Me at 33 weeks...!


Huhuhu... baru dapat peluang nak menulis tentang perkembangan diri sendiri...! Selalu sibuk bebenor dgn urusan anak-anak.. Bukan tak ada masa utk diri sendiri tapi.. kudrat diri sendiripun.. tak mengizinkan utk terus duduk tegak menaip kat netbook nihh..

Haduhh... pejam celik..pejam celik.. tak terasa yg aku kini dah 33 minggu! Kalau ikut kata doktor.. lagi 3 atau 4 minggu lagi.. dah tibalah masanya utk aku melahirkan..! Hah... walaupun ini kehamilanku utk anak yg ke-4 tapi.. dek sebab dah lama tak mengalami keadaan seperti ini..(10 thn tuhh beb!) aku jadik nervous pulak dah..!

Byk perkara yg aku dah lupa.. tanda-tanda nak beranak.. rasa sakit nak beranak dsbnya.. Habislah majalah2 yg berkaitan parenting aku beli, serve kat blog2 yg berkaitan kehamilan & kelahiran dan macam2 lagi..

Namun.. di minggu kehamilan yg ke-33 nihh.. sememangnya sesuatu yg mencabar buat diriku.. apatah lagi di usiaku yg ke-39 ini! Mana taknya.. stamina sangat2 kurang.. berbanding dgn ktiga2 anakku yg lain.. Aku hamilkan kesemua mereka ketika aku berusia 20an.. Sangat2 berbeza! So... moral of the story... kengkawan semua.. seboleh2nya.. cubalah mengandung di usia 20an dan pertengahan 30an.. Namun bg yg ada special kes mcm aku nihh... nak buat camner.. Redhakan sajelah..  Apa2 pun.. Allah sebenarnya sayang kat kita...  Adalah hikmahnya mengapa Dia berikan lagi "rezeki" ini di usia2 begini... Sesungguhnya, Allah tidak akan menyusahkan/menyeksa/menduga hambaNya melebihi kudrat/daya yg ada pada seseorg hambaNya..

Atas kesedaran itu.. walau apa jua yg menghalang.. aku lalui saje dgn tenang... Bermula di awal trimester pertama yg agak merimaskan.. di mana aku sering terbaring lemah di atas katil sebaik sahaja selepas maghrib. Menjalani ibadah puasa ketika memasuki trimester kedua di dalam keadaan selera makan yg sedang meningkat... Kutempuhi jua walau sedikit rasa terkilan kerana tidak dapat menyempurnakan sepenuhnya ibadah puasaku dalam sebulan.

Di akhir2 trimester yg ketiga ini pula.. aku mengalami "insomnia"..  di mana, aku tidak dapat melelapkan mataku walau sepicing pun di malam hari sehingga ke waktu subuh.. Namun, rasa mengantuk itu akan datang ketika jam menghampiri pukul 10 pagi ke atas..! Masyaallah... bukankah ianya mengganggu tugas2 ku di pejabat! Keadaan inilah yg selalu menyebabkan aku kerapkali mengambil MC..

Bukan tidak berusaha utk mengatasinya.. pelbagai cara dan pandangan serta nasihat yg diberi oleh doktor2 dan org2 tua.. namun kurang berkesan..  Aku juga tidak boleh berjalan jauh sebenarnya.. Dek sebab aku mempunyai sejarah pembedahan ketika melahirkan anak ketiga dulu, aku sering merasa ngilu dan sakit2 di tempat luka pembedahan kalau aku terlebih berjalan. Keadaan inilah yg menyebabkan aku malas ingin bersiar2 jauh2.. hatta nak bawak anak2 pergi berjalan2 di waktu cuti sekolah.. Kesian anak2 aku!  :(

Namun realiti di sebaliknya.. aku memang terbiasa berjalan laju.. kadang2 aku jadi "lupa" bahawa aku sedang mengandung dan berjalan seperti biasa.. Penyudahnya.. di malam hari.. aku sendiri yg merana menanggung kesakitan! huhu...

Di sebalik semua kepayahan ini.. sebenarnya ianya suatu anugerah Allah yg begitu indah & tidak ternilai bagi diriku.. Aku sepatutnya merasa bangga dan bersyukur atas kurniaan ini kerana bukan semua orang dianugerahkan begitu.. Bermula dgn pengalaman mengandung anak pertama, kedua, ketiga... kemudian keguguran sebanyak empat kali... dan kini.. mengandung lagi anak yg keempat! Setiap kehamilan semuanya berbeza-beza pengalaman.. Tidakkah ianya sesuatu yg amat indah & sukar utk ditemui?

MASYAALLAH... syukur atas nikmat ini...! Ya Allah.. lindungilah diriku serta anak di dalam kandunganku ini.. Permudahkanlah aku melahirkan anak ini...Cantikkanlah rupa paras, fizikal serta mental anak yg bakal kulahirkan ini... Berilah aku peluang membesarkan serta mendidik anak yg bakalku lahirkan ini menjadi anak yg soleh.... Semoga suatu hari nanti.. anak ini juga bakal menolongku serta suamiku di akhirat nanti... Insyaallah..! Aminnn....

Me at 33 weeks!

No comments: