ALHAMDULILLAH... Selesai sudah minggu jualan gudang karangkraf 2013 (huhuhu...baru nk update status!) yg telah berlangsung pd 04, 06 & 06 October 2013 yg lalu.. Dengar khabarnya...selama 3 hari itu, pengunjung yg dtg adalah seramai 70,000 orang! Masyaallah...orang Malaysia ni memang penggemar buku & rajinnn betul membaca! Kan bagus begitu kan... Tak semestinya baca buku novel mempengaruhi kita berkhayal di alam fantasi dan berangan mengimpikan sesuatu yg belum pasti. Rasanya novelist sekarang ramai yg sudah bersikap terbuka dan berilmu bagi memastikan karya mereka adalah yg berkualiti dan dapat memberi kesedaran kpd pembaca. Bukan menulis ala-ala Alice In The Wonderland lagi! .. Bagi sesiapa yg sibuk mengatakan membaca novel ini melalaikan dan membuang masa...rasanya dia memang TAK PERNAH MEMBACA novel..betul tak??
Ehh..kan dah lari dari tajuk asal entry ni! hehhehe... Sorry..ter emo pulak!
Well.. keseluruhannya...mmg rasa bangga dan terharu lah menjadi sebahagian orang yg memeriahkan karnival jualan tempohari.
Seronok dapat jumpa pembaca yg begitu menghargai karyaku ini... Dapat mendengar feedback secara live dari mereka. Amat jujur dan berterus terang.. Seronok juga dapat berkumpul, berkenalan dgn lebih dekat serta sharing2 ilmu dgn team penerbitan Buku Prima dan novelist2 yg hadir. Best sgt2 dpt ilmu secara live dan spontan dari senior2 yg byk experience spt kak Durrah Fatiha, Kak Ramlah Rashid, Kak Asma, Kak Sri Diah, bro Ramlee Awang Murshid dan ramai lagi.. Tidak lupa juga buat novelist yg muda & yg masih baru macam aku nihh..(erkk muda ke??)..spt Syaida Ilmuna, Amna, Lewis..dan sorang lagi..A.Darwisy. huhuhu..mmg seronok!!
Tapi..yg lebih sweetnya.. novel SAYA TETAP NAK AWAK! adalah antara novel yg terlaris semasa 3 hari karnival jualan tempohari! Wooww!! Sesuatu yg tak dijangka.. Bak kata En.Mohd Ali, ketua editor Buku Prima.. "Novel awak mmg meletop skrg dan pembaca mmg suka dgn jalan cerita & cara penyampaian awak. Jualan kat kedai2 buku pun mmg laju gak! Kalau boleh teruskan dgn genre ini dan lebih produktif lagi selepas ini!"
Waaahhh...sukanya dgn statement tuhh... Ni yang buat lebih bersemangat luar biasa nak menyudahkan manuskrip yg ada kat umah tuhh... Orait..orait...pas ni target mesti siapkan manuskrip yg sedia ada by end of this year! In shaa allah....!!
Ehh..satu lagi berita yg mmg wajib share kat sini...
SAYA TETAP NAK AWAK! adalah antara novel yg bakal diadaptasikan ke drama/telemovie!!!
Alhamdulillah...termakbul doa2 kengkawan pembaca yg berangan (termasuk penulis dia sekali!) nak nengok STNA ni masuk drama! kihkihkih... Pas ni terus berdoa agar produser yg pilih STNA nie seorg yg bagus & berpengalaman.. Kalau tak...hancur laa karyaku...! huhuhu....
Okey...jom check it out the photos & enjoy the views.. ;)
No comments:
Post a Comment