Huh… dah lama tak menjengok blog nih..! Masa mula-mula set-up, beria-ia nak update TIAP-TIAP HARI…! Huhuhu… tak sedar yang diri tu.. punyalah banyak komitment..
Mana nak kejar kerja-kerja kat office, tanggung-jawab sebagai ibu dan isteri dan oppss.. lupa.. penambahan.. sebagai novelis lagi.! Itu belum masuk penambahan kerja-kerja sukarela sampingan seperti aktif dalam MLM, ambil upah buat hantaran perkahwinan, wedding planner, upah buat facial dan macam-macam lagi.
Sekali dengar.. macam SUPERWOMAN! Bila fikirkan penat.. memang penat.. tapi.. itu adalah pilihan sendiri. Tak ada siapa yang suruh pun buat kerja-kerja tu.. Habis.., dah minat.. nak wat cam ner..!
Bila masuk tang bab kerja kat ofis, memang tension. Bukan tension apa.. tapi skop kerja yang membuatkan diri rasa serba salah. Sekali dengar.. macam best.. “Managing account – recovery section”. Memang segala bapak nenek akaun customer kita yang kena monitor and manage. Tapi.. yang tak bestnya, semua akaun yang kita handle tu.. semuanya yang mempunyai masalah hutang yang kritikal. Sebagai Account Manager, sudah menjadi tanggung-jawab untuk membantu si penghutang agar terus “tabah” membayar hutang-hutang mereka itu. Lebih kurang macam jadi “AH LONG” laa kerja ni.. Bezanya.. AH LONG yang ini... sorang yang sedia membantu dari segi nasihat dan kemukakan plan-plan yang sesuai agar si penghutang tak jadi bankrupt dan yg penting.. CUTE! (heheheh.. nak jugak perasan tuhh!)
Memang lah kerja-kerja ni macam “murni” aje bunyinya. Tapi.. kalau dah namanya “bad debts – bad accounts”.. secara tak langsung.. orang-orang yang terlibat dlm hal ni, tak kira si penghutang mahupun sipemiutang.. semuanya BAD! Yang sipenghutang.. bila kita minta elok-elok suruh bayar hutang.. disergahnya kita. “tak reti2 ke.. klu dah tak de duit.. nak byar pakai apa??” “korang.. org bank ni.. tak de keje lain.. asyik nak mkn duit interest aje! Loan installment tak jgak luak!” “bank ni mmg menyusahkan.. tak de pikir ke.. org ada masalah financial ke apa.. ?” “haa.. lantaklah.. korang nak bankrupt kan aku.. suka hatilah!” “ makanlah kau duit riba tuu.. sampai mati pun .. hidup kau tak senang!”
Huhuhu.. sadisnya..! Mintak elok-elok, kena sembur pulak! Dioarang lupa ke.. masa mula-mula buat loan, takkan tak boleh fikir kemampuan diri nak bayar hutang? Sudahlah tak bayar hutang, bila kita call.. tak nak angkat telefon. Sedangkan dengan menjawab telefon tu.. kita dah boleh tolong apa yg patut untuk settlekan hutang dia! Bila dah byk kali tak jawab telefon, reminder letter pun buat tak heran.. kita shoot surat saman, haa.. reti plak marah! Hadooiii… naik pening dibuatnya..!
Huh.. macam2 kes.. melayan penghutang nie.. Kdg2 timbul rasa bersalah sebab antara skop kerja ialah “membankrapkan customer”.. huhuhu.. bunyi macam kejam tapi itulah kenyataannya. Itupun masih ada lagi budi bicara sipemiutang sebelum nak kasi bankrap kat sesiapa pun... tapi semua tu.. tak pernah dihiraukan oleh si penghutang2 yg berlagak poyo ni..! Apa nak buat.. dah nasib jadi “AH LONG” berlesen ni.. Kalau nasib tak baik.. silap2, boleh kena “curse” kerja kat section ni.. huhuhu..!
Itu bab kerja.. lum lagi jadi ‘penasihat dan pendengar’ yg tak bertauliah. Entah kenapa.. sejak zaman sekolah sampailah sekarang nie.. kengkawan gemar benar.. mencurahkan isihati, problem ke.., mintak pendapat ke.. atau paling ringan pun.. tolong jadi ‘pendengar’ luahan hati mereka. Agaknya, ada cop mohor kat dahi ni kot! Entah apa yg diaorang nengok kat muka ni.. sampai.. mudah benar diaorang menceritakan segala2 nya yg terbuku di hati.. Habis.. kalau itu permintaan mereka, takkanlah kita nak menolak plak kan..! Bukan ke itu menunjukkan yg mereka trust dengan kita? Itupun dikira amanah gak..
Teringat kata2 arwah Abah dulu; “jgn hampakan permintaan org yg memerlukan bantuan kita. Tolong dgn ikhlas.. !” Tapi.. kalau dalam konteks jadik AH LONG berlesen nie.. nak masuk katagori yg mana ekk? Tolong sbb itu dah keje kita atau tolong sbb amanah org? huh.. masalah Negara nihh..!
Bila balik rumah.. of coz lah sudah menjadi tanggung jawab menguruskan rumah tangga. Tak kiralah penat macamana pun.. kerja rumah harus diselesaikan terlebih dahulu. Kadang2 ada gak jiran tetangga menegur.. “orang sidai kain bawah matahari.. awak sidai kain bawah bulan!” hehhehe… nak wat camner.. hari-hari balik malam – pergi kerja terpaksa travel to and fro Sban – KL. Dah 15 tahun begitu.. Dah biasa pun..
Tanggungjawab sebagai ibu.. memang tak boleh berhentilah.. Dari baby dlm perut, sampailah dia menjadi milik orang lain.. Agaknya, kalau seorang ibu “bercuti” dr tanggungjawabnya.. camner gayanya ekk?
Begitu juga tanggungjawab sebagai seorang isteri. Hmm… part ini.. hanya suami saja yang dapat menilainya. Setakat ini, rasanya tanggungjawab itu dilaksanakan sebaik mungkin. Tak taulah pihak sang suami yg mungkin tak puas hati atau sebaliknya. Huhuhu…
Namun begitu.. dalam kepenatan berulang alik KL-Sban.. sempat tuhh buat novel..! hehhehe.. Yang ini.. .bukan paksaan siapa2.. Sendiri yg minat., sendirilah yang tanggung. Tapi.. kata orang.. kalau dah minat.. apa saja sanggup dilakukan. Janji kepuasan dalam diri.. terlaksana! Hmm… bab ini.. nak masuk katagori apa ekk? Tak salah kalau dikatagorikan sbg ‘kerja’ kerana jika novel laku di pasaran, kita akan dapat hasilnya. Bukankah setiap hasil yg kita perolehi adalah dari titik peluh kita yg bekerja jugak kann..!
Begitulah selanjutnya. Kesimpulannya.. antara kerja, tanggungjawab dan amanah.. bagi aku.. harus disatukan agar kolebrasi ini bisa memantapkan jati diri seseorang. Tak perlu mengungkit atau minta balasan kerana apa yg dilakukan haruslah dengan hati yang ikhlas. Tapi.. biasanya kerja2 yg berkaitan keikhlasan inilah yg banyak ‘menduga’ keimanan kita. Apatah lagi.. tidak mendapat sokongan dari org2 yg kita harapkan. Namun.. aku percaya dan yakin.. kalau kita ikhlas dan redha.. apa sahaja yg kita lakukan, walaupun hebat sekali dugaannya.. INSYAALLAH.. berkatnya dan hasilnya.. memang mengkagumkan..
Semoga kita menjadi hambaNYA yang sentiasa ‘tahu diri’ dan melakukan sesuatu itu atas nawaitu kerana ALLAH.. agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan berkat dariNYA… AMIN….!
No comments:
Post a Comment