ALHAMDULILLAH... novel SAYA TETAP NAK AWAK! kini sudah berusia 6 bulan di persada pasaran.
Jom.. kita review cerita ini..
Iffah Hurriyah atau Effa seorang gadis manis awal 30an yang selamba, gila-gila, nakal, keras kepala namun amat disenangi oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Berperwatakan agak kasar dan lasak dek terikut-ikut dengan perangai abang-abangnya. Effa merupakan seorang Doktor Psikitiari dan Kaunseling dan amat komited dengan kerjayanya. Amat sukar untuk menerima cinta dari mana-mana lelaki yang meminatinya kerana percaya cinta itu akan datang dengan sendirinya.
Irfan Azlan atau Azlan seorang pemuda akhir 30an yang berkerjaya polis. Azlan yang berpangkat ASP seorang pegawai polis yang berkarisma tinggi, amat komited dengan tugas-tugasnya dan menyerahkan jiwa dan raganya semata-mata untuk kerjayanya yang dicintai. Azlan juga merupakan seorang pegawai yang berdisplin dan serius dalam melaksanakan tanggung-jawab dan amanahnya kepada bangsa dan Negara. Pelbagai kes jenayah dari yang berprofil rendah hingga yang berprofil tinggi telah berjaya diselesaikan oleh Azlan. Namun amat sukar untuk memikirkan tentang teman hidup kerana takut dia akan hilang fokus kepada kerjaya yang dicintainya jika dia sudah mempunyai keluarga kelak. Malah, Azlan sendiri akui bahawa dia takut yang dia tidak mungkin akan berjumpa wanita yang sebegitu hebat seperti dalam imiginasi dan impiannya. Begitupun, Azlan agak memilih tentang jodoh dan kurang “mahir” dalam bab-bab memenangi hati perempuan.
Pada suatu hari Azlan menghadiri Seminar di Bangkok. Dan pada masa yang sama Effa sibuk bershopping di Bangkok sejurus selepas Effa tamat pengajiannya di University Harvard. Dalam perangkaannya, sebelum dia balik Malaysia, dia ingin melepaskan giannya untuk bershopping sakan dahulu di Bangkok sementara dia belum terikat dengan mana-mana komitment seperti menyiapkan tesisnya dan lain-lain.
Di Airport Bangkok itulah terjadinya insiden perlanggaran Effa dengan Azlan yang menerbitkan kejadian kutuk mengutuk sesama mereka namun itulah permulaan pertemuan mereka yang amat “sweettt”! Dan di dalam penerbangan itu, mereka ditakdirkan duduk bersebelahan.
“Sewel ke apa minah ni? Ketawa sorang-sorang…!” Azlan tertanya sendiri di dalam hati. “Sayang… muka lawa tapi.. otak mereng!”
Ini dah melampau ni!” Rungut Effa di sebelahnya. Effa mencuit bahu Azlan. “Hello… assalammualaikum…!” Tegur Effa keras. Ketawa Azlan terhenti. Dia memandang Effa di sebelah.
“Eh… waras rupanya!” Kata Azlan selamba. Dia masih tersengih-sengih memandang Effa yang menahan geram. “What? Awak kata saya gila??” Tanya Effa berang. Azlan memandang Effa lagi. “Gila..! Minah ni memang cun giler!” Getus hati Azlan sambil tersenyum.
Selepas itu bermulalah beberapa pertemuan yang tak disangka namun dek sikap Azlan yang sengal dan slow bab-bab perempuan ini dan ditambah pula dengan keegoan Effa, maka pertemuan itu terlepas begitu sahaja tanpa sebarang pendekatan.
Sementara itu, dalam masa yang sama, Surya Hanum atau Surya yang merupakan adik kepada sahabat baik Azlan iaitu Meor begitu menyintai Azlan dalam diam. Dia cuba memenangi hati Azlan dan bertekad untuk memiliki Azlan dengan apa cara sekalipun walau dia tahu Azlan terang-terangan tidak menyintainya. Kebetulan pula Surya merupakan ex-schoolmate Effa.
Ditakdirkan ada satu kes pembuangan mayat bayi di surau di mana Azlan diminta membantu siasatan dan Azlan perlu merujuk khidmat kaunseling, Tanpa disangka doctor khidmat kaunseling itu adalah Effa. Sejak kejadian itu, Azlan dan Effa selalu berhubung sehingga akhirnya, mereka tidak dapat membohongi hati masing-masing bahawa mereka telah jatuh cinta!
“Sayang… Kita sebenarnya sudah lama berkongsi “rasa” itu namun masih degil mahu menafikannya kerana.. tidak percaya.. layakkah diri ini disayangi mahupun menyayangi.. Lantaran itu, tanpa sedar.. antara kita cuba saling lengkap-melengkapi segala keperluan jiwa dan perasaan agar kita berdua.. seiring dalam mempertahankan rasa itu.. Betul tak sayang?”
Ketika persiapan untuk menyatukan Effa dan Azlan sedang rancak diatur, muncul pula masalah Surya di mana Azlan telah dituduh meniduri Surya dan Azlan dipaksa oleh Abang Surya untuk mengahwini Surya pada tarikh yang sepatutnya dia mengahwini Effa. Di sinilah dugaan yang maha berat terpaksa Azlan hadapi dalam meraih kepercayaan kekasih hatinya dan dalam masa yang sama membersihkan maruah dirinya yang tercalar. Surya pula menganggap itu sebagai kemenangan bagi dirinya kerana impiannya untuk memiliki Azlan bakal tercapai. Surya memang memastikan Effa takkan berkahwin dengan Azlan kerana dari sekolah lagi Surya sangat berdendam dengan Effa.
“Kau tetap milik aku Azlan..! Tak ada perempuan lain yang boleh merampas hak aku.. Tidak sekali-kali aku benarkan. Tidak juga kepada Effa…!”
Bagaimanapun Azlan tetap nak kahwin dengan Effa dan tetap ingin merungkaikan agenda tersembunyi Surya. Dan hasil dari siasatan Azlan sendiri, akhirnya Azlan diberitahu bahawa Surya merupakan pesakit Skizorfenia. Azlan meminta Effa membantunya untuk memberi penjelasan kepada Meor namun ketika tiba di rumah Meor, terjadinya satu tragedy yang menyayat hati di mana Surya telah membunuh anak Meor, Azley. Ketika dalam pergelutan antara pihak polis dengan Surya, tanpa disangka Surya telah membuat serangan dengan menikam pisau ke bahu Effa. Malang sekali, sejurus ditikam, kepala Effa pula terhantuk pada bucu bendul pintu yang mengakibatkan Effa koma selama 10 hari.
Namun apabila sedar, Effa disahkan pula mengalami amnesia yang memungkinkan Effa hanya dapat mengingati hal-hal baru yang terjadi tetapi tidak dapat mengingati sebahagian atau seluruh hidupnya atau identiti sebelum terjadinya tragedy itu. Azlan sangat kecewa bila Effa tak mengenalinya dan dalam masa yang sama menyalahkan dirinya sendiri kerana selama ini dia sangat berbangga dapat menangani pelbagai kes yang berprofil tinggi. Namun dia terpaksa akur yang dia telah gagal apabila dia sendiri yang mengalaminya kejadian seumpama itu. Akhirnya Azlan pasrah dan tidak lagi mahu berharap. Namun dalam masa yang sama, Azlan masih tetap menyintai Effa walau Effa kekal tidak mengingatinya lagi..
3 tahun berlalu, Azlan dan Effa mengerjakan Umrah. Hari yang sama, cuma berbeza waktu. Sedang Effa berdoa dihadapan Kaabah, terus terlintas wajah Azlan. Sementara Azlan pula dalam doanya di Jabal Rahmah, jika ada jodohnya dengan Effa, dia minta ditemukan semula dalam pertemuan yang diredhai dan suci. Jika tiada, Azlan berdoa agar temukan dia dengan seorang gadis yang hampir menyerupai ciri-ciri Effa! Subahanallah, Allah perkenankan doa mereka, bermula pertemuan Effa dengan ibu Azlan di depan pintu King Abdul Aziz, pertemuan empat mata Effa dengan Azlan dan lanjutan pertemuan mereka berdua pada waktu yang tidak disangka-sangka. Akhirnya dilembutkan hati Effa yang keras menerima Azlan sepenuh jiwa raganya sebagai teman hidup.
SAYA TETAP NAK AWAK! Bukan sekadar bacaan santai yang menghiburkan tetapi dalam masa yang sama penuh dengan info dan ilmu tentang bidang kepolisian dan psikitari. Novel ini juga secara tidak langsung dapat menyedarkan orang ramai tentang cabaran dan dugaan yang ditempuhi dalam menggalas amanah yang dipikul oleh anggota keselamatan untuk Negara. Sekaligus, menolak tanggapan negatif orang ramai terhadap polis-polis Malaysia khususnya. Selain itu juga, novel ini memaparkan beberapa kes jenayah yang benar-benar berlaku di Malaysia dan aksi-aksi penyiasatan yang dilakukan. Terselit juga pengajaran yang boleh kita renungkan dan perlu diambil iktibar dari setiap kes yang dipaparkan. Barangkali, ramai yang tidak tahu apakah kaitan Doktor Psikitiari dan Kaunseling dengan pihak polis, semua info boleh diperolehi di dalam SAYA TETAP NAK AWAK!
In Shaa Allah, SAYA TETAP NAK AWAK! Menghidangkan jalan cerita yang menarik dan tidak membosankan. Selain terhibur dengan watak/karektor yang ditonjolkan, banyak perkara yang dapat kita pelajari dan mengambil iktibar dari setiap kejadian yang berlaku. Moga segala mesej yang ingin disampaikan oleh penulis kepada semua pembaca diterima sebaiknya tanpa rasa prejudis.
** Setiap insan ada jodohnya.. Namun hati perlu terbuka menerima kehadirannya. Sebaliknya, hati juga perlu redha apabila ia tidak muncul sebelum waktunya..**
**Walau sehebat mana perancangan kita, ketentuan Allah mengatasi segalanya**
**Macamana mereka nak percaya keupayaan polis Malaysia buat kerja kalau asyik nak menghentam dan mengkritik aje kerja mereka! Sekurang-kurangnya berilah peluang polis Malaysia buktikan kemampuan mereka dulu!**
No comments:
Post a Comment