan pandai2 gi kat bidan & betul kan.. Banyak risikonya.. Antaranya.. tali pusat baby boleh terbelit atau pun uri tertanggal.. Even..guna kaedah modenpun.. dia tak galakkan sbb takut risiko spt yg disebutkan td berlaku.. Kalau dah ditakdirkan baby mmg songsang position nya.. decide terus cesearean..  Itu lagi selamat utk ibu & bayi..
-Aku terima saja apa pun keputusannya.. Minggu depan.. 01FEB, aku ada check up lagi.. kali ni.. doktor nak nengok perubahan air kencing aku & kedudukan baby... Kalau masih breech... rasanya.. decide saja ceaserean sbb time tuhh dah masuk minggu ke 37.. Doktor kata.. baby dah cukup matang utk dilahirkan...

YA ALLAH YA RAHMAN... aku redha atas segala ujianMu ini... Moga segala ujian ini menjadikan aku hambaMU yang sentiasa sabar, tabah & redha.. Moga2 sifatku ini dapat diwarisi oleh bayi yg kukandungkan ini.. Sebagai hambaMU yang lemah ini.. aku bermohon.. agar diriku serta bayi yang kukandungi ini sentiasa beroleh kesejahteraan dan rahmat dariMU.. Permudahkanlah kelahiran bayiku ini ya ALLAH....

Some infos to be shared:-
Jangkitan Kuman Pada Pundi Kencing (UTI)@ Kencing Kotor
UTI lebih kerap terjadi kepada wanita hamil, kerana tindakan hormon menyebabkan aliran air kencing menjadi lebih perlahan dan senang bertakung didalam pundi kencing menyebabkan UTI senang terjadi. Dianggarkan 1 dalam 25 wanita hamil megalami jangkitan ini. Simtom termasuklah, rasa sakit pada ari-ari, kencing dengan lebih kerap dan sakit semasa kencing. Sekiranya tidak dirawat, kuman boleh merebak ke buah pinggang dan menyebabkan sakit belakang, demam dan muntah. Ia juga boleh menjurus kepada kelahiran pra-matang.
Sekiranya rawatan diberikan pada peringkat awal, jangkitan buah pingang boleh dicegah. Selalunya doktor akan membuat ujian dimana air kencing akan diperiksa dengan mengunakan alat mikroskop dan kuman akan dikultur untuk mengetahui jenisnya. Sekiranya jangkitan tidak seberapa, ubat antibiotik akan diberikan dan pesakit cuma akan dirawat sebagai pesakit luar. Tetapi sekiranya ia sudah dalam keadaan teruk, pesakit akan dimasukkan kehospital untuk rawatan yang lebih intensif.
Sesetengah wanita tidak merasa apa-apa jika masalah ini berlaku tetapi sesetengah pula mungkin menghadapu tanda-tanda seperti :
  • Rasa berdenyut atau sakit di kawasan ari-air
  • Kerap membuang air kecil
  • Kencing yang berwarna keruh atau berdarah
  • Rasa sakit setiap kali buang air kecil
  • Tidak boleh menahan diri dari membuang air kecil.

1 comment:

cik atie said...

semoga semuanya selamat kak... :) terharu bace entri akak ni.. besarnye pengorbanan seorang ibu.. macam2 dugaan...