Hmm… selesai menghadapi detik-detik mencemaskan namun TERINDAH bagi diriku ketika melahirkan NUR MUHAMAD HARIZ, kini.. aku kena lalui juga detk-detik terindah ini. Barangkali detik ini mungkin lebih mencabar dibandingkan ketika melahirkan.
Apa lagi.. detik BERPANTANG ler…!
Huiii… awal-awal lagi, dengan bangga dan poyonya… aku dah bagitau Mr Hubby yg aku nak berpantang kat rumah sendiri. Kali ini aku nak merasa pengalaman berpantang sendiri. Lagipun.. aku dah ada rumah sendiri.. Tak naklah nak nyusahkan mak aku dan mak mentua. Dua orang anak aku sebelum ini.. aku berpantang di rumah mak mentua.. Cuma anak sulung jer kat rumah mak aku.
Hehe.. bagi sesiapa yg ada pengalaman berpantang di rumah mak mentua mungkin boleh faham, apa yg dirasa. Walau baik mcmana pun mak mentua tuhh… takkan sama layanan dan cara pembawaan kita berbanding di rumah mak sendiri..!
Cadanganku disokong dgn alasan yg anak2 ku yg bertiga tuhh payah nak bersekolah dan suamiku yg bekerja pula sukar utk berulang alik dari rumah maknya ke ofis. Anak2 aku pun semuanya bersetuju aku berpantang di rumah kami sahaja. Tambahan pula, mak mentua ku menjaga cucu2nya yg lain yg masih kecil. Dan ini membuatkan aku kurang selesa tinggal di rumah mak mentua yg mempunyai ramai budak kecik.
Mulanya memang ada bantahan dari mak mentuaku sbb dia kata sian sapa nak jaga aku. Mr Hubby pun dgn bijaksananya mengemukakan alasan2 yg bernas lagi tidak menyinggung perasaan maknya. Aku pulak jawab, aku okey jer dan boleh jaga diri. Lagipun ini bukan kelahiran anak pertama yg memerlukan bantuan & perhatian yg rapi. Aku meyakinkan yg aku boleh handle sendiri.
Dalam masa yg sama, aku request mak aku stay seminggu kat rumah aku di awal minggu aku berpantang. Maklumlah, aku kan bersalin secara pembedahan. Untuk minggu pertama nii.. aku perlukan bantuan untuk menguruskan segalanya. Alhamdulillah.. mak aku setuju!
Minggu-minggu awal, Alhamdulillah… aku dibantu oleh Mr Hubby. Ya laa.. nak tolong mandikan aku..walaupun aku boleh buat sendiri. Sementara mak aku uruskan urusan memasak dan hal2 lain. Urusan mandikan anak tetap aku lakukan. Mak aku tak berani nak pegang baby. Katanya, dah lama tak uruskan baby. Takut pulak rasanya!
Ramai saudara mara terperanjat melihat aku yang berlagak seperti biasa sahaja. Seolah2 aku beranak normal. “Kenapa pulak?” AKu pulak bertanya hairan. “Ya laa.. biasanya kalau orang beranak secara pembedahan, seminggu pun belum tentu lagi boleh bangun.. Ini kau macam biasa jerr.. tak sakit ke?” Tanya mereka.
Entahlah.. aku rasa macam biasa jer.. Sakit tu memanglah sakit.. tapi.. aku taklah rasa yg sakit aku ni kronik sangat. Luka pembedahan aku pun okey sajer. Tak menanah dan gatal2.. Dan aku pun malas nak layan sangat sakit2 gini.. Wat tak gheti jer laa..
Minggu ketiga, selepas mak aku balik dan anak2 yg lain sibuk sekolah serta Mr Hubby yg dah start keje mula.. aku mula merasakan cabarannya. Maklumlah.. aku tinggal dgn baby Hariz jerk at rumah. Semua urusan aku buat sendiri.. dari memandikan baby Hariz sampailah bab memasak. Tapi.. buat slow2 lah.. Mr Hubby kata, keje yg tak larat nak buat, jgn gatal2 nak buat. Tinggalkan ajer! Huhu…
Bab memasak ni.. tak der lah payah sangat. Semuanya main kukus, rebus, bakar tak pun goreng jer. Masak yg simple-simple jer. Ahamdulillah.. semuanya okey-okey jer..
Sepanjang berpantang, aku taklah mengalami apa-apa masalah spt sakit kepala ke, sakit badan atau lain-lain hal. Kalau nak ikutkan, aku taklah sangat ikut betul2 cara berpantang ni. Yg penting.. aku jaga makan, pakai stoking selalu dan makan ikut time.
Bila dok lama2 kat rumah ni.. masa dirasakan begitu cepat betul berjalan. Sibuk2 melayan baby dan buat urusan keje rumah, sedar2 dah petang.. Ada satu kali tu.. lebih kurang lagi seminggu lebih nak abis pantang, Mr Hubby ajak aku shopping kat Tesco. “Saya tau.. awak boring giler kat rumah kan!” Kata Mr Hubby. “Habis, baby camner?” Tanyaku. “Ehh.. bawaklah sekali. Baby pun boring gak tinggal kat rumah cam mama dia..!” Jawab Mr Hubby selamba.
Apa lagii.. macam tau2 jer kan tahap keboringan aku.. kami pun anak-beranak kuarlah gi shopping. Baby Hariz pun ikut sekali… hehhe… ** tapi, aku tetap ingat.. kuar rumah, masih terus pakai stoking.. wajib tuhh! **
DAN… akhirnya.. hari ini.. 16 MARCH 2012.. genaplah sudah hari pantangku yang ke- 44 hari… ALHAMDULILLAH…. & yahoo….!! Akhirnya.. I’m free…!
Alhamdulillah.. ianya berjalan dgn sempurna sepanjang aku berpantang.. Selepas ini, aku akan meneruskan urusan sebagai ibu & isteri yg berpangkat suri rumah sehingga hari yang ke 90! Insyaallah.. aku akan memulakan tugasku di kantor pada 07 MAY 2012 nihh.. Fuhh… bebaloi rasanya dapat cuti bersalin selama 90 hari..!
Dah cantik camner pun.. time tidoo WAJIB tidoo..! |
Sibuk nak kuar shopping wpun masih dlm pantang |
Singgah jap kat McDonald - mama nak makan. Nasib baik baby Hariz tak meragam! |
No comments:
Post a Comment