Tengahari tadi (8 Jan 2013), kat
office ada Talk pasal zakat pendapatan yang dikelolakan oleh Pusat Pungutan
Zakat, Wilayah Persekutuan. Hmm… macam menarik gak Talk nihh… sebab ada ceramah
yang bertajuk; APA YANG BARU DI TAHUN BARU.
Moderatornya ialah Ustaz Husni. Panel penyampainya… jeng..jeng..jeng…
ustaz yang aku paling minat.. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang dan
Ustaz Fauzi (aku panggil ustaz jus Tok Guru!)..
Hehehe… dek teruja sebab nak nengok
Ustaz Nurhisham dari dekat kan… sanggup skip lunch.. and joint the crowd. Actually.. tak lah ramai
sangat bebudak HSBC yg hadir. Kebanyakan yg datang..staff pompuan. Maybe..
staff lelaki tak berminat or maybe tak tahu adanya Talk hari tuhh..
Well… sementara menunggu ketibaan
ketiga-tiga ustaz yg dijemput tuhh.. ada sorang ustaz dari PPZ memberi sedikit
penerangan tentang kepentingan zakat pendapatan nihh…
Alhamdulillah… Aku terpilih dan Allah
gerakkan hati aku untuk join Talk nihh… Banyak info yg selama ini kurang jelas
telah dapat aku fahami.
Sedikit info tentang kepentingan
ZAKAT:
Bak kata ustaz kat PPZ tuhh.. dalam
gaji atau nikmat yg kita terima, ada sebahagiannya bukan hak kita. Hak orang2
yg kurang bernasib baik, miskin dsb. Zakat ini juga adalah satu jalan dari
pelbagai jalan alternative demi mendapatkan keberkatan hidup. Apatah lagi…
zakat itu adalah WAJIB dan salah satu perkara wajid dalam RUKUN ISLAM.
Dan akhirnya… setelah memahami
kepentingan nya.. maka..dengan ikhlasnya aku telah mengisi borang membayar
zakat melalui pemotongan gaji setiap bulan.
HuHuHu… tak sia2 rupanya aku gi Talk nihh… Agaknya, kalau tak gi tadi..
sampai bila2 aku berterusan naïf tentang perkara ini… Syukurrr…!!
Jeng…Jeng…Jeng… akhirnya.. saat2 yg
dinanti2 kan datang jua. Walaupun ketiga2 ustaz yg dijemput hadir agak lewat
namun tidak sedikit pun menghilangkan keterujaan aku untuk berjumpa Ustaz yang
aku “admire” nihh… Opss… gedik pulak rasanya… ! :p Anyway… bukan ada maksud
lain pun… lebih kepada rasa kagum dan teruja dgn kewibawaan ustaz2 nihh.. Itu
jerr…!
Bila berhadapan dgn ketiga2 ustaz
nihh… rupanya mereka ni taklah tinggi mana orangnya. Kalau dalam tv tuhh..
macam tinggi dan besar. Bila tengok “live”… biasa2 jer orangnya…
Seperti yg dijangkakan.. mereka
bertiga ni memang pandai attract audience…! Sepanjang forum .. penuh dengan
gelak ketawa tetapi penuh dengan pengisian yang begitu bermakna.
Bersesuaian dengan tajuknya; APA YANG
BARU DI TAHUN BARU… banyak memperkatakan
keazaman kita untuk “berubah” dan terus beristiqamah dalam azam yang kita
tanamkan. Lebih2 lagi, mereka yg menginjak umur 40 tahun.. wajibnya untuk terus
berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Hahaha… part nihh.. aku memang alert
sikit … ye laa kan… tahun nihh aku masuk 40 tahun..! Bak kata “Ustaz Jus Tok
Guru”.. sesiapa yg dah berumur 40 tahun tetapi mempunyai rekod perilaku lebih
berat ke arah keburukan… sesungguhnya mereka adalah tergolong dari kalangan yg
amat sukar untuk berubah lagi selanjutnya sehingga hari kematiannya.
Masyaallahhh….. aku tak nak termasuk dalam golongan ini ya Allah…!!
Maka… untuk terus beristiqamah dlm
melakukan perubahan diri…bergaullah dengan orang2 yang bagus perilakunya. Bak
kata Ustaz Hisham..”berkawanlah dengan penjual minyak wangi dan jgn berkawan
dgn tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia2kan anda, samada anda
membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh
menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk” … Hadis
Al-Bukhari dari Abu Musa Al-Asy’ari
Moral of the story, tujuan berkawan adalah
untuk mendapatkan manafaat spt bantuan dan perkongsian pengetahuan bukannya
mencari keburukan. Apabila berkawan dgn orang baik, kita juga akan menjadi baik
tetapi jika berkawan dgn yg jahat, lambat laun kita juga akan terikut2 dgn
kelakuan jahatnya juga.
Satu lagi kisah yg aku rasa patut aku
kongsikan di sini dan memang patut kita amik iktibar dlm kisah ini…
Di suatu malam, seorang guru sedang
tekun memeriksa buku pelajar2nya. Sepanjang dia memeriksa buku pelajar2nya..
pelbagai reaksi dan mimic muka dari guru tersebut. Kdg2 dia ketawa, kdg2 dia
mengeluh, kdg2 dia tersenyum. Namun, tiba2 guru itu sedih & menangis. Hal
ini amat menghairankan suaminya yg rupanya sejak dr td memerhatikan tingkahlaku
isterinya itu.
Suami: Apasal awak menangis plak nih?
Isteri: Saya.. sedih baca karangan
pelajar yg sorang nihh..
Suami: Haa.. nape? Awak suruh dorang
buat karangan tentang apa?
Isteri: (…terdiam seketika..kemudian bersuara..)
Isteri: Saya suruh buat karangan “Jika
saya menjadi…..” Kemudian saya suruh
tulis kenapa orang nak jadi seperti itu…
Suami: So… apa yang sedih sangat??
Isteri:
Ok.. awak dengar..saya bacakan sedikit petikan karangan budak nihh.. (dengan suara yang bergetar, dia membaca
petikan karangan itu)
“kalau
saya diberi pilihan…saya nak jadi sebuah tv..! alangkah bagusnya jadi tv kerana
tv lah tempat pilihan semua ahli keluarga saya meluah rasa, melepaskan penat
dan sebagainya. Setiap kali ibu saya balik kerja, ibu akan sentiasa duduk
berehat berdekatan dengan tv. Setiap kali ibu buat kerja, ibu akan selalu duduk
depan tv. Ayah pula, pulang dari kerja akan terus duduk mengadap tv sambil
melepaskan penatnya. Begitu juga abang dan kakak saya. TV menjadi benda pertama
yang dikejar oleh mereka sebaik memasuki rumah. Kalaulah saya jadi TV, sudah
tentu sayalah orang pertama yang akan disentuh, ditanya khabar, dihadap malah
dipeluk dahulu oleh semua ahli keluarga saya. Kalau saya jadi TV, sayalah yang
sentiasa mendapat perhatian mereka….”
Isterinya
tidak dapat meneruskan bacaannya. Dia sudah menangis teresak-esak akibat
kesedihan.
Suami:
Owhhh… budak ni mesti dari keluarga yang kurang mendapat perhatian dan kasih
sayang dari keluarga dia nihh… Dahl ah tuu… Dah nasib dia.. Awak janganlah
sedih sangat..
Isteri:
Tapi bangggg…. Budak tu adalah anak kitaaa..!!! Abang dah lupa ke yang saya
mengajar Bahasa Melayu untuk kelas anak kita, Ikmal..???
Suami :
(terdiam.. dan kelu tidak bersuara…)
Moral of the story… HARGAI or
APPRECIATE dengan sesiapa yg penting dalam hidup kita. Samada ianya…suami,
isteri, anak2, keluarga, kawan2, pekerja dsb.
So… that’s all sharing untuk kali ini…
Sesungguhnya.. Talk PPZ hari ini merupakan satu perisian rohani yg memberi
seribu makna untuk aku berubah menjadi yg lebih baik dari sebelum ini. Moga
permulaan memasuki umur 40 ini kuharap perubahanku ini akan sentiasa konsisten
dan hatiku tidak mudah goyah. Doakan yg terbaik…. Aminnnn….
Ustaz Syed Nurhisyam Tuan Padang, Ustaz Husni & Ustaz "jus tok guru" |
Pengisian rohani yang penuh bermakna |
No comments:
Post a Comment