26 January 2013.... aku menerima satu lagi perkhabaran sedih... satu lagi kehilangan orang yang tersayang.. iaitu ibu saudarku (adik Emak nombor empat) yang kupanggil "MakCik"...
MakCik sememangnya antara ibu saudara yang terapat denganku. Maklumlah.. beza jarak umur kami hanyalah 9 tahun. Bersama-sama seorang lagi bapa saudaraku iaitu "Busu" yang beza umurnya denganku 6 tahun sahaja... kami bertiga sering bersama. Kalau dulu.. masa aku cuti sekolah.. dengan MakCik dan Busu lah aku sering bersama.. Ke mana mereka pergi, dengan siapa yang mereka berkawan, pasti aku akan join sekali.. Kalau sekali tengok..dah macam adik-beradik dah!
MakCik.. suatu anak dara.. memang cantik, aktif dan peramah. Dia memang disenangi oleh semua orang. Semua rahsia dia..dengan siapa dia berkawan dan dengan siapa dia bercinta.. semua aku tahu. Memang dulu, MakCik antara dara rebutan sang jejaka di kampung suatu waktu dulu. Apa yang aku kagum tentang MakCik... apa yang aku tahu.. suatu waktu dulu, MakCik bercinta bagai nak rak dengan seorang pemuda askar dari utara. Entah macamana... bila nenek usulkan ada rombongan meminang dari kampung bersebelahan, tanpa berfikir panjang..MakCik terus terima pinangan itu dengan alasan tidak mahu derhaka dan menganggap jodoh yang dipilih oleh nenek dan datuk adalah lebih berkat.
Masyaallah... aku memang benar2 tabik spring kat MakCik masa tuhh..! Frust jugak mamat askar dari utara tuhh.. Ye laa.. aku yang baca surat2 cinta MakCik! hehehe.. (semua yg aku baca adalah atas keizinan MakCik sendiri). Ironinya... orang yg meminang MakCik itu pun bekerja sebagai askar juga...huhuhu... One more thing yg aku ingat.. MakCik pernah cakap, dia memang minat dengan orang yg bekerja beruniform nihh.. Dulupun MakCik pernah mintak kerja sebagai warden polis, dapat dah..tapi at the end, arwah Abah aku pulak tak bagi. Arwah Abah yg dah menganggap MakCik ni macam adiknya sendiri itu, takut MakCik tak tahan kerja2 yg sebegitu lasak dan mencabar. Bagusnya MakCik.. terpaksa akur dengan nasihat arwah abang iparnya walaupun terpaksa menguburkan hasrat dan cita2nya untuk bekerja di dalam bidang beruniform.
MakCik adalah seorang yang simple, baik hati, lasak dan kuat semangat. Kalau aku meletakkan diriku sebagai seorang kawan, MakCik merupakan kawan yg memahami dan understanding. Kalau aku meletakkan diriku sebagai seorang anak buah... MakCik merupakan ibu saudara yg cool & best!! Mungkin kerana aku merupakan cucu pertama merangkap anak saudara yg pertama dalam keluarga. Makanya.. perhatian dan layanan adalah sedikit istimewa dan sedikit berbeza dari yang lain..
Sehinggalah MakCik berkahwin, aku seperti merasakan yg "sahabat baikku" dirampas pergi. Kami terpisah bila MakCik mengikut suaminya transfer ke Sabah. Aku meneruskan kehidupan zaman remajaku tanpa kehadiran MakCik di sisi... Namun, ketika umurku 17 tahun, MakCik pulang semula ke Semenanjung dan tinggal di kem Sungai Buloh. Ketika itu MakCik telahpun mempunyai dua orang anak lelaki.
Aku apalagi... habis exam SPM.. port yang aku benar2 nak pergi ialah.. rumah MakCik! hehehhe... tak jauh pun.. janji dapat stay ngan MakCik. Nak dijadikan citer.. huhuhu... time tu laa.. kejadian Kilang Mercun di Sg,Buloh meletop. Kejadian tu berlaku pd tahun 1990. Dan akulah antara mangsa kejadian itu! Jarak antara rumah MakCik dgn Kilang Mercun tu cuma 2 batu jer.. ! Huh.. memang takkan kulupakan kejadian itu sehingga akhir hayat. Memang trauma & menakutkan!! Hanya orang yg pernah mengalaminya sahaja yg memahami perasaan kami itu. Sudahnya, plan nak stay kat rumah MakCik sampai sebulan jadi 2 minggu jer sbb arwah Abah dah risaukan keadaan aku. Dia suruh aku balik segera...huhuhu...
Tapi... selepas itu, ketika aku belajar di Poly, bilamana ada saja perkara yg memerlukan aku ke Kuala Lumpur, rumah MakCik kat Sg.Buloh tu laa tempat aku melepak. Kadang2 aku bawak kawan sekali. In fact, kat rumah MakCik tu jugak tempat Busuku tinggal sewaktu Busu bekerja di UMBC, KL.
Sewaktu aku berkahwin, MakCik jugalah antara orang yg paling sibuk menguruskan majlis perkahwinan aku. Dan.. kami semakin jarang berhubung sesama sendiri bilamana aku semakin sibuk dengan kehidupanku sebagai seorang isteri dan ibu... Kami hanya berjumpa ketika hari raya ataupun majlis perkahwinan saudara terdekat.
Sehinggalah..... suatu ketika.. aku mendapat tahu MakCik telah disahkan mengidap penyakit breast cancer! Sama seperti arwah Mak Lang... Ya Allah... kesiannya MakCik! Namun.. MakCik memang seorang yang kuat semangat.. Dia melawan penyakit itu sehingga bertahan 8 tahun lamanya! Namun...tak disangka.. sel cancer itu telah merebak ke tulang hingga kahirnya doktor telah mengesahkan pula MakCik mengidap kanser tulang! Ya Allah... kuatnya dugaan yang MakCik terima.
Aku jadi insaf.. orang yang kurasakan teramat baik dan tidak banyak berbuat dosa.. Allah menduganya dengan dugaan penyakit begini..Dan itu pun, aku tidak pernah melihat mahupun mendengar komen2 dari orang2 sekelilingnya yg MakCik mengeluh mahupun "tunduk" dengan serangan penyakit yg dihidapnya. MakCik merupakan seorang "fighter" yg terulung bagiku! Bagaimana kalau org yg byk berbuat dosa..??Bagaimana dugaan Allah pula???
Dua tahun sejak MakCik mengidap kanser tulang.. kami ahli keluarga, seboleh2nya cuba menyampaikan segala hajat yg diingininya. Aku rasa.. Busu juga berpuas hati dapat menyampaikan semua hajat kakaknya itu termasuk hajat MakCik nak pergi ke rumahku hanya semata-mata nak tengok babyku Hariz. Sedangkan, dia sebenarnya tak perlu bersusah payah ke rumahku. Aku sendiri akan pergi menemuinya dengan membawa anakku sekali. Namun, katanya dia "teringin" benar..! Ya Allah... terharunya aku.. Aku beria-ia menyambut kedatangannya dengan hidangan istimewa. Kedatangannya dengan berkerusi roda dan walaupun dia hanya menjamah masakanku hanya sesudu.. tapi bagiku ianya tak ternilai mahal bagiku. Keinginnanya walau berkeadaan begitu amat2 merobek perasaanku sebenarnya...
Kesihatan MakCik semakin merosot ketika kunjunganku pada 31DEC12 yg lalu. Namun dia masih lagi ingin berbual dan bergurau dengan anakku Hariz walau dalam keadaan kelesuan dan tiada daya. Dia seperti tidak mahu orang risaukan keadaan penyakit dan dirinya. Dia ingin semua orang tahu yang dia OK dan baik2 sahaja. Perilakunya seperti orang sihat walaupun kami semua tahu, dia sedang berperang dgn dugaan penyakitnya itu.
Kali terakhir... aku menghubunginya ketika 2 Januari 2013, hari ulangtahun kelahirannya yg ke 49.. Kami berbual lama.. kembali menceritakan nostalgia lama... Ya Allah.. syahdunya saat itu. Entah mengapa.. aku terdetik yang perbualan ini adalah yg terakhr antara aku dan MakCik..!
Seminggu selepas itu, aku bermimpi... melihat MakCik mengemaskan semua baju2nya dari almari masuk ke dalam sebuah beg. Bila kutanyakan MakCik nak ke mana? Dia menjawab.."Ni haa... Mak Lang ajak MakCik balik!" Aku terkedu. Lantas ku lihat ke luar tingkap. Di situ.. aku melihat arwah MakLang sedang menunggu sambil menunggang motor. Arwah tak menegurku tetapi hanya memerhatikanku sambil tersenyum. Aku jadi hairan dengan situasi itu sehinggalah aku tersedar. Dan mimpi itulah yg membawa petanda... MakCik bakal pergi menemuiNYA..seperti arwah MakLang juga...
26 Januari 2013... aku sekeluarga serta ibu mertuaku, bergegas ke Hospital Melaka. MakCik ditempatkan di unit PCU iaitu unit rawatan rapi. Sungguh sedih keadaan MakCik ketika itu. MakCik memakai life support. Sama seperti arwah MakLang ketika pengakhiran hayatnya dahulu. Memang aku tak sanggup ingin melihat keadaannya begitu. Selepas membaca yassin dan mengumpulkan segala kekuatan diri yg ada.. aku mendekati MakCik lantas membisikkan kalimah Laillahhaillaallahh dan Allahhu Akbar berulang kali di telinga MakCik. Alhamdulillah... bibirnya tidak putus2 menyebut..ALLAH...ALLAH...ALLAH... Namun, paling menghibakan..bila MakCik sering menyebut sakit pinggang. Aku tahu.. MakCik sedang berperang dgn ajalnya namun redha dengan ketentuan Allah terhadap dirinya. Tubuh MakCik juga kurasakan teramat sejuk.
Akhirnya... MakCik pergi juga mengadap penciptanya tepat pukul 1.45 petang di pangkuan PakCik. Kulihat wajahnya setenang seperti dia tidur. Wajahnya putih bersih. Ya Allah...maha suci Mu..! MakCik pasti sudah redha dan kini sedang berbahagia menemuiMU... Aku juga bersyukur.. dapat memandikan sendiri jenazah MakCik.. dan ya Allah.. sekali lagi aku kagum dengan kekuasaanMU.. Kau tunjukkan balasannya di dunia ini..Bagaimana pembawaan MakCik sebagai hambaMU.. begitu jugalah bahagian yg KAU berikan pada MakCik.. Syukur... Alhamdulillah...
Buat MakCik yang kusayangi... tenang dan damailah kau di sana.. Aku pasti..kau kan bahagia menemuiNYA.. Ya ALLAH... tempatkanlah MakCik ku di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh.. Cucurilah rahmat ke atas rohnya..
AL-FATIHAH....
Allahyarhamah MakCik Rohaya Bte Mat Ros 02 January 1964 -2013
No comments:
Post a Comment