Tak jadi bersalin..!!??...


09 JAN 2012 – Aku ada appointment dgn Dr Ishak kat KPJ Hospital, Sban.  Regular check-up untuk 34 minggu. Aku “adu” segala masalah aku pd Dr Ishak yg aku mengalami insomnia.. tak leh tidur start dari kul 12 tgh malam smpai 6 pagi. Masalah ini mengganggu urusan aku nak gi keje keesokkan paginya! Dr Ishak cakap.. biasalah tuhh .. ada separuh wanita mengandung mengalami masalah ini di trimester ketiga kehamilan.
Masa scan. Dr Ishak kata baby melintang pulak! Haduhh… ari tuhh cantik jer position  baby, kepala kat bawah. Dr Ishak kata.. kalau smpai hari bersalin, postion baby masih cam tu gak.. aku kena terima hakikat yg aku akan melahirkan baby secara cesearean. Tapi.. aku tak kisah…  sblm ni pun, aku dah ada pengalaman spt itu sewaktu melahirkan Dhiya..  Janji.. aku dan baby selamat..!
Anyway, Dr.Ishak bagi 2 hari MC.
Malam – ketika aku buang air kecil, ada sedikit jalur darah di seluar dalamku. Pulak! Takkan dah ada tanda nak beranak kot?? Aku diamkan perkara ini. Tak nak bagitau hubby dulu… Sementara tu.. aku berjaga-jaga, kot2 tgh malam nanti datang pulak contractionnya..

10JAN2012 – Pagi, ketika bebudak semua dah ke sekolah dan hubby dah gi keje.. aku terasa ‘basah” di pantiesku. Bila kuperiksa, masyaallah… ada sedikit darah bercampur lendir di seluarku! Ehh… biar betul! Takkan dah nak beranak kot! Aku try cool.. sambil2 tuhh.. sempat lagi menyapu, mengemas & memasak. Tapi.. kerap kali masuk tandas sebab terasa macam nak berak tapi.. tak ada pulak!
Aku cuba call adik iparku, Niza. Maklumlah aku ni kan.. dah 10 thn tak mengandung.. dah lupa semua tanda2 awal nak bersalin tuhh… Kata Niza, apa yg aku alami, macam dah sampai masa nak beranak jerr..! Aku call Zetty, kawan ofis… Dia pun kata.. itu tanda2 besar nak bersalin dah tu kak! Ah sudahh..!
Aku call Dr Ishak, mintak kepastian. Dia cakap… aku relax dulu.. kalau ada contraction, terus dtg hospital. Aku call hubby, bagitau pkara sbnar… Dia lak ada keje kat Kelang.. Apa2 hal.. dia suruh aku update dia & dalam masa yg sama maklumkan pkara itu kepada mak mertuaku.
Seharian aku berehat di rumah, sempat lagi aku serve website & blog2 tentang pengalaman bersalin awal & tanda2 bersalin. Semua tanda2 yg aku ada..  semuanya ke arah tanda2 sebenar/dekat waktu ingin bersalin. Namun begitu, aku masih belum ada rasa sakit2 lagi (contraction).

11JAN2012 – Aku & hubby gi jugak hospital jumpa Dr Ishak. Itupun gi kul 2 ptg. Sepanjang hari mmg aku terasa perut aku asyik mengeras dan pinggangku betul2 sakit. Ketika Dr Ishak buat check-up, dia ckap bukaan masih belum buka lagi tetapi lantai pelvic aku terlalu rendah. Mungkin akibat tekanan dari berat baby. Dia menyuruh aku buat buat CTG ( cardiotopograph ) untuk check kontraksi dan jantung baby..
Hasilnya.. aku punya kontraksi 15 min -10 minit!.Dir Ishak cakap sepatutnya di minggu ke 34, tidak ada kontraksi sebegini.. So dia decide suruh masuk wad - nak monitor baby punya jantung.. Dr Ishak decide bagi 2 dose untuk kuat kan jantung baby. klu baby dah 36 minggu jantung baby dah matang… and at the same time, Dr Ishak akan cuba stopkan kontraksi yg ada utk melambatkan progress bersalin..
Huwaahh… dengan sehelai sepinggang aku masuk ward petang tu jugak.! Sebelum kena injection tuhh.. (Dr Ishak kata injection steroid), Dr Ishak bgtau awal2 yg injection nihh agak sakit sikit.. ada ibu2 yg menangis kena injection nihh..! Hallamak.. doctor nihh… jgn lah takutkan aku lagii..!
Tapi.. memang BETUL! Kena dos yg pertama… mak oii… sakit tak hingat punya! Macam nak tertanggal pinggang aku! Nasib baik dos yg kedua aku kena amik esok pagi.. Anyway.. lepas kena injection tuhh.. aku diberi injection tahan sakit yg mana dapat jer.. aku terus tidooo..!  Ok gak tuhh.. sedar2.. sakit pun dah hilang..
Tapi.. malam tu.. Dr Ishak kata, aku ada urine infection.. so, kenalah masuk air skit.. Malam pula, sekali lagi aku buat CTG.. hasilnya, masih ada lagi kontraksi dlm jarak 10 minit! Dr decide utk stopkan air  dan bagi dos utk memberhentikan kontraksion.
Dlm hati aku terfikir… nak terberanak awal pun.. ada gak cara2 nak “tahan” baby dari keluar dulu yee…! Tapi… mmg betullah kata Dr Ishak… selagi ada cara utk melambatkan proses kelahiran yg belum smpai masanya lagi.. selagi itu kita cuba berusaha. Takut nanti.. entah apa risiko yg bakal berlaku kpd baby bila baby dah keluar sblm waktunya nanti…
12JAN2012 – masih di ward. Dos yg kedua pun dah ambik.  Perkembanganku dimonitor dgn jayanya. Setakat ini.. tiada lagi rasa kontraksi itu. Baby pun dah tak ‘mengeras’ dah…Tapi.. masih aktif macam dulu! Tak duduk diam walau sesaat… Hmm… mcmana nak dapatkan balik position asal yg cantik untuk dilahirkan.. kalau baby dah dok berpusing 24 jam dlm perut Mama cam nihh??... huhuhu…
Sambil itu, air kencingku dipantau agar tidak lagi ada infection. Nak cepat baik punya pasal.. aku betul2 jaga pemakanan & sentiasa makan ubat ikut time..
13JAN2012 – Aku dibenarkan keluar ward. Dr Ishak bagi MC smpai seminggu dari 16JAN-20JAN (23 &24 Jan, cuti Chinese New Year!) Dan 25JAN.. aku dikehendaki jumpa Dr Ishak balik utk lihat hasil urineku dan perkembangan baby selanjutnya. Hmm… time tuhh.. aku dah masuk minggu ke 36! Manalah tau.. kot2 time tuhh… dah tiba masanya utk baby keluar… Harap-harap begitulah….
Nak gi keje balik… kirim salamlah..! Tak sanggup aku nak amik risiko gi keje kat KL dlm keadaan aku mcm nihh… Buatnya aku terberanakk.. kan menyusahkan semua orang! Lebih baik aku dok rehat kat rumah smpai waktu bersalin..
Dalam wad...
** Hai baby…! Baby dah tak sabar2 nak kuar yee…? Bawak bersabar banyak2 yee….! Mama pun mmg tak sabar nak jumpa baby..! Tapi.. baby lum cukup “umur” lagi nak kuar… Mama di sini.. sentiasa mendoakan kesejahteraan kita berdua… Mama berharap.. sampai waktunya.. kita akan bertemu juga dengan selamatnya..Insyaallah…. **

sewaktu ujian CTG



1 comment:

cik atie said...

semoga semuanya selamat kak.. :)