Cepatnya masa berlalu… Tak sampai beberapa hari lagi.. dah masuk tahun baru..! Hehehe… Soalan standard, “dah tercapai ke azam tahun lalu?” “apa pulak azam tahun ini?” dan macam-macam lagi jenis soalan yang semuanya terarah kepada azam, harapan dan pencapaian.
Bagi aku… dari dahulu, aku tidak pernah menyenaraikan azam tahun baru lebih dari tiga dalam ‘note wish’ atau diari aku. Jika aku dapat mencapai target atau azam aku melebihi senarai yang aku tulis.. fuhh!! Confirm aku buat sujud syukur dan kenduri kesyukuran.. Setakat ini, hanya tahun 2009 sahaja, aku benar-benar achived target yang aku set kan. Malah melebihi dari yang dijangkakan! Alhamdulillah…
Selebihnya, aku lebih banyak berhati-hati dan sedar diri kerana kita tak tahu apakah takdir yang bakal menanti untuk kita di hadapan sana. Sesungguhnya, aku banyak belajar dari pengalaman yang lalu. Bukan aku tidak optimis dan berfikiran positif tentang kehidupan tetapi ada ketikanya persediaan itu penting agar diri tidak terlalu kecewa jika apa yang dirancang dan diharapkan tidak dapat direalisasikan.
Persediaan harus meliputi semua aspek; mental, fizikal, kewangan, rohani dsb. Mesti pandai merangka strategy dan “contingency plan” atau ayat mudah; mesti ada plan A, kalau tak Berjaya proceed plan B dan seterusnya. Harus peka apakah risiko yang bakal dihadapi dan kesannya kepada diri sendiri mahupun kepada keluarga.
Kalau diikutkan, memanglah seronok menulis seberapa banyak impian dan harapan di dalam diari dan berharap agar semuanya bisa terlaksana dan jadikann ianya sebagai azam di tahun baru. Semangat yang berkobar-kobar dalam menanamkan keazaman yang tinggi di awal-awal tahun memang layak dipuji. Namun, memang jarang kita jumpa insan yang mempunyai ketinggian darjah selsius keazaman yang sangat tinggi dan berterusan sehingga ke akhir tahun. Biasanya.. masuk ke bulan February.. darjah selsius itu akan merudum jatuh tergolek! Huhuhu…
Secara peribadi. Tahun 2010 merupakan tahun yang sangat manis untuk aku kenang. Dari segi karier, Alhamdulillah.. target yang aku set kan menjangkaui apa yang aku harapkan. Dari segi minat, hmmm… yang ini memang membuatkan aku teruja! Setelah lama dipendam minat itu, akhirnya aku Berjaya merealisasikan minat ku dalam bidang penulisan secara serius. Dan kini, aku sedang menyiapkan novel ketiga hasil karyaku sendiri. Insyaallah, di awal tahun 2011 nanti, novel pertamaku akan diterbitkan. Syukur dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan impianku ini.. Dari segi sosial, ya… aku gembira.. dari laman sosial facebook, aku Berjaya menghubungi hampir 90% kawan-kawan lama dari sekolah rendah, menengah, politeknik dan kenalan-kenalan di waktu kecil dahulu. Fuhh…! Memang tak sangka dapat menghubungi mereka lagi..
Namun dari segi kesihatan, tahun 2010 tidak begitu bagus untukku. Dari awal tahun sehingga ke penghujung tahun, tahap kesihatanku tidak begitu memberangsangkan. Namun, aku redha atas ketentuanNYA malah bersyukur kerana dalam ramai-ramai hambaNYA.. aku terpilih dengan dugaan ini. Sekurang-kurangnya aku sedar, ALLAH amat menyayangiku dan aku antara hambaNYA yang mendapat perhatian dariNYA. Syukur…!
Pengharapanku di tahun baru ini… moga Allah mengurniakan limpahan rezeki dalam bentuk kesihatan agar aku sentiasa sehat dan dapat teruskan niat dan tekadku hingga tercapai; dalam bentuk kewangan agar aku dan keluargaku dapat meneruskan hidup dalam kestabilan ekonomi yang selesa dan akhir sekali ketetapan iman agar aku sentiasa menjadi hambaNYA yang beriman dan istiqamah dalam apa jua yang kulakukan. Cukuplah tiga impianku itu yang kurasakan sudah merangkumi seribu ‘wish list’ yang kuharapkan.! Tidak perlu terlalu banyak meminta kerana sedar keupayaan diri tidak setinggi mana.
Moga ALLAH bisa mendengar doa dan harapanku di tahun 2011 nanti. Begitupun, doaku tetap sama pada ketika aku menadahkan tangan ketika mengaminkan doa awal dan akhir tahun pada malam Awal Muharram yang lalu…
“KELMARIN MEMBERIKAN PENGALAMAN DALAM SETIAP INCI LANGKAH KITA..
SEMALAM ADALAH TELADAN SERTA PENGAJARANNYA..
DAN UNTUK MENGHADAPI HARI ESOK, JADIKANLAH KELMARIN DAN SEMALAM ITU SEBAGAI PEDOMAN DALAM MENEROKAI SEBUAH PENGHIDUPAN…”
Moga ALLAH bisa mendengar doa dan harapanku di tahun 2011 nanti. Begitupun, doaku tetap sama pada ketika aku menadahkan tangan ketika mengaminkan doa awal dan akhir tahun pada malam Awal Muharram yang lalu…
“KELMARIN MEMBERIKAN PENGALAMAN DALAM SETIAP INCI LANGKAH KITA..
SEMALAM ADALAH TELADAN SERTA PENGAJARANNYA..
DAN UNTUK MENGHADAPI HARI ESOK, JADIKANLAH KELMARIN DAN SEMALAM ITU SEBAGAI PEDOMAN DALAM MENEROKAI SEBUAH PENGHIDUPAN…”
No comments:
Post a Comment