Doa Saat Sudah Berumur 40 Tahun
.رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (QS. Al-Ahqaf: 15)
Orang kata dah masuk umur 40 tahun nie.. memang ISTIMEWA dan memang misteri. Ntah apa yg istimewa dan misterinya.. aku pun tak tau! Yang pastinya... Seseorang yang sudah mencapai umur 40 tahun berarti akalnya sudah sampai pada tingkat kematangan berfikir serta sudah mencapai kesempurnaan kedewasaan dan budi pekerti.
Ibrahim al-Nakhai rahimahullah berkata, "Mereka berkata (yakni para salaf), bahwa jika seseorang sudah mencapai umur 40 tahun dan berada pada suatu perangai tertentu, maka ia tidak akan pernah berubah hingga datang kematiannya." (Lihat: al-Thabaqat al-Kubra: 6/277)
Nauzubillahiminzalik..! Minta dijauhkan semua itu.. Bak kata pepatah..(tak tau sape yg menuturkannya);
Masa yang pergi tak akan kembali
Umur semalam tak akan dilalui lagi..
Maka jadikanlah hari ini
Lebih baik daripada semalam
dan...
Esok lebih baik daripada hari ini...
So.. sempena udah berumur 40 tahun ini... sekadar peringatan untuk diri sendiri dan kengkawan yang sudah dan bakal memasuki umur 4 series nih... check it out my personal
view below :-
1) Utamakan KESIHATAN.. sebab.. golongan wanita yg dah masuk 40an nie.. mmg banyak penyakit nak singgah.. osteoporosislah.. hypertension lah, kecing manis, breast cancer dan segala macam penyakit.. So.. bila dah dapat penyakit.. amalan dan ibadah kita pun terganggu ye tak? In shaa Allah.. akan cuba mengikut tips2 kesihatan yang berpadanan..
2) Orang kata.. makin umur meningkat, tahap emosi pun sama gak naiknya.. Hahaha... bab nihh.. tak leh nak janji.. Ye laa.. kalau dah stress disebabkan tekanan kerja dan pelbagai masalah perasaan.. mana emosi tak stabil ye tak..?
Hehhehe... akan cuba SENTIASA SENYUM DAN TAK PERLU KATA APA-APA!..
3) Memantapkan lagi pengisian kerohanian dan berusaha untuk memperbaiki peribadi serta ibadah kita kepada Allah...
4) Istiqomah dalam melakukan sebarang perubahan..
Harapanku sempena ulangtahun kelahiranku ini.... Moga aku sempat memperbaiki peribadi dan melengkapkan amalan serta ibadahku sebelum aku pergi menemui Ilahi... Aameennn....!!
No comments:
Post a Comment