Dah Takdir...

07 June 2013... sempena besday ku yang ke 40... familyku, ibu mertua dan family adik ipar ku berpakat nak bercuti kat Penang. Actually, plan nie bukannya sengaja.. Kebetulan pula, sepupu inchik hubby ku buat majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki di Penang pada 8Jun13.. So, sekali jalan laa...

Huhuhu... bila plan last minute memang banyak benda tak berapa nak well prepared. So.. redah jer laa.. Pagi 7 Jun tu jugak.. kami bertolak. Ngam2 kul 3.00 ptg, kami check-in di Krystal Suites... Okeylaa.. apartment 2 bilik. Actually, memang kat situ laa selama ni pun kitaorang stay kalau gi Penang..

Petang.. sibuk melayan bebudak nie nak mandi kat swimming pool.. Actually memang itulah niat bebudak nie nak gi Penang.. Nak mandi kolam! Huhh... ingatkan budak2 dah besar nie yg sibuk nak mandi kolam.. rupanya si kecik Hariz punnn dah start excited..


Gitu lerrr.. Dah puas mandi-manda... bila malam..time makan..sume malas nak keluar. Last-last, aku & hubby dan adik iparku Niza & hubby serta anakku Hadzim keluar gi carik makan.

Kami gi makan kat Padang Bron ( ehh..betul ke ejaan nihh?).. allaa.. kat Padang Kota lama.. Hmm.. kat siti makanan dia pun ley tahan..!
Hahaha... kali pertama makan Pasemboq..pergghhh... RM36 beb!!

Kami jumpa rombongan pengantin perempuan dari Labu kat situ. Dorang ni semua naik bas. Ada dalam 40 orang gitu..! Semangat nak antor pengantin gitu! kihkihkih...


Malam.. memang tak leh nak tido... Hariz resah semacam. Badan dia dah start dedar dan batuk2.. aduhhh.. pengsan laa Mama cam nihh!

Awal pagi... lepas subuh, kami dapat panggilan dari bapa saudara inchik hubby iaitu bapa kepada si pengantin perempuan mengatakan... bapa si pengantin lelaki telah meninggal dunia tengah malam tadi akibat dilanggar lari! Mengikut cerita saudara-mara di situ, pasangan pengantin terus ke dewan majlis untuk melihat persiapan terakhir di situ. Bapa si pengantin lelaki ini dengar ceritanya begitu excited nak menyudahkan kerja-kerja terakhir majlis perkahwinan anak lelakinya itu.

Dengarnya, dari persiapan awal sehinggalah ke majlis menyambut menantu ini..beliau sangat2 rajin menolong isterinya. Sehinggalah kepada kerja2 pemasangan "sign-board" penunjuk arah ke lokasi dewan majlis perkahwinan, pun beliau ingin turut serta memasangnya. Bukan tidak ada orang lain yg boleh menyiapkan kerja2 itu tetapi beliau berkeras ingin membantu.

Dengar khabarnya, ketika beliau sedang memerhatikan anak2 buahnya memasang sign board itu, ketika itu beliau sedang mencangkung di tepi jalan. Tiba2 datang satu kereta yg laju terus melanggarnya. Apa yg menyedihkan, kereta laju yg melanggarnya itu terus lari! Masyaallah.....

Dalam keadaan parah itu, dengarnya sempat juga anak2 buah memanggil si pengantin lelaki datang segera. Rupanya, si pengantin lelaki itu amat rapat dengan bapanya. Yang menyedihkan... ketika si pengantin lelaki itu lahir.. bapanya itulah yang menyambut kelahirannya. Dan kini... bapanya menghembuskan nafasnya yg terakhir di pangkuan anaknya, si pengantin lelaki itu....

Ya Allahh... sedihnya...Yea laa.. kalau sudah sampai ajal, macamana kita nak elakpun tetap kan terjadi juga. Inilah Takdir.. Qada' dan Qadar' serta ujian buat keluarganya..

Aku dapat merasakan kesedihan yang dialami oleh keluarganya itu lebih2 lagi si pengantin lelaki... bapanya meninggal dunia di hari bahagianya...

Urusan jenazah serta pengkebumian dibuat pada pagi 8Jun itu juga.. Jenazahnya dikebumikan di Seberang Prai. Maka, tengahari itu.... majlis di dewan tetap berlangsung tetapi bertukar kepada majlis makan sahaja. Tiada persandingan mahupun pengantin berarak walaupun di dewan itu memang terhias pelamin indah dan dekorasi yg menarik. 

Kami rombongan pengantin perempuan dijamu juga walaupun kami tahu.. mereka semua dalam kesedihan. Menariknya, makanan katering yg dihidangkan sememangnya amat lazat! Dengar ceritanya arwah bapa pengantin yg menukar menu di saat2 akhir. Tapi... memang aku puji, masakan beriyani nya.. pergghhhh... sedap!!

Kami pulang seawal pukul 3 petang. Rombongan bas agak lewat sedikit. Semapt juga aku bertemu dengan pengantin lelaki dan ibunya sambil mengucapkan takziah. Ya Allah.. kesian sangat aku tengok wajah si pengantin lelaki itu. Tapi.. dia sempat mengatakan yang dia redha atas apa yang telah berlaku...

Hmmm... hari ini aku belajar sesuatu... umur, jodoh, rezeki... semuanya atas ketentuan dan urusan Allah.. Sehabis baik mana perancangan kita.. hanya Allah sahaja yg berkuasa dan dapat menentukan segalanya...

Sekali lagi aku bersyukur kepada ALLAH... atas nikmat yg dikurniakan kepadaku selama 40 tahun ini...  Moga aku kan terus menjadi hambaNYA yang redha.. yang sentiasa bersyukur dan tidak lupa diri...  Aminnn...




No comments: